♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Selasa, 15 Januari 2013

Kering Tiada Setitik

  


Kisah petang semalam, tak kala mendapat kekuatan untuk berpuasa sunat.... maklumlah bulan bertambah bulan silih berganti .... bila diberi kudrat dan kesihatan yang baik haruslah ingat pada yang esa.. jangan sesekali mudah lupa...

Okkk petang semalam memang keletihan sangat, dalam kepala dok pikirlah nak buka apa puasa ni nanti.... seyes tak larat sangat... tibe² otak berpikir ligat buat steambot ok ni... alah makan 3 beranak jer pun ala.. kadar sudahlah.... pakai periuk nasi hihihihihi......

Semangat bagai nak rak ok.. sekali sampai rumah, hubby bagi tahu air mati gegegegege... hilang mood terus dibuatnya.. terus baring, jangan kata nak masak.. nak bancuh air pun hilang mood huhuhuhuhu .....

Apa nak jadilah ni.. sejak akhir² ni.. rasanya makin parah air kat kawasan rumah tu.. memang kerap sangat takdanya... hubby bagi tahu nasib baiklah sempat basuh baju sampai kering huhuhuhuhu .... haru betul .... inilah bahananya kalau isu air jadi isu politik, malas nak cakap lebih².... kita pengguna lah yang jadi mangsanya....


Rezeki ...
Nasib baiklah semalam kawan opis pulangkan bekas bagi spageti .. buka ni jerlah.. ni pun kongsi 3 beranak tau ... nak keluar... pun takda mood nak bersiap .... sudahnya hubby bungkus burger jer kat kedai depan rumah tu...



Harap hari ni adalah air kat rumah, jangan buat hal macam semalam lagi.. malam tadi pun dekat pukul 10 kot baru ada air kat singki dapur tu.. air kat bilik air memanglah sentiasa ada sebab air tangki adakan... tapi kat dapur memang air yang terus daripada pili luar tu huhuhuhuhu .....

Balik ni mood berkobar² nak buat steambot hubby pun tak sihat .. amir pun suara dah mula garau...


Bicara Hati : Hari ni makan spageti lagi kat opis.. ada kawan bawak jugak.. hahahaha... murah rezeki.. amin...





Sabtu, 12 Januari 2013

Jamu Selera - Satay di Pekan Tanjong Karang

  


Memenuhi jemputan kenduri dihujung minggu, jemputan jauh nunn di sabak bernam .... masa inilah nak berjumpa sanak saudara abah kata sebab kenduri ni kenduri saudara sebelah abah (jangan ditanya apa statusnya agak rumit untuk kujelaskan) dengan erti kata lain sepupu berpupu² sebelah abah... rantaiannya panjang .. pening kang sendiri pun tak paham masa abah terangkan hahahahaha.....

Okk .. dah jemputan jauh , awal² abah dah bagi tahu haruslah keluar rumah awal. Mak awal² dah bagi tahu nak sarapan kan tanjong karang .. kemain mak .. selera sarapan jauh tu... mak kata sesekali.. dah lama tak serapan sana .. kalau ada kenduri menghala ke sana jer baru merasa.. atau bila nak balik kampung jer lah baru merasa.. tu pun hujung minggu jer...


 Satay kerang 


 Satay Paru 


Satay Ayam


Banyak juga menu pilihan soto, pecal (itu lah yang mak gemarkan sangat), mee jawa dan beberapa selera kampung dan jawa hihihihihihi .....

Pasar tanjung karang ni buka petang sebenarnya setiap hari ahad, tapi kalau gerai nak makan ni dah mula buka daripada pagi ... lokasinya betul² kat pekan tangjung karang tu.. kalau daripada klang kenalah masuk kanan lepas traffic light tu ... ok.. sampai simpang 3 masuk sebelah kiri .. gerai ni nampak daripada tepi jalan .. berdepan dengan Pasaraya Karnival kalau tak silap. Lupa pulak nak amik gambar gerai² tu.. Kalau petang sibuklah sikit sebab dah ada pasar malam kat situ kalau tak silap mula pukul 3 petang.

Rasanya orang yang duduk area sana tahu kot kan... menu² ka atas ni bukanlah kami order semua... kebiasaanya tuan kedai letakkan atas meja dalam 10/15 cucuk siap² dalam pinggan senang kalau pelangan nak makankan... dia hanya amik kira berapa yang kita makan jer masa bayar nanti ... Satay tu memang bakar kat situ ...


Bicara Hati : Baru belajar² makan paru ni.. kesian kan... dulu abah memang tak bagi makan bende dalaman ni jangan kata paru, hati ayam pun abah tak bagi ... 




Rabu, 19 Disember 2012

Kek idaman semasa hari lahir 3 series

  

Sedap tak?? sape pernah makan..... teringin sangat nak merasa... kalau yang takde krim keliling tu ade jual tak? hahahaha.... maknenya nak kek yang berlapis² jer.. mesti cantikkan.. mesti sedapkan...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...