♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 31 Julai 2015

AidiLFitri 2015 - Part 1



Tu dia.. satu entry je bulan julai ni, hohoi nak abis julai dah masya oit, jangan sampai raya habis baru nak up entry raya pulak .... maaflah tak sempat nak menulis kat blog ni sebenarnya.. walaupun minat menulis blog ni masih menebal lagi ... tapi lagi suka membaca blog kengkawan kekdahnya dari menulis blog sendiri kohkohkoh .... pasrahlah korang .. dok lalu lalang entry lama kan... maaf ye....


Oklah .. kita amik mood raya eh, bermula dengan part 1, jangan korang tanya ada berapa part .. blog masya ni biasalah selagi tuan dia mood menulis beraya sakan memang akan berpart²lah entry raya sampai hujung syawal hahahaha ... ;p


Macam biasalah .. syawal kami ni tidaklah berebut nak balik kampung mana kan, dah kami suami isteri memang sekampung .. sekarang pun dah buat rumah kat kampung ... memang kat sini je lah kami beraya .. ni pun rasa cam tak cukup cuti 15 julai sampai 21 julai tu nak beraya .. hahahaha ... aku part cuti raya ni memang akan ikut jadual hubby salunya .. sampai bila cuti sekolah, sampai situlah aku cuti raya tambah² amir pun dah sekolah.


Meh kita layankan dulu gambar² hari raya pertama eh .. muntah orenlah korang .. sebab tema oren kita orang tahun ni ... ramai puji cantik warna oren ni .. haihh korang tak tahuk .. banyak cerita di sebalik pemilihan tema ni .. sampai rasa nak tukar warna dah .. gara² susah nak jumpa warna baju hubby, tapi pasrahlah sebab amir pilih warna oren ni (cam biasalah amir yang pilih warna, ibu dengan ayah tak kisah .. walaupun ayah nak pink belacan yang sebenarnya ... haha cam tak caya hubby nak pakai pink) ... ibu pakai jubah yang ada je .. kosa beli baju baru ... (yang sebenarnya tak sempat shopping)





Kita mulakan dengan gambar² kami .. biasalah kalau dah kat rumah memang takda gambar bertiga .. semuanya berdua .... rasanya memang takda pun gambar raya sekeluarga huhuhuhu ... tak tahulah kot ada kat kamera.. tapi kat handphone memang takda. Melaram bergambar kat sofa baru ... bunga masih bunga tahun lepas .. takda idea nak mengubah .... bekas kuih raya tupperware tahun lepas menjadi pilihan .. senang .. tak risau kot jatuh pecah.








Macam biasalah lepas solat hari raya, kami akan ke rumah mertua dulu ... tahun ni tak berapa nak meriah pagi syawal sebab malam syawal semua dah berkumpul buka sama² akhir ramadhan tu ... pakat sakan main mercun depan rumah. Jadi rumah pun dekat area klang jer... malam raya tu balik lah balik rumah memasing .... tengahari barulah berkumpul balik .. Rasa syukurnya di dalam hati dapat lagi beraya dengan mertua .. nak banding tahun lepas meriahnya lagi tahun ni .. sebab tahun lepas mertua kan sibuk buat persiapan nak ke mekah ... dah tu dapat keputusan last minit mak boleh ikut bapak .. memang persiapan raya tak meriah manalah.








Lepas rumah mertua .. beraya rumah mak dengan abah pulak ... dekat je kan ... naik motor je .. sebab lepas tu terus join baraan keluarga belah mak aku. Alhamdulillah syukur jugak dapat berkumpul adik beradik sama² pagi raya ni .. cuma adik perempuan aku dalam pantang .. dia lah tolong snapkan gambar ni ... somi dia balik rumah kejap nak ziarah kubur .. tu .. yang comel iqy tu anak buah aku .. anak adik aku .. elok pulak ada warna oren .. jadi mak pakaikanlah sedondon dengan kami.







Tahun ni mak dengan abah melaram baju jakel, hamboi kemahin mak kan .. abah pakai baju aron ajis lagi,  tu adik lelaki aku sebelah kanan aku tu yang sponsor .. dah kerja katanya kan ... sesekali belanja adik beradik.. aku jugak yang sebak kejap.. terasa adik² dah besar ni ... ringan sikit beban mak abah. Yang bongsu hujung sekali sebelah kiri tu pun dah lepas spm dah sambung belajar kat kolej pun .. mak tak bagi jauh².. haduhh mak aku ... silap² kang dapat lagi menantu sekampung kang ... orang tua gitu lah .. lagi² sekarang ni macam² kes kan .. lagilah dia takut kalau adik aku tu sambung belajar jauh² .. dulu aku pun lepas ke ipoh tu sebab abah bagi .. kot ikut mak aku .. tak lah pergi ipoh tu .. mau belajar kat shah alam je ulang alik. opss.. masya dah merapu .. ni nak cerita raya ke .. nak meluahkan rasa ... ;p










Kekenyang baraan raya pertama, macam biasalah pergi rumah sanak saudara ni ...ko pergi beraya dekat 20 rumah jugaklah raya pertama tu ...  meriah memang meriah sesekali berjumpa .. lepas makan lupa hingatan dah hari esoknya membuang je.. mujo tak pergi mana² .. sebab amir baraan ikut ayahnya raya kedua tu... jadi ibu dok rumah je lah berkemas .... sukalah amir banyak kutip duit raya tahun ni ...



Aku baraan kali ni tak masak beria sangat, masak bubur kacang letak jagung je ... tu pun banyak jugak habis .. riso jugak kot raya² orang takmoo makan buburkan .... lagi² dah macam² menu makan mesti ramai dah kenyang .. sebab rumah kami belah petang.











Oklah meh belanja gambar tuan rumah berdua pulak .. amir baik hati tahun ni .. banyak amik gambar ibu dengan ayah berdua tahun ni ... layankan je lah .... minat dia yang suke amik gambar, bergambar cam ibu dia jugak masa muda mudi dulu .... ootd hubby .. baju kurta beli kat pasaraya hari² .. hahaha nak gelak aku .. jenuh teman g GM, g baazar² khemah ramadhan .. sudahnya baju kat pasaraya hari² ni barulah kena dengan selera hubby .. tema kurta (^___^)v .. aku pakai jubah beli kat aeonbig je .. tudung pakai aidijuma je .... corak munga².. dengan harapan hati pin munga² raya kali ni.










Bicara Hati : Tidak ada yang lebih membahagiakan hati ini di hari raya .. melainkan dapat beraya dengan seisi keluarga di pagi saywal.









Selasa, 14 Julai 2015

UCAPAN DIGITAL : TANDA HINGGATAN SENTIASA DI HATI





Ni tema tahun lepas, ada jugak rupanya gambar family dalam kamera lupe da.. sekali nak delete gambar² baru perasan ada rupanya.. yang takda kat handphone.



Assalamualaikum .... (^___^)v


Selamat hari raya daripada kami sekeluarga .. masya mohon ampun dan maaf andai ada terkasar sepanjang penulisan di blog, haih lamanya masya menyepi kan... sorry semua.. sejak akhir² ni tahap kesibukkan membataskan untuk menulis .. tapi untuk kerumah korang masih ada kesempatan.. hamboi kemahin meriah rumah masing² yer.. sana sini gambar iffar, sana sini sakan buat kuih raya .. saya sini sibuk dahhh buat persiapan raya.

Persiapan raya kami biasa² sahaja, yang luar biasanya pun ada jugak hikhikhik .. ada deko baru kat ruang tamu.. dah ada dapur baru (wallah tu semangat nak masak tu jemput korang, padahal dapur dah lama tak berasap) jemputlah datang rumah .. insyaallah raya tahun ni akan buat open house kecil²an nanti kita hallo² yer.. (bajet ko retis ke masya nak jemput kat blog) muahahahaha .. kang reramai datang pitam pulak tak terlayan.

Alhamdulillah sambutan tahun ni meriah sebab ada ahli baru, anak buah baru .. anak adik saya ... persiapan untuk amir pun dah lengkap .. top up mana yang kurang jer.. tema raya biasalah pilihan amir, kita orang ni ikut je ... tapi tak beli² pun baju ibu dan ayah lagi muahahahaha ... pasrahlah kot tetiba warna lain anak beranak, pelangi gitu.


Sekali lagi masya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat pembaca setia blog masya (cam poyo jer... macamlah ada pembaca ramai sangatkan ;p) hati² balik ke kampung .. semoga semuanya di permudahkan .... 





Bicara Hati : Nak mengarang pengalaman amir berpuasa pun tak sempat ... huhuhuhu ... jangan terperanjat pulak kot ada entry ramadhan dah lepas 1 syawal muahahaha ... (^___^)'





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...