♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 22 Januari 2015

Cara Pujuk Anak Ke Sekolah



Dah seminggu lebih masa berlalu rupanya sesi persekolahan bermula, syukur sangat² kat selangor ni takda masalah banjir .... dan ibu lagi banyak² bersyukur amir tak meragam .. semalam 20 januari berakhirlah sesi orentasi bagi tahun 1 kat sekolah amir. Jadinya bermula hari ini cikgu dah bagi jadual waktu dan dah mulalah sesi pembelajaran.


Tertarik nak buat entry sebab ada ibu bapa yang google (agaknyalah .. takkan belum jd ibubapa pulak kan nak amik tahu) mengenai cara pujuk anak ke sekolah ... dan carian ni selalunya memang aktif bila awal tahun mula buka sekolah .. itulah yang aku perasan.. sebab awal tahun lepas pun ada jugak carian ni datang kat blog kita.. walaupun kita tak pernah buat entry ni. huhuhuhu ... ;p






Kalau anak korang masih meragam nak pergi sekolah, pandai²lah korang amik hati .. pujuk .. tapi jangan manjakan sangat. Percayalah mereka sangat berdikari cuma belum biasa dengan pendedahan disekolah.. atau mungkin tak biasa lagi dengan kawan² sekeliling ... pikir yang positif okkkeyyyyy .... cikgu² kat sekolah semuanya terlatih .... mereka akan membantu kalau ada anak yang menangis takmoo sekolah.


Saya kongsikan sedikit tips / petua yang saya gunakan sebelum amir masuk sekolah , ini berdasarkan pengalaman saya yer ... saya harap membantu buat kawan² juga bagi anak² yang akan masuk darjah 1 atau akan bersekolah : -



* Dedahkan seawal mungkin dengan persekitaran sekolah, mulakan dengan hantar ke taska (seawal usia tu terpulanglah umur 4 atau 5 tahun ikut kemampuan)


* Bagi ibu bapa yang tak berkemampuan hantar ke taska awal, boleh gunakan kaedah biasakan diri buat anak bersosial, bersosial maksudnya bawak anak pergi playground , bawak pergi ke tempat yang ada ramai orang macam pasaraya .. biarkan dia bermain .. lepaskan.. sambil pantau pergerakkan dia... tengok riaksi dia.. sama ada nak pegang buju baju kita .. atau nak bermain... dan pandai terokai diri bila jumpa ramai orang.


* Pastikan bila masuk tadika 6 tahun sekolah yang kita pilih akan ada kawan² yang akan bersekolah sama pada darjah 1 nanti, lagi bagus kalau dapat masuk pra sekolah di sekolah yang sama .. maksudnya darjah 1 nanti akan bersekolah disitu... sebab dah kenal kawan² yang akan sama² belajar.


* Dedahkan akan pada tempat sekolah yang mereka akan belajar (yang ni bukan sahaja elok untuk anak yg akan sekolah darjah 1 .. kalau nak sekolah tadika pun okey) maksudnya bawak dia jalan²/ lalu sekitar tempat dia akan bersekolah nanti .. bagi tahu kat sini dia akan bersekolah.. nanti anak² akan jadi teruja.


* Bagi tahu kat anak situasi yang akan berlaku kat sekolah, akan ada kawan, akan ada cikgu, kena ikut peraturan ... dan terapkan dalam diri anak² kita kena belajar / menuntut ilmu untuk kebaikkan diri dan kehidupan di masa akan datang.


* Pastikan anak tidur awal bila mula sesi persekolah bagi mengelakkan waktu pagi dia meragam .. dan buat perangai takmoo sekolah.


* Pesan dengan anak² berkawan dengan semua orang , jangan sesekali bergaduh ... (yang ni memang puaslah ibu dok berzikir) sebab amirkan anak tunggal dia tak biasa berkongsi barang² milik dia.. risaulah kot ada kawan menyakat nak pinjam barang dia marah kawan dia... saya bagi tahu kawan pinjam takpa.. jangan sampai hilang.




Oklah itu jer tips yang saya gunakan .. bagi pendedahan awal dekat anak mengenai sekolah dan persekitaran serta suasana bersekolah .. insyaallah .... akan membantu... maklumlah ibu amir ni susah nak cuti awal tahun lagi² kerja bahagian kewangan kan... akhir tahun lagilah dah tentulah cuti kena beku pfttttt jadi inilah pilihan terbaik yang saya lakukan supaya anak tak meragam bila mula sekolah... ditambah pulak kerjaya hubby sebagai guru memang susah nak cuti kalau sesi persekolahan dah bermula.


Insyallah kalau kena cara pujukkannya anak² ni akan mendengar kata, boleh jugak bagi ganjaran kalau nak .. macam belikan sesuatu untuk menghargai dia sebab dia bersekolah ... tapi janganlah bagi mainan .. bagilah yang berfaedah macam botol air ke, beg sekolah dengan gambar kegemaran dia atau apa² je ganjaran yang bersesuaian. (tapi bab ganjaran ni saya tak suka gunakan ... tapi hubby suka.. dan selalunya memang berkesan kat amir) mihmihmihmih ....





Bicara Hati : Kemahin sebab cemerlang tahun lepas hubby bagi amir basikal baru ... nanti ada masa ibu upload gamba basikal tu .. hihihihihi (^____^)v


















Rabu, 21 Januari 2015

Berganda - Ganda Setiap Minggu








Cuaca kat luar panas terik semacam sejak sekolah ni .. tapi bila angin bertiup sejukk je rasa .. cuma bahang panas tu memanglah buat kepala naik pening, mata pun pedih ... semacam ... allahuakbar ... moga diberikan kesihatan yang baiklah hendaknya.. gagah ni .. kena gagah.

Takmoooo tulis panjang sebab terkedu bukak akaun nuffnang da berganda² cpuv datang ... syukur jugak masih punya rezeki walaupun tak dapat nak update blog setiap hari .. tapi cuba mana yang termampu untuk membebel , merapu kat blog ni hahahaha .. pasrahlah korang baca .. (^___^)v

Kalau korang nak tahu info lanjut kliklah iklan tu tau ... lol ada jugak cpuv jan dah kredit kuikuikui .. tak tahu pun kewujudannya... apapun alhamdulillah dengan rezeki yang ada ni .. yeahh dah 3 angka bolehlah cash out ... eh² nantilah tunggu manyak lagi .. hahaha .. lol 3 angka je pun bukan 3 ratus ... ;p




Bicara Hati : Rezeki allah itulah .. ada dalam pelbagai bentuk, hargailah dan syukuri segala nikmat yang diberikan. 












Selasa, 20 Januari 2015

Mengidam Char Kotiaw Katanya ....


Bila tekak tak lalu nak makan nasi ... bila perut meragam asyik membuang² adehhhhhh .. ni memang kes haru .. kes haru dibuatnya... nak makan pun jadi cam fobia takut membuang² semahunya .. dah macam membazir jer ..... hubby tanya nak makan apa pun semua geleng ... ate yang tak makan aku .. takkan 2 beranak tu pun tak makan jugakkan kuikuikuikui ....

Oleh yang demikian (haha dah macam buat surat pulak ayat ni) hubby ajak makan char kotiaw ... dah lama mengidam nak makan kat tekak ni tau ... lagipun dah lama tak makan yang sedapppp char kotiaw ni kadang senstip ada org jual rasa hangit ngeeee .... choiii potong selera.




Mengiurkan tak .. hihihihi penuh sepinggan kuah dia ... adalah udang 3 ekor kot dalam tu ... memula cam tak berani nak makan .. tapi kot tak makan ni.. bila lagi nak merasa hahahaha .. dasar sangatkan .... jadi bacalah doa banyak² dengan harapan tak sia² kena membuang ... pftttt .... sua kat amir .. dia geleng kepala ... takmoo makan.. dia rasa sikit jer.






Kat kedai ni banyak menu sebenarnya .... tapi semua pun tak membuka selera ni .. layan char kotiaw jer... itu pun sebab hubby kata sedappp rugi tak makan.. kemahin kan baikk punya meracun. Kedai ni area jalan hj sirat kat bt belah sana tu ... kat kedai ni ada orang jual berger bakar tau.. tapi takdalah nafsu nak makankan.. lagipun masa ni kedai burdger tu baru nak bukak ... jadi tak sempat nak order.







Anak² memula sua geleng kepala .. dah nak habis barulah sibuk nak merasa... tengok tu.. kemahin lagi hirup kuah dia.... macam sedapppp sangat je kan. Kalah orang mengidam makan char kotiaw tu ... pada tekak aku biasa je rasanya ... takdalah yang istimewa sangat pun .. sebab kuah dia cair sangat huhuhuhu ... tapi kalau teringin makan okeyy jew .. sebab rasa dia okeyyy serba serbinya cuma kuah jer melimpah ruah.





Bicara Hati : Bila cpu mabuk masuk sepital pasrahlah lepas ni tak dapat update blog huhuhuhu .. sehingga cpu sembuh.

Khamis, 15 Januari 2015

Kali Pertama : Saya Murid Tahun 1



Kemahin gitu tajuknya ... kali pertma : saya murid tahun 1, yupsss yang tahun 1 nya amir .. yang kali pertamanya ibu yang menghantar hihihihi (^____^)v

Teruja dibuatnya nak menghantar amir ni, nak tengok reaksi kawan²/ anak² orang lain macam mana .. ada ragam ke tidak ... ada drama lagikah walaupun dah tahun 2015, dah banyak pendedahan sekarang ni ... anak² ramai dah mula sekolah seawal usia 4 tahun.. jadinya bila dah banyak pendedahan .. banyak jugak perubahan .. dah takda anak² yang menangis guling² takmoo di tinggal... itulah yang di ucapkan oleh guru besar sekolah amir .. jadi .. bagilah kepercayaan pada guru² untuk menjaga dan mendidik mereka disekolah ... kerana disekolah adalah amanah dan tanggungjawab guru pada murid .. lapang dada dengar cikgu cakap gitu masa taklimat darjah 1. (Walapun dalam hati sebak jugak rasa) .. walaupun ada je murid² yang meleleh airmata ... kena tinggal.






Hari pertama sekolah ibu hantar, ibu cuti 2 hari memang nak uruskan amir.. baik sekolah kebangsaan mahupun agama.. maklumlah ayahnya cikgu jadi memang tak cutilah kan ..... sebab ayah pun nak uruskan murid sekolah ayah.

Sampai sekolah 7.15 pagi .. amir kemahin semangat lagi .. tengok senarai nama pelajar amir terus ku bagi beratur kelas 1 ibnu jauzi .. warna hijau ... muka dah tak berapa nak senyum sebab takda kawan yang sama kelas.. baik masa tadika mahupun kelas celik jawi ... aku biarkan je dulu ... takmoo bagi mood dia jatuh lagi .... perhati je daripada jauh ... tak lama tu .. ada jugak kawan rupanya dia... eh² sama kelas dengan anak akak sepupu yang mak jaga... eloklah tu ... tak sempat aku nak baca semua senarai tadi... cari nama amir je .. dah jumpa terus tuju dewan perhimpunan, eh² ada jugak aidil kawan amir masa celik jawi.. terus amir senyum lebar dah jumpa geng. Ibu pun risau jugak kot dia moody .... banyak urusan nak buat hari pertama tu ....





Halooo belanja sekeping gamba kemahin smart lagi pakai tali leher.... smart ke.. tak berapa sangatlah sebab balik sekolah.. tapi masih mampu senyum oklah tu ..... 

Urusan hari pertama tu memang buat kelang kelibut sikitlah .. mana kami nak dengar taklimat, lepas tu amik buku teks anak ... bayaran yuran² (untuk taq nama, buku panduan, pin taq darjah 1, tai .. haihhh memacam lagilah termasuk PIBG) Pfttt semuanya habis RM 75.00 Hinggit .. Buku² sebelum ni hubby belikan kat koperasi habis RM 97.00 .... DAH SETEL SEMUA LEGA IBU ....... cikgu bagi tahu amir orentasi sampai 20 januari .. lepas tu barulah exam menentukan kelas semula .... sekarang ni duduk kelas yang belum di nilai lagi kebolehannya... maksudnya cikgu campur² lagi dengan pelajar yang dah pandai membaca, pandai mengeja dan yang belum pandai membaca.

Masa aku tengah sibuk nak mengamik buku teks amir hubby pun sampai ... rehat katanya sempat lagi singgah sekolah amir ... teruja nak merasa jugak tengok anak masuk sekolahkan.. agaknya takda kelas kot lepas rehat.. ateeeeeee dah dia buat jadual.. pandailah dia menyusunnya kuikuikuikui ...;p lepas amik buku teks tulah aku uruskan yuran² amir .. hubby tolong pegang buku teks.. amir dah rehat nak masuk kelas.... kemahin lagi amir dapat geng siap beli makanan kat kantin .. hadoilah anak.. sungguh² kamu buat ibu sujud syukur.. sebab pandai berdikari ... walaupun kamu beli keropok jer .... kat rumah dah makan nasi goreng... 





Jadual aku pun dah berubah sejak amir sekolah ni .. bangun memang awal kena masak sesiap lauk ... tapi gambar ni lauk untuk hubby asam pedas ikan jaket .. kemahin bergelimpangan bendi dalam tu.. ikan sekor jer... hubby kepala montot untuk aku wakakakaka ...;p amir punya lauk telur puyuh masak kicap .. bawakkan bekal kerumah mak .. senang takut mak tak sempat masak melayankan kerenah anak buah aku iqy tu ... tapi amir dah pesan.. ibu tak masak pun takpa .. nanti amir soh embah masak nasi goreng planta .. sedapp makan panas²... anak² bagilah semangat kat ibu kamu ni nak masak .. hubby pulak jenis tak berkisah.. apa aku masak itulah dihadapnya... allahhh hero² ibu buat ibu sujud syukur banyak kali .. terima kasih allah atas kurniaan ini .... sebab sangat memahami.... selagi mampu .. selagi kuat semangat ni.. ibu masak yer.. yang penting sarapan dua beranak ni nasi goreng ... tak pun apa² jelah yang frozen beli siap² senang cam pau, popia, karipap.. tinggal goreng jer... 


Alhamdulillah amir tak meragam masuk darjah 1 ni, risooolah jugak kan ... korang pun tahu tahap manja dia tu camna kan masa kecik².. mungkin jugak pendedahan awal kami bagi dia ketadika dan mula bersosial memudahkan semua urusan ni... kalau ada geng dia okeyy jer.. tu pun berbuih² mulut ni pesan jangan main jer.. atau borak je dalam kelas.. nanti cikgu marah.





Bicara Hati : Tiada apa yang mengembirakan hati seorang ibu, bila anak yang dikandung mula pandai membaca, mengaji, mengira, iqamat dan mula belajar solat.. sejuknya perut ni.. sayunya jauh disudut hati ni.. ya allah inikah anak yang ku kandung semakin membesar kamu MUHAMMAD AMIR HAZIM BIN MASNIZAM   (^____^)v moga menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat amin....















Rabu, 14 Januari 2015

Throwback Disember : Edisi Kenangan Bergambar Bulan Terakhir 2014


Assalamualaikummmmm ... dah ½ bulan rupanya berlalu 2015, barulah berkesempatan nak update throwback Disember kuikuikuikui ..... Sebelum gambar² ni di peram lebih lama dan terlupa gitu jer... lebih baik abadikan kat blog .. sebab salah satu azam baru bila blog tak update akan ada entry bergambar throwback hihihihihi (^_______^)' jadi pasrahlah korang bila baca blog ni berderet² gambar je banyak... lagi² sekarang ni masa memang terhad nak update blog, tapi bw ada je masa nyelit² .. bila guna pc.

Sebenarnya banyak gambar nak upload kali ni untuk throwback disember.. tapi tu lah.. ada pulak yang dah terdelet kat tab ni.. jadinya mana yang sempat je lah upload.. lain² aktiviti semua upload kat ig hihihihihi .... 





Alhamdulillahhhh sepanjang disember tu amir masuk kelas celik jawi, hihihi sempat ayah candid masa hari terakhir balik daripada kelas celik jawi .. tahun ni .. insyaallah kat sinilah amir akan belajar sekolah agama tahun 2015, sekolah KAFA .. dekat je dengan rumah .. memudahkan atuk nak hantar... amik sekolah petang ayah amik.








Rezeki orang memberi berbudi kita berbahasa... bila dah memberi sama²lah merasa.... ni kisah anak buah sambut ulang tahun kelahiran katanya pada 7 Disember, hubby dah niat dah nak belanja anak buah yang sorang ni sebab masa hubby kena jaga exam upsr hari tu tidur rumah akak ipar dan pinjam kereta anak buah ni ... tu yang dapat rezeki elaun tu hubby belanja makan steambot ni .. sedappp wehhhh kat the captain, jalan meru je pun... kalau tak sebab nak belanja anak buah ni ... takdalah kami makan steambot kat situ huhuhuhu .. kesiaaannnnn (^____^)v nanti ada masa kita review yer ....









Bulan disember hari tu haihh musim tengkujuh betul².. sana sini hujan, mujurlah tak banjir tau .... pagi petang siang malam hujan .. rasa cam nak berselubung jer.... baju² pun tak kering².. sudahnya belilah ampaian baru .... tidaklah besra mana tapi cukuplah untuk menambah tempat ampaian ..... nak pergi dobi yang siap kering terus lipat tu tak ngeti nak guna.. tak sempat² nak menyinggah pun iya jugak .... sudahnya hubby belikan ampaian ni. 





Berzikir² mahukan ganjaran sebab berjaya dapat nombor 1 dalam tadika, mula ada keberanian bila di pentas ... mula pandai bergaul dengan kawan².. sudah pandai kamu yaaa mahukan ganjaran.. anak²... berkali² hubby berkira² ... berkali² jugaklah memujuk hati .. sudahnya tercapailah jugak impian amir itu .. mahukan basikal baru. Jangan tak tahu ayahnya satu klang pusing cari kedai basikal .. sampailah terjumpa kilang basikal di klang ... dengan harga mampu milik barulah ayahnya belikan .. sudahnya oleh kerana harga kilang .. bukan sahaja amir yang dapat basikal baru .. sekali dengan hubby terjebak beli basikal baru mueheheheheh ... (^_____^)v






Seminggu masuk kelas celik jawi, cikgu tadika buat reunion .. hamboi kemahin .. cikgu dah rindu anak² muridlah tu .. hihihihi .... cikgu janji nak belanja KFC Punya seronok budak² ni dapat berkumpul semula .. sampai ada yang tanya esok ada datang sekolah lagi ke cikgu makan KFC ... hihihihihi ...;p





25 Disember yessss....... setiap tahun kita orang akan peruntukkan masa untuk bbq dengan kengkawan geng suke² 83 hihihihihi .... masa ni lah nak gosip²... karok² tidak ler... sore tu kalau sedapp takpa .. ni setakat panggil hujan abaikan ... muehehehehe .... lagipun sesekali jumpa.. dah tentulah masa terhad yang ada tu digunakan sebaik mungkin untuk borak² hihihihi .... 







Bulan disember baru ni .. ulang tahun kelahiran mak .. alhamdulillah mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik .... harap sangat moga mak sentiasa sihat hendaknya.. dan mengecapi nikmat bahagia dalam usia 50 tahun ni... aloh² awet muda sungguh mak kitew kan .... dah kenapa gambar kita orang kemahin halus mulus kulit tu.... bukan sebab 360 kamera perfect yer... (tab kt tak berapa nak cangih pun) teknik pencahayaan barangkali .....








Bicara Hati : Syukur amir tak meragam dah masuk darjah 1, nanti sambung stori pasal amir pulak.














Rabu, 31 Disember 2014

Hari Potensi Tabika Amir : Edisi Throwback


Bahahahaha ... tergelak jap, sebab ibu amir ni terlupa publish entry ni .... adehhhhh masalah hingatan sungguh sekarang ni .... ni faktor umur atau faktor persekitaran ni kuikuikuikui....

Oklah sebab edisi throwback .. gambar je lah banyak ... sebagai kenangan di dalam blog ni .... sayang sangat kalau tak kongsikan, walaupun risau jugak orang kata bangga sangat dengan anak .. adehhh janganlah gitu .. ini je lah satu²nya anak saya pun sekarang ni .. haruslah saya kongsikan kenangan ni kat blog kesayangan ni... kat ig memang dah lama kongsi, cuma kat blog je tak kongsikan lagi.

Ceritanya satu hari sebelum puasa tu hari .. hahahaha .. betapa lamanya terperamkan, edisi kejadian sebelum puasa lagi.. haih raya pun dah lepas.. apatah raya haji .. krismas pun dah lepas ibu amir baru publish .... wakakakaka ... dahsyatkan... entry terperam giler lama.

Kejadian kat pejabat KEMAS Daerah, awal pagi kami dah bertolak tau.. berkumpul kat tabika ... ni kali kedua amir kesini.. ibu kali pertama... kali pertama amir datang sebab tercalon sebagai pelajar cemerlang peringkat adun kalau tak silap ... daripada 5 pelajar mengikut tabika peringkat adun masing² .. alhamdulillah amir dapat nombor 3 ... jangan tak tau no 1 dan 2 pelajar perempuan yang menang.. itu biasalahkan dominasi mana² perempuan lebih menonjol .... amir kalah bab komunikasi sosial .. dia kan pemalu ... mana nak bercakap sangat .. melainkan orang yang dia kenal. No 3 pun ibu dah syukur.. sebab keberanian dia menonjol lebih daripada rakan² pun dah buat ibu terharu... usaha lebih sayang .. tahun depan dah tak boleh malu².. ramai lagi kawan²... tu gambar ayah tengah bagi semangat kat amir hihihihihi





Sebenarnya untuk hari potensi ni amir tercalon sebagai hafazan .... dan kebetulan hadiah bagi tokoh pelajar pun diberikan sekali .. dua² pun amir dapat nombor 3 jadilah ... sebagai kenangan amir masa tabika kan ... korang tengoklah muka kepenatan dia tu .. ibu je yang ober senyum.. dia dah penat sangat tunggu lambat sangat habis.. sebab ada macam² lagi pertandingan masa hari potensi tu ....





Satu pencapaian baru buat amir sebab berani menghafaz surah kat depan tu ... ibu tahu kamu takut, ibu tahu kamu berdebar .. tapi kamu nak jugak menonjol .. kamu sangat lain daripada usia kamu 3 tahun kebawah .. alhamdulillah sujud syukur ibu .... kamu banyak berubah bila mula sekolah .. mula kenal erti berkawan baik, mula kenal erti berdikari dan mula kenal erti ingin dihargai .... korang pun tahukan amir ni tahap pemalu dia hurabiiiiiiii kalau kami pergi mana² tu asyiklah nak pegang buju baju aku hah.. ko tak pitam ... tu yang rasa terharu .. amir sekarang dah tak macam tu.





Ni cikgu tabika amir... alhamdulillah banyak membantu amir memperbaiki bacaan ... banyak bagi sokongan moral ... sampailah  cikgu kata amir ni kat rumah je manja kot.. kat sekolah ok jer jadi ketua .. pfttt iye lah kot budak² memang macam tu .. dengan ibu ayah kemahin manja dia kan.. kadang² makan pun nak bersuap.. kat sekolah.. ok je makan kongsi dengan kawan².





Bicara Hati : Piala tu ibu letak kat depan tv jer, hihihi takda tempat nak simpan... asal tengok jer jadi terharu.. asal tengok jer jadi sebak.. cam tak caya .. setahun ni banyak jugak pencapaian amir.


















Isnin, 29 Disember 2014

Bantuan Mangsa Banjir




Assalamualaikum .... Sejujurnya banyak info² yang dibaca di fb buat hati rasa sayu dan sebak .. apatah lagi di ig .. macam² gambar yang dikongsikan.... hari ini nasib mereka.. nasib kita sendiri disini .. akan datang siapa yang tahu ... tahun 2014 memang betul² tahun dugaan agaknya.

Marilah kita membantu mangsa² banjir dengan sekadar yang termampu ... walaupun pelbagai usaha dilakukan ... walaupun pelbagai bantuan dihulurkan .... masih lagi banyak yang tidak mencukupi ... bukanlah tamak .. tapi terlalu ramai mangsa .. memang lebih banyak keperluan di perlukan .. apatah lagi bila laluan highway menuju ke pantai timur dah di tutup ... jadi kita gunakanlah cara lain supaya kita juga mampu membantu mereka yang di dalam kesusahan .. Allahuakbar sebak rasanya hati.



Satu-satunyaaa kumpulan persendirian yang sangattttttttt aktif membantu mangsa banjir di Kelantan adalah dibawah naungan Dr.Raja Shamri. 




Transfer sumbangan korang ke akaun Maybank suami aku, Nik Asyraf Syafiq bin Nik Azizan, 153010538403. tak kesahhh berapa nilai dia. kita kumpulkan jadi satu. insyaAllah kita bantu setakat termampu. korang jangan risau, wallahiiiiiiiii. walillahi. satu sen aku takkan guna duit korang untuk kepentingan aku. ni semuaaaa untuk mereka yang perlu. korang boleh ikuti semuaaa perkembangan banjir yang rasanyaaaa tak masuk tv kotttt hanya di facebook Raja Shamri,percayalah. :) semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Amin.


Saya copy petikkan ni daripada blogger nadiafarhida.com




Walaupun saya tak kenal siapa mereka di alam nyata .. tapi saya percaya dunia maya, dunia blogger ini memang membuatkan kita mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain... moga sedikit bantuan yang dihulurkan .. mampu meringankan beban pada yang lain. Insyaallah .... Allah sentiasa permudahkan niat yang baik ... 







Bicara Hati : Cukup²lah viral yang bukan² di fb, ig dan wassup ... naik berasap hati dibuatnya grrrrr ...   (^_______^)'















Jumaat, 26 Disember 2014

Throwback NOVEMBER - Random Cerita Bergambar Sebagai Kenangan




Assalamualaikum .... Gambar banyak tapi tak sempat transfer huhuhuhu ... adalah sikit kat tab ni, jadi kongsikanlah kat blog sebagai kenangan terindah ... takdalah terkilan kang kot hilang.

Bulan sebelas baru ni rumah mertua ada buat kenduri ... meraikan ahli baru dalam keluarga .. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.. selepas melalui perlbagai liku dan dugaan .... di duga dan di uji .. hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan di pilih .. percaya ... percayalah ... kerana pastinya ada hikmah yang tersembunyi.




Sorry gambar kat tab banyak gegar, tapi nak jugak kongsikan kat blog, ni masa majlis nikah ... sebenarnya semua orang pakai t-shirt merah ... tapi aku sempat tukar baju hahahaha.. badan dah berpeluh tiak kot .... 




Ni pulak masa majlis bertandang kerumah lelaki .... cantik sangat baju dia orangkan.... di tambah dengan cuaca panas hohohoiiiii bertambah berpinar mata tengok.





Balik daripada menghantar pengantin tu elok jer kami melepak kat aeon big bukit tinggi .. memasing nak luruskan pinggang kuikuikuikui ... penat hohoiiii .. masa bulan november jadual kita orang memang penuh .. bukan takat hari minggu ... hari biasa pun ada jer nak buat.. rumah pun dah macam tongkang pecah ....





Pada² sibuk tu.. sempat jugaklah kami ke MAHA , Dan buat pertama kalinya aku ke MAHA tu ... memang padat orang wehhhhh ... amir pulak meragam.. nak naik bas.. orang kemain ramai .. cuaca mendung huhuhuhu .... kesian kat dia.. tak dapat naik bas mengamuk².. tidaklah sampai guling².. tapi muncung boleh letak baju kot huhuhuhu ..... sudahnya sempat pg kat iks dengan kawasan buah² tu jer ...





Penutup November tu .. Pengantin dah sepakat nak belanja kami semua adik beradik, jadinya semua pun berkumpullah kat kedai pilihan pengantin ... Alhamdulillah .... kenyang.. santaklah perut .. sekali sambut ulangtahun kelahiran mak mertua pada 30 November tu ... tapi kita orang sambut lambat sikitlah ... sebab pengantin buat makan² ni 2 Disember kalau tak silap. Apapun semua dah selesai.. syukur dengan rezeki yang allah bagi .. moga adik ipar akan lebih dimurahkan rezeki .. alhamdulillahhh dengar kabar tahun depan ada ahli baru .. wah² ... berjaya jugak bawak hasil daripada krabi wakakakaka (ops... tergelak besoo pulak)






Hobi baru amir .. hobi ni hobi lama .. tapi dah lama di lupakan.. dek kesibukkan ibu dia yang tak sempat nak melayan hihihihi .. beli lagi 3 ekor ikan baru huhuhu .... tu dia tak menyabar² asyiklah dok pegang lepas beli tu ... sampailah kerumah sibuk dok bercakap dengan ikan ... hubby letakkan dalam balang aquarum kecik.. letak kat depan meja belajar dia ... sukalah dia .. sambil buat kerja.. sambil layan ikan² tu .. siap ada nama lagi ...





Oklah dah banyak sangat gambar throwback tu .. nanti ada kesempatan kongsikan lagi .... jom layan kudap² buah² kering cosway ni .. sambil buat kerja .. pfttt .. rehat pun serupa tak rehat .. gitulah kalau hujung tahun ni .... 






Bicara Hati : Lepas ni kalau rajin nak buat throwback setiap hujun bulan ... saja letak gambar² kat sini sebagai kenangan, sebab tak sempat kadang² nak mengarang.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...