♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 8 Disember 2013

Dah Mula Rindu




Baru seminggu berlalu meninggalkan taska, dia dah mula rindu kawan-kawan. Amir tak beritahu secara terang tapi ... Saya perasan bila dia makan tiba-tiba dia sebut... Ibu danish dia tak makan sayur.. Dia kate kotor.

Menonton cerita oggy sorang, tiba-tiba menjerit rahman... Rahman... Bila saya tanya, nape rahman pulak tu kan cerita oggy... Rahman dia suke tengok oggy cam amir.. Dia oggy yang biru tu... Rahman sape? Saje saya duga... Rahman kan kawan amir kat tadika tu..... Owhh pahamlah saya memang dia dah mule rindu....

Saje saya duga lagi bila kami berdua pulak, same-same menonton dan bercerita dari hati ke hati.. Kisah 2 beranak.... Amir rindu tak dengan cikgu ain, rindu.? Spontan dia jawab... Mesti cikgu ain kat rumah tengok tv kan ibu, dia mengajar orang sekarang... Dia buat tuisyen ibu... Amboi.... Pandai jer amirkan, memang betul pun cikgu ain ade bagi tahu macam tu sementara mula sekolah januari ni..

Bila saya duga lagi, kalau amir kat taska lagi nak... Esok ibu hantar... Terus dia jawab .. Ala... Setiap hari ke? Esok jer boleh tak... Mane boloeh sayang, kalau nak ke taska mestilah sampai hujung bulan... Ermmmm....









Jumaat, 6 Disember 2013

Pokok Garuda , Pokok Herba Berubat


Boleh ker.. tajuk entry camtu, ini pokok garuda yer.. bukan burung garuda hahahaha .... sebenarnya ini cuma alternatif janganlah terlalu percaya atau taksub sangat².. untuk elak gangguan makhluk halus ni .. mereka pun nak duduk jugak.. nak bermain jugak.. dah kita terlanggar dia .. nak buat camne kan... ingat jangan taksub sangat percaya dia tak wujud atau pokok ni membantu elak .. dia membantu sahaja.. tapi semuanya kuasa Allah s.w.t.

Ok .. susulan saya beli pokok kunun² penyeri rumah tu.. saya nak beli pokok garuda ni, tapi dah sampai kedai bunga tu.. saya jadi rambanggggg hahahahaha ... tak dapek nak nolong... bukan beli pokok garuda jer.. pokok bunga lain pun saya beli... dengan pasu² baru lagi.. sudahnya pokok garuda ni tak berpasu.. dalam beg plastik hitam jer.. hadoilah ... lupe beli 3 pokok, ingakan pasu kat rumah ade kosong lagi.





Inilah pokok garuda tu.. saya beli rm 6.00 sahaja...  (fokus pada pokok abaikan pemandangan sekeliling) dulu pernah beli, dululah yer.. masa tu amir umur bapa bulan tak hinggat dah... masa tu dia selalu demam panas tengah malam, merenggek.. tapi.. belum tahap menangis meraung... nenek yang kami berubat tu .. soh cari pokok ni .. lepas tu ramas²kan dengan beras segenggam dan dengan air yang dia dah bacakan doa katanya... saya buat selalu petang nak maghrib.. sapukan ramasan beras, daun garuda dengan air tadi.. daun garuda tu amik setangkai... memang berkesan.... berkesan tu maksudnya demam amir tu sejuk .. takdalah kepala panas telinga dengan kaki sejuk.. maksudnya suhu badan dia kembali normal ... kalau tak dia demam kepala kemain panas... telinga dengan kaki sejuk... daun tu pulak saya letak dalam bantal yang amir baring... saya usaha .. yang sembuhkan allah semuanya... Sebelum tu dah bawak pergi klinik dan berurut jugak.. tapi demam masih tak baik.. tu yang cuba cara tradisional macam ni.... dan cara yang sama jugak nenek tu suruh saya buat baru² ni.. ALHAMDULILLAH...









Zommm skit.... pokok garuda ni bau dia kurang menyenangkan sikit.. nak kata macam bau bunga tahi ayam pun iye jugak.. tp dia .. tak berbunga.. dia daun sahaja.. sekali pandang macam ulam raja kan.. kan.. tak tahulah kot ada bunganya .. sepanjang yang saya tanam.. tak pernah nampak bunganya...




Saya tak pasti sama ada pokok ni ada nama lain selain daripada namanya pokok garuda, memula dulu macam pelik.. seyes.. dah macam telinga ni tak berapa nak dengar dok mintak nenek tu ulang cakap huhuhuhuhu .... Mujur tak kene piat telinga...


Pokok ni sensetif tau.. sensetif maksudnya tak boleh letak di tengah panas mudah mati, jadi kenelah letak tempat redup² sikit.... kalau nak petik pun pastikan dalam keadaan bersih bukan dalam keadanan period.. itu jerlah yang saya tahu.. info pasal pokok ni.. kalau korang ada info kongsikan kat komen tau... (^___^)v

















Khamis, 5 Disember 2013

Aktiviti Di Rumah Bila Cuti Sekolah



3 Hari dengan ayah dirumah amboiii kemain anak ibu ni tau... balik² kerja jer terus peluk.. amir rindu ibu, sedapplah ibu masak.. penat² balik kerja dengar anak cakap macam tu terus hilang penat tau... dah macam lama sangat tak berjumpanya, paling terharu bila balik rumah.. rumah dah berkemas bersih dan cantik mata ni memandang.. alahai .... kiss hubby lebih hahahaha ....

Dalam kepala ibu ni dah macam² pikirkan aktiviti untuk amir bila dia kat rumah dengan hubby sepanjang cuti sekolah ni belikan puzzle, majalah aulad, pensil mewarna baru .. bagi semangat mewarna... dan yang terkini lego.. lego lori tak menahan tu.. kecik jer pun.. tapi mahal kemain.. tak sempat lagi nak amik gambar lego tu...

Pensil warna baru pilihan amir sendiri.. beli kat mydin jer pun murah sikit... kali ni beli yang besar untuk gunakan kat rumah.. bagi semangat sikit kat dia mewarna kemas²...




Buat aktiviti dengan majalah aulad, mewarna... tak sudah² meriah mewarnanya... kalau boleh semua warna nak digunakan.. tapi suka tengok amir mewarna sekarang.. dah kemas.. bila saya puji.. dia cakap iyerlah .. kawan² amir warna lagi kemas ibu.. cantikkkkkk tak keluar² pun.. amir tiru kawan... hah!! saikooo kan.. kalau ibu yang cakap takmoo dengar.. tengok kawan buat dia pun terpengaruh.. nak mewarna kemas dan cantik.



Puzzle yang beli kat mydin tu pun dah berkali² amir buat sendiri ... memula saya bantu sikit² jer.. lama² dia buat sendiri... memula macam pelik tau dia mintak puzzle tu.. sebab dah lama dia tak buat.. last awal umur 4 tahun kot.. ke.. nak masuk 5 tahun.. dia dah boring.. ni datang balik mood tu...

Semalam dia dah suarakan balik hasrat, ibu.. lama amir tak naik basikal.. amir nak naik basikal tanpa rodaaa.. kecik.. basikal amir bocor takde angin.. alahai ku sayang ... nanti kita betulkan eh... takmoo sedih... kadang².. keterbatasan naik basikal ni buat saya rasa sentapp sikit tau... lagi² amir siap buat muka syahdu lagi... 

Oklah banyak lagi aktiviti amir kat rumah tu.. nanti ada kesempatan saya kongsikan satu persatu...




Bicara Hati : Makin Teruk Bajir yer... moga mereka bersabar hadapi dugaan ini...










Rabu, 4 Disember 2013

Dekorasi Penyeri Rumah


Masya².. hatinya tu.. impiannya tu besarrr kemain... nak tanam pokok bunga, pokok berdaun, kat belakang tanam pokok sayur², nak bela ikan.. kalau boleh.. nak buat kolam ikan depan rumah tu hihihihihi ... Tapi itu impian jerlah.. sebab rumah tak besar mana pun laman, ikan yang baru beli baru ni pun semuanya dah mati uwarrrrrrr nangis berjujuran dibuatnya.

Mood baik demam ni kan lain macam sikit, nak mood baru agaknya dah buhsan.. balik rumah asyik pandang rumah sama jer tak berdekorasi sungguh... jadinya moh buat dekorasi penyeri rumah ... tak banyak ubah sikit jadilah... nanti tambah lagi... lama² baru sedar rumah dah penuh pokok hahahaha ... lagipun kalau banyak pokok berdaun ni rasa macam beroksigen sejukk jer rumah tu...

Jom layan baru ni beli 2 pokok bunga dan berdaun... oicc yang senang² sudahlah.. ni pun risau kot mati tau... yang senang jaga macam ni.. jangan korang tanya.. masya ni pokok ape?? masya pun tak tahuuuuuuuuuuu hahaha.. masya suka jer pokok ni macam comel, macam menarik.. macam okk jer kat depan rumah tu... cadang² nak letak depan pintu masuk.. tapi ada kabinet kasut pulak.. nanti nak tukarlah.. baru boleh ltak pokok² ni...





Tara ini pokok pertama... letak kat hujung sudut.... penyeri katanya.. pasu pun baru beli jugak.. tanah dah ada.. mohh balik kedai terus tanam tau.. gigih tak gigihlah hahahaha ...;p








Ni pokok bunga yang kedua.. hihihi ada bunga² sikit.. purple .. bagi aura lavender gitu.. nak beli bunga lavender tak mampu hahahaha ... beli pasu baru jugak... yang ni hujung sudut rumah dekat dengan tingkat bilik air utama... wahhh bestnya ... ada penyeri rumah dah... 





Oklah itu jerlah nak cerita pun penyeri rumah yang baru, harap bertahan lamalah.. sebelum ni pernah tanam.. kejap jer hayatnya ½ tahun kot... huhuhuhu .... sedihkan.. orang kata tangan panas pokok senang mati.. tapi saya rasa.. saya yang tak siram kot tu yang mati huhuhuhu ... xmoo ngaku tangan panas tu.. ;p








Beli Tudung 15% Diskaun Bagi Pembaca Blog Masya



Wahhhhh.. wahhh... wahh.. pagi² dah ajak shopping hahaha... siapa² yang berminat nak membeli tudung² yang cantik² untuk hujung minggu ni bolehlah tengok... bukan jer hujung minggu ni .. nak pakai bila² pun sesuai, kepejabat, kekenduri kawin atau ke majlis²... 

Jom tengok dulu tudung² yang ada ni.. skit jer yang saya publish kalau nak tengok lagi banyak pilihan kenelah pergi tengok web http://www.tudung2u.com.my/

Bagi peminat tudung bawal bolehlah klik kat gambar untuk terus tengok tudung² bawal yang ada dijual, sangat² cantikk tau.. waaaaaa terjebak jugak.. berkenan ....







Bagi peminat shawl labuh pun ada dijual tau... sangat labuh dan sopan untuk digayakan... digayakan kepejabat pun boleh ayu² gitu... dengan warna² yang ceria.... jom nak tengok lebih banyak pilihan klik gambar yer..







Dan kat sini pun ada dijual udung halfmoon, tudung halfmoon kat sekarang menjadi tren terkini.. lebih senang digayakan.. lebih mudah.. dengan warna² dan corak² yang menarik... jom klik gambar boleh terus tengok dan beli kalau ada yang berkenan.







Ni antara pilihan halfmoon baru yang terkini yang dijual.. cantikkan .. simple, menarik dan yang paling penting murah...



Cantik² tak tudung² ni.. ok semua ni.. semua ni.. boleh dapat 


DISKAUN 15% tau .. kalau korang berminat nak membeli di 


http://www.tudung2u.com.my/ 

bagi pembaca² blog masya ni khasssss dan istimewa buat korang ... ada diskaun 15% masa korang nak beli bagi 


KOD ALC2013 SAH SEHINGGA 15 DISEMBER SAHAJA.












Selasa, 3 Disember 2013

Jom Panaskan Badan, Musim Sejuk



Sana sini musim hujan, air pun dah mula naik... Mula banjir sana sini... Huhuhuhu... Sabar yer kawan2 belah pantai timur dengan selatan.

Malam ni tetiba hubby kata makan lamb chop sedapppp agaknyakan... Jarang hubby nak selera-selerawestern ni, Sejuk2 ni nak panaskan badan katanya hahaha... Mujur bukan sup ekor ... Ayah jangan macam-macam.

Entry panassss ni tau.. Baru balik makan malam terus up entry hihihihi...




Chicken chop pilihan amir, dulu rm 5 sekarang dah naik harga... Sos pun macam tak bestttt jer.... Dulu lagi sedapppp...




Tapi sup campur ibu jugakkkk amir oberrrr makan kan.... Terbaik, kefai depan rumah jer pun... Tak kosa jalan jauh hujan-hujan ni.




Lamb chop hubby... Kongsi-kongsi 3 beranak..... Terbaikkk sedappp berasap-asap amir kata macam terbakar jer ayah....



Ini jerlah menu malam ni.... Panaskan badan katanya, padehal menu ibu masak pagi dah licin habis 2 beranak ni makan.. Ni nak amik hati ibu lah ni ajak makan kat kedai.... Kan... Kan... Kan... Amir siap puji-puji sedapppnya ibu masak... Dah habis amir makan.










Pendamping Dalam Kereta



Ade yang seram ke baca entry semalam tu?? .. okk kita simpan dulu eh entry sambungan... (ade sambungan ker??? gegegege... ) korang yang baca pun seram.. saya yang kat darussyifa tu lagi seram hokeyyyyy ... serius.. entry tu takda sambungan pun.. nanti saya amik gambar pokok garuda tu.. nanti saya kongsikan ceritanya.. tapi kalau koranggg tak sabar gugel sahaja kelebihannya.

Banyakkan zikir.. masuk situ.. maklumlah ramai orang berubatkan.. dan macam² penyakit ada.. bukan badi mayat jer.. badi haiwan pun ada (itulah yang amir terkena) kita kene kuat tau.. tau.. (walaupun saya tak kuat jugak) iyerlah kuat semangat ni maksudnya.. bende² macam ni dia nak singgah kita tak tahu... sejujurnya kadang kita rasa dah buat pendinding diri.. tapi dia nak datang dekat jugakkan.. maknanya kita lagi kene dekatkan diri dengan Allah s.w.t.


Oklah ini bukan nak cerita pendamping malam dalam kereta, atau pendamping makhluk halus... tajuk jer.. macam gempakkan entry ni.. sebenarnya nak cerita pendamping saya dalam kereta sepanjang tahun 2013.. siapa lagiiii sibujang emas sayalah .. anak saya tu.. rindunya dia... bermula semalam dah tak hantar tadika dah... rasa sunyi sangat² bawak kereta sorang² takda sape membebel².. sampaikan .. saya terlupa dah tak hantar dia.. lepas punch baru perasan.. eh².. nak kemana pulak keluar opis balik ni hahahaha ... terus lah beli sarapan bungkus, takkan nak patah balik lalu jalan sehala tu...;p





Gambar takda kaitan, jangan korang komen.. tanya kat sini ada pendamping ker?? hahaha .. haru.. baca bebetul entry yer... Hujung minggu baru ni pergi mydin kunun2 nak cari barang untuk amir, nanti dia dengan ayah kat rumah adelah aktiviti takdelah buhsan... Cuma beli pensil warna jer selebihnya kami tengok2 harga... Harga sekarang tak jauh bezanya dah tak murah mana pun... Tapi kalau beli banyak murahlah kat tingkat atas sekali....




Paling lama singgah kat ruangan buku ni... Sudahnya satu buku pun tak amik hahahaha..... belek sana belek sini... baca sana .. baca sini.. hubby amik barang² keperluan sekolah, saya?? sila percaya saya tak membeli pun... tengok² sahaja... opsss.. ada beli krim muka (^___^)v



Okkk.. sambung balik cerita... tadi saja selitkan gambar hihihihi .... seyes cakap.. semalam balik kerja rasa sunyiii sangat² tau.. sampaikan baru saya terperasan tak on radio dalam kereta rupenya hihihi.. selalunya amirlah yang rajin on kan radio tu lepas amik dia.. sebab dia suka pasang CD, kadang tu mengajuk² lagu² dalam radio.... alahai sayang takda kamu dalam kereta sunyi ibu di buatnya sepanjang pergi dan balik kerja sekarang.

Dan semalam balik rumah lambat pulak.. jalan jem teruk hujan seharian... hubby dengan amir pun tak keluar rumah.. mujurlah saya dah siapkan mereka lauk untuk makan.. kalau tak mau makan maggie goreng sedap jer 2 beranak tu...



Bicara Hati : Hujung tahun dah mula bizi dah.. tak cukup masa rasanya 8 jam bekerja... apaetah lagi nak mengarang entry.. satu hari satu entry jerlah jawabnya gigih mengarang...










Isnin, 2 Disember 2013

Pengalaman Kali Kedua Buat Rawatan Di Darusyifa


Teragak² sebenarnya nak kongsikan pengalaman kali kedua ni, kang korangg yang baca rasa macam masya ni meraih simpati pulak.. bukan.. bukan macam tu.. jangan salah paham okkkk ... ni cuma nak ceritakan pengalaman jer, manalah tahu ada yang tak pernah pergikan.. nak tahu pengalaman orang yang pernah pergi.. atau nak tanya apa² ker?? jangan koranggg tanya .. korang sakit itu ini .. masya kooo tau tak ape ubatnya.. memang masya piat² korang kang.... ini cerita pengalaman jer.. bukannya masya pandai berubatkan orang huhuhuhu ... ;p

Oklah.. sebenarnya kalau kali pertama dulu pergi sebab amir yang tak sihat, kali ni kami pergi sebab saya pulak yang tak sihat... baru² ni dekat 2 minggu jugak saya demam, batuk dan selsema pakej semua sekali .. lepas amir baik demam tu hari.. saya pulak menyambung...

Saya jarang demam² ni, dah tu pulak demam kategori seram sejuk... semacam tau.. sampaikan nak tengok nombor pun takmoo pusing².. pening apatah lagi nak mengadap pc.. memang kerjanya asyik nak mentidooo saja mengalahkan mak yong huhuhuhu ....





Kali pertama pergi tak tahu ada jual air ni.. kali kedua pergi tak bawak air dah.. beli air ni kat sana jer.. yang kecik rm 2.50 yang besar rm 7.00 kalau tak silap.. kami pergi Darusyifa bt 9, sijangkang.





Kali ni saya pergi hari selasa, sebelum ni hari khamis.. hari selasa ni ada seorang ustazah... kali ni pun boleh tahan ramai jugak.. mujur lepas solat isyak terus pergi.. sebab dah ada pengalaman sebelum ni kan.. takut ramai orang nanti, jadi kami pergi awal....alhamdulillah saya nombor 7. Ingat tau kalau nak pergi pastikan pakaian menutup aurat. Waktu rawatan bermula pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam, tapi kebiasaannya mereka akan mula pukul 9 hingga pelanggan habis bergantung berapa ramai ustaz yang ada .. kalau ramai dan tiada masalah kronik rawatan cepat.


Bila nak berubat ustaz tanyalah itu ini.. apa yang kamu rasa... situasi kat rumah macam mana... sakit kat mana... bila waktu sakit.. semuanya pun saya bagi tahu... ustaz pun mulelah baca surah² sambil pegang kepala saya dan jari dia .. dia tuju kat bahagian belakang badan saya.. dia cucuk² bahagian² tertentu... cucuk dengan jari jer.. bukan dengan jarum.. jangan salah paham pulak.


Masa saya tengah berubat tu dah bilik sebelah bising meraung²... menangis... orang kene rasuk agaknya.. amir terus duduk riba hubby.. saya risaukan amir jugak.. dia kan baru baik... badan saya masa ni dah meremang²... dok dengar ustaz bacakan ayat² al-quran... 


Habis rawatan ustaz bagi air yang ustaz dah bacakan doa.. ustaz kata gangguan biasa ni.. dan dia suruh minum air serta kalau pening basahkan tuala gunakan air tu letak kat dahi.. alhamdulillah saya dah makin pulih sekarang ... saya berusaha sahaja... moga sentiasa dilindungi diri dan keluarga daripada anasir jahat...


Pukul 10.15 kami dah balik rumah, tak singgah mana pun.. yang pasti kepala saya ringgan jer malam tu.. dah boleh tidur awal, kalau tak mata mengantuk.. badan penat dokk baring sahaja.. terkulat² nak tidooo.. malam.. kadang tau² dah tertidur... 


Sebelum kedarussyifa saya ada pergi rumah nenek kat kg saya, mintak tengok² saya ni dah kenapa.. baik demam semacam jer badan.. memang dia kata ada yang ganggu.. dan dia suruh cari pokok garuda.. nanti saya kongsikan pasal pokok garuda tu yer... 






Bicara Hati : Allah adalah Kekuatan, Untuk Mencari Kekuatan Carilah Allah ... Kita hanya mampu berusaha.. yang selebihnya Allah yang Menentukan.

  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...