♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 30 April 2013

Angry Bird - Meja Tulis Baru ( Jom Teka Harga )



Minggu lepas saya ada buat entry kerusi meja tulis dah patah, ok sebenarnya esoknya malam hubby dah belikan pun meja baru, tapi sebelum beli meja tu.. amir sebenarnya dah berkenan dulu.. bukan amir jer.. ibu ayah nya pun.. masa pergi rumah abang sepupu dia.. kebetulan akak ipar pun belikan meja tulis untuk anaknya, sebijik macam gambar bawah ni cuma amir gambar angry bird yang akak ipar beli gambar lain.. warna sama.... 


Paling tak menahan hubby lagi over, lepas balik mengajar pagi tuh dia dah pergi serve dulu .. patutlah malam masa pergi kedai tu dia buat muka selamba bila saya mintak tawar menawar dengan auntie tu.. rupanya dia dah tawar menawar dengan anak auntie kedai tu dulu .. amboiiiiii kemain ayah eh.. nasib baik dapat harga tu balik tau.. walaupun tak bayar deposit kikikiki ....



 Meja jer angry bird ..
Tapi .. amir tak maulah angry² masa disuruh belajar eh ...




Cantik x???
inilah meja baru amir ... bukan kayu lagi hubby belikan.. besi terus.. ntah besi ker?? 
tapi bagsnya meja dan kerusi tu boleh laras... dan paling best dah siap terpasang kat kedai.. tak payah pening² kami nak pasang kat rumah hahahaha ....




Ok.. kira aci rojaklah ni yer.. lama tak buat teka teki kat blog saya kan ... cuba teka harga set meja tulis baru amir ni berapa?? jawab kat ruangan komen jer .... tak payah nak susah² buat entry ... saya akan pilih pemenang mengikut tekaan yang paling cepat dan dan tepat, tak tepat dan paling hampir akan dipertimbangkan... saya takkan publish komen selagi tak jumpa pemenang, cubaan hanya boleh buat 2 kali sahaja itu pun mestilah dalam 1 komen sahaja aci x??? Tiada tamat tempoh selagi .. saya tak jemu menunggu pemenang... klunya harga lebih daripada rm 100.00 hihihihi .. selamat mencuba .. Hadiah kalau berjaya teka ialah FM Burger ....




Bicara Hati : Selamat bercuti hari pekerja 01.05.2013


Fm Burger Buat Rakan Blogger



Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi kerana masih dipanjangkan umur dan mohon agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki ...

Mood baru nak happy balik ni lepas kejadian putus selera semalam. Oleh kerana mood baru nak happy ni saya nak kongsikan hadiah dengan kawan².. tapi ada satu sahaja.

 Sila fokuskan pada FM Burger sahaja, sebab FM 2 kek yang ada tu sudah siap bungkus di dalam sampul tunggu masa free nak pergi pos sahaja buat 2 orang rakan blogger yang baru sambut hari lahir akhir bulan 3 dan 4 (^___^)v



Fokus lagi.. cantik x??? FM Burger ni saya nak bagi kat kawan²...  tapi sebelum bagi kenalah jawab soalan teka teki saya dulu ... tunggu entry yang seterusnya yer... selamat mencuba...



Bicara Hati : Ada yang terliur ke tengok FM Burger ni .. hihihihihi...








Isnin, 29 April 2013

It's Giveaway Time Creative By Two







Okkk.. telah di taq oleh cha, nasib baiklah syarat² penyertaannya mudah .... paling teruja tengok hadiah kufi art tu .. sangat cantik... terkesima kejap...

Saya taq : -

Izan Mama Mia 
Herba Tihara

Tamat pada : 01.05.2013















Putus Selera



Pagi ni memang rasa semacam jer nak pergi kerja, mungkin kepenatan hari sabtu amir sukan tak hilang lagi.. amir yang sukan .. ibu pulak yang terlebih penat.. menyorak kikikikiki .. (maklumlah baru pertama kali)

Amir pun macam moody jer pagi ni... tahap² monday blues lah tu... macam tak puas jer berehat... nak dijadikan cerita pagi ni pada takda mood dia tu.. bila ibu tanya nak nasi lemak tak?? dia nak jer.. siap mintak  suap.. dalam kereta walaupun 2 suapan jer...

Tapi .... lepas beli nasi lemak tu.. undur kereta nak keluar tetiba² boooookkkk grrr... bunyi apa tu??? rasa macam takda pape... alamak!!! ......



Kereta ku huhuhuhuhu ....



Seyes panik jap, macam mana tak dengar bunyi warning ni grrr.... hadoilah, mesti hubby membebel nanti .. tapi pak cik yang jual surat kabar tu kata.. jalan jer terus nak... orangnya takda pun.. seyes saya serba salah... pak cik tu kata .. jalan jer.. nanti lagi panjang cerita.. orangnya pun takda.. parking sukati ... (eh² orang tu parking sukati ker?? kereta aku yang panjang sangat ni huhuhuhuhu )

Putus selera nak makan tau.. dah lah amir pun makan nasi lemak tak habis, saya beli laksam.. pun macam dah tak selera nak makan dibuatnya... sampai sekaranglah asyik dok terkenang² apa yang berlaku .. pagi tadi ...



Bicara Hati : Mujur bercalar gitu jer.. kereta orang tu pun tak pape... 




Bergedil Kentang Mak Yang Sedap



Hujung minggu lepas .. minggu lepas.. bukan semalam... kami balik kampung itu pun hari ahad kejap jer.. sebab amir merenggek² sibuk nak balik.. hahahaha.. jangan tak tahu adalah motifnya.. okk saya tak kongsikan lagi sebabnya.. tapi memang pusing japlah ibu.. anak lelaki memang macam tu lah agaknya... kegemaran dengan permainan yang satu itu.. memang tak bolehlah ibu nak kata apa dah...

Kebetulan balik mak buat bergedil yang daripada kentang tu.. seyes mak buat memang sedapp padahal takda pun letak udang kering atau ayam.. jauh sekalilah daging .. cuma bawang goreng jer.. mak letak lebih.. tapi memang sedapp.. dan tahan lama... bahan² yang lain semua mak guna macam orang lain buat.. kentang pun goreng dulu baru tumbuk.. tapi .. entahlah sedappnya macam ada ayam dalam tu hihihihihi ...


Mak bekalkan untuk bawak balik yeahh.. suka²...
anak bertuah.. menolong nya tidak... mengakut bawak balik cepat kikikikiki ...
terima kasih mak.. sayang mak ...







Yang dah siap goreng, makan gitu jer pun dah sedapp.. ttak payah buat soto hihihihihi ...






Bicara Hati : Stok ni tahan seminggu dah habis pun ... sebab sedapp...











Jumaat, 26 April 2013

Tahniah Ayong


Dah lama majlis berlangsung dekat sebulan kot, tapi tak sempat nak update ceritanya, kalau makanan mau dah basi... entry intro saya ada masukkan hujung minggu kami, sebenarnya majlis tu ialah majlis pertunangan anak buah hubby, anak abang ipar yang sulung .. dengan erti kata kali cucu mertua saya yang sulung hihihihihi .. jadi menjawablah segalanya pertanya kawan² blog, ada yang ingatkan adik saya.. adik perempuan saya ada sorang jer.. dah kawin pun.. yang lagi sorang dah meninggal dunia.

Okkk.. takmoo cerita panjanglah .. jom layankan sikit².. gambar² jurukamera tak amatur ni hahahahaha.... kamera baru ni macam tak sharplah bila amik gambar.. mesti gegar huh!!! 



Bakal mak  mertua ayong yang menyarungkan cincin...




Gambar ayong dengan mama (akak ipar saya yang baju biru tu...) hihihi.. nampak muda kan.. padahal umur dah 40 lebih pun.. apalah petua kamu nampak muda eh... yang tudung coklat tu.. bakal mertua ayong.



Antara barang² hantaran pihak lelaki ....



Sebahagian barang² hantaran pihak perempuan 



 Antara wartawan² yang hadir kikikikiki .... 
gilerr glamourr jap...



Kami sekeluarga .... 
Amik gambar dengan ipar duai ... amir moody kepenatan...



Tahniah Ayong.. moga ikatan pertunangan ni hingga kejinjang pelamin dan seterusnya hingga ke syurga, selamat menepuh alam pertunangan .. dugaan dan cabaran pastinya ada dalam perhubungan .. kerana apa yang bakal di lalui untuk hidup bersama adalah lebih berat tanggungjawabnya...


Menu² pada hari itu adalah gotong royong ahli keluarga, sorry gambar² makanan tak yah tayang lah eh.. nanti korang terliur dibuatnya.. lagi² ada sagu makan dengan susu air, air koktel ... sambal goreng jawa .. fuhhh ... lupa hinggatan jap masa menjamah.

Alhamdulillah majlis bertunang dah selesai, lepas ni majlis langsungnya lah pulak yer... insyaallah moga semuanya berjalan lancar...




Bicara Hati : Saya dulu tak merasa pun majlis meriah macam ni.. bertunang pun ahli keluarga jer datang , buat malam jer pulak tu... maklumlah orang deka jer kan... kikikikikiki .... tapi datang berkereta jugak.. padahal.. tak sampai gear 3 pun dah sampai ... ;p






MINI GA 2



Macam menarik, apa salah mencuba GA ni kan.... rata² ramai yang dah menggunakannya dan nampak cantik, tak menang pun takpalah.. tapi manalah tahu kalau ada rezeki kan.. cuba jerlah.. jom .. sementara masih berlum terlambat jom lah join kawan².....





SYARAT


1. Buat Entry,Tajuk dan letakkan banner (backlink)
2. Tinggalkan url entry (url blog tidak di terima)
3. Yang belum follow blog ni..sila follow dulu ye
4. Nak tag rakan digalakkan tapi tak wajib ye :)


Pemilihan pemenang berdasarkkan En.Random.Org atau cabutan dari Dable H
(bergantung pada mood Dable H)


HADIAH


Semestinya bedak arab 50g.Berapa pcs tak pasti lagi ye bergantung pada jumlah penyertaan.


GA ni akan tamat pada 27 April 2013.Pemenang akan diumumkan bila-bila masa selepas itu.









Berita Gembira



Jam menunjukkan tepat pukul 4.40 petang, sms hubby memberitahu dah sampai kat bawah opis, jadi bolehlah saya lompat bintang yahuu mahu balik.... waktu paling seronok nak balik bila hubby amik sebab tak payah drive.

Ini bukanlah berita gembira saya mengandung yer.... jangan salah paham pulak, cuma baru² ni bila hubby ambil balik kerja masa nak naik kereta tu .. saya sajalah menegur 'ayah hisap rokok ker??' hubby kata .. mana ada hisap dah dah nak 4 bulan dah tak hisap rokok ni .... termanggu jap mendengarnya... patutlah kemas ruang parking kereta hari tu .. dah tak nampak bekas abu rokok (sebab dalam rumah memang diharamkan menghisap rokok) .. kat kampung pun macam dah tak nampak rokok² hubby selalu letak kat syiling pangkin rumah mertua.. rupanya hubby dah tak hisap rokok.. syukur sangat...
Bila hubby tanya balik kenapa tanya hisap rokok tak?? saya kata.. macam nampak abu rokok kat kusyen kereta ni.. (sebab dalam kereta pun saya haramkan hisap rokok hahaha.. kejam tak?? )  

itulah jerlah pun berita gembiranya.. syukur sangat dengan niat ikhlas hubby .. saya tak pernah paksa.. jauh sekali memaksa.. dan tak sukalah nak bebel.... tapi bila saya tanya hubby balik kenapa tak hisap rokok... dengan muka selambanya hubby kata.. takda bajet hahahahaha.... saboo jerlah.. niat kenalah betul saya cakap kat hubby .. insyaallah kalau niat ikhlas kerana Allah ianyan berkekalan hubby senyum aja.... dan jangan tak percaya .. amir kalau orang tanya ayah hisap rokok tak.. dia akan jawab tak hisap.. sebab dia tak pernah nampak ayah dia hisap rokok.

Tiba² teringat .. dulu masa nak mengandung kan amir macam tu jugak, hubby berhenti kejap.. dan kebetulan hubby kene batuk teruk masa tu.. tak lama lepas tu alhamdulillah dapat berita gembira saya mengandung.. tapi saya nampak dia hisap balik... walaupun saya tahu dia hisap bukanlah kategori tegar.... sekotak pun tak habis seminggu.


Bicara Hati : Moga niat hubby nak terus berhenti di makbuklkan.. kuatkan iman eh...

Khamis, 25 April 2013

Niat Kerana Allah s.w.t



Apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian, mestilah dimulakan dengan niat, insyaallah niat yang baik dan ikhlas akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Berfikiran positif dan jangan sesekali berprasangka buruk pada orang lain, adakalanya perubahan yang ingin kita lakukan mendapat tentangan.. anggaplah ianya sebagai satu ujian, ingat.. ujian... dan jangan sesekali mudah alpa dengan pujian.. kerana bila di buang 'p' di hadapannya menjadi ujian.

Mengambil kira apa yang berlaku disekeliling kita, menjadikan contoh dan merenung ke masa hadapan.. lupakan perkara² yang telah berlalu .. anggaplah ianya sebagai satu pengalaman.. dan pengajaran... jangan sesekali menidakkan ... walaupun ianya pahit.. tapi percayalah itu yang boleh mematangkan diri ... anggaplah ianya sebagai hikmah di sebalik kejadian.

Hargailah insan² sekeliling yang menyangi kita... berdoalah moga hidup mereka juga diberkati, doakan juga moga hati mereka juga akan berubah... moga mereka juga mendoakan kita juga.

Amin .. rindu Arwah adik, al- fatihah moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dah 5 tahun berlalu ... tapi peristiwa itu masih dalam ingatan.



Bicara Hati : Tajuk macam lain jer.. dengan isi kandungan .. hati tengah lara macam ni lah...

















Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria



Jarang join GA sekarang ... tapi macam mearik pulak GA kali ni dapat hadian brooch yang comel, manalah tahu ada rezeki kan... jom join....


Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria

30 bow brooch X 15 orang Pemenang. Sepasang bow brooch untuk 15 orang Pemenang. Harga bow brooch ini bernilai RM2.50-RM3.00 setiap satu tau..hehe.. Jadi setiap pemenang dapat 2 pasang bow brooch.


Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan.
Tarikh Tutup: 01/05/2013






Sambal Telur Peranakkan



Tajuk tak menahan dibuatnyakan.. pandai² jer saya bagi nama gitu 'sambal telur peranakkan', janganlah pulak ada yang terasa ni.. memang takda kene mengena dengan peranakkan peempuan ataupun.. bab dan nyonya.

Sebab saya namkan peranakkan.. sebab saya campurkan sambal telur ni satu telur ayam, dua telur masin yang saya buat hari tu.. hihihihihi .... seyes sedapp... hubby dah habis makan .. pun saya tak bagi tahu.. saya campurkan 2 jenis telur dalam sambal ni hihihi.. sebab hubby pun tak tanya.... berselera jer dia makan.. maknanya sedapplah tu... agak² apalah reaksi hubby kalau tahu saya campurkan 2 jenis telur dalam ni.. kan... kwang²....



Sambal telur peranakkan
1 bji telur ayam 
2 biji telur masin

Resepi asal sambal telur saya google jer.. dan saya terjumpalah resepi ni sambal telur pecah berlada cuma bezanya saya gunakan 2 jenis telur yang berlainan hihihihihi ....

Penat ibu masak untuk makan 3 orang, tapi amir lagi suka yang masak telur hancur goreng tu jugak.. letak kicap sikit huhuhuhu .. saboo jerlah... 




Bicara Hati : Tak tahu nak makan tengahari apa .. hari ni hubby hantar, jadinya tak keluar kot.. moh kita tidur kat surau sama²...










Kerusi Meja Tulis Dah Patah




Nampak tak tanda merah yang saya bulatkan tu, dah lama dah sengget rupa gitu.. eh² tak berapa nampak pulak dalam gambar ni.... amir pun naik takut nak duduk kat situ waktu belajar.. dia biasalah lagi suka menulis meniarap.. saya yang risau kalau dia sakit dada nanti ...

Sebenarnya tak perasan pun sejak bila rosaknya, sebab kerusi ni memang serbaguna betul amir gunakan.. dah pandai nak basuh pinggan sendiri sejak dua menjak sekolah ni .. sibuk nak berdiri guna kerusi ni panjat, tu belum lagi.. sibuk nak pasang suis lampu ... kami ni penjimatan sikit kat rumah tak suka pasang banyak lampu.. tapi kalau amir semua lampu nak dipasangnya termasuklah waktu tidur.. takmmoo bergelapp.. tapi dia dah tidur .. saya matikan jugak lampu tu.. sebab tak elok tidur dengan lampu terang benderangkan.


Nampaknya memang kene belikan meja baru ni... Meja ni baru je beli tahun lepas tu pun sebab ada promosi hubby belikan saya ada buat entry meja tulis serbaguna buat amir learning masa baru beli memang suka betul dia.. siap menulis mengajuk gaya hubby mengajar kikikikiki .. padahal tak pernah nampak pun hubby mengajar.



Bicara Hati : Hujung minggu ni amir ada sukaneka kat tadika, tak sabar rasanya nak tengok.. perkembangan dia dengan kawan².. tapi hubby pulak kerja erm... kita pergi berdua jerlah mir.













Rabu, 24 April 2013

Amir Moody



Jarang² interframe muka, menjaga hak eksklusif ker?? hahahahaha .. takdalah... sebenarnya banyak nak cerita pasal amir ni.. tapi nak menyusun ayat tak pandai... takut silap ayat .. orang kata banggakan anak sendiri pulak huhuhuhuhu ....

Nak pingsan rasanya pagi tadi gara² tak cukup tidur malam tadi, sejak² nak sukan hujung minggu ni.. amir asyik mengadu.. sakit kaki.. kepenatan agaknya buat latihan.

Sebenarnya balik petang semalam lagi amir dah mengadu sakit kaki, okk saya pujuk nanti ibu urut eh sampai rumah.. puas tanya jatuh ker?/ terseliuh ker?? risaulah jugakkan... tapi amir kata .. tak jatuh.. amir penat.. amir penat.. tadi sukan.. itu jerlah jawapannya...

Mujurlah malam tadi hubby baik hati nak isi minyak kereta teruslah makan kat luar, kikiki.. saya bawak jer kereta elaun minyak kereta hubby bayar... pasal kereta saya pun tak tahu.. bayar bulan² saya bayar... lain² semua saya tak amik tahu...


 Nasibb baik pagi tadi .. mood dah ceria sikit.. tak mengadu sakit.. sempat possing² dulu dalam kereta ...



Amir tidur awal malam tadi, dalam pukul 11.30 dia terjaga.. ngadu sakit kaki.. saya urut², sapu minyak... api dia merenggek² pulak.. mata pejam.. saya tepuk² monot bam bam tu dah okk sikit.... sambung tidur .. pastu tiba² cuit saya.. ibu amir mimpi.. bila saya tanya mimpi apa... dia boleh pulak sambung tidur ... diam.. haihh sabooo jerlah mengigau ke hapa ni.. adeh.. sudahnya kaki dia saya tampal koyok salonplas ayah kat tapak kaki.. dan bahagian betis.. jam menunjukkan pukul 2.30 pagi .. okk .. lepas tu tak dengar renggekkan dah.. tidur lena sampailah pagi... 

Sekejap² terjaga amir kejutkan.. naik sakit kepala dibuatnya.. tu yang pagi tadi rasa semacam jer.. macam nak pitam... nak drive pun macam tak larat, mencucuk mata.. sakit daripada kepala tu.. tapi gagahkan jugak diri.... sebab tengok amir macam dah okk jer... tak moody, kang keluar statement dia takmoo sekolah nak duduk taska.. lagi ibu haru ...


Permintaan baru ... roti stoberi pulak.. ni hubby belikan.. selamat bawak kesekolah pagi tadi .... jambu betul anak ibu kan.. makan roti stoberi hihihihihi ... saya belikan jugak nasi lemak telur mata katanya.... padahal kat sekolah ada jer disediakan makanan.



Bicara Hati : Sekian.. yang mahu tidur awal malam ni... 

Telur Masin Buat Sendiri





Bila telur itik banyak dirumah, idea lain takda memang buat telur masin jerlah, kalau nak harap masak dadar memang tak lah.. tak rasa macam tak boleh makanlah kalau tahu telur dadar telur itik kembang tekak dibuatnya. Tak tahulah kenapa.. tapi kalau dah goreng suruh makan tak tahu .. itu telur itik barulah selamba makan kot....

Telur itik kali ni kawan opis yang bagi, kebetulan banyak .. tapi saya amik 5 jer pun.. itu pun dah cukup banyak rasanya buat kami 3 beranak ni.... sebab jarang masakkan.. takut² nanti.. telur tu busuk pulak...

Pada kawan² yang nak buat sendiri telur masin itik ni.. cuba lah cara² membuatnya klik sini, lebih mudah.. di jamin kebersihannya... sebab beli kat kedai pun mahalkan...




Bicara Hati : Dah selamat masak pun 2 biji telur ni...















Kidzania - Koleksi FM Terbaru

Sebenarnya dah agak lama jugak dapat koleksi ni, hubby yang belikan hihihihi ... sebab ada rombongan bawak budak² sekolah kat Kidzania, nak harap hubby bawak kami takdalah kan.. sebab hubby kata takut amir boring kat situ banyak aktiviti macam buat² kerja.. kalau dah sekolah rendah darjah 3 ke atas mungkin terujalah macam² boleh buat...


Cantik tak?? Tak dapat pg .. dapat FM pun jadilah buat koleksi kan... amir siap dapat baju sehelai.. 



Jadi bertambahlah koleksi FM yang ada tu.. bahagian bawah penuh dengan FM Abjad amir...
itu jerlah pun... kebanyakkan FM² ni ada kawan² blogger yang bagi.... 




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu hadiah daripada sabah, ada orang lupa pos hihihihi .. yang sebenarnya saya pun terlupa jugak kikikikiki ....











Pelik Tapi Benar



Entry santai² hari rabu katanya.... walaupun pagi ni macam nak pitam dibuatnya, sebab tak cukup tidur malam tadi...


Pelik tapi benar yang pertama :

 Tak sangka ada juga sambungan usb banyak pilihan macam ni.. pertama kali jumpa kat meja kawan .. masa nak pinjam komputer dia sekejap... hohohohoho.. banyaknya pilihan .... korang pernah jumpa tak?? seyes tak pernah inilah kali pertama. (eh² sambungan usb betul ker?? ntahh kita sendiri pun confius nak panggil apa.. yang pasti bukan plug)



Pelik tapi benar yang kedua :

Lepas kali pertama dapat cpuv hari tu.. berderet² dapat lagi, tapi yang lama semua pun dah kredit .. huhuhuhu .. jadilah nak beli surat kabar hujung minggu pun tak lepas.. jumlahnya kikikiki .... ni dapat lagi project breeze pop pop, tak pasti bila iklannya menari².. hari tu pernah nampak sekali kat bawah entry waktu pagi jer.. amaun pun macam dah tak bergerak² jer... terima kasih nuffnang bagi cpuv ni ... menarilah kamu seberapa lama yang kamu suka eh... janganlah cepat sangat dah kredit.










Selasa, 23 April 2013

Donut Sedap - Air Tangan Ibu


Sangat² pandai mengambil hati, terutama bila mahu kan sesuatu.. haihh anak²... permintaan hujung minggu di kampung mahukan donut .. yang ibu buat .. sedapp sangat macam hari tu ... merujuk pada entry ini

Sedangkan badan ni barulah nak berehat, melelapkan mata.. jam menunjukkan 2.30 petang, heran.. kalau kat kampung memang begitulah mata aku ni.. lepas makan, lepas solat pastinya mahu lelap.. tapi gagahkan jugaklah diri menguli tepung tu.. semua pun bahan² sudah ada.. memang fleksibel sikit kalau kat kampung ... keperluan mak semuanya lengkap.. kikikikiki .. apa lagi .. menguli lah kejap, lepas tu ku biarkan naik.. dan aku pun tidur sampai 4.30 petang baru bangun, mujurlah amir belum bangun tidur .. kalau dia bangun lebih awal haru ... di buatnya .. donut belum goreng.

Sempat amik gambar adunan yang dah siap .. buat manual gitulah rupanya ... 
Sila jangan gelakkan saya ok....
Sebab memang tak pandai buat pun.. tapi amir dan hubby suka sangat jadi .. buatlah .. dapat jugaklah 17 ketul petang ...


Masih belum pandai lagi mahu sekatakan gula halus bila menyalut donut.. begitulah rupanya...
Tu pun amir berebut² makan dengan adik bongsu saya yang kebetulan balik dari asrama.

Bahan google sahaja :
Tepung gandum suku daripada sepeket
Marjerit 1 sudu kot .. (sorry edit balik entry ni.. lupa masukkan)
Yis/ Mauripan yang telah dicampurkan air suam
Susu Tepung satu skop amir punya kikikikiki 
Garam sesudu teh
Air secukupnya untuk menguli

Campurkan semuanya dan uli menjadi doh.. jangan banyak air.. jadi lepeng tak tahu hihihihihi ... Biarkan perap sampai naik, lepas tu barulah ulikan jadi bentuk donut dan goreng.


Tersenyum lebar amir bangun tidur, terhidang donut ni tau.. gelihati dibuatnya... nasib baiklah mintak yang senang² jer.. kalau mintak ubi rebus.. haru ibu nak cari .. kat kampung dah takda tanam ubi dah ...



Bicara Hati : Tips lain nak bagi donut empuk/lembut/gebu gunakan tepung roti.. nanti donut rasa lagi sedapp macam big apple... wahh baru tahu ni.. lain kali boleh cuba...

Persoalan Mengenai PMC


Banyak persoalan yang timbul selepas saya publishkan entry saya sendiri telah menggunakan testimoni pure marine collagen, ok.. saya nak bagi tahu kat sini.. yang saya tidak menjualnya tau.. yang menjualnya kawan saya Fauziah Isa dan kawan saya ni juga ada menjual sabun pelbagai warna pmc, setiap warna sabun punya kelebihan yang tersendiri... termasuklah ada yang mempunyai campuran gamat tapi saya tak pasti warna yang mana.. kalau mahu tahu maklumat lanjut boleh add kawan saya kat fb atau pm inbox beliau dan bagi tahu kamu terbaca info pmc ni di blog masya.

Saya tertarik untuk menjawab 2 komen rakan di blog yang bertanyakan mengenai PMC ni ... dan saya menjawab daripada apa yang saya tahu sahaja... kalau ada kawan² yang lebih tahu.. bolehlah kongsikan diruangan komen.. marilah kita kongsikan bersama² info ni... kan.. kan...

Saya dah pun letakkan gambar selepas saya gunakan di entry ini. harap nafira berpuashati.. gambar sebelum² tu.. nafira pun pernah tengokkan kat blog ni ... tak payah link lah.. hihihihihihi....


Okk.. macam mana nak guna rumpai laut tuh?? kalau yang mentah kene rendam lah dulu.. basuh sampai bersih, rendam sampai kembang seyes.. memang leceh.. tapi sebab kawan saya ada jual yang dah siap masak macam jeli agar² tu.. saya beli yang dah siap sahaja hihihi.. jimat masa dan tenaga.. yang penting.. rasa yang kawan saya jual ni tak hanyir pun dan ada bau pandan... sedapp pada tekak saya.. lagi² stok yang baru sampai.. dan stok tu pun kalau simpan dam peti sejuk memang tahan lama.. walaupun orang lain kata tahan 2 minggu... saya punya dah lebih 2 minggu okk jer lagi... (^_____^)v


Lagi satu saya bukan sahaja makan sesudu sebelum tidur, saya juga buat masker ... seyes super duper.. sangat² best tau... bukanlah nak cakap apa.. atau bangga idaklah kan.. tapi lepas masker kering saya basuh.. memang lembut jer.. kulit muka tu.. dan nampak bersih .. cerah.. walaupun tak boleh hilangkan parut kekal demam campak kat muka tu kan.. tapi dapat hilangkan kesan² jerawat.


Nafira kalau nak minum air rebusan tu saya tak jaminlah yer... hahahaha... jangan salahkan saya kalau awak ke sepital kang, baik tanya yang pakar.. sebab saya makan yang dah dibuat jeli jer.. kikikikiki ...



natural beauty??? opsss.... malu dengan pujian itu.. sabo².. ujian.. ujiannn ni.... tapi memang macam tu lah saya ni.. malas sikit nak bermake up, pakai bedak dengan pelembap pun dah cukup baik kalau kepejabat dengan lipstik.. kalau berjalan² ni suka yang simple jer... janji selesa.


Yups.. saya pun ada terbaca PMC ni memang alah pada yang ada masalah resdung, saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenarannya.. mungkin mengikut jenis resdung jugak kot yang alah... sebab resdung ada macam² jeniskan.. ada yang jenis bersin pagi hari, alah pada habuk atau resdung yang alah pada makanan laut... tapi kawan saya yang menjual dan mengamalkan ni pun memang ada masalah resdung alhamdulillah kawan saya pakai ok.... takda pulak alahan makin teruk tetapi semakin berkurang dan tak bersin lagi di pagi hari... sebab pmc kan meneutralkan kandungan collagen dalam badan kita juga. Jadi keberkesanannya mungkin bergantung pada antibodi masing²...



Yups.. cantik untuk suami kan apa salahnya... kalau boleh takmoo suami pandang orang lain, pandang kita jer.. sampai tak berkelip² mata tu hahahaha ..... tapi haru jugak, kalau orang lain yang puji.. suami sendiri tak nampak perubahan kita kan.. nasib baiklah hubby nampak perubahan tu .. itu pun sebab amir dok puji² pipi ibu lembut kikikikiki .. geli betul hati dibuatnya.

Harap pada kawan² yang nak bertanya sebarang info dan maklumat lebih lanjut baiklah bertanyakan pada sahabat saya yang menjualnya Fauziah Isa, mungkin lagi membantu buat kawan² yang nak mencuba, penghantaran sekitar Damansara, Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang pun owner yang hantar sendiri... luar daripada lembah klang barulah guna pos laju.



Bicara Hati : Kita hanya mampu berusaha Allah yang menentukan segalanya... jom pakat ramai² guna .. nak comey tak??? ...... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...