♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 6 Mac 2013

Keywords Melampau Yang Dicari






Sifat Ego Merosakan Diri

  


Berjaya Miliki Pemangang Ajaib

 


Fantastik

  



Gelihati bila pertama kali amir suakan.... Banyak yang perlu diperbaiki ni.... kalau dah badak rupa warna gini .... petanda ayah kene bawak kami ke zoo negara nampaknya hahahahahaa...... kalau nak jauh lagi ke zoo taiping atau zoo melaka lah nampaknya ...



Bicara Hati : Kalau dah jari gatal nak menaip memang tak boleh buat WW kat blog ni hahahaha... ;p







Selasa, 5 Mac 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu

    


Semalam yang sibuk.. hari ini yang kelangkabut.... tapi sempatlah juga diri ni menjengguk kawan² semua.... (^_____^)v cuma tak sempat nak update entry terkini... 

Rasanya daripada minggu lepas sana sini menulis perkembangan di Lahad Datu ... Paling sebak semalam bila perkembangan daripada beita memaklumkan 6 orang anggota terkorban kerana serangan hendap... tak kala mata menonton siaran langsung jenazah sampai.. air mata jatuh bercucuran.. sungguh pun mereka bukan ahli keluarga ... tetapi terasa kesedihannya, banga kerana mereka adalah pejuang negara.. terkorban kerana mempertahankan negara....

YaAllah moga pejuang² negara dilindungi.... hanya itu yang ku pinta... jauh disitu hati.. masih kehairanan kerana ada yang menganggap ini semua adalah propaganda politik.. kenapala ada manusia yang masih berfikiran begitu.. walau siapa pun kerajaan memerintah.. itu bukanlah soalnya untuk diperbalahkan sekarang.. keutamaan negara adalah yang utama.

Info kepada sesiapa yang tertanya-tanya kenapa PDRM yang handle kes Lahad Datu dan bukannya ATM (sekurang-kurangnya buat masa ini)

Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula. 


Pagi ini perkabaran terbaru ada ledakan bom seawal 7 pagi, hatiku mula bergelodak... sungguh.. mendoakan yang baik² sahaja buat mereka.... 

Ramai yang update sana sini perkembangan di sana... terutama di fb, tapi nasihat diberikan agar kita.... MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA!!!

NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!

tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn
update dekat facebook kalau ternampak ATM
tgh buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana..percuma Penceroboh dapat
info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2
simpan dalam hati..mereka sedang
memerhati!!
Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan
sebarkan maklumat di fb atau dimana2
sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara... Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yg
anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara...

Sekarang anda juga memegang amanah
negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...
TOLONG SEBARKAN!
sabahtech: rasanya update pasal info berapa
yg terkorban itu tiada masalah.. atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah.. cuma jangan update info yg
berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di
luar sana..


Sama²lah kita mendoakan keadaan mereka Di Lahad Datu .... Ada juga saya terbaca perkembangan rakan blogger yang duduk disana... memang agak menakutkan juga. Moga mereka juga dilindungi... 



Bicara Hati : Adik sepupu juga baru ditugaskan disana baru 2 bulan... harap dirinya dilindungi demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara..... kami doa kami disini sentiasa mengiringi kamu disana.






Jumaat, 1 Mac 2013

Resepi Chicken Chop Yang Paling Mudah

  


Mengiurkan tak??? mengiurkan tak??? (^____^)


Hahahahaha.. gelak besar kejap, tajuk tak nak kalah tu.... bahana² gara² terbaca kat blog ieda cara nak membuat... 


Susulan daripada entry WW chicken chop mudah buat yang tersayang ada yang bertanyakan resepi.. serba salah dibuatnya kalau tak kongsikan resepi, sebab yang bertanya tu mak yong .... melelh pulak air liurnya kang....


Okk saya kongsikan versi saya yer... sebab apa saya kata mudah, sebab tak perlu nak beli ayam cari serbuk roti.. nak perap bagai.... saya gunakan chicken chop yang dalam pek brand ayam madu jer.. senang terus goreng.... hihihihihi ... 


Harga pek yang ni rm 6.90 kalau tak silap.. lupalah.. main amikk jer.. kalau silap maaf yer.. tapi memang tak sampai rm 8.00 pun lah... walaupun size monster ok.. makan berdua pun tak habis berulang² hahahahaha....



Ni dah lepas goreng... bentuk hati rupanya ayam tu.. sebab tu lah saya namakan chicken chop mudah buat yang tersayang besarkan.... pada saya besar sebab satu ni.. saya makan kongsi dengan hubby... 



Ni bahan² untuk buat sos pulak.. sos chicken chop yang melimpah ruah tu.. sampai tak nampak dah ayam kat bawah tu hihihihihihihi... korang panaskan campbells cendawan tu (terpulang ikut selera ada macam²... jenis) dia pekat tau.. jadi korang campurkan air sikit dalam ½ tin campbells tu... kemudian masukkan cendawan butang yang dipotong dadu dan masukkan sos lada hitam... dah mendidih tutup api.. atau korang rasalah dulu.. ikut kepedasan yang korang nak.... macam saya ni ikut selera anak jadi tak tambah lada hitam lagi.. sebab sos tu pun dah cukup pedas... saya tak tambah garam atau gula pun.. sebab pada saya rasanya dah okkk.... (^_____^)



Okkkk dah siappp.. mudahkan.. untuk bahagian tepi tu.. terpulanglah pada korang nak letak apa.. macam saya ni.. apa yang ada dalam peti sejuk tu jelah saya letak... kentang putar (versi saya) rebus kentang russet dah tu lenyekkan jer... siap.. macam kat atas, dan gorengkan kentang serta rebuskan sayur campur² (kacang pes, lobak, cendawan) nak buat coslow, mayonis pulak habis huhuhuhuhu.... salad pun takda.. tu buat apa yang ada jer dalam peti sejuk. 


Kalau nak lagi senang jom berkenalan dengan ieda, boleh tambah kenalan pada yang masih belum kenal tu... sebab ieda suka buat tergoda kalau tutorial masak² ni.. memang dia tunjuk dengan lengkap cara² nak masak hihihihihi..... sesuailah dengan saya ni yang tak pandai nak masak sangat klik sini. Boleh cuba nanti hujung minggu kan... 



Bicara Hati : Lepas ni kalau ada kesempatan nak cuba pizza ala² crunch² macam domino tu pulakkk hik.. hik.. hik.. tapi nak cari Tortilla dulu.

Bulan Singkat



Salam jumaat semua.. dah jumaat rupanya yer... bos takda ni rasa macam pantas jer.. masa berlalu. Rasanya masa berlalu sekarang memang terlalu pantas, kalau kita ni asyik kebelakang.. memang akan ketinggalanlah dibuatnya.....

Tahun ni bulan Februari 28 hari sahaja, makanya... hari ini sudah pun 1 Mac... Apa nak diherankan.. mestilah... dah awal bulan ni kesibukkan sikit.. ditambah pulak.. bila datang kerja isnin nanti dah 4 Mac, Selasa ada meeting.. sibukk.. sibukk... huhuhuhuhu... dah mula terasa (^____^)v

Bulan Mac ni kalau ikutkan hubby setiap sabtu ada sekolah gantik uhukk.. uhukk.. ditambah cuti sekolah.. sana sini sedara mara dah bagi tahu ada kenduri.. anak buah hubby pulak nak bertunang.. adik saya pulak.. dah 7 bulan mengandung insyaallah akan ada kenduri kesyukuran sikit... lenggang perut ke.. hapa.. macam tulah.. sebab dulu saya pun mak buatkan.. anak sulung katanya... 

Kami in blue.. ke.. blur????


Bicara Hati : Pagi ni ada motivasi diri ' Penyakit Rohani' jom perbaiki diri .... (^___^)v





MENANG PERADUAN SIKECIKKU COMEL & MANJA



Alhamdulillah.... ini kemenangan pertama rasanya tahun 2013 ni, sebab ini jugaklah antara peraduan yang sempat join... awal² bulan hari tu... http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2013/02/peraduan-sikecikku-comel-dan-manja.html


Semalam pagi baru saya perasan keputusan keseluruhan ni... saya join daripada blog sahaja, rupanya² penyertaan asal bermula daripada fb hihihihihihi..... 


Tak sangka pulak menang hadiah ketiga, sebab dipublishkan kat fb untuk tujuan banyak like/popular.. tapi.. saya tak sempat nak promosi kat kawan² kekangan masa sikit huhuhuhuhu.... dah nama rezeki amir.. alhamdulillah.. amir menang .. ni post spontan masa nak pergi sekolah hihihihi ..... mesti amir teruja dapat set ABC Magnet ni.. bolehlah letak kat peti sejuk nanti... 








Tahniah juga buat kak sal menang hadiah utama lagi.. photobook.. (^____^)v mesti penuh gambar² azfar dalam tu... nantikan.. dengan keletah dia...



Dah siap² hantarkan alamat kat mereka, cuma tunggu mereka bagi no akaun bank sebab pos penghantaran ditanggung sendiri hihihihihihi ... (^____^)v





Bicara Hati : Moga ada rezeki lagi untuk tahun ni.... permulaan yang baik.. kemenangan ni.. buat amir juga...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...