♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 22 Oktober 2015

Erti Penghijrahan



Alhamdulillah selamat tahun baru semua ... maknanya kita dah berada di tahun baru hari ni ikut kalender islam .... iaitu Bulan Muharram.


Korang pernah tak cuba atau paham apa beza bulan muharram ni dengan bulan lain, kenapa muharram di pilih sebagai permulaan tahun baru dalam islam... kenapa bulan muharram bulan yang istimewa salah satunya bulan yang dilarang melakukan perang ..... selain kita di galakkan berpuasa, Oklah kita kongsikan sikit yer ilmu yang kita tahu ni ... kalau ikutkan maalhijrah ni ialah perpindahan nabi muhammad dari kota mekah ke kota madinah .. tapi yang sebenarnya perpindahan tu / penghijrahan tu berlaku bulan rabiulawal ... Bukan bulan muharram ... tapi sahabat baik nabi yang telah mengkaji dan dipersetujui oleh nabi memilih bulan muharaam sebagai permulaan awal tahun hijrah kerana selepas bulan umat islam mengerjakan haji .. iaitu pada bulan zulhijjah .. simbolik sangatkan maksud tersiratnya.... jadi kita sebagai umat islam ni .. kenalah paham maksud sebenar kenapa awal muharram di pilih sebagai tahun baru hijrah.





Alhamdulillah hari ni pulak dah hari tasu'a esok hari asyura .... selamat berpuasa pada yang berpuasa hari ni dan esok ... moga apa yang dihajati akan di makbulkan. Aminnn.....




Bicara Hati : Rindu bubur lambuk asyura .. alhamdulillah semalam dah dapat makan, orang surau hantar ke rumah. 







Selasa, 13 Oktober 2015

Meriahnya AidilAdha Di Kampung




Sebelum menjelangnya lepas asar ni tahun baru untuk esok (sambutan maal hijrah) moh leee kiranya kita kongsikan sedikit kemeriahan raya haji tu hari .. edisi throwback sudahlah .. dah ketinggalan keretapi ni .... sayang rasanya tak kongsikan kenangan raya haji kali ni .. 



Tahun lepas raya aidiladha kami biasa² sahaja sebab mertua pergi ke tanah suci dapat panggilan haji, tahun ni alhamdulillah dapat meraihkan bersama .. dan rezeki mertua ada lebih buat qurban lembu seekor.



Sehari sebelum raya tu, aku tak cuti pun.. walaupun cuti sekolah sebab hubby kata cuti jumaat jelah.. buat qurban pun hari sabtu .. aku okey jew.. selamat cuti boleh simpan.. walaupun cuti tak berapa nak hado kikikiki ;p Malam raya tu aku kat rumah mak.. tolong masak² lontong, kuah kacang, dengan ayam masak kicap jer ... siap tido rumah mak bawak baju raya siap² kooo merasalah tidur rumah mak malam raya tu .. tq hubby .... bagi pelepasan .. almaklumlah rumah sendiri dengan rumah mak dah dekatkan.. jadinya amir salu takmoo tidur rumah mak, malam raya tu elok pulak dia nak tido... pagi raya hubby datang .. bawak amir pergi solat ... 







Kami pagi raya tu .. bersiap² pergi rumah mertua lepas tu embah .. lepas tu hubby dengan amir ronda kampung pergi masjid tengok orang lapah daging lembu qurban. (Tema pink belacan sebenarnya .. tapi dalam gambar nampak macam terang sangat) mata pun dah tak nampak senyum pipi kemahin tembam nau sekarang muahahahaha .. senang hati.. tido dalam takda yang ganggu dah ....







Lembu kan dia macam tau² je nak kena qurbankan .. ya allah sayu tengok tau .... sudahlah malam raya dengan raya haji pertama tu hujan.. kesian tengok ... kita dalam rumah pun kesejukkan ... apatah lagi dia kat luar tu.. elokk je tak bersuara ... kita pulak yang risaukan dia ...












Aku rasa part paling sayu .. kalau tak kuat iman .. atau rasa kasihan korang janganlah tengok lembu kena sembelih... jujurnya amir memang jenis lemah semangat .. lagi² bila baca takbir, 3 tahun sudah kalau tak silap kita orang sampai pergi darusyifa berubatkan amir .. sebab tak tahupun rupanya dia lemah semangat ... tu yang lembu ni nak kena sembelih .. walaupun kat sebelah rumah dia tak tengok.. elok jer dia kat dalam rumah .... dah sembelih.. tengah lapah .. barulah dia tengok ... mulalah tanya macam². Pening ibu ni nak menjawab....











3 serangkai bile balik kampung .. hamboii kemain merah korang yer.. macam berjanji pulak.. diii kejar dek lembu baru tahu ....











Alhamdulillah merasalah makan sup tulang lembu fresssssshhh terbaikkk dari ladang wehhhh .. pening kepala hirup kuahnya .... nanti ada kelapangan sy kongsikan resepinya yer .. nak bagi daging cepat lembut ...






Alhamdulillah sesi sembelih oleh tok imam, melapah dan menimbang selesai untuk pembahagian semua ... di bantu adik beradik dan orang kampung serta jiran² tetangga yang dekat. Rasa syukur sangat allah permudahkan semua niat mertua ... kami anak² dan menantu ni membantu mana yang perlu sahaja, yang penting orang tua happy hajat termakbul .... dan rasa syukur jugak sebab beberapa hari hujan, alhamdulillah bau darah lembu dan lembu takdalah sangat kat sekitar rumah.. risau jugakkan ... mujur allah turunkan hujan .. walaupun lepas tu kemain tebal jerebu sampaikan nak bukak tingkap pun pikir banyak kali.



Alhamdulillah jugak tahun ni meriah daging lembu kat rumah ramai yang bagi daging qurban ... tulang pun ada lagi.. tak sempat nak buat sup .. esok cuti bolehlah kita menghirup sup tulang muehehehehe ...




Bicara Hati : Rezeki yang sikit bila di kongsi berama² terasa berkatnya pemberian allah.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...