♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 13 Jun 2012

WW - Kudapan yang ada bile mengantuk

  

Rezeki jangan ditolak
Terima kasih pada kawan saya yang memberi
(^______^)v



WW - Gara² EURO

  

- Remote tv rumah bertukar -



Selasa, 12 Jun 2012

Minggu Akhir Seindah Sakura

    

Seindah Sakura merupakan sebuah drama terbaru dalam slot Akasia setiap hari Isnin - Khamis pada jam 7.00 malam (24 Episod). Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran sekitar Kuantan dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang lain.
 

Sape layan seindah sakura???? saya layanlah jugak.. walaupun tak mengikuti sangat.. tapi pahamlah jugak ceritanya.. novelnya memang tak baca pun kikikiki... ;p memang tak tekun nak layan sebab bile balik keje kene masak atau melayan amir main basikal kat luar rumah huhuhuhu.... sambil gosip² dengan jiran² owhhh agenda yang paling tak minat sebenarnya join gosip².. tapi takkan nak jadi tunggul pulakkan.. sementara nak tunggu amir main basikal tu...

Kalau tak silap Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.

Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2 hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk Shakira. – Berdasarkan kisah novel Seindah Sakura

Tak sabar nak tengok sape kesudahannya.... apelah jadi dengan Anida tu.. macam giler jer... agak²nya Shakira pilih sape yer... harap sangat pilih Airil.


Bicara Hati : Kalau korang perasan cerita ni tempat penggambarannya sama dgn citer Menara Cinta. Pelakon pun sama juga ade Fasha Sandha, Fahrin Ahmad dan Zul Huzaimi masa kat Kota Paris hihihihihi......

 


Layan Tutti Frutti dipetang hari ......

  

Baru beberapa bulan mengenalimu.. sikapmu yang peramah membuatkan diri ini mudah mesra dan didekati.... dedikasi khas buat seorang sahabat seusia....

Seorang isteri yang kuat semangat pada 2 putera.... gigih menahan telinga dan hati walau ape jua yang melanda dirimu.. adekala kamu kelihatan penat melayan kerenah mereka² yang sering mendesak diri untuk kepentingan diri.. tapi kamu masih memberikan senyuman.... walaupun di susuli jelingan tajam.. ;p
 
Jom layan gambar² kami makan yogurt kegemaran ramai sekarang ni..... silap lap air liur banyak² yer.. ini kali kedua saya datang kesini... kali pertama dulu klik sini... lokasi depan jusco bukit tinggi, klang.

Disuatu tengahari.. menjelang petang......

Banyaknya... yang mane satu agaknya saya punyer kan.....

Semuanya senyum lebar yer.. dapat makan ais krim... nyum²....

Penuhnya mentang²lah orang belanja.. sakit tekak pun ade hati nak makan banyak² yer....

Best².....

Macam² versi ade.....

Terima kasih ana belanja makan tutti frutti... sempena hari lahir kamu pd 25 mei
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.....
Belanjalah kami lagi... (^___^)v


Bicara Hati : Rezeki jangan di tolak.. musuh jangan dicari..... Hari ni saya belanja kamu² pulak yer... selamat menjamu selera semua... (^___^)v  mee rebus ala² mee jawa dan air buah longan+cincau, kuih² pun ade... pada kawan² blog jamu mata jerlah yer.. jangan marah... ;p sebab lokasi hanya di opis....

Kami² sahaja ..... (^____^)v

  

Oleh kerana ulang tahun perkahwinan kami yang hampir² dengan bestday amir ... kami biasanya akan meraikkan bersama² dalam sehari. Tahun ni memang takde majlis besar²an macam tahun lepas.. cukuplah sekadar kami² sahaja.... (^____^)v.

Kebetulan tahun ni tarikh tu saya dapat cuti, kami jalan² kat JJ jer pun... Bile ayah tanye ibu nak makan kat mane.. mesti Mc D ..... tapi amir nak KFC pulak huhuhuhuhu.... Hujung minggu pun kami makan² juga dengan keluarga .. tapi takde ambil gambar pun hihihihihi.... ;p

Kan best kalau makan kenny.... ni ambil gambar daripada tingkap KFC tu jer...

 Menu² kami.. layankan amir jer...

 Sedapp juga.. tapi kecik sangatlah... 
ade macam jem nanas bile dah nak habis makan tu....

 Ibu yang kunun² majuk terpakse makan huhuhuhuhu.....

 Amir majuk mainan upin ipin takde stok hihihihihihi......

 Dah semua buat peragai takmoo bergambar.. ayah ambillah gambar sendiri kikikikikiki

 Senyumm.. masing² amik mood nak bergambar....
kejap jer majuknya.. jumpe kamera mestilah nak bergambarkan..... harusss.....

Nampak tak tu.. anak bertuah.... kejap jer... majuknya.. jumpe kamera oklah... ;p

Sepotong kek jer.. cukuplah itu pun tak habis makan.....


Bicara Hati : Tahun depan ade rezeki kite sambut bestday amir jemput sedara mara lagi yer.... macam tahun lepas dah mengalahkan kenduri berkhatan dibuatnya... ;p Kek Permintaan Amir dan Suprise siap ade bena.



Jumaat, 8 Jun 2012

Pemenang Teka Masya dan Keluarga Dimana

   


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga keputusan dikeluarkan hari ini..... Jenuhlah saya pujuk hero saya tu malam tadi tau suruh amik cabutan ni... siap makan bihun tom yam dulu baru lah di layankan permintaan ibunya ni huhuhuhuhu.....

Harap² kawan² semua berpuashati.. keputusan adelah muktamad... tiada kompromi, pilih kasih atau ape² jua yang meragukan hihihihi....

Bekas untuk di isi bagi cabutan pertama 3 orang yang berjaya meneka dengan tepat klik sini dan hanya seorang yang layak menerima hadiah.....

Beria² lah bujang saya membukanya... yang kat luar tu... cabutan yang akan dimasukkan selepas cabutan pertama dilakukan...

Inilah pemenang hadiah utama kerongsang anggur
Yana Libra

Keronsang anggur


Amir buat 3 cabutan yang seterusnya.....

Hadiah bagi cabutan yang seterusnya

Cabutan seterusnya bagi hadiah FM Biskut tulisan love dimenangi oleh
Tihara

Cabutan seterusnya bagi hadiah FM Aiskrim dimenangi oleh
Mama Aryan
 
Cabutan seterusnya bagi hadiah FM Biskut tulisan love dimenangi oleh
Eita


Inilah senarai yang berjaya... harap semua dapat emailkan alamat pada saya dengan tajuk 'menang teka masya dan keluarga dimana' di email saya nowzyana@yahoo.com dengan segera... (^____^)v. Tahniah buat semua yang berjaya ..... ade rezeki saya buat lagi......


Bicara Hati : Esok 09.06.2012 ulang tahun kelahiran yang ke -4 buat putera sulong saya Muhammad Amir Hazim (^____^0 selamat bercuti semua....




Hitam putih warna kehidupan

  

Mengambil keberkatan dipagi jumaat.. mood haruslah ceria² sahaja.. walau ape jua berlaku... (^___^)v ... ape jua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah hitam putih warna kehidupan, asam garam dan lumrah yang harus ditempuhi bagi mematangkan diri .... 

Edisi khas hari jumaat ini saya dedikasikan gambar pernikahan saya 6 tahun lalu.. majlis serba ringkas dihadiri sanak saudara kedua belah pihak, beberapa kawan² rapat dan secara langsung dipancarkan dari teratak rumah ayahanda & bonda (mengalahkan artis majlis kunun² tertutup yer.. hahahahaha... ) sebab secara langsung dari rumahlah hubby ketaq sampai 3 kali lafaz hahahahaha.. padehal takde mikropon punnn.....

Pada kawan² yang tak mahu tengok cepat²lah klik X sebelum muntah hijau di sini .... hihihihihi.....

 
Alhamdulillah 3 kali lafaz baru sah menjadi isteri.....
berdebar² saya dibuatnya.. mule² takdelah rasa ape² sangat pun....
saksi tok kadi lah buat hal boleh pulak terlelap masa yg kali pertama hubby lafaz, yang kali kedua pulak hubby dah ketaq kut baca tergagap² tak lancar.. so tok kadi soh ulanglah.... tu yang sampai 3 kali kikikikiki ...
(punyerlah ramai orang kat keliling kami masa nak akad nikah tu.. sampai kene sakat² kami.... )


 Alhamdulilllah syukur.....
(suke tengok muka hubby masa ni macam tak percaya.. umur kami jauh beza)


Doa selepas akad nikah.. moga diberkati dan kekal kehujung nyawa.....


 Tak dapat menahan sebak selepas di ijab kabulkan..... air mata berjujuran kerana kini telah bergelar seorang isteri.... (peluk makkk ketat² masa ni... )


 Ciuman daripada seorang isteri selepas sah dinikahi.....
(amboi kemain lebar senyuman hubby yer.. masa nak serahkan mas kawin dan acara batalkan air sembahyang)


 aaauuuuuummmmmm...... jeling² manje


Bilelah pipi ni nak kurus macam ni balik kikikikiki... (^___^)v
(teknik mekap semata².. hahahaha... xmoo mengalah tu...)


Gambar ni tak pernah disiarkan dimana² pun.. kali pertama di blog ni.. terima kasih pada yang sudi baca kisah hati kami.. dan memberi komen² yang membina di blog ini.. pada yang tak suke bolehlah klik X huhuhuhuhu.... saya tak berniat menunjuk².. sekadar berkongsi kegembiraan.. doakan moga kami kekal kehujung nyawa.... Amin..


Bicara Hati :-  
 
Terima kasih sangat² pada kawan² yang sudi datang pada majlis akad nikah saya 06.06.06... dan sudi datang ke majlis bersanding hujung minggunya pulak....






Khamis, 7 Jun 2012

Kite hanya merancang allah s.w.t yang menentukan

   

Mood semalam.. bangun seawal pagi macam biaser, amir pun same.. bangun minum susu sebotol.. terus bangun nak mandi... 2 hari amir dengan ayah berdua kat rumah sebab pengasuh mintak cuti ade kenduri kat kampung.. jadi dia mintak cuti.. kami okk jer.. lagipun ayah cuti sekolahkan....

Lepas mandi bersiap²... sambil pakaikan baju pesan kat amir.. hari ni amir dok rumah ibu shima tau ibu nak kerja.. ayah pun nak pergi sekolah... amir mulelah buat drama muka sayu air mata dah bergenang.. amir tak nakkk ..... amir nak ikut ayah pergi sekolah.. hadoilah jenuh pujuk xmoo jugak... jadi semalam amir pun ikulah kami.. soo takde peluanglah kami nak tengok wayang berdua, lagipun orang pun ramai sangat... dan kebetulan cuti sekolah agaknya ramai yang amik peluang nak tengok wayang denggan tiket separuh harga...

ini lah anak bertuah tu.. sejak dah besar ni memang payahlah nak hantar ke rumah pengasuh lagi² kalau tahu kami memang bercuti dan ade kat rumah ..... 2 hari dengan ayah kat rumah asyikk mengajuk 'oh my english' .... lepas tu gelak² padehal kami tak cakap apepun....


Ape jerlah yang ayah tengah nasihatkan amir... amir macam tak puashati jer....


Semalam sebab program awal tergendala... jadi ayah teruskan program B, pergi servis major kereta ..... hadoilah .. tayar pulak buat hal kenelah tukar dua² tayar belakang.. errrkkkkk... haru betul, nasib baiklah bajet betulkan kereta ni ayah punyer bajet kikikikikiki.. kalau tak lari bajett ooooooo.... (hadiah anniversary memang takdelah kan sebab dah bawak pg jalan² hari tu).... dan pong pang.. ponggg pang.. sana .. sini.. sinun.. habis untuk kereta jer dekat RM 1,000.00 huhuhuhuhu...... nasib baiklah ayah dah bawak pergi jalan² hari tu....



Bicara Hati : Gambar pertama tu.. ade cerita sebenarnya hihihihihi.. pandai anak ibu kan.. nak amik hati ibu balik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...