♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kegelapan Dan Kepanasan


Sedang lena tidur di malam hari tiba2 Terasa gelap dan sesatk nafas fuhhhhh panas jugak dah sudah ni mimpi ke realiti ni... Kat dunia ke dah kat mana ni .... Sayup2dengar suara jiran pun meriuh ... 

Terus kejutkan hubby.... Letrik takdalah rupanya... Pukul berapa ni sunyi sepi... Lama dah tak berlaku macam ni tiba2jer .... Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Mujurlah kat rumah ade stok lilin.. Hubby pasang lilin dan hidupkan lampu spotlight yang ala2 macam nak pergi menoreh kikikikikiki..... Pasang lampu tu terang sikit sampai ke pagi... Amir dah berpeluh siap2 bukakkan baju dia... Kepanasan... Berpeluh2mujurlah hari ni bercuti.

Gambar sibujang malam tadi sebelum tidur, kebetulan ambil gambar ... Dia dah nak tidur sambil malayan tibi masa ni.



Ingatkan pagi ni bagun letrik dah ada.... Emmmmm lambatnya nak betul balik.... Sudahnya buat sarapan siang sikit, nak pergi kedai pun mesti letrik takda sebab satu taman takda letrik ni.... Jadi tak payah nak cipta alasan masak sudah.... Yang takda letrik bukannya gas kikikikiki..... ;p

Sekarang dahhhh okkk pukul 10 lebih baru ada, tu pun amir dah mula membebel kepanasan mintak tolong kipas.... Naik lenguh tangan.....



Bicara Hati :  Ni baru panas dunia huhuhuhu......





Sarapan Untuk Tenaga Seharian





Ada yang kembang tekak tak tengok telur setengah masak macam ni??? kalau tengokk jer memang kembang ... sebab saya pun tak pernah makan kat kedai telur macam ni.... kalau temankan kawan² makan .. ade order telur macam ni.. dia nak makan saya yang tutup muka dulu huhuhuhu ... jadi jangan tengok sangat kikikiki .. meh telan terus hahahaha ... sedapp terbaikk dari ladang (walaupun ini bukan telur ayam kampung) huhuhuhuhu ... dan saya lebih suka buat sendiri kat rumah, ami pun suka.. hari tu masa demam saya bagi dia sarapan ni.. sebab tekak dia tak berapa nak selera awal pagi.. awal pagi jerlah.. lepas tu pukul 10 pagi dah mintak nasi dah.

Mitos ada orang kata jangan amalkan makan telur separuh masak macam ni nanti senang tumbuh bisul gegegegege .. (bisul tu dia macam bekak benjol.. yang ada nanh berdarah tu) tak tahulah mitos tu kebenarannya sejauh mana.

Okkk hujung minggu santai² saja, kemas rumah macam biasa .. sebelum balik kampung.. nak rayooo nak rayooooo .. isnin alhamdulillah dapat cuti, pada kawan² yang masih bekerja bertabah yer.. ;p







Jumaat, 11 Oktober 2013

Pilihan Yang PERTAMA Atau TERAKHIR





Biarlah menjadi cinta terakhir, walaupun bukanlah pilihan terakhir .. ingat tu.. bukan pilihan terakhir yer.. percaya pada qada & qadar .. insyaallah kebahagian akan datang dengan sendirinya.... insyaalah jauh lebih sempurna. (^_____^)v

Yang paling best bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik .. insyaallah kerana segalanya halal ....























Hak Seorang Wanita Yang Mahu Bersalin






Tak nak taip lebih².. takut menguris hati banyak pihak, cuma bila pagi ni bukak fb terjumpa post ni saya ingin kongsikan bersama.


Kalau di beri pilihan .. buatlah pilihan yang terbaik.. kerana disitu juga aurat kita... tidak wajar rasanya dikongsikan pada orang yang tidak sepatutnya, jika berkemampuan pilihlah hospital, doktor yang sepatutnya .. yang layak, Ramai di luar sana doktor wanita juga berkebolehan, berkelayakkan ... cuma mungkin ada di kalangan kita yang tidak berkemampuan, kerana pilihan terletak ditangan kita sendiri... 


Sekadar renungan di pagi jumaat yang mulia ini (^___^)v














Khamis, 10 Oktober 2013

Pemandangan Yang Sejukan Mata Dan Hati












Saya tahu pokok yang mula² jer.. bunga kertas .. yang kedua dan keiga tu tak tahu pokok bunga apa kikikikiki (^_____^)v

Melayankan hati ni .. tengok pokok² ni sejuk mata hati.









Emosi Terganggu Setelah 2 hari Bercuti





Selambak .. nampak macam sikit sekali pandang .. ni ada 20 helai yer, harus di semak ... naik kerooo lah mata ni nak menyemaknya ....

Tu belum yang kat ruangan tepi meja ni lagi, tak pahamlah kat opis ni .. ada jer .. orang boleh buat kerja ni malahan bergaji 4k pun .. tapi takmoo buat.. ni baru cuti 2 hari .. kot kang 3 bulan cui tak tahulah ermmmmm .. nak tunggu kita baik kerja 3 bulan kot baru buat.... 

Kadang terpikir² jugak.. dah ada kerja, dah di bayar gaji .. tapi takmoo buat kerja.. kerja asyikk nak mengarah jer.. sentap dibuatnya tau .. lagi² tengah emosi sekarang ni .. sudahlah badan ni macam nak demam ... yang sepaututnya amik alih kerja masa saya cuti tu tak siapkan .. nak tak nak.. kenelah jugak buat... 

Geram jangan cakaplah ... tunggu masa meletup jer ni, dah tak heran kooo nak gela singa ke.. rimau ke .. silap² orang bisu pun boleh bercakap .. kalau macam ni tau huhuhuhu ... ;p

Kalu bolehh.. kalau bolehhh lah yer.. macam nak balik jer rumah sekarang ... nak baring huhuhuhuhu 



Bicara Hati : Kuatkan hatiku ya allah.. kuatkan hatiku ...









Menu Selera Kedai Mamak





Ade yang kembang tekak ke tengok gambar macam ni?? gegegegege .. ampun... tapi saya ni memang suka sangat makan maggie goreng kalau kekedai mamak .. selain daripada roti canai mesti nak makan ini atau mee goreng ... heran ... 

Ni sarapan pagi tadi ... harap kenyang sampai ke petang, terbaik ... pedas² mamak ni buat hihihihi .. kirim kat kawan jer pun ... kosalah nak keluar.. dah cuti 2 hari ni kerje berlonggok.. walaupun mood tu macam kelaut ntah mana² terbangnya ntah... 

Bisa² badan pun macam baru nak baik.. malam tadi tampal koyok kat badan ... tu yang pagi ni rasa segar sikit .. amir pun dah okkk ke tadika pagi tadi ...














Rabu, 9 Oktober 2013

Lokasi Riang Ria Baru Amir



Kita orang ni pesennya, masuk kereta baru pikir mana nak pergi ... kadang² jer.. baru rancang dari rumah . senang kalau dah rancang ni ... kalau tanya amir dulu².. dulu²lah yer.. asal nak pergi makan mesti nak ke aeon big bukit rimau .. sebab kat situ ade garden dia nak main.. garden ni bukan kebun yer.. ni macam kawasan permaianan budak².. kita orang siap bagi limit lagi .. Rm 5.00 jer tau kikikiki .. lepas tu balik .. lepas makan.

Tapi sekarang sejak garden kat aeon big tu tutup .. dia takmoo pergi sana dah .. pujuklah kata nak makan sizling .. baru lah dia kata nak pergi .. itu pun lambat² dia buat keputusan kikikiki ..;p

Sekarang tempat baru pilihan dia giant, banting pulak ... yang hala nak ke sungai mangis tu ... sejak dia ternampak ade garden maha besaaaarrrrrrrr kat situ .. huhuhuhu ... langsunglah dia suka, memang banyak pilihan mainan kat sini.


Naik bomba sambil bebel sorang².....






Main bola bola pun bebel jugak, ntah apalah yang dia emosi sangat layan bola ni.. sebab tak masuk kot.









Paling terkini ada keretapi lah ibu .. wahh bestnya nak drive.. nak drive .. dah sudah tunai rm 3.00 malam tu sekali naik ... budak² lain naik adik beradik.. amir naik sorang² layan.. sorang pun rm 3.00 kot ramai .. pingsanlah ... kayoooo garden wehhh .. memang jadi tumpuan kat keretapi ni.






 
Pg sini nak makan je sebenarnya jumaat malam sabtu baru ni, saya makan chicken chop, amir sizling, hubby pulak makan nasi dengan tom yam campur ... Ni kira macam cawangan restoren juvita lah kat food court giant tu.... Ada jugak kedai lain... Cuma kami pilih yang ni....




Semalam petang sibujang ajak pergi lagi, nak makan sup katanya.... Lepas tu dia main-main kat garden... Sampai takkkmooo balik... Sudahnya malam tadi lepas balik demam panas balik.... Tak kebah... Alhamdulillah ni dah kurang sikit.. TERIMA KASIH SEMUA YANG MENDOAKAN KESIHATAN KAMI.....




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...