♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Dunia Masya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Masya. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mei 2015

Kenangan Sambutan Hari Guru



Setahun sambutan ni cuma sekali sahaja, masa zaman sekolah rendah rasanya sambutan ni cukup meriah antara cikgu dan murid. Aku paling suka sambutan hari guru sekolah rendah sebab ... sebab akan ada hari pelepasan tanpa belajar .. dan aktiviti hari tu pastinya aktiviti dengan guru muehehehehe (^____^)v

Sinonim masa tahun² aku belajar dulu hadiahnya yang abah akan belikan rare sangat okeyyyyy sabun mandi, sabun basuh dalam kotak, colgate .. ubat nyamuk pun pernah bagi cikgu .. kemahin balut molek². Bila di ingat² dikenang² gelihati rasanya .. sekarang memanggg takkkkklahhhhh anak murid bagi gitu kan.. paling² pun mug dengan pen. Aku ni kira kategori pasrah le .. ape abah belikan itu je lah aku balut bagi .. abah kata ikhlas bagi .. menghargai guru ... 

Sekarang???? sekarang anak sendiri pulak nak bagi cikgu hadiah, aku bagi kebebasan amir nak pilih, hubbylah yang tukang bagi idea ... camni mir cikgu mesti suka ... membazir kalau bagi yang itu .. hah!!! kemahin 2 beranak tu dah geng dah sekarang ni .. edisi mencari hadiah ni kat giant je pun .... gelihati pulak bila aku tengok kerenah 2 orang tu ... aku masa tu hilang fokus dan mood sebab kepala berdenyut².



Taraaaaaa inilah hadiah buat cikgu² amir, sekolah pagi ada 3, sekolah petang amir bagi 1 je untuk guru kelas dia .... (^____^)v Dalam tu cuma pen dan coklat ... amir kata ustazah suka coklat .. jadi amir nak bagi coklat besarrr amboii kemain lagi yer.... sukatilah mir.



Korang banyak tak kenangan hari guru?? seronokkan kalau di ingat² balik ... kalau ada pertandingan dengan guru rasanya paling besttt macam main bowling kampung guna kelapa dan air botol .. tu belum lagi cikgu² menyanyi .. amboii kemain memasing lepas gian.






Bicara Hati : Rindunya cikgu² sekolah rendah, hari ni aku cuti.. amir sukan .. jadi ibu hantar pergi sekolah .. tengok amir sukan, kot²lah jumpa cikgu sekolah .. ada lagi keeee yang kenal agaknya.








Selasa, 19 Mei 2015

Aktiviti Cuti Panjang Hari Buruh Hingga Hari Wesak


Muehehehehehe ..... ni kisah awal bulan hari tu, sayang rasanya kalau tak abadikan dalam blog .. walaupun banyak benda nak cerita ... kita mulakan je lah dulu entry di bulan baru ni dengan kisah cuti 4 hari masa awal bulan mei hari tu. Kira cari moodlah nak mengarang entry lain... sebelum tu nak bagi tau entry ni banyak gambar dan cerita sepanjang 4 hari cuti tu hihihihihi.

Kisahnya memang percutian tu tak kemanalah pun... kan selain kat rumah, kemas rumah, makan, tidur, makan dan tidur dan melayankan movie (dapat jugak keluar rumah) ... huhuhuhu sebab bieeee sibukkkk buat kerja sekolah. Eh² dah tukar panggil bieee pulak .. bahana² aku terjebak tengok cerita akasia 'Hati Perempuan'. Orang lain ober emo tengok cerita ni .. isteri derhaka dengan somi kononnya ermmmm dah nama pun cite .. dah nama pun adaptasi ikut novel dah memasing emo dah kenapa??? aku tengokk okeyy je cerita tu bahahahaha ... pandai dia orang jaga batas lakonan tidaklah tergedik² nak muntah ijo layan.






Macam biasalah cikgu amir ni kalau cuti sekolah memang banyak kerja dia akan bagi baik sekolah pagi mahupun petang, memang awal² lagi ibu akan suruh amir siapkan kerja sekolah dulu .... sebelum dia lupa hinggatan main dan layan kartun. Ibu teruja tengok amir tulis jawi nak melukis .. lagi² kalau subjek bahasa arab .... tak sangka anak ibu pandai melukis .. kemas jugaklah tulisan tu ... selagi ibu boleh baca dan boleh paham maknanya tulisan anak ibu tu takdalah teruk sangat.














Okeyyyy dalam bulan 4 tu hari tak taulah berapa kali .. dah kami makan dan tapau satay kajang Hj Samuri hahahaha ... orang lain gst tak makan luar, yang kami ni .. sibuk makan kat sini .. kang bawak mertua, kang datang dengan ipar² ... sekali jumaat malam sabtu tu amir kata nak tidur rumah embah .... cuti sekolah ni.. haihh kunun sangatkan.. sejak² dok kampung ni .. jangan haraplah nak tidur rumah mak tu .. panas je montot dia nak balik rumah .... alang² amir nak tidur rumah mak .. ajaklah mak dengan abah dan adik² makan satay ni ...  keluar kejap.












Tips kalau nak pergi makan satay kajang hj samuri ni kat bukit tinggi digalakkan datang selepas pukul 10 malam hahahaha .. barulah ada banyak tempat kosong ... kalau pukul 8 jangan haraplah.. memang sentiasa ramai orang pftttttt ...;p kita orang makan satay ayam, daging dan kambing malam tu. Adik makan nasi ayam ... amir dah mengantuk kita orang bagi layan youtube hihihihi .... sesekali ajak mak berjalan malam suka dia.. kira ni sambut hari ibu lah ni.. awal seminggu hihihihihi .. (^____^)v











Sepanjang cuti tu jugak barulah berkesempatan tengok kebun kecil sebelah rumah .. muehehehehe .. wahh teruja pokok terung dah berbuah kooooo ... alhamdulilah ada jugak rezeki boleh masak nanti. Pokok cekur pun dah banyak membiak .. jangan tak tau pokok bawang pun ku tanam .. bolehlah daun bawang tu buat cekodok nyum² sedapppp ..... Pokok bendi pun dah mula tumbuh.. nanti bolehlah alihkan ke tanah. Masa cuti panjang ni barulah ada masa nak belek² pokok² bunga depan rumah, yang tak berapa nak berbunga sangat pun hahaha ... cukuplah sekadar penyeri depan rumah.











Okeyyy tekak dah mula mengada² nak makan cheese kek meleleh leleh gitu .. nak beli cuti² dah kat mana .. sudahlah terperap kat rumah ... jadi tak payah nak meroyan sangat .. sebab ada bahan² cuma pergi beli kek je kat kedai 99speedmart pekan depan rumah, marilah kita membuat sendiri di rumah hihihihi .. klik sini untuk resepi lengkap. Dah siap buat boleh makan depan tivi fefiling bagus je kan dok kat sofa .... itu je lah kerjaannya.







Dah banyak kali tertunggak nak tengok wayang, amir pulak pesen tak suka tengok wayang .. ibu dia meronta² nak pergi muahahahah .. ayah dia kenalah lah layankan .... mujolah pujuk amir ajak tengok avengers ni dia nak .. kemahin ... siap pujuk nak mainan x?? kena pakai kemeja .. balik tengok wayang kita beli ... muahahahaha .. motip sangat .. yang sebenarnya amir nak lego .. tapi lego semua mahal² .. jadi sebagai ibu yang bijaksana jimat berbelanja ni .. kalau takmoo belikan lego .. belikan mainan (hadiah) lain .... tapi yang mencabar minda jugak ala² lego dan amir suka (^____^)v






Taaarrraaaaa inilah mainan tu, hah dah beso² pun nak kereta ada rail camni ... layankan je lah... tapi dah besar ni dia buat sendirilah gigih balik terus buat, sampaikan ibu siap mandi .. dia tak mandi² lagi dok ralit buat benda alah ni .. dah siap baru mandi .. lepas mandi puaslaaaa dia main ... sampai penat tertidur.








Eh² banyak pulak gambar dalam entry kali ni kan ... alaaa korang pun suka tengokk gambarkan daripada baca ape yang aku meraban tulis tu ... okeyyy ni saja nak kongsikan rezeki main kutu tupperware kali ni ... ni tahun kedua main ... meriahkan .. meriahkan .. alhamdulillah .. kalau tak main kutu gini memang kempunanlah nak merasa pakai barang tupperware ni. Jumlah kali ni main RM 400 Siap beli bekas beras baru lagi .. jangan tak tau mak kutu aku tu kali ni kemain berhemah dia kemas barang susun² dalam semua kotak ... jimat ruang dan bijak jugak untuk mudah penghantaran .. yang penting semuaaaanyaaa sampai dengan selamat.


Oklah jumpa lain entry ... tunggu mood bercerita datang ye ...  (^____^)v







Bicara Hati : Salam 1 Syabaan, insyaallah tak lama lagi Ramadhan akan menjelang.




Jumaat, 15 Mei 2015

Minggu Akhir Cerita Hati Perempuan




Meroyan sekejap layan akasia baru² ni 'Hati Perempuan', bahana kalau terjebak dan tertengok episod pertama hahahahaha ... mujur dah habis .... aku rasa memang aku dah jarang nak tengok slot akasia ni .. kosa balik kerja nak berebut remote tv dengan anak muahahahaha .... sebab balik salunya gigih masak kat dapur tak pun kemas rumah .. kalau pagi dah masak.



Aku tak tahu kenapa orang 'haters' sangat dengan cita ni .. benci kemahin dengan yuhanis .. kengkononnya keras kepala ... dah korang tak suka .. dah kenapa tengok jugak video² kat ig orang lain upload dah tu komen .. aku yang baca pulak sentap sebagai perempuan muahahahaha .... gelihati pun ada kadang² dengan orang² macam ni .. dah tak suka .. boleh lagi nak tengok dan kondem orang.



Pada aku ceitanya okeyy je daripada sudut positif kehidupan dalam rumah tangga, gaduh baik .. itu lumrah .. janganlah yanggg negatif je korang nampak kalau rasa melawan somi melampau tahap gitu tak payahlah ikut .. tak yah nak emo sangat bilaaa tengok ... tapi ramai kata baca novel lagi best ... mana pulak nak beli ni ... banyak scene potong dalam tv tu .... babak akhir tu pun lain .. kalau tak silap budak² tu berebutkan basikal main kat laman ... tapi dalam tv berebut tab pulak. 





Belanja sekeping gambar tuan tanah letak pict dia orang yang sweeett muiiitt kat pc muahahahaha ..... ala.. bagilah can, bukan salu pun masya meroyan layan cerita kan .... 





Bahana terjebak cerita ni .. twiter yang berzaman tak bukak tu pun aku bukak, paling haru sebelum tidur layan ig video² dia orang dalam cerita ni hahahahaha .... sukalah tengok ku ril dengan yuhanis .. pandai dia orang bawak watak ... tak perlu nak ober sangat pegang² scene romantik .. tapi dari pandang mata dan senyuman yuhanis pun dan buat aku senyum depan tv muahahahaha .... (^____^)v itulah salah satu sebabnya bolehhh layan sebab tak ober, tu pun orang nak kondem kata kayu LOL sangat pfttttttt ...... 


Oklah cite pun dah habis, patutnya publish entry lain.. saja nak publish entry ni dulu hahahaha .... lama menyepi dah tetiba buat entry pasal cerita akasia .... ;p





Bicara Hati : Tak perlu nak heboh sana sini kata takmoo berlakon berpegangan tangan, tapi .... ada scene paksa buat.. buat jugak ntah pape ntahhhh eh².. masya koooo sentap orang yang baca entry ni.










Rabu, 29 April 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015



Assalamualaikum .... tetiba datang mood nak join .. hahahahahah .. setelah sekian lama bertapa blog ni tiada entry baru .... (^_____^)v maafkanlah tuan tanah yang sedang bertapa dalam gua ni ....








Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)













Sabtu, 4 April 2015

Waktu Sesuai Untuk Mengemas Rumah



Tak pastilah orang lain, tapi kalau aku ni suka mengemas bila waktu pagi lepas solat subuh dan hari cuti .. macam hari sabtu ... memang itulah masa yang sesuai sangat untuk pulunnnnn semua sesi mengemas rumah hihihihihi .....

Kalau hari lain tu biasanya memang tak berkemas pun, adalah jugak sapu² sampah tu.. tapi kalau dah teruk sangat memang terpaksalah jugak mengemas malam lepas balik kerja .. itu pun vacum je mihmihmihmih ...;p

Dan kebiasaannya bila diri dengan suka rela mahu mengemas rumah, hubby pun dengan suka relanya akan membeli sarapan .. yeahhhhhh ... sudah jimat tenaga disitu .. kadang kalau mood hubby baik .. terus lepas berkemas ajak keluar lunch .... (^_____^)v




Image result for gambar kartun mengemas rumah


Kebiasaanya perancangan untuk mengemas rumah ni kenalah amik kira baik ruang tamu, dapur, ruang belajar, bilik² dan jugak bilik² air .... kalau korang rajin buatlah jadual .. sebenarnya lebih baik .. rumah pun akan sentiasa kemas jer, tidak lah tetiba ada tetamu datang rumah bersepahkan ..... dan kalau ada tetamu suprise pun tidaklah terkujat sangat nak mengulung toto depan tv hahahahaha ... ;p

Okey kalau masa ada anak kecik dulu² salunya kena pandai bahagi masa ni bila nak mengemas .. salunya waktu dia tidur memang pulunnnn lah dokk mengemas semua .. lepas tu dapat peluang tidur ... tidurlah sepuasnya sebab bila anak bangun kita pun kenalah bangun menjaga dia pulak. Tapi salunya kerja² rumah yang berat² hubby buat .. senang sistem macam ni .. saling bertolak ansur.

Oklah .. sebab hari ni cuti, jemputan semua pun tak dapat nak pergi ... maka moh ler.. kita mengemas rumah .... dengan senang hati .. rela hati, sibujang pun dah boleh diharap mengemas ... jadi ringanlah sikit beban ibu ni .. ada anak boleh di harap.






Bicara Hati : Yeahh makan free ada jemputan kawin, siap kemas rumah kita pergi kenduri yer.... 






Jumaat, 3 April 2015

Semalam Masih Dalam Ingatan




Perginya di jemput Allah ... kerana mereka yang baik selalunya Allah akan jemput awal, kita yang hidup ni .. haruslah meneruskan kehidupan macam biasa.

Walaupun bertahun berlalu .. tapi segalanya masih segar dalam ingatan, 7 tahun bukanlah satu masa yang singkat untuk kami sekeluarga melupakan peristiwa itu yang buat pertama kalinya kami hadapi .. moga Allah merahmati rohnya disana. Al-Fatihah buat arwah adik.

http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2012/04/kehilangan.html

Image result for kata semangat indahnya islam




Bicara Hati : Darinya kita datang ... padanya kita akan kembali ... 





Khamis, 2 April 2015

Hati Perempuan



Bahana .. bahana bila tertengok episod pertama .. sudahnya sekarang dah terjebak tengok cerita HATI PEREMPUAN ni .... adaptasi novel jugak rupanya .... alolololo sweetnya pelakon perempuan tu mia ahmad kan ... suka tengok karektor dia .. yang sangat tegas.. sekali dia senyum hohoi cair lelaki² ego cam tengku tu ... ramai kata muka mia cam shila hamzah, memang adalah sikit persamaan tu .. tapi suka mia lagi huahuahua .. sebab dia berlakon tak meniru sapa² pun ... neutral je dia bawak watak tu dengan cara dia sendiri ... 



Image result for review hati perempuan


Mulalah kalau dah terjebak tengok follow ig dia .. follow ig hero jugak ... lepas tu google sana sini nak tau sinopsis cerita ni .... alahai napa cam sedih pulak ... harap² jangan sedih sangat² .. suka sweet jer .. hari ni tengku nak lamar mia kan .. kan... tapi malam ni tak boleh ar layan sampai habis .. layan sebelum azan je laaaaa ....  nak kena pelangkung dengan laki buatlah gitu ngadap tv huhuhu ....
 



Image result for hati perempuan


Dalam² watak² drama ni setakat ni hero heroin kita suka ... sebab cam hidup gitu .. watak² tambahan kawan² rapat dia orang pun okey ... suka hero tu sebab ada gaya² rosyam nor sikit .. walaupun kadang tu cam tak sampaiii .. macam nak lagi lebih lagi barulah nampak bebtul ego dia tu ... keturunan tengku lah katanya kan ... ;p




Image result for hati perempuan

Oklah tu je nak cerita .. bukan nak cerita sinopsis pun korang boleh gugel banyak dah blogger cerita.... tengah layan cerita ni sekarang petang² setelah sekian lama tak mengadap tv, kali terakhir Rindu awak 200% kot ... tu pun memula je.. pastu kelaut .. pastu sambung balik nak habis muahahaha ... (^___^)v


Sebenarnya hati perempuan ni sensetif sangatkan, bukanlah nak kata lelaki tu tak sensetif .. takkk jangan salah paham .. cumanya emosi perempuan ni .. naluri, perasan, kekuatan dalaman perempuan ni dia lain sikit .. sebab tu lah ada pepatah kata tangan yang menghayunkan buaian boleh mengoncangkan dunia ... macam tu lah jugak hatinya .. bila dah jatuh cinta apatah lagi cinta pertama susah hatinya nak berubah untuk cinta yang baru .. hatinya mudah tawar ... pada yang lain ... kerana yang pertama itu .... kenangannya mungkin lain sikit hihihihi .. ceh ceh ceh .. mulalah masya tu nak melalut .. dah jangan di layankan sangat hati perempuan ini. (^___^)'






Bicara Hati : Gigih masak awal pagi .. sebab petang boleh rehat , kemas rumah dan ngadap tv muahahahah ...;p





Isnin, 9 Mac 2015

Minggu Ujian Sebelum Bercuti



Pejam celik .. pejam celik melayankan kerenah amir sekolah rupanya dah nak bercuti sekolah penggal yang pertama ... sepantas itu masa berlalu ... sehingga banyak momen² yang tak sempat kuabadikan di blog.

Melayankan kerenahnya yang ada pasang surut bila mahu ke sekolah sudah cukup buatkan ibu rasa mau nangis, mau ketawa dan adakalanya mau pitam jugak bila balik melihatkan baju bajannya sudah rupa pergi ke belukar ... iye.. kebelukar .. kotor sana sini ... memang begitu agaknya anak lelaki.. teringat pulak zaman sekolah dulu .. bila kawan² lelaki ku begitu ... sekarang punya anak sendiri yang bersekolah barulah aku tahu macam mana payahnya mahu mencuci (takpa dah jumpa penyelesaiannya muehehehehe ) 



Semalam ada mesyuarat PIBG disekolah, cukuplah hubby yang pergi sebagai wakil ... sekadar untuk mengetahui perkembangan .... 

Hari ini pula amir ada ujian, iye sepanjang minggu ini ada ujian ... harap sangat di tenangkan hatinya bila menjawab ujian² tu ... pagi petang ada ujian penilaian ... mujur jugak amir sudah baik demam .. alhamdulillah hikmah yang tak terhingga. Ibu doakan amir jawab dengan baikkk .. 





Bicara Hati : Ibu yang rasa syukur sangat amir dah pandai baca jawi, ejaan jawi sekarang ni banyak berubahkan .... 







Jumaat, 6 Mac 2015

Pak Pung Pak Pung Achik Akhirnya .......




lalalalalala ... hahahaha gitu tajuknya tak menahan dibuatnya, korang nampak takkk tahap kebuntuan aku dah bukan nak mengarang entry je buntu .. nak buat tajuk pun haru buntu jugak pfttt sangat. Ni kisah bulan februari hari tu ... geng suke² merangkap kawan baikkkk daripada kecik dan jiran depan rumah kawin pfttttttt ... yeahhhhh sorang lagi selamat menikah dah. Kisah tahun lepas yang masa kami pergi hantar bertunang tu ..... tapi masa nikah kali ni tak dapat hantar, amir demam huhuhuhu .. pasrah ler ... sorry achik .. masa majlis sanding rumah achik pun amir demam jugak .. bergilir kita orang suami isteri nak rewang... nak datang kenduri tau .. kalau jauh memang tak pergilah jawabnya.






Ni gambar achik nikah, kengkawan wassuppppp .... kat group .. mereka semua yang happy achik dah nikah pada 14 februari 2015 hari sabtu pagi. Tema biru pepel ... cantik² .... 








Ni pulak gambar masa bersanding hari ahadnya, sebab demam amir tak kebah lagi .. ahad pun aku tak berani nak anto achik .. takut senin kang demam amir tak kebah .... tu pun gigihlah aku dengan hubby bawak pergi berurut sebab dah makan ubat cam tak berapa nak turun suhunya ... risolah sekarang ni macam² penyakitkan .. lagi² musim panas ni.. senang bebudak nak demam. Alhamdulillahhh hari isnin dah boleh sekolah .. badan pun dah okeyy tak demam... (eh² ni cite achik kawin ker?? cite amir demam muahahahaha )








Oleh kerana masa majlis rumah perempuan tak dapat pg moh sakan bergambar kat rumah achik hihihihihi .... ;p aku datang bergilir jadinya pukul 12.00 tengahari dah terpacak ... kat rumah achik ngelat tak datang rewang.. sebab ayah amir yang rewang ... kikikikiki ..... achik kul 12.00 tengahari dah sanding .. kita orang datang (aku dengan iza sampai sama² bawak hadiah achik .. beli kongsi² dengan geng suke² 83) achik dah selamat makan beradap... amboii kemahinn lapo eh pengantin ... kita orang datang pun tak nampak.

Apa² hal sampai cari tempat dan makan.. borak² jumpa kawan² sekolah ... sakanlah kita orang berborak ... mujur limit hubby bagi sampai kul 2.00 petang sempatlah bergambar dengan kengkawan semua .... pengantin dah elok je lah kat singgahsana pelamin tu ... macam raja hihihi.... kalah retis possing .. layankan kerenah kita orang nak bergambar ni.





Yeahhhh dapat good daripada rumah achik ohsem sangat tau.. air gas botol besar, kek batik, epal dan FM daripada pengantin.. bertambahlah koleksi ...





Akhir sekali meh bagi gambar dengan pengantin pulak.. sebab aku datang sendirian .. kongsilah dengan angah bergambar .. angah pun husban dia kena kerja huhuhuhuhu .... ;p merah menyala² baju pengantin kooooo ... dengan cuaca hari tu panas terik ... memang risolah kot amir ikut dalam demam² tu .. aku yang tak demam pun balik pening kepala.



Kami semua mendoakan agar achik bahagia hingga ke akhir hayat .. insyaallah hingga ke jannah .... selamat melayari kehidupan berumah tangga .. di kurniakan anak² yang soleh dan solehah .... tak sabar tunggu achik junior. Orang tua² kata 5 tahun pertama itu memang banyak ujiannya .. moga berjaya harungi .. insyaallah .. aminn ..... (^____^)v





Bicara Hati : Yeahh semua geng dah kawin .. bolehlah cuti² malaysia geng² adik beradik semua .... 













Selasa, 3 Mac 2015

Throwback Januari : Edisi Permulaan Awal Tahun 2015




Humakkk aiiiiiii kemahin lama dah tak menaip kat blog sendiri ... adehhh memang haru betul ni... entry pun sebulan tak sampai 10 , masya ni dah masuk mac masya .. ko baru hegeh² nak buat entry throwback januari huahuahuahua ... ;p

Ntah ler ... tak tahu mana hala hilang mood nak menulis kat blog ni , ada je cerita ... ada je gambar ... tapi bila ku taip² ku padamm... ku taipp.. ku padam.. sudahnya baca blog kawan² je lah.. tu pun baca jer.. nak tinggalkan komen takutttt ada yang balas entry dok lah hadap entry lama tu ..... 

Oklah kita mula semangat baru mac ni edisi throwback .. awal tahun ritu eh, yes... mood happy .. mood happy .... moh ler layankan gambar² ni .... sebagai kenang²an kat blog ni ....





Alhamdulillah amir dah masuk darjah satu .... dan tak meragam pun mula sekolah ritu .. satu pengalaman yang indah dapat peluang hantar anak sekolah .. dalam usia 31 tahun muehehehehe ... bila orang tegur .. anak sulung ker?? haah .. iye .. ni lah anak sulong .. muda lagi .. anak dah sekolah ... sorang je .. takda adik lagi .. owhhh anak tunggal .. glupp aku .. (dalam hati ... baru sorang .. insyaallah adalah adiknya tu nanti).






Seminggu sekolah dia mintak jam tangan kat ayahnya, ayahnya pun layankan je lah sebab dia pun okeyy ke sekolah .. pagi bangun tak meragam .... tapi sekarang adalah jugak moody kalau terlambat tidur malam ... tapi salunya dia lah paling awal tidur .. palingg lambat bangun (tapi cuti sekolah bangun awal pfttt)  penat agaknya sekolah pagi dengan petang semakin kurus ku tengok. Kulit jangan cakaplah ..... limited edisi kata atuknya .. cucu atuk .. ikut kulit atuk ler .. pfttttt ...  dah pau ayah jam .. pau nak kasut baru pulak.. amir tak sukalah kasut yang ada gam tu lambat ... hamboi² seminggu sekolah kooo mintakk kasut baru .. pitam hemak tahuk.. 2 pasang kasut tu sapa nak pakai .. dia lenjannya kasut ke tabika tu jugak, kasut yang lama tu yang dia suka .. takmoo kasut baru beli ... sudahnya hubby belikanlah jugak kasut baru.. kasut tu senang terus sarung memang takda tali .. takda gam lekat² tu ... anak² ... kan senang kalau masa beli ritu cakap nak kasut gitu .. takdalah membazir.





Antara menu sarapan yang selalu di hidangkan sepanjang sarapan pagi januari hari tu .. prata .. dan kari .. kari tu salunya kari telur ... tapi ni terajin kari udang pulak ... lepas tu terus buat lauk senang.. masak itu jer.. tengahari makan dengan nasi kat rumah mak.







Ayah bagi reward .. sebab baik pergi sekolah ... akhir bulan satu tu boleh dapat jalan² dengan abang sepupu .. yeahhh main belon kat setia city mall .... panas yaaa hamattt tahuk ... takdelah sakan sangat main pun .... lepas main belon balik muehehehe .. moh ke tempat ada ekon .. takdalah peluh tiak tu ... kami singgah tesco setia alam hihihihi ...;p





Alhamdulillah ... rezeki hari lahir, hubby bagi hadiah ni muehehehehe ..... jarang rasanya dapat hadiah gini sebab aku bukan peminat tegar ... tapi kalau hubby nak hadiahkan rasa syukur sangat.. cukuplah apa yang ada tu ... bukan salu sangat pakai pun. (^______^)v tq hubbbyyy mmmuuuuaaaahhhhh cikit ....





Bicara Hati : Cepatnya masa berlalu .. dah 3 bulan tahun 2015

























Isnin, 9 Februari 2015

Pembakar Semagat : Tiada Istilah Monday Blues .....


Permulaan yang baru untuk hari isnin ... yups.. februari dah masuk minggu kedua .. jadi tak payahlah nak gosok² mata tu sangat .. macam tak percaya .. masa sekarang memang sangat² cepat berlalunya .... ibarat harga emas yang jauh meningkat naik ... tak pernahnya turun eh² tetiba pulak cite emas kuikuikuikui ...




Selamat pagi semua.. kata² ini sangatlah mendalam maksudnya kan .... aku memang suka kata² semangat ... kalau kat wall fb tu memang suka post kata² semangat dah jarang update status ... tu pun memang dah tak berapa nak aktif .. tapi tetap bukak fb tu.. sayang nak tutup.. kena jugak ikut perkembangan rakan² kan .... jujurnya kata² ini tak ku tujukan pada sesapa pun.. tapi percayalah ... bila seseorang tu tinggi kedudukkannya tapi masih punya adab merendah diri .. pastinya disukai ramai .... apatah lagi jika kedudukan itu di perolehi daripada usahanya sendiri dari bawah.






Dan bila kita ikhlas dalam sesuatu yang kita usahakan pasti akan berjaya, percaya, usaha, redha dan tawakal ... pastinya kejayaan itu akan jadi sangggggaaatttt indah (^______^)v insyaallah aminnnn .... Allah janji bila kita usaha ... dia akan beri bila waktunya sesuai ... jadi janganlah putus asa ... sebab Allah beri bila tiba waktunya bukan bila kita memang memerlukannya ... kerana sebaik² pemberian adalah semuanya dengan izinnya. 





Bicara Hati : Tahniah zero menang MLM eh² tetibakan .... suka sangat tarian singa tu.. sakit perut gelak ....













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...