♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mei 2012

Tip mengawal kewangan rumah tangga

    

Bile dah tengah bulan sebelum akhir bulan selalu belanja mesti tak cukupkan...... sebab suke sangat masa gaji tu beli keperluan yang tak penting.. kadang² tak pandai merancang pun iyer jugak huhuhuhu... itu saya lah tu.... ;p

Jom baca saya nak kongsikan tips sikit.. sikit jerlah.. ni pun dari membaca majalah Harmoni


1. Perancangan Bulanan

Manfaatkan wang yang kite ade tak kirelah gaji sendiri atau pun yang suami berikan, rancang perbelanjaan terutamanya melibatkan pembelian barang dapur, belanja sekolah anak dan sebagainya. Ini penting supaya perbelanjaan tak tersasar dari tujuan yang sebenarnya...

2. Antara keperluan, kehendak dan keinginan

3 perkataan tapi maksud yang berbeza....
Keperluan adalah perkara yang perlu kite utamakan, contohnya pakaian ia memang satu keperluan.. tapi ade masanya boleh jadi kehendak bile kite beli pakaian setiap bulan dan akan menjadi keinginan jika kita membeli pakaian berjenama terkenal hihihihihi......

Sebab itulah kita harus bijak menentukan apa yang menjadi keperluan kita dan keluarga untuk keperluan hidup....

3. Amalkan peraturan 10%
Bile kite dapat duit daripada suami kite bukan tak boleh menyimpan.. kite masih boleh menyimpan.. tapi mestilah bijakkan.. kan.. dan jangan nafikan hak kite sebagai isteri walaupun kite hanya bertugas dirumah. Pastikan kite peruntukkan 10% daripada wang perbelanjaan yang diberi suami merangkumi wang untuk tujuan simpanan. Contohnya jika suami bagi rm 1,500.00 untuk wang belanja pastikan rm 150.00 dimasukkan ke akaun simpanan sendiri.....


4. Masak sendiri dan sistem bekalan

Berbanding makan diluar masak rasanya lebih menjimakan terutama bagi yang ahli keluarga ramai. Air tangan ibu atau isteri akan lebih mengikat kasih sayang dan terjamin kebersihannya.....
Bawa bekalan sendiri kepejabat, janganlah malu.. ajar dan didik anak² juga begitu bile nak pergi sekolah... mesti perbelanjaan lagi jimat kan... ( yang ni lemah sikit kalau nak mask awal pagi.. tapi kene buat jugak tahun depan huhuhu.. bile anak dah mule sekolah)


5. Jimatkan penggunaan air dan elektrik

Jangan biarkan kipas, lampu, acon, komputer dan sebagainya terpasang bila kite tak menggunakan. Latih diri dan anak² supaya menggunakan air dan elektrik secara bijak dan berhemah. Matikan suis kalau tak digunakan dan gunakan lah air berpada² bagi menggelakkan pembaziran.


6. Elak bawa anak² ketika membeli belah.

Anak² mudah terpengaruh dengan mainan kalau pergi pusat membeli belah, jadi elakkan bawa anak² ke pusat membeli belah atau sewaktu membeli keperluan dapur kecuali kalau memang ade bajet untuk mereka hihihihi....  Seelok²nya, senaraikan dulu barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah supaya kita boleh berbelanja dengan bijak....


Sumber : Majalah Harmoni


Sama cantikkan mak dan anak.... (^__^)v
Edisi khas hari ibu...



Jumaat, 25 Mei 2012

Pil perancang kurangkan risiko kanser

  


Kaedah merancang keluarga atau kehamilan memang diamalkan sejak dulu lagi... oleh kaum wanita terutamanya.. lelaki?? takde maknenya dia orang nak merancang.. sebab yang mengandung perempuan sahaja... tp sperma dari lelaki hihihihhihi.....

Macam² kaedah yang digunakan untuk merancang keluarga tak kirelah moden atau pun tradisional. Cara moden yang popular ialah pil perancang, implan, cincin vagina (alamak!!! saya pun tak tahu.. ape yer.. jom google kalau jumpe...), suntikan, alat dalam rahim (iud), diafragma, kondom dan macam² lagilah....

Tapi kepercayaan terhadap pil perancang lebih tinggi untuk mencegah kehamilan kerana kira² 100 juta wanita seluruh dunia menggunakannya...

Pakar perancang keluarga Dr. David Delvin dalam tulisannya berkata, penggunaan pil perancang pada asasnya selamat, namum kemungkinan untuk menimbulkan kesan sampingan yang serius juga berlaku antaranya kanser payudara, jantung, strok, aliran haid menjadi tidak teratur, obesiti dan banyak lagi.....

Kajian di The Royal College of General Practitioners pada 2010 terhadap 46,000 wanita pula mendapati pil perancang mampu mengurangkan 12% risiko kanser dan lebih rendah untuk mendapat kanser, strok atau penyakit jantung. (ngeee~~~ macam mane pulak tu yer..... )

Penyelidik diuniversiti Oxford mendapati pil perancang juga dapat mengurangkan kanser ovari walaupun wanita telah berhenti  mengambilnya.... (mengurangkan jer yer.. tak bererti tak boleh kenekan.. kann.. kan... )



KEPERCAYAAN TERHADAP PIL PERANCANG : -


1. Beri kesan buruk kepada badan
Fakta : Hormon yang terkandung dalam pil perancang atau kaedah pencegahan kehamilan lain adalah sama dengan hormon yang ada dalam badan kita.

2. Menjejaskan kesuburan
Fakta : Kajian menunjukkan pil perancang tidak akan menyebabkan kemandulan atau kesuburan.

3. Berat badan bertambah
Fakta : Ketika pil perancang mula diperkenalkan, paras hormon di dalamnya sangat tinggi sehingga menyebabkan pertambahan berat badan. Tetapi kini, kandungan hormon dalam pil perancang agak rendah dan tidak menyebabkan pertambahan berat badan.

4. Beri kesan sampingan
Fakta : Rasa mual, sakit kepala dan payudara adalah kesan sampingan yang biasa dilaporkan. Namun, kesannya akan hilang perlahan² dalam satu tempoh tertentu.

5. Tidak berkesan
Fakta : Keberkesanan pil perancang untuk mencegah kehamilan adalah sangat tinggi iaitu 99% jika diambil dengan cara yang betul.

6. Kitaran haid terganggu
Fakta : Apabila pil perancang diambil dengan cara betul, kitaran haid akan distabilkan dan kedatangannya boleh dijangka setiap bulan.

7. Boleh menyebabkan kanser
Fakta : Kajian menunjukkan pil perancang mempunyai banyak manfaat perubatan. Ia boleh mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 34% dan kanser endometrium.

Sumber : Majalah Harmoni

Sama cantikkan mak dan anak.... (^__^)v
Edisi khas hari ibu...


Jumaat, 18 Mei 2012

Mahu Cepat Timang Anak

  

Dulu sebelum kawin.. Orang selalu tanya bile saya nak kawin.....
Bile saya dah kawin pulak.. Orang tanye pulak... takkan nak hidup berdua jer.. bile nak ade anak...
Sekarang.. bile dah ade anak... Orang tanye lagi... Anak dah besar.. takkan sorang jer anak.. tak nak tambah lagi ker???? Haihhhhhhh......
Agaknya bile saya dah tambah anak pun mesti orang tanya lagikan.. takkan nak 2 orang anak jer... huhuhuhuhu haru betullahkan... 
Biarlah orang nak kate apepun... kan... mulut tempayan bolehlah tutuppp.. mulut orangkan.. manelah boleh nak tutupp.... (^__^)v

Mahu cepat timang anak?? owhhh nak tergelak saya baca artikel ni.. bukan nak tergelak sebab ape.. sebab katanya cincin kahwin suburkan alat kelamin ngeee~~~

Iyer ker.. saya pun tak pasti... tapi menurut masyarakat purba dan sains cakra India menyatakan cincin perkahwinan yang tersarung dijari individu mampu mengalirkan tenaga positif kedalam tubuh.. wowwww.....

Tenaga positif itu mengalir menerusi jari dan merangsang charka svathisthana yang bertanggungjawab terhadap sistem genital. Rangsangan tersebut efektif dalam menyuburkan alat kelamin.

Pemakaian cincin kahwin selama empat jam sehari juga berupaya meningkatkan tenaga seksual dan membantu pasangan untuk memiliki cahaya mata.

Selain itu pakar perubatan tradisional dan alternatif menjelaskan pemakaian cincin kahwin juga dapat memperbaiki sistem saraf tubuh dan mencegah keradangan.

Sumber : Majalah Harmoni
Suke sangat tengok muka² manis pengantin baru ni kan...
Semoga mereka kekal keakhir hayat.. Amin....


Semuakan kuasa Allah s.w.t. yang penting kite berusaha... Insyaallah akan dikabulkan... Saya sendiri pun tak pasti sejauh mana kebenarannya.. Tibe² terpikir.. hadoillahhh saya memang tak suke pakai barang kemas macam cincin, gelang, rantai.... subang sebab rasa rimas lagi² kat rumah... cincin tunang pun ikut mood pakai.. patutlah saya susah nak lekat kot kikikiki... ;p

7 cara kawal perilaku anak di pusat membeli belah

  

Cepatnya masa berlalu.... dah hari jumaat... esok cutii yeahhhhh..... ape nak buat bile cuti... tengah bulan macam ni takde maknenya nak shoppingkan.... duit semua sudah bolosss.... ;p

Hari ni saya nak kongsikan sikit 7 tips atau cara nak jaga kelakuan anak kalau pergi ke pusat membeli belah (^___^)v
    • Sebelum memulakan perjalanan atau pun meninggalkan rumah, pastikan si kecil diberi makan secukupnya..... Sikecil biasanya tak akan meragam bila dah kenyang....
    • Pastikan berbincang dengan anak sebelum keluar dan menerangkan tujuan kite pergi pusat membeli belah, dan kite mestilah bercakap dengan nada lembut supaya si kecil lebih mudah menerima penenrangan kite.. kan.. kan...
    • Berikan mereka satu tanggungjawab seperti menjaga adik yang lebih kecil, secara tak langsung anak akan lebih matang dan rasa bertanggungjawab dengan pesanan yang diberikan... 
    •  Biarkan suasana gembira berlangsung sepanjang keluar bersama... Elakkan memarahi mereka kerana bimbang mood mereka berubah dan mule meragam jadi nak shopping pun dah tak seronok...
    • Biarkan anak juga turut memilih sendiri barang yang mereka mahukan, jangan menghalang idea mereka supaya mereka berasa seronok.... kalau tak sesuai atau tak perlu beli.. cakaplah dengan lembut dan berhemah.. pasti mereka pun faham...
    • Kite juga mestilah peka dan perihati.. bagi anak yang tak pakai pampers.. pastikan bertanya pada anak mahu ketandas atau pun mahu minum atau makan  kalau rasa dah lama sangat kite kat dalam pusat membeli belah tu.. Elakkan daripada mereka merasa terpinggir dan akan melakukan aktiviti di luar kawalan dan pengawasan serta menduga kesabaran kite ditempat awam...
    • Berikan pujian pada anak bile pulang kerumah bile anak berjaya menunjukkan tingkah lakuyang baik sepanjang shopping, dengan pujian pastinya anak kite akan rasa dihargai....

Saya pun selalu jugak buat macam ni dekat amir.. sebelum keluar rumah mesti pesan amir xmoo merenggek tau pergi kenduri, lepas kenduri ibu nak singgah beli barang sikit.. amir takmoo mintak mainan tau.. mainan dah banyak kat rumah.... alhamdulillah.. amir tak meragam.. tapi.. kalau terlupe pesan merenggek²lah jugak.. cuba belum tahap guling² jer....


 Gambar lama jalan² kat jusco dengan abang apis.. abang sepupu amir..


 

Khamis, 19 April 2012

Majalah Harmoni Gambar Ziana Zain dan Anak² Kembarnya

Assalamualaikummm Semua.....

Suke tengok muka ziana zain awet muda... walaupun umur dah 40 tahun....
Dikurniakan anak² kembar yang comelll... pertama kali saya tengok ni.. eh² saya jer ker.. semua orang punnn kot.. sebab ziana zain memang tak nak publish sangat yang kembar ni... iyerlah budak² baru nak berjalankan.. keletah bercakap dengan main dah tentu²lah tak retii dok diam...
 
Korang dah beli belumm .... jomm layan keluaran yang ni best tau.. hahahaha.. 
nak jadi duta majalah pulak perasan tu....
 
Mengantukkknyaaa... kekenyangann.... kalau makan kudapan lagilah mengantukkk BW jerlah terapi bagus kan.. kan... buntang jer mata tu.. hilang mengantukkk.... hihihihihihi.....
 
 


Jumaat, 13 April 2012

MAMOGRAM - Kesan Barah Payudara Peringkat Awal

Assalamualaikummm Semua.....

 Cantikknya gambar Rita Rudaini dalam Majalah Harmoni 
keluaran 1-15 April 2012

Okkk... gambar rita memang cantik, tapi saya bukan nak bercerita pasal rita hihihihihi...... Cuma saya nak kongsi sikit ilmu yang saya dapat daripada sumber majalah HARMONI.... keluaran ini. Mengenai Barah Payu Dara yang menjadi pembunuh utama wanita kan.. takut jer dengar.. dan fobia rasanya bagi kaum hawa ni....

APA ITU MAMOGRAM???
- Pemeriksaan payudara menggunakan sinar-x yang dapat menunjukan kalenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak.... dari situlah doktor aka x-ray dan analisis secara terperinci.

SIAPA YANG PATUT MELAKUKANNYA???
- Wanita yang berumur 40 tahun keatas digalakkan...
- Wanita yang berisiko juga digalakkan ialah kalau ade keturunan yang memang pernah kenekan macam emak  ke.. kakak ke... haruslah kamu cek-up cepattt...
-Wanita yang berpontensi kene barah payudara seperti mereka yang mengambil pil hormon, pil perancang dan juga wanita menopus juga digalakkan menjalankan pemeriksaan rapi sebagai langkah berjaga².

BAGAIMANAKAH PROSEDUR MAMOGRAM???
- Ade 2 cara untuk mendapatkan keputusan
- Pertama: Payudara akan dimampatkan secara dari atas kebawah dengan menggunakan kepingan plat yang ada pada mesin mamografi.. kemudia dimampatkan ke kiri dan ke kanan.


ADAKAH MAMOGRAM MENYAKITKAN???
- Sakit sikit.. tapi janganlah takutt.. daripada melarat.. lebih baik mencegahkan... lagipun ujian cuma 20 minit jer...

KEPENTINGAN MAMOGRAM???
- Selamat digunakan...
- Wanita mengandung dan menyusukan tidak digalakkan melakukkannya okkk.
-Wanita yang berumur 35 tahun kebawah tidak digalakkan.. sebab radiasi pada ujian mamogram ni boleh menyebabkan barah. elok² takde.. jadi ade barahhh.. lagilah harukan...
-Kos kebiasaannya RM150 sahaja boleh rujuk pade klinik atau hosital yang menyediakan rawatan ni....

Sekadar ingin berkongsi.. walaupun tak sesuai pada umur saya.... jomlah dapatkan kat pasaran.. suke baca majalah ni.. banyak ilmu boleh diperolehi...

pssttt... psstttt... yang terbaru gambar cover ziana zain dengan anak² kembarnya.. saya dah beli juga.. nanti ade kesempatan saya kongsi dengan kawan².. antara kandungan yang menarik 7 cara kawal perilaku anak² di Pusat Membeli Belah, ade gambar Irma Hasmi dan Liyana Jasmay bertunang dan kanabis Picu Kemandulan oooppsssss.......

Isnin, 2 April 2012

Cara Nak Mendapat Bayi Lelaki

Assalamualaikumm Semua.....

Maaf buat kawan² tertunggu² entry ni... perasan jerkan.. ade yang tertunggu²??? manelah tahu.. ade yang memang merancang nak dapat bayi lelaki.. ini antara petua dan cara²nya.. kite hanya mampu berusaha.. Allah s.w.t. yang tentukan...

Oklah.. kalau sebelum ni saya pernah kongsi cara nak mendapatkan bayi perempuan kali ni saya nak kongsi cara nak dapat baby boboi pulak.... nak tak?? nak tak??? sumber ni saya ambil daripada majalah harmoni keluaran 1-15 mac 2012.

  • Tetapkan jadual untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan pada hari pertama pengovuman berlaku yang dialami kaum wanita. Pada ketika ini, sperma akan berenang lebih laju dan dapat menacapi telur dengan senang.

  • Jika pihak isteri mencapai klimaks terlbh dahulu sebelum si suami, peluang untuk dapat baby boy amat cerah.

  • Teknik hubungan intim pun mempengaruhi jugak, teknik 'doggie style'. (Saya pun xtau teknik ape ni ngee~~~~)

  • Nak dapat baby boy pastikan kite tak bersama melakukan hubungan seks selama seminggu sebelum tarikh pengovuman. Sebab ia dapat mengekalkan jumlah sperma yang tinggi kerana sperma tidak sekuat telur yang mampu bertahan lama didalam uterus.

  • Lakukan hubungan seks ketika waktu malam.

  • Digalakkan memakan kekacang yang mengandungi tinggi potassium. Selain Itu, tambahkan sejenis makanan yang berdaging, buah²an segar dan sayur²an. Ayah pulak digalakkan untuk lebihkan minuman bersoda. ngee~~~~
 
 Eh² sape budak bam bam ni.. nak tepek jugak pict ni kan... inilah gambar amir masa baru pandai meniarap lebih kurang umur 4 bulan, sangat² bambamnya dia.. x larat ibu ni nak dukung..
tp ibu rindu sangat nak dukung kamu mcm dulu....
(Yang sebenarnya frame pecah huhuhuhu... gambar ni elok jer terlekat kat cermin frame tu.. cermin dia pun tak pecah.. yang pecah bingkai gambar)


Selamat mencuba.. ini cuma cara² jer.. yang penting kite kenelah berusaha dan bertawakal.. semuanya kuasa Allah s.w.t. Saya cuma kongsikan dengan kawan² yang tengah merancang nak dapat baby boboi.... sebenarnya tak kisah sangat pun jantina ni.. yang penting baby sihat dan sempurna... tu pun dah bersyukur.. (^__^)v

Khamis, 8 Mac 2012

Cara Nak Mendapatkan Bayi Perempuan

Assalamualaikum Semua.....

Sejuknya pagi ni hujan selebatnya dari semalam tak berhenti².. perkhabaran yang tak baik berlaku kat selangor ni huhuhuhu.... macam² tengok berita tadi.. takziah buat keluarga mangsa... semua yang berlaku ada hikmahnya. mungkin kite sebagai manusia mudah lupa diri...

Oklah... saya pernah janji nak kongsi cara² nak dapat bayi perempuan dalam entry kat sini. Eh² kenapa saya buat entry baby girl dulu.. tak buat entry baby boy sebab.... saya nak dapat baby girl pulak hahahaha.. jangan mara ....
 
Jom Baca : -

  • Anda dan pasangan perlu melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum tarikh pengovuman.

  • Biarkan suami mencapai klimaks dahulu...

  • Bagi yang mengamalakn kaedah perancangan, berhenti 4 hari - 5 hari sebelum tarikh pengovuman kerana ia dapat mengurangkan peluang sperma tiba dahulu pada telur.

  •  Anda dinasihatkan melakukan aktiviti seks pada waktu petang.

  • Anda dinasihatkan untuk makan lebih banyak ikan selain minum lebih banyak susu dan produk tesusu yang lain seperti keju dan yogurt. Selain itu, mengamalkan makan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.

Selamat mencuba.. ini cuma cara² jer.. yang penting kite kenelah berusaha dan bertawakal.. semuanya kuasa Allah s.w.t. Saya cuma kongsikan dengan kawan² yang tengah merancang nak dapat baby girl.. macam saya lah tu hihihihihi... sebenarnya tak kisah sangat pun jantina ni.. yang penting baby sihat dan sempurna... tu pun dah bersyukur.. (^__^)v

 sape pulak baby girl ni.. hihihihihi.. comeyy tak??? comeyykan.. perasaan jer.. ini gambar saya.. abah amik masa saya baru pandai meniarap.. abah amik kat studio, dulu manelah ade kamera canggih² macam sekarang ni.. nak beli pun tak mampu hihihihihi... ;p ini jerlah satu² gambar masa masih baby yang saya ada....


Ok esok² saya sambung balik entry macam mane nak dapat baby boy pulak (^__^)v kalau kawan² ade cara lain nak dapat baby girl.. kongsilah dengan saya kat komen ni.. terima kasih semua...

Jumaat, 2 Mac 2012

Jom Baca Majalah HARMONI

Assalamualaikum Semua...

Majalah apa yang korang jadikan inspirasi untuk dibaca, saya sejak daripada berkahwin sampailah sekarang  MAJALAH HARMONI ialah majalah inspirasi saya..... sebab apa sebab saya rasa majalah ni berbaloi² dan kurang iklan berbanding majalah lain.. selain informasi yang amatlah berguna hihihi....

Ni majalah keluaran 1-15 Mac 2012, korang dah rembat belum.. jomlah pergi rembat hihihihi.. tak rugi tau beli.. wah mengalahkan duta majalah pulak saya promosi...



Bulan ni special sikit tau sebab ada Rahsia Menentukan Gender Bayi
Macam mana cara nak dapat baby lelaki dan baby perempuan... kalau saya berkesempatan nanti saya kongsi dengan kawan² semua.. kalau tak sabar nak tunggu saya.. ape kata pergilah beli kat kedai² yang dekat denagn rumah tu baru rm4.50 tapi banyak ilmu kite dapat tau berbaloi²....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...