♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 25 Mei 2012

Vitagen Kolagen

    
 

Korang suke minum vitagen tak?? saya?? saya jangan cakaplah peminat tegarrr hihihihi... saya dan amir memang suke tak kisahlah vitagen, nutrigen, solivite .. semua pun okk jer.... yourget pun saya ok jer.. tapi amir tak suke sangat sebab yourget lagi masam....
Oklah hari ni saya nak kongsikan sikit pasal vitagen collagen ni... sebenarnya inilah kali pertama saya cuba dan beli sendiri.... sedapp rupanya nyum² lagi² yang kolagen ni kurang gula haruslah suka.. sebab tak manis atau masam sangatkan......



stok percubaan beli satu pek dulu... 
(abaikan pemandangan kat belakang tu.. meja bersepah²)
  • 0% lemak
  • mengandungi serat makanan
  • kultur hidup & aktif
  • diperkaya dengan vitamin C
  • Dengan 500mg peptida kolagen laut (sumber ikan)
 
Setiap botol minuman kultur VITAGEN KOLAGEN kurang manis mengandungi 500mg peptida kolagen laut (sumber ikan) dan 30mg vitamin C. Setiap botol memiliki berbillion kultur hidup untuk penghadaman dan ian mengandungi serat pemakanan (inulin) inulin menyokong pertumbuhan bakteria bifido dan menolong mengekalkan persekitaran usus yang baik.


hahahaha... tengok banyak tak saya borong...
kebetulan ade orang datang jual kat opis ni... 3 pek vitagen biaser rm 11.00
1 pek vitagen kolagen rm 5.00
so semua sekali rm 16.00 
kalau beli kat luar mahal sikit.. kecuali ade promosi....
(stok ni tak sampai sebulan mesti dah habis punyer.....)




Kolagen merupakan protein yang menghubungkan tisu, tulang, tendon dan kulit. minumlah vitagen kolagen kurang gula setiap hari.


Hari ni takde letak gambar model yer.. sebab gambar² ni semua amik kat opis.. stok pun kene sorok² kat dalam peti sejuk rumah tu.. kalau tak mau semua ni amir habiskan sekali hadap jer huhuhuhu



psttt.. psstttt.... lepas ni nak minum cocoa collagen pulak hihihihihihi.... ramai yang kate sedapp.. kebetulan kawan kat opis pun dah ade yang jual... haruslah cuba minumkan.... amboiii kelassss ko masya yer.. semua main kolagen jer... jangan mara... soh minum jamu secawan pun payah aiyakkkk.......




Khamis, 24 Mei 2012

Maksud Doa ...... Bukan sekadar duduk biasa

  
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
Tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t


HAYATILAH BUKAN SEKADAR MELAFAZ..INSYAALLAH
 Renungan bersama salam 03 Rejab, selamat berpuasa pada kawan² yang berpuasa... (^___^)v maafkan saya jika ada maksud diatas yang salah... saya hanya mahu berkongsi.. ilmu yang baru saya perolehi.....
 
 Sentiasa rasa sejuk dihati melihat gambar ini.....
 
 

Rabu, 23 Mei 2012

Berehat sebentar bersama kit kat

  
 

Bile badan tak sihat ni... mata bertambah² lah kuyu.. lepas lunch, sudahnya nak menyiapkan kerja pun malas jer... jom kunyah berehat sebentar bersama kit kat..... tapi tengok gambar jerlah yer.. sebab saya dapat FM ni daripada hijau cantik a.k.a cha.
Saya dapat sebab jadi pengomen tegar bulan mei kat sane... terima kasih cha... amirlah yang paling teruja sebab dia ingatkan kit kat yang betul² boleh makan yang macam ayah selalu belikan kikikikiki.... coklat amir kirim lagi mahal daripada surat khabar ayah hihihihihi.. gelak jer saya kalau dengar dua beranak tu berborak...


 Cantikkan simple.. cha kamu memang kreatif kad tu pun ade quilling (betul ke.. saya eja tu huhuhuhu)
hijau cantik a.k.a cha 
 

Suke singgah blog cha baca kisah auni dan adli.. dan semangat cha yang tengah membuak² buat puri.. so sweett... kekalkan semangat kamu itu yer.. moga akan menjadiinspirasi saya bile ade baby lagi nanti... doakan saya tau.. 40 blogger doakan.. amin termakbul doa tu..... suke tengok muka dua beradik ni.. sweet jer.... (^__^)v

Pinjam gambar anak² cha yang bam bam ni.. letak sini... adli ni mau macam amir besar nanti bam bamnya....


 



 


Semoga auni dan adli membesar bagaikan juara okk....

Majlis bertandang dipihak lelaki

  

Dah hampir 2 bulan masa berlalu.... majlis pun dah selesai.. baru ni berkesempatan nak letak gambar² adik bersanding dirumah pihak lelaki.. jom layan gambar² ni.. tiada kata² dapat diungkapkan melainkan rasa bersyukur majlis berlangsung dengan sempurna.....
 



 

 

 
 










 

 
 


Semoga ikatan ini kekal keakhir hayat amin.... cepat² dapat baby.. nanti seronoklah amir dah ade sepupu.... (^___^)v







Bertukar Lagi... 5x DHA

 
 

Dah hampir sebulan berlalu.... amir sekarang dah tak minum susu dumex dugro huhuhuhu... nampaknya tak dapatlah ibu nak kumpul hadiah² lagi.. amir dah bertukarrrr... yupss.. bertukar lagi pada susu DutchLady pulak.. tapi masih lagi perisa yang sama masa minum dumex dugro.... perisa madu.. hihihihihi....

Susu amir sekarang...

Kenapa bertukar???? amir dah tak sesuai minum yang lama ker?? sakit ker?? cirit-birit ker??? semua pun takde kene mengena... kan dulu saya pernah cerita amir ni mudah jemu minum satu² jenis susu.. dumex ni kire oklah boleh bertahan sampai 2 tahun.. yang lain.. ermm semuanya 6 bulan jer.. huhuhuhuhu.. nasib baiklah semua susu² yang mampu milik bukan susu yang mahal sangat...

Permulaan bulan ni kami bagi dia minum dan atas permintaan amir pun.. pengaruh iklankan... dia nampak iklan susu ni pasal roti kalau tak silap.. ade gegirl panggil bai roti tu tak dengar² sampailah gegirl tu tulis roti kat jalan barulah bai tu berhenti.... cara promosi yang kuat.. amir pun nak minum susu ni.. ok²... 

Bile pergi carefour nak dijadikan cerita rezeki amirlah kan.. kat carefour ade offer susu ni.. kebetulan ade 2 pek jer.. kami pun belilah RM18.95 kalau tak silap.... sebab permulaan kami beli satu untu rumah.. satu untuk rumah pengasuh.. amir minum pun okk takde alahan.. teruslah kami tukar minum susu ni....Lepas tu ade offer jer kami rembat stok sebulan macam biaserlah 6 pek berat 1kg setiap satu pek oklah tu kan.. susu yang sebelum ni 900g jer... satu pek..

Baru² ni beli tambahan stok siap dapa free susu yang dalam botol tu.. padehal beli satu jer pun... stok tambahan sementara nak tunggu gaji.. dah rezeki amir dapat free susu tu sukelah dia.. setiap pagi sarapan milo cruch letak susu tu...

Amir pun sibuk nak amik gambar dengan susu baru sambil makan kit kat.. berehat sebentar katanya...
abaikan pemandangan kat belakang.. rumah tengah bersepah...






Debat ptptn kat Astro Awani

   


Mood tak sihat malam tadi.. jadi takdelah nak melayan tv sangat... sampai kipas berpusing² punyerlah laju pun saya tak rasa ape.. tapi berselubung dengan selimut camne tu huhuhuhu... panadol solube dah minum... pun masih tak berpeluh².. air 100 plus dah nak habis sebotol.. aiyakk.. hari ni kerje jugak.. nasib baiklah opis mendamaikan... tak huruhara... 

Sape tengok debat ptptn malam tadi???... pade² saya tak sihat ni.... telinga ni.. masih boleh tangkap lagi ayat² rafizi pada khairi jamaludin hamboiii kemain pedas lagi yer.. saya pun bukan sokong mane²... belajar dulu pun tak amik ptptn amik kpm jadi dengar gitu² jelah.... sudahnya tak larat terus masuk bilik tidur.. tak tahu pun ape kesudahanya...
Tapi isu tu memang hangatlah jugak kat opis pagi ni.. hangat² suam² kuku gitu² jerlah.... apepun pada yang pinjam tu bayar jerlah iyer dokk.. dah nama pun hutang kenelah bayar... (^___^)v


Pagi ni juga dikejutkan dengan pemergian arwah norma.. al-fatihah buat arwah norma moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat amin... saya mule mengikuti kisah norma ni lepas menonton sekali imbas di MHI dan terus baca blog moon untuk mengetahui perkembangannya... semoga suami norma dan anaknya yang comel tu tabah menghadapi dugaan ini. sumber : moon punyer blog





Selasa, 22 Mei 2012

Serasi bersama

   

Bila sebut sahaja cinta atau hubungan percintaan pasti anda akan terbayang saat-saat indah dan manis bukan? Tapi tidak kurang juga ada yang membayangkan kesakitan dan kelukaan terhadap cinta yang tidak berkekalan dan berpanjangan.
Untuk pengetahuan anda tidak semua yang bercinta itu mempunyai personaliti dan sikap yang sama. Mungkin sekarang ini atau dahulu anda bercinta dengan seseorang, orang itu berpesonaliti begini dan anda tidak sukakannya. Tetapi jangan pula anggap orang yang anda ingin menjalinkan hubungan akan datang sama juga personalitinya.
Setiap orang ada personaliti-personalitinya tersendiri dan setiap orang berbeza-beza. Tiada yang sama. Tetapi anda harus ingat. Bukan semua manusia itu sempurna.

Jom kita ketahui apakah rahsia kasih sayang atau pesonaliti anda atau pasangan anda berdasarkan bulan kelahiran. Bagi yang tak tahu apakah bulan kelahiran pasangan atau orang anda minati itu, cepat-cepat bertanya pada si dia.

Bulan Januari

  • Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
  • Sukar setia pada yang satu
  • Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
  • Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
  • Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
  • Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11
  • Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini


    Bulan Ogos

    • Tidak serius dalam perhubungan
    • Mengambil mudah dalam perhubungan
    • Kesetiaan di ragui
    • Pandai memujuk pasangan
    • Suka memimpin pasangan
    • Romantik, Pengasih dan Penyayang
    • Kelam kabut dalam perhubungan
    • Sering bertukar pasangan
    • Sukar mencari pilihan yang tepat
    • Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima
    • Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan
    • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
    • Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini

    Sumber dan untuk bulan² lain : Klik Sini
    Macam saya ceritakan sebelum ni.. kami berkahwin atas pilihan keluarga.. tapi saya rasa bersyukur dengan pilihan ini.. berkat doa ibu bapa kami bahagia sehingga hari ini.... lumrah hidup berumahtangga ade pasang surutnya.. sedangkan lidah lagi tergigit.... tak mahu lupe diri mohon petunjuk agak kebahagia ini kekal kehujung nyawa hingga ke syurga amin....
     
    Yups.. ade persamaan kan pada pasangan ideal kat atas tu.. patutlah kami walaupun tak saling mengenali sebelum ini tapi banyak persamaan dan keserasian bersama.. walaupun ade jygak macam tak betul jer.. krateria yang ditulis tu.... 
     
    Lagi satu tulisan kami pun tak jauh beza.. betullah orang kata cara kite menulis juga menunjukkan jodoh kite.. serius saya tak pernah amik pusing... tapi saya percaya semuanya mungkin kebetulan sahaja...jangan terlalu taksub mempercayainya...

    Ala² manje gitu.. hihihihihi... tak sabar nak pergi jalan² hujung minggu ni yeahhh.......
     
     
     
     

    'Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya'

        

    Sebelum terlambat saya nak joinlah segmen ni.. macam menarik jer.. untuk dikongsikan.... walaupun malu nak kongsikan pada semua sebenarnya hihihihi.. pada yang takmoo tahu cepat² klik X yer tutup hihihihihi....



    Klik bena kalau nak join...
    tamat pada 22 Mei pukul 2 petang...


    Mengimbau kenangan saat sah jadi miliknya adelah sesuatu yang yang sangat indah dan diluar jangkaan.. tapi percayalah jodoh.. ajal dan maut segalanya ketentuan Allah s.w.t....

    • Januari 2004 dirisik oleh bakal keluarga mertua.. tanpa mengetahui siapakah gerangannya yang merisik diri ini ... tapi keluarga mertua tersangatlah kukenali.. kerana adik suamiku sekarang adelah sebaya ku jengg.. jengg.. jengg...
    • Secara peribadinya walaupun saya kenal adik hubby.. tapi saya tak kenal hubby hahahaha.. boleh macam tu.. bukan sombong.. dah memang kalau saya kerumah kawan saya tu tak pernah nampak hubby.. macam mane nak kenalkan.. kan...
    • Serius sangat² terkejut seperti hampir pingsan.. hampir jerlah yer.. tak pingsan pun.. sebab macam tak percaya.. dalam usia 21 tahun waktu itu.. saya telah dirisik... ;p maklumlah jiwa muda.. berkobar² nak enjoy.. nak sambung belajar lagi... tup² ade yang masuk meminang tak keharu... dah lah tak kenal pulak tu...
    • Bakal mertua bagi tempoh 6 bulan untuk bagi kata putus terima ataupun menolak hihihi.... itu baru bab merisik... rasa menangis² xmoooo kawinnn uwarrrrrrrrrrrrrrrrrr.. saya nak sambung belajar..... kunun² alasan...
    • Seminggu sebelum tempoh yang ditetapkan tibe² dapat panggilan tepon, masa tu dah petang, saya pulak baru balik kerja.... sangatlah penat sampaikan bunyi tepon malas nak angkat.. tapi angkat jugak.. terkejut sangat dengar suara bakal tunang hihihihi.. bertanya khabar kenalkan diri.. gitu.. gini... pappp letak tepon.. terus asyik tersenyumm..... 
    • Tempoh 6 bulan yang dijanjikan pun sampai.. dalam tempoh tu doa telah ku mohon adekah benar pilihanku ini... siang malam mohon petunjuk dan juga mengambil kira pandangan keluarga akhirnya saya setuju  syaratnya saya dapat sambung belajar dan bertunang 2 tahun.. family sebelah lelaki okk jer.... abah ambil keputusan menerima pinangan itu.. lagipun saya memang takde special boyfren.. tapi.. boyfren memang ramai hihihihihi..... saya pun bersetuju.... 'aje gile...' kata peahhh kepohh.. tak kenal ko suka² nak terima buat suami... hadoiilahhh..... itu soal hidup mati wehhh.....
    • Alhamdulillahhh 06.06.2004 saya telah bertunang... opss.. lupe nak bagi tahu... orang dekat jer sekampung, tu yang abah suke noooo sangat..... dah kenal mak bapaknya... saya sebagai anak tak menolak jauh sekali membantah yang penting family bahagia..... tak bantah kunun.. yang nagis guling² tu hapenya... kalau ingat² balik memang akan gelak.. arwah adiklah paling sakan menyakat....
    • Dah sah bertunang barulah kami bedua keluar.... itu pun sebab nak hantar adik hubby (kawan saya yang sebaya saya tu balik naik bas) pg stesen bas jer pun.. saya pulak arwah adik yang temankan.. mak tak bagi arwah ikut kunun² mak nak bagi can saya keluar sengan tunang, sibuk arwah adik nak ikutt.. saya bile ingat² balik mesti nak gelak..... saya baru nak pakai tudung arwah adik dah duduk kat tangga dengan selipar nak ikut.... 
    • Yang paling nak gelak.. bile orang kampung macam pelik jer.. kereta suami ade kat rumah saya.. hantar saya pergi kerja.. balik kerja.. ape lagi hebohlah sekampung kunun² kami bercinta.. padehal dah bertunang pun.... hihihihihihi
    • Alhamdulillah tempoh 2 tahun bertunang kami mengenali hati budi... dan bercinta sakan selepas kawin, masa bertunang pun jarang nak bergaduh.. umur suami yang jauh beza.. menunujukkan sangat sikap matang buat saya jatuh cinta.... maklumlah sayakan baru 21 tahun budak² lagi... budak ke..padehal kengkawan dah beranak pinak hihihihihi.....
    • Akhirnya pada 06.06.2006 kami diijab kabulkan.... tarikh tu suami yang pilih.. semua pun hubby yang beria².. saya tak kisah sangat.. banyak family yang membantu... (^___^)v
    • Alhamdulillahh.... cepat masa berlalu bulan depan 6 tahun kami melayari bahtera rumahtangga dikurniakan seorang putera yang bam.. bamm....

    Gambar kawin??? ala.. nasib baik bukan syarat wajib letak untuk segmen ni.. gambar dalam pendrive takdelah pulak.. lain siaran saya letak yer.....

     so sweet gambar kami bertiga syawal yang lalu....



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...