♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wayang. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mei 2015

Aktiviti Cuti Panjang Hari Buruh Hingga Hari Wesak


Muehehehehehe ..... ni kisah awal bulan hari tu, sayang rasanya kalau tak abadikan dalam blog .. walaupun banyak benda nak cerita ... kita mulakan je lah dulu entry di bulan baru ni dengan kisah cuti 4 hari masa awal bulan mei hari tu. Kira cari moodlah nak mengarang entry lain... sebelum tu nak bagi tau entry ni banyak gambar dan cerita sepanjang 4 hari cuti tu hihihihihi.

Kisahnya memang percutian tu tak kemanalah pun... kan selain kat rumah, kemas rumah, makan, tidur, makan dan tidur dan melayankan movie (dapat jugak keluar rumah) ... huhuhuhu sebab bieeee sibukkkk buat kerja sekolah. Eh² dah tukar panggil bieee pulak .. bahana² aku terjebak tengok cerita akasia 'Hati Perempuan'. Orang lain ober emo tengok cerita ni .. isteri derhaka dengan somi kononnya ermmmm dah nama pun cite .. dah nama pun adaptasi ikut novel dah memasing emo dah kenapa??? aku tengokk okeyy je cerita tu bahahahaha ... pandai dia orang jaga batas lakonan tidaklah tergedik² nak muntah ijo layan.






Macam biasalah cikgu amir ni kalau cuti sekolah memang banyak kerja dia akan bagi baik sekolah pagi mahupun petang, memang awal² lagi ibu akan suruh amir siapkan kerja sekolah dulu .... sebelum dia lupa hinggatan main dan layan kartun. Ibu teruja tengok amir tulis jawi nak melukis .. lagi² kalau subjek bahasa arab .... tak sangka anak ibu pandai melukis .. kemas jugaklah tulisan tu ... selagi ibu boleh baca dan boleh paham maknanya tulisan anak ibu tu takdalah teruk sangat.














Okeyyyy dalam bulan 4 tu hari tak taulah berapa kali .. dah kami makan dan tapau satay kajang Hj Samuri hahahaha ... orang lain gst tak makan luar, yang kami ni .. sibuk makan kat sini .. kang bawak mertua, kang datang dengan ipar² ... sekali jumaat malam sabtu tu amir kata nak tidur rumah embah .... cuti sekolah ni.. haihh kunun sangatkan.. sejak² dok kampung ni .. jangan haraplah nak tidur rumah mak tu .. panas je montot dia nak balik rumah .... alang² amir nak tidur rumah mak .. ajaklah mak dengan abah dan adik² makan satay ni ...  keluar kejap.












Tips kalau nak pergi makan satay kajang hj samuri ni kat bukit tinggi digalakkan datang selepas pukul 10 malam hahahaha .. barulah ada banyak tempat kosong ... kalau pukul 8 jangan haraplah.. memang sentiasa ramai orang pftttttt ...;p kita orang makan satay ayam, daging dan kambing malam tu. Adik makan nasi ayam ... amir dah mengantuk kita orang bagi layan youtube hihihihi .... sesekali ajak mak berjalan malam suka dia.. kira ni sambut hari ibu lah ni.. awal seminggu hihihihihi .. (^____^)v











Sepanjang cuti tu jugak barulah berkesempatan tengok kebun kecil sebelah rumah .. muehehehehe .. wahh teruja pokok terung dah berbuah kooooo ... alhamdulilah ada jugak rezeki boleh masak nanti. Pokok cekur pun dah banyak membiak .. jangan tak tau pokok bawang pun ku tanam .. bolehlah daun bawang tu buat cekodok nyum² sedapppp ..... Pokok bendi pun dah mula tumbuh.. nanti bolehlah alihkan ke tanah. Masa cuti panjang ni barulah ada masa nak belek² pokok² bunga depan rumah, yang tak berapa nak berbunga sangat pun hahaha ... cukuplah sekadar penyeri depan rumah.











Okeyyy tekak dah mula mengada² nak makan cheese kek meleleh leleh gitu .. nak beli cuti² dah kat mana .. sudahlah terperap kat rumah ... jadi tak payah nak meroyan sangat .. sebab ada bahan² cuma pergi beli kek je kat kedai 99speedmart pekan depan rumah, marilah kita membuat sendiri di rumah hihihihi .. klik sini untuk resepi lengkap. Dah siap buat boleh makan depan tivi fefiling bagus je kan dok kat sofa .... itu je lah kerjaannya.







Dah banyak kali tertunggak nak tengok wayang, amir pulak pesen tak suka tengok wayang .. ibu dia meronta² nak pergi muahahahah .. ayah dia kenalah lah layankan .... mujolah pujuk amir ajak tengok avengers ni dia nak .. kemahin ... siap pujuk nak mainan x?? kena pakai kemeja .. balik tengok wayang kita beli ... muahahahaha .. motip sangat .. yang sebenarnya amir nak lego .. tapi lego semua mahal² .. jadi sebagai ibu yang bijaksana jimat berbelanja ni .. kalau takmoo belikan lego .. belikan mainan (hadiah) lain .... tapi yang mencabar minda jugak ala² lego dan amir suka (^____^)v






Taaarrraaaaa inilah mainan tu, hah dah beso² pun nak kereta ada rail camni ... layankan je lah... tapi dah besar ni dia buat sendirilah gigih balik terus buat, sampaikan ibu siap mandi .. dia tak mandi² lagi dok ralit buat benda alah ni .. dah siap baru mandi .. lepas mandi puaslaaaa dia main ... sampai penat tertidur.








Eh² banyak pulak gambar dalam entry kali ni kan ... alaaa korang pun suka tengokk gambarkan daripada baca ape yang aku meraban tulis tu ... okeyyy ni saja nak kongsikan rezeki main kutu tupperware kali ni ... ni tahun kedua main ... meriahkan .. meriahkan .. alhamdulillah .. kalau tak main kutu gini memang kempunanlah nak merasa pakai barang tupperware ni. Jumlah kali ni main RM 400 Siap beli bekas beras baru lagi .. jangan tak tau mak kutu aku tu kali ni kemain berhemah dia kemas barang susun² dalam semua kotak ... jimat ruang dan bijak jugak untuk mudah penghantaran .. yang penting semuaaaanyaaa sampai dengan selamat.


Oklah jumpa lain entry ... tunggu mood bercerita datang ye ...  (^____^)v







Bicara Hati : Salam 1 Syabaan, insyaallah tak lama lagi Ramadhan akan menjelang.




Selasa, 13 Ogos 2013

Pengalaman Menarik Pertama Kali Amir Tengok Wayang



Tetiba jer nak cerita pasal tengok wayang semalam kikikiki .. masih lagi skip cerita raya, jangan mara ... sebab walaupun cerita raya tak banyak sangat tapi masih terasa kemeriahan dan masih tak hilang lagi penatnya ni .. sudah kerja pun, amir tak ke taska ikut hubby hari ni .. biarlah dia beraya puas² dengan ayah.

Dah lama nak mengajak amir tengok wayang, tapi amir dah pernah bagi tahu dia takut tengok wayang, gelap katanya (ntah sapa lah yang bagi tahu dia kat dalam panggung wayang tu gelap) .. sudahnya sampai kesudah bertanguh² .. sampailah .. hari sebelum balik ke kampung ... jalan² kat jusco (kunun² ibu nak beli kasu raya, sudahnya tak membeli) amir ternampak kat panggung wayang poster Adnan Sempit 3, Dia macam teruja ... ajak tengok.. jadi saya cadang kat hubby kita orang pakat pergi tengok raya ke-5 hari akhir saya bercuti sebelum kerja.

Dan semalam kami 3 beranak berjaya tengok buat pertama kalinya amir masuk panggung tengok cerita Adnan Sempit 3 kikikikiki ... kami tengok kat jusco Bukit Raja sebab awal sikit, kat bukit tinggi mula lambat 1.30 petang, masuk² jer.. lampu dah gelap, sebab kami tunggu anak buah lambat sampai .. jadi saya masuk dengan amir dulu .. cerita baru nak mula.. saya pulak dalam samar² nak cari nombor kerusi .. masuk² jer.. amir dah jerit .. gelapnya .. takuttt ... dah jumpa kerusi terus dia terduduk kat bawah hahahaha... memang betul² takut dia .. saya pujuk barulah dia nak duduk kat kerusi ... mujurlah cerita adnan sempit ni kelakar .. amir asyik tergelak jer ... cuma part lumba² motor (mujur tak banyak) amir tutup telinga bising katanya hihihihihihi ....


Tengok 4 orang, hubby, saya, amir dan anak buah hubby ....
Review sikit eh pasal cerita adnan sempit 3, boleh dikatakan seronok jugak ... tapi rasanya adnan sempit 2 lagi sakit perut kot saya gelak ... yang ke-3 ni mereka dah kawin .. kemain ganas memasing malam perama hahahaha .. si wawa dengan si along (lupa jap nama dia dalam cerita ni) lah paling ganas sampaikan langsir terbakar koh.. koh.. koh ... elok pulak tu wawa mengandung nadia pun mengandung, lepas tu suami memasing lah pulak yang mabuk teruk mengalahkan apa jer, sampaikan si adnan tu demam pg guna ujian kehamilan nadia di letaknya kat mulut .. hadoilah haihh ... memang gelak besarlah dibuatnya...



Konfiden jer itu termometer untuk tahu suhu demam padahal ujian kehamilan eeeeeyarrkkkkkk ... ;p




Yang ni doktor kedua, doktor memula amir (amerika spontan tu) hahahaha.. sampai kene lempang ko... pepandai .. ni anak halal ke idak ditanya nya.. memang kene panglah kan .... sian wawa suami dia kan tak kerja, memang dalam cerita kali ni .. kesian sikitlah kat dia bila pergi klinik nak bayar duit suami tak mampu.. dia pulak mengandung nak buat ujian, kene sindir lagi dengan nurse ... rasa macam ya allah janganlah sampai kami kesempitan wang macam ni sekali .... insaf kejap, pada² lucu nak tergelak tu ...




Ni pelakon tambahan jer, menyeronokkan lagi watak dalam tu .. yang perempuan tu memang terkenal sebagai badan yang berbau .. hambik sekali dia tumbuk orang² yang nak kacau bobby .. terus bobby jatuh cinta hahahahaha ..... memang ganas sikitlah watak perempuan ni ...


Hohohohoho ..... aku rasa part yang ni paling skait erutlah nak gelak, amir gelak sampai gema panggung .. sebab tak ramai lagi orang tengokkan.. masa ni nadia dan wawa dah nak bersalin, owhh kalau rialiti rasanya aku pun tak mampu nak bawak motor wehh kalau dah sarat nak bersalin macam ni .... siap sempat bertukar lagi atas motor macam ni .... dan bila anak mereka selamat lahir boleh pulak memasing anak pandai sebut vrommm.. vroomm... pit .. pit .. pit .. dah tak memasal papa² dia orang pingsan .. duduk atas katil, terkejut denga anak dah pandai cakap hahahaha ... ;p



Dan saja nak selitkan gambar ni, adnan sempit junior hahahahaha .. ni gambar raya baru ni amir dengan anak² akak sepupu² saya .. naik motor abang sepupu masa baraan .... besar betul motor kawasaki abang sepupu saya ni .. suka dia orang possing sana sini ...



Eh² ni cerita pengalaman amir tengok wayang ke, cerita review filem kami tengok hahahahaha ... belasah sudah .. ibu mata dah sembab ni macam tak cukup tidur, malam tadi tidur lewat. Bila keluar tanya amir seronok tak tengok wayang, dia geleng kepala .. tapi dia kata seronok tengok adnan sempit 3 hihihihihihi .. maknanya cerita adnan sempit seronoklah tu .. tapi dia takut masuk panggung wayang jer, itu pun kesejukan dia .. ibu lupa bawakkan baju sejuk .. padahal t-shirt dia pakai tu tebal jugak.



Bicara Hati :
Kita amik gambar jerlah yer .. tak dapat tengok kat wayang cerita ni ... amir takut nak masuk panggung lagi .. nanti kita cari dvd jerlah ... macam madagasca 3.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...