♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Cerite BESTTT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerite BESTTT. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2013

Mengorat Cara Moden



Tu.. dia tajuk tak menahan mengorat cara moden, ni semalam lah tertengok cerita kat tv3 tu.. kalau tak silap tajuknya Rindu Bertamu Di Abu Dhabi .... tak pernah tengok sangat pun cerita ni.. semalam tertengoklah pulak.. tu pun sambil² melipat baju bajan.... 

Gelihati pulak rasanya tengok cara Adam (betul ke nama tu eh.. kot salah maaf yer..) nak mengorat fatin, elok terlanggar kat airport.. lepas tu.. hp fatin pun jatuh dan pura² Adam amik nak cuba guna call hp tu.. nasib baik okk katanya.. rupanya dia call nombor hp dia sendiri.. nak dapatkan nombor hp fatin tu kikikikiki ... bagus jugak yer.. tektik tu.. manalah tahu ada kawan² yang bujang kat luar sana nak mengorat bolehlah guna teknik ni.. tapi kalau hp canggih sekarang ni jatuh takut dah terburai jer.... padam terus skrin tu... silap² tak dapat no hp.. pitam kot nak kene bayar ganti rugi...

Orang dulu pakai surat jer.. kan.. kalau duduk jauh²... bercinta ni...
Kalau yang sekampung tu.. main² hon motor kot.. pakat jumpa kat rumah kawan² kunun² stady...
Kalau yang dekat sebelah rumah pakat ketuk botol jer.. hihihihihi.. ada ker?? buat macam tu....
Sekarang susah rasanya.. banyak guna sms jer.. lagi cepat...



Bicara Hati : Menyesal pulak tertengok ... rupanya suami dia si firdaus tu menipu isteri kata pergi london sebenarnya balik tanah air nak tengok nenek dia sakit langsung meninggaldunia... kesian isteri dia .. tengah sarat mengandung pulak tu.... 







Selasa, 12 Mac 2013

King Of Ambition or Queen Of Ambition




" Pasukan penyiasatan pendakwa khas tiba di Rumah Biru Presiden. Mereka sedang menyiasat First Lady untuk didakwa menerima rasuah. Memandangkan mereka mula untuk memulakan penggeledahan dan penyitaan mereka, Wanita Pertama Da-Hae (Soo-Ae) muncul di hadapan mereka. Beliau meminta pendakwa khas Ha-Ryoo (Kwon Sang-Woo) untuk memasuki dengan dia ke dalam bilik tidur. Sana, Dae-Hae memberitahu Ha-Ryoo untuk menghentikan siasatan dan kes itu hanya akan hilang. Ha-Ryoo kemudian menjerit pada dia "Pembunuhan adalah berbeza. Mengapakah kamu mahu membunuh aku?" Da-Hae kemudian bertukar sekitar dan menunjuk pistol di Ha-Ryoo. Tembakan dipecat. Da-Hae dan Ha-Ryoo memeluk. Darah menitis keluar ke lantai dan senjata digugurkan. "


itu cumalah sinopsis pada episod pertama, lepas tu... barulah berlaku dan diceritakan apa yang menyebab kejadian tu berlaku ...

Kalau amir tidur awal bolehlah saya melayankan cerita ni.. kalau tak memang tak tengoklah... tunggu kawan² review jer... tapi kalau tak sabar memeng cepat jer.. jari ni cari link dramacrazy.

Cerita ini memang boleh buat orang sakit jantung kata kawan saya hahaha.. emosi terganggu dibuatnya.... dan tak sabar² nak tahu apa yang terjadi seterusnya.. bahana².. terjebak cerita korea ni... tambah² dah tengok episod pertama menarik.. mestilah nak tengok episod yang seterusnya pulak hihihihihihi .... sudahlah cerita ni hanya ditayangkan isnin dan selasa 9.00 malam - 10.00 malam. Ulangan hari ahad (6.30 petang macam tulah)


Biasalah dah kalau cerita best ni.. mestilah tangan laju jer nak bukak dramacrazy.net hihihihihi ..... dasar memang tak penyabar pun sayakan..... jangan ikut perangai saya yang satu ni.. hihihihihi ...;p ala.. la... laa... korang yang tengok pun mesti tak sabar jugakkan.. kan.. baik ngaku cepattttttt ..... episod malam tadi kat tv mesti buat korang geramkan.... tak sangka ha rhy ada kembar kikikikiki... tapi nanti mati... sebab kene bunuh.. sedihh tau...


Sorry pada yang tak pernah tengok tu.. takpa.. saya kongsikan link daripada dramacrazy jom layan.... tapi kat dramacrazzy tajuk dia queen of ambition, kat tv king of ambition layan sampai lebam... biar lebam mata.. jangan lebam dalam hati. Kalu ikutkan kat tv baru sampai episod 10, dalam dramacrazy dia cepat sikit hahahaha... dah episod 16.

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/queen-of-ambition-episode-1/
nak tayang video tak boleh.. jadi saya kongsikan link pertama jerlah yer.. daripada situ boleh tengok episod yang seterusnya...



Suka tengok pelakon lelaki ni muka dia sweet sangat... 




Bicara Hati : Hubby tak layan cerita korea sedih².. tapi kadang² terjebak juga hahahahaha....









Miyami Tetap Dihati



Miyami tetap dihati, itu lah ayat yang tulus ikhlas jauh disudut hati kurasakan... bukan miyami nama tempat kat jepun tu... yer... ni bedak miyami two way foundation UV protection cosway tu.

Sejak mula bekerja hampir 8 tahun lalu.. di pejabat ni rasanya lebih selesa pakai bedak ni, ni pun kawan kat opis ni lah yang suruh cuba.. memang terus serasi sampai sekarang.

Masa sekolah dulu memang tak mampulah nak beli yang mahal jauh sekali pakai bedak compact² ni... balun jer.. pakai bedak batu nasila rm 5.00 tu jer.. malam² pulak pakai tepek² buat bedak sejuk hahahahaha... kira 2 dalam 1 lah tu .. bajetlah katakan.


 inilah bedak miyami cosway yang glamour amour tu.. saya suka yang light, dengar kabarnya retis pun ramai yang pakai.... Kalau ada promosi memang pakat² beli ramai² kat opis ni.. lagi² kalu beli 3 percuma 1, memang kami kongsi beli 4 orang nanti harga bahagi² jimatlah sikit. Kalau bab macam ni memang ligatlah berkongsi² join....


Ada senyuman lebarrrrr ... bijak² mengatur perbelanjaan.
Gambar ada bayang² silau lampu.. tapi nak jugak tayang sebab melaram Shawl Radiusite baru hihihihihihihi.....



Sebenarnya cara yang betul nak pakai bedak ni kene basahkan dulu span bedak tu.. tapi saya tak basahkan pun pakai.. macam tu jer   dah ok... selesa... sebab tu baru² ni.. ada beli bedak online kat jenama popular tu.. tapi.. tak serasilah.. miyami juga dihati...




Bicara Hati : Masya ko pakai bedak apa.. pun nak cerita kat blog ker??? mesti si sekodeng tu bantai gelakkan ko tau hahaha.. biarkanlah dia... saya sekadar berkongsi manalah tahu ada rakan² blogger baru nak pakai bedak ni kan...









Isnin, 11 Mac 2013

Fear Factor Yang Mengerunkan


Yeahhh gambit dah keluar hahahahaha.... ramai betul yang tak suka yer....


Okk.. itu bukan kisahnya... tapi ni fear factor episod yang baru² ni lah hai.. memang mengerunkan bila kala jengking diletakkan dimuka, sebenarnya sabtu tu ada kenduri kat kampung sebab abang sepupu nak nikah semalam.... jadinya tak dapatlah nak tengok yang pukul 9.00 malam, saya tengok ulangan pukul 12.00 tengah malam.. itu pun tertengokk ok.. tertengokk.. sebab mata tak boleh nak tidur huhuhu.. kalau kat kampung biasalahkan hamparkan toto depan tv jer.. jadi dapat lah melayankan fear factor ni...

Owhhhh seriaulah.. geli geleman dibuatnya... nampak kala jengking tu berjalan² kat muka besar pulak tu... dulu pernah sebelum ni tengok yang episod ular tu pun seriau juga.. tu belum part tikus dengan lipas lagi.... tapi kan.. kan.. kalau diberi pelunag nak juga cuba (ada hati tu hahahahaha...)

Rasanya kalau katak terlalu kat bilik air mak tu pun saya dah terjerit² kegelian, inikan pula haiwan lain... padamkan jerlah hasrat tu.... 



Bicara Hati: Kat opis sekarang ni cik ti hidup berleluasa... pantang makanan tercicir atas meja.. habis dibuatnya kenduri anak beranak... lagi² biskut atau roti. kalau dalam laci okk selamat. (^____^)v




Jumaat, 18 Januari 2013

Layan Maharaja Lawak Mega Akhir 2012

  


Malam ni pakat² anak beranak duduk, baring, duduk, guling².... depan tv sambil gelak² layankan Maharaja Lawak Mega....

Korang sokong sape???? wahhh.. makin panas kan.. kite orang sokong SHIRO hahahahaha... harap mereka menang besar yer.. YB.

Kang jangan pitam pulak kot² tetiba yang menang Say Who ...;P Hihihihihihi (^_____^)v


Foto ihsan daripada FB Jihan Muse Persiapan Akhir dengan kata² semangat dia buat kawan² yang masuk "#MeleTOP #Maharajalawakmega2012 #final full dress rehearsal ..stadium tertutup MBJB.. gudluck to all friends.. "


Kudapan haruslah ada dimalam hari .. lempeng cicah sambal sardin hihihihi.... mantap x?? mantapp kan.. takut² tak habis siaran dan tidur dulu hihihihihihi ....



Bicara Hati : Harap persembahan malam ni tak membosankan...




Isnin, 14 Januari 2013

Merlin

  


Dunia fantasi , dogengan , ahli sihir .... lebih kurang macam tu lah .... tak tahu lah bermula bila terjebak .. tapi memang pernah menonton disaat awal musim yang dulu ² kat tv3... 

Mula² layankan sorang jer ... lepas tu hubby pun okk jer .. dia pun sama melayankan juga, tapi bila amir ada .. agak menyukarkan sebab amir ni kategori penakut macam saya juga .. tapi saya okk sikit.. tapi amir memang tak boleh tengok langsung cerita macam ni.. sudahnya tak dapat nak melayan kan sangat cerita ni ... 

Musim kali ni memang tak tengok langsung, rasanya sempat tengok satu episod jer .. tu pun tak sampai habis ... ke.. sebab dapat tengok amir dah tidur masa tu hihihihihi .....

Tahu² dah nak habis dah cerita ni musim ni ... ni kalau sempat layanlah malam ni ... kalau tak sempat baca blog kawan² yang review jer lah...

Bicara Hati : Merlin ni ada lagi satu versi kat tv2 tajuknya Camelot kalau tak silap pernah tengok tapi masa tu dah lewat malam sangat tak dapat nak tengok sampai habis.

Jumaat, 11 Januari 2013

Selamat Hari Lahir Tok Ti

  



Selamat Hari lahir buat Dato' Siti Nurhaliza yang ke -34 tahun semoga dipanjangkan umur, bahagia bersama keluarga tersayang dan sentiasa dimurahkan rezeki .... suke sangat tengok muka siti pakai tudung litup macam ni manis jer... ayu siti pakai tudung macam ni...

Kalau melihatkan persekitaran pemandangan kawasan ambil gambar ni macam kat hospital, mungkin siti masih lagi kat hospital menjaga suaminya yang tak sihat....

Gambar² lain bolehlah tengok kat Fb akak ipar Siti, Rozi Abdul Razak , saya mohon izin kongsikan gambar ni kat sini ... walaupun tahu siti tak baca dan tak pernah tengok pun blog saya ni hihihihihi .....

InsyaAllah ... 23 Januari ni kita pulak sambut hari lahir kan.. opsss.. terbagi tahu pulak.. tapi bukanlah yang ke 34 ... ;p tapi dah menuju angka 3 jugak (^_____^)v



Bicara Hati : warna warni betul kek dato siti ... moga siti juga ceria sentiasa






Rabu, 9 Januari 2013

Minggu Akhir Episod Adam Hawa






Akhirnya cerita ni akan sampai juga ke penghujungnya... dan sepanjang tempoh tu jugak.. tak sempat nak melayan sangat hihihihi...... kejap layan .. kejap tak.. kejap tertidur.. tu belum amir pakat dia jer nak tengok kartun kegemaran dia, pakat dengan hubby layan bola lagi .. sudahnya.. mak ni tidur hihihihihi ....

Akhirnya happy ending jugakan... salah satu sebab suka layan cerita ni kira dia tontonan umum lah juga, sebab part yang romantik tu takdalah keterlaluan .. jadi kalau ada anak² nak tengok pun kita tak rasa malu berbanding dengan Filem yang AA belakon sebelum ni adaptasi daripada novel juga tu...

Azie kawin dengan Johan oklah tu kan, dee pulak keguguran ... iyalah asyikk dok cabul cakap tak mau anak tu.. kan dah memang tak dibaginya betul (haihh itulah orang tua kata kata² tu satu doa), Akhirnya ain berjaya melahirkan baby.. so sweet.. baby ape eh??? tunggu jerlah malam esok episod akhirnya yer... tapi macam ada gaduh² sikit jer.. berebut nak tengok ain bersalin ke.. hapa tu eh... (maklum lah tak baca pun novelnya hihihihihihi).. harapkan melayan kat tv jer.. sebab mata ni asal bukak novel jer.. menguap mengalahkan hapa.. memang dah lama tak baca novel...



Bicara Hati : Dah habis ni ... Lepas ni cerita apa pulak yer???


Isnin, 7 Januari 2013

Ribut Sonamu Di Pantai Timur Malaysia

  

Gambar ihsan daripada www.nasa.gov
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 U dan Longitud 109.6 T, pada jam 5:00 petang 6 Januari 2013, kira-kira 748 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan perlahan.



Amaran buat penduduk Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, serta Johor dan Sabah dan Sarawak mengenai Ribut Tropika SONAMU yang menuju ke kawasan tersebut.


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


Dalam masa sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudden Abdul Wahab berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat akan melanda tiga negeri itu disebabkan faktor angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang sentiasa dilanda banjir agar berwaspada dengan amaran hujan lebat dan dinasihat membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir.


Doa Ketika Angin Kencang 
Sumber : FB


Bicara Hati : Sama²lah kita berdoa moga² sahabat² kita dipantai timur dilingungi Amin....


Layan Live AJL ke-27 Akhir



Bluesssnya hari ni... penat sakit² badan, sakit mata.. mengantuk huhuhuhuhu .... Monday Blues.... sebab cuti 2 hari macam tak bercuti, ditambah malam tadi sambil melipat baju bajan melayankan AJL (sempat lagi tu) hihihihihihi ....

Tak kala mata dah tak mampu untuk dibuka, amir pula sudah berdengur kepenatan dengan toto di depan tv... mata ibu sudah layu mahu join amir... dikejutkan dengan persembahan penutup AJL lip lap tup tatap silau mata mak long ni... mata terus tak jadi tutup... terkejut dibuatnya tengok skrin gambar keluar macam tu bukan takat 3D dah .... macam real jer gambar tu dengan suara² papa rock ramli sarip memang superbb kejap... persembahan akhir tu...

Tak sempat nak layan pembukaan pun.. layankan gitu² jer tu pun dah dipertengahan... kat opis pagi ni pun haihh memasing bergosipp tak puashati lagu Yuna menang kikikikiki.. gelihati pulak kita mendengarnya... siap kata ombak rindu dengan simetri lagi besttt hahahahahaha.. sukati koranglah... Mata ni sekarang dah mengantuk.. nak sambung tidur kejap boleh tak?? huarrgghhhh.....


Keputusan Penuh AJL27 untuk tatapan anda:-

Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)
Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)



Sempoi jer rasanya persembahan Aizat menyanyikan lagu Yuna tu malam tadi.. tapi suka .. bahagian akhir tu.. bila Yuna dengan Aizat seolah² berinteraksi mahu minum bersama...



Bicara Hati : Pagi² mood dah kelaut ....

Rabu, 26 Disember 2012

Muzik , Cinta Dan Sanubari

  


Hubby peminat setia lagu-lagu Anuar Zain, dan banyak jugak lagu² yang ditujukan liriknya sangat² menyentuh hati ... ditujukkan kat diri ini... nanti ade masa buat entry pasal tu.. tapi sekarang nak layan lagu² Anuar Zain Special Kat Radio Hotfm



Khamis, 6 Disember 2012

Siti Nurhaliza Pakai Tudung

  
Biarlah orang nak kata ape pun, nak kutuk dia bagai ape pun.. saya minat jugak kat dia... biar pun dah takdelah nak terlalu fanantik sesuailah dengan usia ni.. minat sekadar minat sahaja... jangan sampai terlalu fanatik.... (^_____^)v

Suke sangat tengok gambar siti pakai tudung gaya gini.. nampak cantik sangat tanpa jambul terkeluarkan... di tambah pipi yang gebu ... senyuman yang tak pernah lekang daripada bibir.. memang nampak manis sangat.... Tapi warna ni tak sesuai kot saya gayakan... siti gayakan ape warna okk jer... saya kulit tak bape nak cerah kalau warna gini dah rupe ape jerlah kang.. lagi² ade unsur hitam.


Gambar² lain bolehlah klik kat sini



Bicara Hati : Sejak kawin ni dah mula minat warna merah, dulu saya fobia warna merah sebab pernah kene kejar dengan lembur huhuhuhuhu......


 

Jumaat, 30 November 2012

Baju tidur kotak - kotak

  
Penangan² bahana betul lepas ni mesti berebut² ramai yang cari baju tidur kotak² kan... sebab malam tadi nampak AA pakai dalam cerita Adam & Hawa hihihihi... (^___^)v
 
Baju ni selalu sinonim budak² sebaya amir jer pakai.. tapi amir pun takmoo pakai dah huhuhuhu... dia rimas baju berkolar ni.... Tibe² nak belikan jugak.. nak belikan untuk 2 orang hero ibu tu hahahahaha.. amacam?? okkk tak.... Kat mane nak cari ni... rasanya untuk orang dewasa payah nak jumpe.. untuk budak² senang jer....
 
Muka gatalkan.. nakal pun iyer jugak...



Bicara Hati : Awatlah bilik sempoi sangatkan takde macam bilik pengantin kikikikikiki .... ;p
 

Khamis, 29 November 2012

Masterchef I Bola Piala Suzuki I Adam & Hawa

  
   

Kisah malam semalam.. semua nak dilayankan kat tv hihihihihihi.. semuanya pun best... nasib baiklah amir tidur awal, jadi ibu dengan ayah jerlah layan tv .. tu pun dok berebut remote hahahahaha.. kalau amir tak tidur mau berebut dengan amir jugak.. sibuk nak tengok kartun.

Oleh sebab nak melayan bola punyer pasal, tangan baru nak baik ni digagah²kan diri jugak masak.. hari sebelum tu oklahh mek bagi nasi kerabu.. takkanlah mek nak bagi lauk setiap hari kan.. so semalam masak sardin jer pun hihihihihihi... makan 2 beranak sebuku roti tak sedoooo ...

Mule² sependapat elok jer tengok masterchef sekali tang pengumuman nak masuk final ditangguhkan lah pulak hahaha saboor jerlah.... ibu layan adam hawa sebab semalam episod yang best hawa dan adam dah berbaik hihihihihi..... tup² ayah kalih bola... kannn.... oklah layan kejap.. tadi masterchef oklah lagi.. ade iklan tukar bola.. ni dah kalau layankan bola jer mane ade iklan.. nasib baiklah ayah mengalah.. dapatlah tengok adam hawa jap.. kemain lagi yer AA kalu bab² menyakat ain tu menjadi jer.... yang tengok ni pun dok senggih² hihihihihihi ....
 
Ok malam ni boleh layan tanpa gangguan juga... sambil makan bihun tom yam ..... (gamba tak mau tayanglah kang masing² terliur pulak...



Bicara Hati : Bukannya pulun sangat kat tv cerita Adam Hawa mane yang sempat jer tengok pun hihihihi.. paham jer jalan cerita tu.. cuma lakonan AA tu yang selamba menjadi jer.. mencuit hati dibuatnya...







Rabu, 3 Oktober 2012

Layan korea - Minggu Akhir Bride of the sun

 
 
Sejak ade byond kat rumah ni.. memanglah saya dok pulun jer cerita korea hihihihihi .. hubby pun kadang² followw jugak ... ;p amir?? amir jangan haraplah .. asyik dok layan kartun kat disney junior tak sudah²...

Pada kawan² yang ade Byond layan tak cerita korea, ke.. korang lagi teruja tengok adam & hawa hihihihi ... nasib baiklah cerita ni tak bertindih.... adam & hawa 10-10.30 malam, Bride of the sun 10.25 sampai 12 malam ..... (tapi kadang² mata ngantuk tak tengok habis pun kikikikiki.... layan maraton hujung minggu tu pun kalau tak kemana²)

Daripada yang saya tengok cerita Bride of the sun ni dia mengisahkan tentang kim hyo won, choi jin hyuk dan pengerusi lee serta bekas isteri pengerusi Lee Jung In Sok.

Panas².. memang panas cerita ni ... asalnya Kim Hyo Won dan Choi Jin Hyuk (james) praktikal dekat taman tema youndam, dari situlah mereka berkenalan dan bercinta.... tapi hubungan tu terputus sekejap sebab james kena balik amerika.
Dalam masa yang sama pengerusi Lee menaruh hati dan nak jadikan Kim Hyo Won isteri ... lelaki tua tu, walaupun banyak duit tapi pengerusi lee ni gangster, baran dan tamak huh!!

Kim Hyo Won terpaksa terima pengerusi Lee sebab adik hyo won sakit masa tu dan perlukan bantuan, oklah kan.. lagipun mereka kawin kontrak jer.. kawin atas kertas .. tak tidur bersama pun kikikikiki .....

Ditakdirkan james balik ke korea tapi kim hyo won pulak dah kawin, james balik sebab nak balas dendam kat Pengerusi Lee tu ... sebab dulu bakar rumah dan ladang mak dia.... di tambah pulak hyo won kawin dengan pengerusi Lee lagilah bertambah² dendamnya... dalam masa yang sama james jalinkan hubungan dengan ye-run (anak pengerusi lee .. tapi bukan james suka pun dia.. yang hegeh²)

Minggu ni dah episod akhir tau, semua 112 episod (kalau salah betulkan yer otai²).. tak sabar nak tau kesudahannya.. haihhh cerita dia memang sedihlah.... mule² jer dulu happy².. tapi suke sangat dengan watak hyo won sebab dia nampak lembut tapi sebenarnya bijak dan berpendirian tegas.

Suke duka hyo won dalam cerita ni memang jadi pengajaran, sebenarnya ade jer berlaku dalam dunia hari ini.. cuma kita jer tak tahu kot .... paling sedih bile hyo won kemalangan masa tengah mengandung, nasib baiklah semangat dia kuat.. dapat melahirkan baby (anak dengan james) dengan selamat.... mesti korang confius kawin dengan pengerusi lee tapi lahirkan anak james kikikikiki ...;p

Kelakarnya lepas setahun hyo won hilang yang kunun²nya dah mati sebab kemalangan tapi dia hidup lagi .. dia banyak dah berubah imej, jame, kawan jame, ye-run pun berubah imej.. tapi... awatnya kawan baik hyo won masih pakai cermin mata tu jugakk.. tak berubah² kikikikikiki......

Terima kasih kak tiha kongsikan review dengan saya kat sini dan sini jom layan sampai habis ye kak hihihihihi .... lepas ni tak tau cerita baru boleh layan tak .. kalau terjebak .. habislah... mesti kene tengokkk tak mau terlepas episod ..;p nasib la.. sape soh hubby masuk byond .. kan saya dah layan korea pagi petang siang malam.

Seksinya poster hyo won ni huhuhuhu ....



Bicara Hati : Korang layan cerita korea x??? Glass castle pun best jugak minggu depan dah episod akhir rasanya... sebab ternampak iklan baru ... To the beautiful pun best jugak ... Nak beli CD cerita² korea tak kemampuan mahal bebenor.... layan kat oneasiaHD jerlah... 393 canel astro.





Sabtu, 28 Julai 2012

Pagi² dah layan pororo

 

Setiap kali bangun pagi jer amir sibuk nak tengok kartun pororo penguin ni ...
Hadoilah ... bayangkan bangun² tidur mintak susu terus mengadap tv 
Sabooo jerlah ibu ni kan .....


Bicara Hati : Mood hujung minggu ayah exam, belum lagi dapat shopping raya .. amir layanlah Disey junior tu jer .... kang lapar mintaklah biskut atau susu.




Selasa, 17 Julai 2012

Juara Masterchef Selebriti Malaysia yang pertama

Assalamualaikumm semua .. mood haruslah ceria² jer... untuk kerja kan....
 
Petang semalam balik awal kerumah, kat sini kebetulan hujan lebat .. yang herannya lepas KESAS nak sampai rumah setitik air hujan pun takde hihihihihihi.... yups ... awan berarak lain² ...

Perut rasa lapar sangat, sampai rumah terus masak ayam masak kicap dengan tempeh+ikan bilis goreng berlada ... sayur?? sayur takde.. tak sempat nak membeli hihihihihi .... malas nak menyinggah² kedai pun iyer jugak ... ;p siap masak ... mandi² terus makan 3 beranak .. habis masak nasi seperiuk (2 pot kecik jer..)

Kesian amir malam tadi tak dapat tengok masterchef akhir, lepas kenyang makan ibu bagi makan ubat, bile makan ubat terus dia mengantuk .. lagi² ubat batuk kannn ... cepat jer nak lenanya... ke amir dah tau angah nak kalah kikikikikiki ....

Bile cakap amir jom makan ubat, dia ok jer... bersemangat ke main.. takde lah pulak istilah takut nak makan ubat .. siap cakap amir nak ubat yang putih sedapp .. alamak!!! itu ubat resdung .. amir cakap sedapp rasa buah ... kalau boleh nak makan lagi erkkk.... (ibu sayu hati nak bagi amir makan ubat .. tapi bile dah suap dan amir ok jer ... makan semakin sihat ibu syukur sangat²) ....


Tahniah atas kemenangan Dato' Fazli ...
hadoilah terliur tengok 'cream puff' tu .. nak buat .. tak terbuat² huhuhuhuhu...


Bicara Hati : Alhamdulillah rasa bersyukur sangat sebab kesihatan amir semakin pulih, terima kasih pada semua yang doakan amir love u sooo muchhh... (^___^)v




Isnin, 16 Julai 2012

Ade jer akalnya - kisah tom & jerry pulak

 


Mood bile dah kepenatan masing² mengular sana sini .. sorang ke hulu .. sorang kehilir .. guling² atas toto ... masak pun sekali jer masa pagi .. buat nasi lemak .. sampai kemalam makan nasi lemak lauk sambal sardin hihihihihi....

ibu malam ni ade master chef tak???

ade ... malam ni semi final ....

mane ni lamenya ..... dah penat warna ni .... (saje suruh dia mewarne buku dulu) . sambil pot pet pot pet ...

ini ape amir???

katak....

ok.. good... katak warne ape???

hijau .... 

ok .. good warnekan cantik².... katak bunyi macam mane yer????

ongggg.. onggg... (amir siap ngajuk bunyi katak) ....

dah siap ibu ..... 

okk cantik... selak muka lain pulak....

ni ape ibu ...

tikuss... cepat warnekan .. nak tengok master chef tak???

tikus warne hitamkan ....(yer.. macam kelabu² sikit... ibu jawab)

tikus makan ape ibu??? ....(makan sisa makanan .. tikus duduk kat tempat kotor² .. kawasan sampah selalunya.. kunun² nak bagi penerangan kat amir)

bukanlah ibu tikus makan 'cheese' ...... kat tom & jerry tikus makan 'cheese'

alamak!!!!.... uwarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr .... terkena ibu tau.. huhuhuhuhuhu...
kunun² nak bela diri .. sekali ayah jawab .. iyerlah tikus makan cheese apelah ibu ni.. sambil jeling kat ibu .... sabooor jerlah ibu kan.... tak aci .. tak aci.. takde orang nak bela ibu huhuhuhuhu....

see ... kt orang uji dia.. dia uji kite balik ;p


Dulu amir pernah tanya kucing makan ape.. klik sini 


Ape lagi aksi gomol² amirlah lepas tu ..... terus layankan master chef .... tu pun amir majuk kunun² penat .. baru warne dengan menulis sikit dah penat ehh... kalau tengok kartun tu tak penat² pulak mata tu... mata dah kuyu nak tidur pun boleh tengok lagi ... errrmmmmm

Melayankan master chef selebriti semi final malam tadi ... memang suprise ... angah masuk final dengan dato' fazli .. hadoilah amir punyer meloncat² kat toto angah masuk final dah macam ayah dia yang masuk pertandingan masak tu pulak huhuhuhuhu.. sukelah tu ...


Bicara Hati : Masih menunggu alamat² pemenang Kuiz A'Famosa
terima kasih pada yang dah bagi alamat (^___^)v




Selasa, 10 Julai 2012

Episod akhir master chef selebriti

 


Tak sabar rasanya nak tengok final malam ni.. sapelah agaknya yang menangkan... amir?? tak sudah² dengan angahnya dari mula sampailah sekarang hihihihi.. nasib baik angah masuk final... setiap malam asyik tanye ade master chef tak malam ni ibu .... bile tengah tengok dia kan tanye pulak.. ibu sokong sape??? nanti tanye ayah pulak.. ayah sokong sape .... kadang² ayah dia saje menyakat.. ayah sokong chef jo hahahaha....

Peserta² tu amir lagi kenal daripada kami ... tomok yang dia tak kenal pun dah kenal, azwan ali pun dia kenal juga hahahahaha.. amir²....

Tapi episod malam tadi memang tak menahan gelaklah kami tiga beranak suspen jer kan.. bile farouk di umumkan keluar.. lepas tu.. masuk balik hihihihihi.... memang suspen...

Apepun pada saya 5 finalis yang akhir ni semua pun best².. apelah agaknya tema masakkan dia orang malam akhir ni kan...

Dua orang yang mencuit hati, macam mane susah pun suke buat lawak.. masak selambe jer...

 Hebat dia masak malam tadi siap hias pakai nanas lagi.... 

 Sapelah menang malam ni dato' fazli pun masak best juga....

Jangan terkejut kalau soo wincci yang menang hahahahahaha....... sebab dia pandai buat desert dan suke tengok dia menghias makanan .. cantik.. kemas jer....

Gambar² semua ihsan google jer....

Bicara Hati :
Malam ni nak goreng cempedak jerlah sambil layan master chef selebriti boleh, mood malas nak masak hihihihihi... beli lauk pasar malam jerlah.... (^___^)v


Rabu, 27 Jun 2012

Bicara Hati

Assalamualaikummmm dan selamat pagi.....
 

Amin moga begitulahnya.. lagi² bile kite berkawan dengan orang yang selalu berfikiran positif, automatik kite pun jadi lebih positif (^______^)v


Bicara Hati : Drama berepisod bicara hati dah pun berakhir malam tadi.. walaupun tak tekun tengok tapi saya layan jugak.. kadang² ulangan pun saya layan hujung minggu, novelnya sampai sekarang saya tak baca² hihihhihi... ke.. saya pernah baca tapi lupe... ;p
 
 
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...