♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 4 Julai 2013

Pengalaman Berada Di Menara Berkembar Petronas




Dalam entry sebelum ni ada kongsikan gambar air pancut kat KLCC pemandangan daripada skybridge, pada saya cantikk sangat .. maklumlah pertama kali tengookkannn... dah lama tak pergi KLCC ni, dah tu pulak amik gambar daripada skybridge ... orang kata malam lagi cantik .... 

Pagi tu keluar daripada opis memang awallah sebab takut jalan jem, lalu lauan duta kunun² ada budak opis ni kata boleh elakkan jem .. berbanding lalu jalan persekutuan, sudahnya meeting nak mula pukul 9.00 pagi .. bayang KLCC pun tak nampak  dari dalam kereta.. haru²... mahulah patah balik kalau tak jumpe jalan masuk apatah lagi nak parking kat KLCC tu kan, bila dah sampai pulak kita orang parking kat menara 2 padahal meeting kat menara 1 hahahaha .. musibat betullah, nasib baiklah sekuriti kat KLCC ni jenis rajin meronda tanya dia orang macam mana nak pergi menara 1, siap jumpe kakitangan kat petronas .. dialah yang tunjukkan lif nak pergi menara satu tu.. terima kasih sangat² ... kita orang ni tak pernah sampai .. terus terang jer cakap.. kalau menipu kang berdosa ....

Sampai² jer kat ruang legar teruslah pergi kat penyambut tetamu tu, tanya mereka .. owhh rupanya dah ada urusetia yang menunggu kami, ko .. tunggulah situ .. sebab ada jugak orang lain belum sapai.. owhh ingatkan kami yang terakhir .. sebab jam menunjukkan hampir 9.30 pagi, tunggu dalam 5 minit .. barulah bergerak naik atas .. sistem sekuriti dia sangat ketat tau .. nak naik tu kita orang ni diiringi polis bantuan, beg pun kene scan .. dah kawan saya dok cuit² .. macam kat lapangan terbanglah pulak nak scan beg kata kawan saya ... hahaha saya senyum jer.. kapal terbang pun tak pernah naik. Iyelah empat² macam ni mestilah banyak kawalan keselamatannya kan.

Panjangnya mukadimah hahahahaha ... korang baca tekun ker?? skip .. sorrylah sekarang ni asyik nak tulis berjela² membebel jer kat blog ntah kenapa ntah ... ibu² ni memang suka membebel agaknya, ni baru part nak pergi KLCC belum lagi masuk part  kenangan muda² kat sini dolu²... Banyak sangatttttt kenangan indah kat KLCC ni masa muda-muda dulu tau ... hak.. hak .. hakkk .... yang itu entry lain jerlah yer... kalau rajin taip... takmoo mengimbau saat² itu lagi kikikikiki ...


Ini gambar yang pertama kali saya lalu hari itu, depan mata .. depan mata nampak kat trafficlight .. haruslah .. cepat² snap... orang lain tak heran kot hahaha .... 





Meeting kat tingkat 41, dewan makan .. hahahaha .. ni meeting ke nak bersantai, sekali sampai .. fuhh orang dah ramai .. dah macam ala² cafe dah ruang makan dia .. tak berapa nak amik gambar .. sebab lebih teruja nak makan dah kelaparan.. mujurlah meeting belum mula ... rasanya macam tobatttttlah kalau disuruh pergi meeting lagi ..... tapi bos dah suruh .. pergi jerlah dengan pasrah.


Meeting bukan lama pun hadoilah sejam setengah kot dah habis sebab jumaatkan .. lepas u dia orang ajak naik skybridge.. dia orang kata kalau nak naik ni bayar rm25.00 pakej sampai puncak .. selalunya lah .. tapi sebab kami ni datang atas urusan kerja.. jadi dapatlah naik percuma kan .. kan... merasalah jugak.




Masa pergi tu ikut jerlah orang yang bawak kita orang tu, jadi kalau korang nak pergi nanti pun rasanya mestilah ada pemandu pelancong .. korang jangan risau tak sesat punya.. cuma gayat ... 





Pesatnya pembangunan sekitar KLCC ni ....





Nampak Menara Am Bank jugak hihihihihihihi .....





Paling teruja nampak iar pancut yang kat bawah ruangan KLCC tu hihihihihihi ...





Sebelum balik sempat lagi amik gambar ni dengan kawan yang sama² pergi, ni gambar kat ruang legar ... belakang tu pemandangan kereta Petronas.





Sempat lagi amik gambar dengan mamat ni siap pegang bahu .. macam dah lama kenal jer, ini semuaaaaa poyoooooooooooooo ... itu cuma patung, gilerrrr sukati nak pegang orang macam tu .. dengan hubby bolehlah ....





Sebenarnya banyak lagi gambar² .. lagi² masa kat jambatan tu .. tok sah tengoklah cukuplah buat kenangan sendiri gambar gedik² tu hahaha .. kang kalau korang tengok.. takut muntah hijau macam warna tudung saya tu pulak hahahaha ...







Bicara Hati : Seronok jugak dapat peluang jalan² sambil kerja macam ni, bilalah agaknya dapat naik Menara KL pulak, takda nak buat mesyuarat atau makan² kat sana ker?? hahahha.. kali pertama pergi dan terakhir rombongan sekolah rasanya .. itupun Puteri Islam buat.








Rabu, 3 Julai 2013

Pemandangan Air Pancut Dari Skybridge


Cantikkan ... seyes tak sangka dapat jugak amik gambar daripada jambatan kat klcc tu .. alahai nama glamournya 'skybridge' tu lah huhuhuhuhu .. gayat .. memang gayat .... tapi kan naik ramai² tidaklah gayat sangat, seyes.. korang janglah pandang bawah ngeri sangat hohohohoho..... 

Orang lain nak naik kene bayar tau, kami ni kebetulan kene pergi meeting kat situ dapatlah naik percuma yahoooooooo ... walaupun dapat naik sampai jambatan tu sahaja dah cukup tinggi, tak sampai kat puncak pun ... esok up entry gambar² lain yer ...



Bicara Hati : Tak boleh bayangkan orang yang cuci² bangunan tinggi² ni .. tak gayat ker???


Rezeki Selepas Sebulan Menyepi


Wahhh .... dah sebulan menyepi tak sangka dapat cpuv baru, dan tak sia² pagi tadi sempat update bio blogger ... cari idea apa nak tulis bagi menarik hati nuffnang.

Tapi cpuv baru ni tak perasanlah bila iklan dia keluar jadi kalau korang nampak iklan Kanebo Kate SS Collecion menari² kat blog saya ni korang klik²lah yer... bila saya google iklan ni kalau tak silap pasal produk kecantikkan ni.

Terima kasih nuffnang sudi bagi cpuv baru, saya ingatkan nuffnang dah merajuk dengan saya.



Bicara Hati : Dapat 2 tugasan blogbuster .. tapi tak tahu nak buat huhuhuhu ...






Kene Sondol




Tak tahu nak mula dari mana, yang pasti jari masih lagi mengeletar .. fuhh nasib baiklah takda apa² yang terlalu serius atau kemek....

Terperanjat sangat pagi tadi tau, lepas laluan kesas nak ke klang tu ramai break mengejut ... tapi tidaklah mengejut sangat sebab nak mengelakkan tayar sapa ntah terjatuh kat tepi jalan tu, daha ramai yang mengelak .. kita pun berhentilah jugak nak mengelak siap dah bagi signal dan break nak masuk kiri... tiba² bukkk .... kereta yang tengah dibrek bergerak sendiri ...

Dah kenapa pulak ni .. tengok cermin belakang, allahuakbar .. sapa pulak sondol kereta ni huhuhuhuhu .... panik, panik, sabar².. kepala ligat pikir .. terus bagi signal berhenti tepi jalan tu jugak, bukan tepi jalan.. kat tapi jalan kat laluan laju tu jugak ... adehhh ... keluar kereta tengok .. nasib baik kereta tak apa².. tengok kereta lagi satu .. kereta saga lelaki yang keluar .. mamat tu macam panik jer... kak sorry kak.. break saya tak makan.. saya dah tekan habis kak ... sorry sangat, ni tayar kereta sapa yang tertanggal ni akak ker???? kita ni dah lah tengah mengeletar .... 

Bila dah takda apa² kita pun cakap, sebab tayar tu lah saya nak elak awak... bukan tayar sapa .. ntahlah sapa punya tayar spare cicir huhuhuhu .. sudahlah kat tengah jalan .. budak tu pun dah alihkan.. takut kene kat orang lain pulak .. dan selama jugak kami .. sebab takda kereta lain yang lalu lepas kita orang lalu tu.. adalah jugak kereta tapi tak ramai lagi .. sebab masih awal pagikan. 

Alhamdulillah terus sambung perjalanan, tak sempat pun nak tanya nama mamat u .. dia siap cakap nak bagi kad kalau ada apa², dia pun panik jugak rasanya tu ... macam blurr pun iyer... takpalah dah selamat pun semuanya yang penting saya selamat, amir selamat kereta pun takda yang kemek, rasanya basuh hilang kot ... calar kereta yang melekat nombor flat kereta mamat tu.



Bicara Hati : Dah berhati² .. malang itu tak berbau kan ...



















Selasa, 2 Julai 2013

Menu makan tengahari ni sebelum Ramadhan



Alhamdulillahhhhhhh dah selamat dengan berjaya makan hari ini dengan banyak sekali hahahahahah ..... hari ni pakat ramai² dengan kawan² masak sorang sikit lauk, pada sorang sikit .. sudahnya penuh satu meja hohohohoho .. jimat masa tak payah keluar, tapi tenaga kene kerah sikilah bangun awal pagi masak kikikiki ....


aumm gebusnya tangan kawan ku.. yang itu tidak boleh dimakan yer.. yang boleh dimakan menu² dalam gambar itu sahaja.



special air tangan dari kawan ku yang jarang² masak .. ko sekali rasa, nak rasa lagi, sekali makan, nak makan lagi hahahaha.. terbaiklah carbonara ni ... sayang nadia.



Ni ada jugak yang tak masuk lagi, buah² hihihihi .. anggur dengan buah pear hijau .. tapi ini pun makan tak habis??? korang rasa mana yang kita masak??? .. tok sah tekalah .. bukan ada hadiah pun ..;p



Nanti dah puasa, tak bolehlah nak tergeda² makan .. tapi tergeda² tidur reramai kat surau pulak hahahahaha ..... tak semengahkan, orang lain tadarus .. kita orang tadarus pagi .. jadi tengahari rehat bolehlah lelapkan mata ... sebab nak gantikan sahur bangun awal pagikan .. nanti petang nak masak lagi nak buka puasa ...

Oklah terbebel pulak sejak akhir² ni .. suka membebl jer.. kenapa ni, kan nak cerita menu tengahari jer tadi ...




Bicara Hati : Dah kenyang mahu tidur boleh, mata sudah keroo nak buat laporan.











Rezeki Dapat Pergi Floria 2013 Tema Bunga Orkid



Orang kata kalau sakan rancang tak menjadi, itu sayalah tu ... ni kes tak disengajakan bila kebetulan saya cuti hari khamis tu masa amir tak sihat dan hubby ada kertas kerja nak kena hantar kat Putrajaya ... hah!! memang langkah kananlah kan... bila hubby tanya nak ikut .. harussslah nakkkkannnn .. siap balik belanja dapur terus masak tau .. nak berjalan punya pasal, walaupun tak berapa nak sihat sebenarnya, ditambah cuaca panas khamis tu sebab jerebu dah mula hilang, alhamdulillah ....

Banyak sangat ambil gambar, sampai tak tahu nak pilih dah gambar mana ... walaupun bateri hampir² nak kong, mujurlah sempat pusing² dan posing² hahahah ... kalau tak ada yang nangis guling² dah pergi Floria tak dapat nak bergambarkan hahahahaha ... iyalah masa pergi u pun tak disengajakan.. jadinya bateri kamera ni dah memang ntah bila kali terakhir cas .. saya pun tak hinggat .. bawak jerlah.. pasrah.

Jadi kita layan sikit² jerlah yer.. sebagai kenangan tahun ni dapat pergi, yang pasti amir paling happy .. sebab dapat tengok bunga, dapat tengok bot .. ibu ayah pun sedondon nak pakai baju superman hahahaha ... baju superman tu tak sengaja terbeli jugak, masa beli barang dapur .. sekali ada kedai kat luar tu jual baju² superman .. rembatlah itupun kemain besar size M tau ...


Taman inovasi, best rasanya masuk sini .. sebab sangat kreatif dia orang deko² dalam tu ada macam² inovasi .. dan masa kita orang sampai ni tak tahulah ada rombongan dari mana.. jadinya asal nak amik gambar .. mereka pun sibuk menerangkan kat orang kenamaan ni tentang pameran ni ... siap rakam² video .. sudahlah kami 3 beranak ni pakai pakai baju superman .. interframe dibuatnya...





Antara gambar² kreatif dalam tu (bukan gambar saya amik kreatif .. tapi bunga² yang di gubah kreatif).. amir paling suka part panda tu .. dia boleh toleh kanan kiri panda tu hahahaha .. tu dia suka.. tak sampai kiri pun kira kanan pastu bawah.. pastu kanan balik ada 2 panda kalau tak silap.

 Kat sini pun best jugak, tak hinggat sapa punya bahagian .. tapi kat laman gomen agensi ni memang best sebab ada pertandingankan .. memang kreatif laman dia orang buat ...



Sempat bersantai kat kerusi hasil kreatif di laman warisan klang .... amir kata terbaik ...



Puas jugaklah berjalan kat dalam tu .. sebab hari biasa jadi orang tak berapa ramai sangat, cumanya panas terik jerlah yang tak tahan ... ada laman seni .. tapi tak sempat nak tengok sangat apa yang dijual amir dah sibuk ngadu hausss.. nak minum... 

Kunun² nak beli bunga orkid, kunun jerlah .. sekali sampai .. langsung .. rabang mata tak tahu ,mana yang cantik letak kat rumah .. tak beli sudahnya, tapi paling terkilan jumpa pokok roselle rm 12.00 tapi tak beli pun .. sebab amir dah merenggek takmoo pergi balik kat kedai yang ibu nak beli pokok tu ermmmm ..... beli lain tempat jerlah.



Bicara Hati : Bila ambil gambar dengan bunga, mood pun berbunga .. macam dalam gambar hihihihihi .... (^___^)




Isnin, 1 Julai 2013

Tuntut Hadiah Peperiksaan




Anak bertuah, haihh anak bertuah... ni kisah 2 minggu lepas yang masa saya bagi tahu amir tak sihat tu... bukan masa tak sihat sakit kemaluan, tapi masa dia ala² nak demam kununnya, kununnyalah masa 2 minggu lepas ...  masa tu amir memang moodyyy sangat nak pergi tadika, padahal memula elok jer kat dalam kereta.

BILA SAYA PUJUK DIA KATA, KAWAN LAIN DAPAT HADIAH .. KAWAN DAPAT HADIAH SAMPAI NOMBOR 4, AMIR NOMBOR 5 TAK DAPAT .. ALAHAI NAKA².. CEBIKK DIBUATNYA.... YANG SEBENARNYA AMIR PERIKSA DAPAT NOMBOR 4, TAPI CIKGU BAGI HADIAH UNTU PELAJAR TERBAIK 2 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN .... KWN AMIR NOMBOR 1 & 2 LELAKI, 3 PEREMPUAN, AMIR NOMBOR 4 LEPAS TU NOMBOR 5 PEREMPUAN .. JADI MEREKA SEMUA DAPAT HADIAH.. DAH AMIR TAK DAPAT AMIR MERAJUK, TAHU JERLAH BUDAK SENSETIF TU .... TU AMIR KATA DIA PERIKSA NOMBOR 5 TAKDA HADIAHHH.....


Belikan hadiah lori sampah pagi tu jugak nak pujuk dia .. tak pasal lebur duit 7.50 tau huhuhuhuhu ... kalau lebih 10.00 pikir banyak kali ibu nak belikan.. memang pujuk beli bende lain jerlah... beli ini pun saya tak bagi bawak pergi tadika, main kat kereta jer.. nasib baiklah mendengar kata.



Pagi ni pun buat peragai jugak huhuhuhu .. menangis² tak nak pergi .. mula² dia tertidur dalam kereta pagi tadi .. bila saya kejutkan dah sampai opis ibu .. tanya nak makan apa² tak, dia kata tak nak .. tapi nak balik kampung ... hadoilah.. ni mimpi apa pulaklah ni .. tak nak pergi tadika, saya pujuk pun dia menangis jugak .. tapi lama² dia diam jer... bila saya cakap kene jugak pergi tadika .. esokkan ada rombongan .. nanti amir tak tahu apa² kalau tak pergi tadika.

Pujuk ajak beli hadiah lagi pun takmoo dah muncung jer masa nak masuk ke tadika.. sampai kelas pun dah lambat 8.10 minit, nasib baiklah bos ibu tak marah masuk opis lambat.




Bicara Hati : Harap jangan esok pagi buat peragai lagi sudah....









Sudah Masuk Bulan Julai



Isnin yang biasa-biasa, mata mula lah kalau pagi isnin tak cukup tidur ni .... semalam abang sepupu bertunang, sempat jugaklah kami sekeluarga menghantarnya..... 

Hari ini sudah masuk julai rupanya, awal bulan .. awal bulan macam biasalah kesibukkan melanda diri huhuhuhuhu ..... dan sudah setengah tahun berakhir semalam, jun pastinya meninggalkan sesuatu yang indah pada setiap tahun walaupun tidaklah terlalu indah .. tapi pada aku jun biasanya bulan yang lebih daripada bulan - bulan lain (^____^)v

Tak lama lagi ramadhan pula akan menjelang insyaallah lagi 10 hari sahaja, persiapan pun ala kadar tiada yang terlalu istimewa apatah lagi bermegah yang bukan - bukan.

Sebelum aku meleret - leret dan bos panggil, sebelum aku membebel - bebel eloklah nak smabung kerja balik hihihihihi ..... nanti - nanti rehat singgah ruma korang.



Bicara Hati : Ada suprise buat kawan-kawan yang rajin komen sepanjang setengah tahun yang baru berakhir ni .. tunggu ......









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...