♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 23 April 2013

Perubahan Diri



Malu pulak nak buat entry perubahan diri ni... ini bukan perubahan saya dah berpurdah ke hapa yer.. jangan salah pahaman pulak.

Sebelum² ni saya pernah kongsikan testimoni pure marine collagen, alhamdulillah saya sebenarnya mencuba bukanlah sebab untuk cantik.. jauh sekali mahu merubah ciptaan Allah. Cumanya bila ada kawan² yang menjual .. dan saya melihat daripada sudut kesihatan diri.. tak salah rasanya saya mencuba... Alhamdulillah ianya serasi.. jadi saya teruskan dan saya kongsikan dengan kawan² pula.

Selepas saya makan sendiri dan buat masker jeli PMC,(maksud buat sendiri bukannya saya masak sendiri.. saya menggunakan sendiri.. saya beli yang dah siap masak daripada kawan saya) dan dah rasa sendiri perubahannya barulah saya berani kongsikan dengan kawan² pula, sekarang ni saya sedang mencuba Sabun PMC pula. Hasilnya pun sangatlah memuaskan hati ok.. tak percaya... lihatlah gambar di bawah... hihihihi .. malu sebenarnya nak tunjuk ... tapi demi kawan² yang mahu melihat apa salahnya saya kongsikan... apa?? mahu jumpa bertentangan mata?? hohohohoho ... jomlah potluck kat rumah .. poyo jerkan.. tapi duduk lantai lah eh.. rumah takda sofa.


Saya gunakan sabun yang warna biru.. sebab pipi saya kan tembam.. yaaaaa amat... senang hati agaknya suka gelak.. kalau naik badan.. cepat betullah bahagian pipi tu nak naik.. dan inilah hasilnya ... selepas saya menggunakan selama 2 minggu.. adalah perubahan sikit... berbanding sebelum ni.. kulit pun sya rasa cerah sikit .. licin jer tau ... caya tak ni??? tak caya.. tengoklah gambar² dalam blog ni sebelum ni.. malu nak link kikikiki ..;p cari sendiri eh...



Sabun² PMC ni ada banyak pilihan warna.. dan setiap warna punya fungsi yang berbeza ok.. kalau ada kawan² yang berminat bolehlah add fb  Fauziah Isa, harga tengah promosi .. jangan lupa bagi tahu nama masya ok.. bagi tahu korang tahu info sabun ni daripada blog masya .. insyaallah akan dilayan sebaik mungkin.... saya sekadar berkongsi pada yang berminat sahaja. Sebab sabun ni pun memang di import daripada Sabahkan.. jadi memang agar sukar untuk mencari di kedai² tempatan ni...



Bicara Hati : Malu interframe gambar sengsorang besar gitu hihihihihi ....








Isnin, 22 April 2013

Gelap!!!!



Leka melihatkan dokumen atas meja, leka sempat menjeling² fb, leka.. sempat bw kawan² last minit... sekali tengok kat luar.. huihhh gelappnya.. tanda².. hari mahu hujan gegegegegege ....

Sms hubby tanya kat rumah hujan x?? hubby kata takda hujan.. elok jer.. cuaca tak mendung pun.. nampak tak .. disitu.. awan di opis memang lain dengan awan dirumah.. dan aku bekerja di lain daerah hihihihihi ....

Dulu masa mula² bawak kereta sendiri ni, memanglah penakut.. kalau gelap jer.. cepat² lah nak balik tau.. hujan lebat ada kilat ke takda kilat ker??.. sanggup berhenti kat pam minyakk tunggu hujan reda tau.. punyalah penakut ... sekarang ni.. Alhamdulillah.. dah tak macam tu dah.. dah 3 tahun bawak kereta sendiri kan ... dah makin okklah... lagi² sekarang ni ditemani amir pergi dan balik kerja... haruslah ibu kene buat² berani kan.

Sebelum keadaan kat luar makin gelap.. baik balik dulu huhuhu .. kalau ikutkan ni.. macam sampai kemalam jer mahu hujan lebat ni... (^____^)v


Bicara Hati : Dah seminggu rasanya panas terikkan.. malam pun panas.. pasang ekon pun macam tak sejuk, barulah ni nak hujan.







Sabun Pelbagai Warna PMC



Sebelum ni saya pernah ceritakan yang saya ada mencuba pure marine collagen, alhamdulillah hasilnya memang sangat²lah baik buat kulit muka ni. Saya rasa lembut jer kulit muka ni lepas buat masker malam² tau... amir pun kalau pergi sekolah cium pipi ibu siap cakap lembutnya pipi ibu.... gelihati saya dengar, hubby pun tak cakap macam tu.


Ok kali ni saya dah mula guna sabun PMC pulak, sabun PMC ni ada banyak warna dan setiap warna punya kelebihan yang tersendiri. Contohnya biru untuk kuruskan bahagian² lemak atau muka kalau kita sapu kat muka.. dia macam membentuk muka tu.... Hijau untuk mencerahkan kulit dan purple melembukan kulit muka.. sebenarnya banyak lagilah kelebihannya... ada yang berminat ker???
 


Banyak pilihankan....
Harga yang berpatutan pada saya mampu milik.. 
Sabun ni takdalah besar sangat lebih kurang besar tapak tangan budak umur 6 tahun kot




Saya dah cuba yang biru hihihihihihi .....
Beli jugak yang war purple tapi tak cuba lagi ... yang biru pun saya sapau kat bagaian pipi muka dan kawasan² badan yang opsss... macam banyak lemak tepu disitu terutamanya perut, walaupun orang kata perut saya takdalah buncit sangat hihihihi .... hubby jer tau kot buncit tak perut ni kan... orang lain mana nampak... 





Baru² ni.. kepochi lah jugakkan baca kat blog² dan FB kununnya PMC ni bukan ada kologen pun huhuhuhuhu ... tapi info kat kat bawah ni dipetik daripada surat kabar telah membuktikan khasiaTnya secara saintifik. jadi takmoolah pertikai² lagi eh... tak mahulah jeles².. terpulang pada korang nak mencuba atau tidak... tapi pada saya yang dah cuba ni memang berbaloi² hihihihihi ...








Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 



Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.


Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/




Buat kawan² blog saya yang berminat terutama sekitar Damasara, Shah Alam, Klang atau Pelabuhan Klang ada penghantaran daripada puan yang menjualnya... dan harga istimewa buat pembaca blog saya tau.. bolehlah pm fb Fauziah Isa dan beritahu korang tahu mengenai sabun PMC ni daripada blog masya. (^___^)v


Saya sekadar berkongsi kegembiraan perubahan saya .. bukan bertujuan menunjuk² atau merubah apa yang Allah dah berikan pada kita, tapi saya bersyukur dan alhamdulillahh... saya tiada masalah menggunakan sabun ni.. saya tak pasti orang laian kalau ada kesan sampingan.





Bicara Hati : Ada yang mahu tengok perubahan saya ker?? malu nak publish gambar.. tapi entry crazy orange tu adalah perubahannya selepas menggunakan PMC ni.



Tips Elak Lesu Di Pagi Hari




Tiada istilah monday blues, tiada istilah lemah .... tiada istilah lemau.... mood hanya mahu bergembira dalam kerja dan dalam apa jua yang di lakukan.

Mengambil inspirasi anak supaya menjadi contoh yang baik, anak pun akan terikut² juga bila kita tunjukkan contoh yang baik... walaupun mood anak selepas cuti biasanya payah untuk ke sekolah.

Mulakan pekerjaan dengan niat ikhlas kerana Allah insyaallah akan diberkati ...

Amin ...







Ahad, 21 April 2013

FM Abjad - Hadiah Kemenangan Amir



Lama dah dapat hadiah ni, mintak maaf sangat² pada tuan penganjur saya tak publish entry kemenangan ni.... padahal saya dah up entry saya menang, cuma lupa nak bagi tahu hadiah dah sampai kat entry.. saya bagi tahu kat fb sahaja.

Sebagai tanda kenang²an buat amir yang pertama kali menang hadiah masa saya join ni... pun suka² sahaja, tak sangka ada rezeki amir http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2013/03/menang-peraduan-sikecikku-comel-manja.html



Terima kasih sangat²... http://sikecikshop.blogspot.com amir suka sangat hadiah ni.. penuh dah peti sejuk rumah kami bahagian bawah letak FM Abjad dan nombor ni hihihihihi ....





Bicara Hati : 

Tak sabar nak tunggu hadiah daripada FM Nad pulak lepas ni.. yeahh... menang lagi.. FM.







Sabtu, 20 April 2013

Rancangan Kegemaran Kembali Lagi






MasterChef Selebriti, tak kisah masterchef mana pun tak selebriti pun saya layan jugak... memang sentiasa panas lah rancangan ni.. paling suka bila tengok mereka deko² masakkan mereka tu... rasa macam sweet sangat, itu yang sebelum² ni lah.. tak tahulah yang ini kan.. sebab tema pun mengerunkan bila dapur panas, watak lain jadi jelas gegegegege.. apakah maksudnya tu....

Kalu dulu AA propa dalam masterchef kali ni sapalah agaknya kan.







Aiskrim Goreng



Orang lain dah berkali² buat, saya baru nak buat.. motifnya aiskrim dalam peti sejuk dah rupa ais batu hahahaha.. sebab ibu dengan amir jer makan, roti pulak dah nak tamat tempoh ni.. dah nak tamat tempoh yer.. belum tamat tempoh lagi hihihihihi ...

Jadi terpikirlah idea nak buat macam ni .... lagipun tak susah nak buatnya... cuma lepas terap roti tu kene simpan kat pembeku dulu dalam 3 jam barulah boleh goreng, tapi saya terlupa.. esoknya nak keluarkan ikan baru teringat kikikikikiki .... nasib baik ingat kalau lupa langsung.. lagi haru...



Hasil 4 ketul jadinya, banyak jugak tau.. ni 2 ketul jer.. tapi saya potong nampak 4 juga hihihihi ...
Amir saya pesan suruh amik gambar ni sebelum dia makan dengan ayahnya, nasib baiklah boleh diharap... nampak jugaklah aiskrim tu walaupun jauh sikit...




Berselera betul, ni suapan terakhir .... siap puji lagi.. sedaplah ibu.. sedaplah... nanti buatlah lagi.. hahahaha .... bila ada roti kita buat lagi eh sayang ...



Baru 2 hari duduk rumah, macam² nak dimasaknya, minggu ni tak pasti lah nak masak apa lagi... idea belum mari .. bahan² ada jer... sebab nak kemas dapur pulak, iyerlah dapur tempat kegemaran tu.. kasi lah mood ceria sikitkan... takmoolah suram² sebab nak bagi air tangan terbaik kat keluarga.




Bicara Hati : Petang² sesuailahkan.. tapi kalau buat masa sarapan apa halnya hahahaha.....







Jumaat, 19 April 2013

Resepi Pizza Homemade Paling Mudah



Akhirnya misi mencari tortilla berjaya juga, patutlah tak jumpa selama ni... tortilla ni kat kawasan roti.. saya pergi cari kat kawasan sejuk beku kawasan capati, roti canai dengan tempat kulit popia memang tak jumpa²lah....

Akhirnya saya jumpa kat care4, itu pun care4 dah bertukar yer.. aeon big kikikikiki ...;p ni nak habiskan stok jugak kot... 5 keping jer dalam tu.. harga lupa lah pulak sebab main amik jer.. terower excited masa jumpa ni sampai tak perasan harganya berapa hubby bayar hahahahaha ..... (^___^)v.

Sebab saya cari benda ni nak buat pizza ranggup super duper sempoi.. lagi sedapp.. ala² macam kat kedai pizza yang popular tu lah... jom saya kongsikan resepinya.. dan jangan tak percaya saya guna pemangang ajaib saja... tak guna owen pun.. ajaib tak?? ajaib tak?? .... sebenarnya guna owen lagi mudah.. tapi saya punya owen tu kan besar.. penuh dapur tau kalau nak keluarkan dari kotak. 


Tortilla segar ... 
Macam² boleh buat tau dengan tortilla ni.. ala² macam wraps jugak.


 Ini semua bahan² yang saya gunakan... mudah jer nak dapatkan kan..
saya guna yang ada dalam kabinet rumah jer... kecuali tortilla tu baru beli... cheese tu pun dah banyak kali guna sepeket tak habis²...

Sos spageti kimball cendawan
Tuna cili ayam brand yang dah siap masak 
Tortilla
Cheese Mozarilla





 Nanas dalam tin kebetulan saya buat air koktel ada lebihan lagi .. 
Yang hitam tu buah zaitun dalam tin yang saya beli dah lama pun tak habis².. sebab jarang guna.





Cara nak masaknya mudah sahaja kalau guna pemangang ajaib macam saya..... saya letakkan tortilla atas pemanggang tu kemudian sapukan sos spageti tu dan tuna cili.. letak nanas dan buah zaitun tadi .. lepas tu saya tutup pemangang tu.. biarkan sekejap dengan api sederhana dalam seminit kemudian barulah taburkan cheese dan tutup semula .. tunggu hingga nampak cheese cair dan garing.. sudah boleh angkat .. sebab pemangang saya kecik saya potong 2 tortilla tu.... senangkan...


Cara nak masak guna owen lagi mudah... letakkan tortilla dalam loyang, kemudian sapukan sos spageti, letak tuna (kalau nak letak bahan lain pun boleh.. tapi saya iu jer yang ada huhuhuhu) kemudian letak nanas dan buah zaitun dan taburkan cheese dan bolehlah bakar... cili bengala saya tak letak sebab takda stok, saya letak bahan yang ada kat rumah saya sahaja.






 Pizza yang dah siap masak.... 
seyes senangkan ...
rugi kalau korang tak cuba tau....
Terliur tak???? sila lap cepat² ok.... super duper senang dan yumii... dan paling saya suka pizza homemade ni ranggup sedappp...... (^__________^)





Ni bakaran yang pertama ... separuh jer dulu saya bakar sebab tak muatkan pemangang tu kalau masukkan sebulat besar tortilla tu. Takda cili bengala pun dah sedappp .... hubby pun kata sedapp.. amir jer kata tak sedapp... amir merajuk sebenarnya , sebab ibu masak pizza ni pedas amir kata... saya pun tak perasan stok yang saya amik tu tuna pedas.. alahai kesian amir nanti ibu buat lagi eh... itulah sebabnya tortilla buat amir merajuk.


Bicara Hati : Selamat Bercuti dihujung minggu, nanti bolehlah kawan² cuba resepi ni hujung minggu .... mesti family sukakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...