♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Isnin, 9 Februari 2015

Pembakar Semagat : Tiada Istilah Monday Blues .....


Permulaan yang baru untuk hari isnin ... yups.. februari dah masuk minggu kedua .. jadi tak payahlah nak gosok² mata tu sangat .. macam tak percaya .. masa sekarang memang sangat² cepat berlalunya .... ibarat harga emas yang jauh meningkat naik ... tak pernahnya turun eh² tetiba pulak cite emas kuikuikuikui ...




Selamat pagi semua.. kata² ini sangatlah mendalam maksudnya kan .... aku memang suka kata² semangat ... kalau kat wall fb tu memang suka post kata² semangat dah jarang update status ... tu pun memang dah tak berapa nak aktif .. tapi tetap bukak fb tu.. sayang nak tutup.. kena jugak ikut perkembangan rakan² kan .... jujurnya kata² ini tak ku tujukan pada sesapa pun.. tapi percayalah ... bila seseorang tu tinggi kedudukkannya tapi masih punya adab merendah diri .. pastinya disukai ramai .... apatah lagi jika kedudukan itu di perolehi daripada usahanya sendiri dari bawah.






Dan bila kita ikhlas dalam sesuatu yang kita usahakan pasti akan berjaya, percaya, usaha, redha dan tawakal ... pastinya kejayaan itu akan jadi sangggggaaatttt indah (^______^)v insyaallah aminnnn .... Allah janji bila kita usaha ... dia akan beri bila waktunya sesuai ... jadi janganlah putus asa ... sebab Allah beri bila tiba waktunya bukan bila kita memang memerlukannya ... kerana sebaik² pemberian adalah semuanya dengan izinnya. 





Bicara Hati : Tahniah zero menang MLM eh² tetibakan .... suka sangat tarian singa tu.. sakit perut gelak ....













Jumaat, 28 November 2014

Jangan Mudah Cemburu



Jangan pernah mudah cemburu dengan apa yang orang lain miliki ... sebab kepayahan yang di lalui sebelum mendapat kejayaan tak semua orang tahu.

Setiap kejayaan mesti ada usaha .. setiap usaha yang gigih pasti akan berjaya bila kita sabar untuk menanti dan ikhlas dalam berusaha.




Kata² semangat ini bukan saya tujukan pada sesiapa .. cuma untuk menjadi peringatan buat diri ... bila kita lihat orang lain berjaya ... ambillah inspirasinya .. janganlah memandang daripada sudut negatif atau pemikiran yang singkat .. maksudnya.. mungkin kamu kenal orang itu selepas dia berjaya .. selepas di mewah .. selepas dia punya segalanya ... tapi mungkin kita tidak pernah tahu kepayahannya sebelum mendapat semua² itu ... mereka² yang memberi semangat, mereka² yang dijadikan inspirasi ..... siang malam tanpa jemu mereka berusaha .. sentiasa memandang kehadapan .... nak menjadikan kesusahan lalu sebagai satu titik tolak untu cabaran hari depan.


Salam pagi jumaat semua .. dah masuk 5 safar 1936H masa memang sangat cemburu, jadi hargailah masa yang ada ... janganlah asyik cemburu melihat kejayaan orang lain .... (^___^)v






Bicara Hati : Cemburu itu tanda sayang, jika dilihat daripada sudut yang betul ... 






Jumaat, 7 November 2014

My Boy , My Love , My Soul



Assalamualaikum .... salam jumaat .. cepatnya minggu ni berlalu .. tahu² sudah jumaat .. 2 hari menyepi ... kebizian ... bizi menghargai masa dengan My Boy, My Love, My Soul ..... (^____^)v

Ada kesempatan akan ku coretkan di sini sebagai kenangan yang indah .. ada beberapa entry yang telah lama ku draft , iya ku draft sahaja .. berkira² untuk publish .. takut² salah tafsir di anggap bangga diri ... padahal biasa² sahaja ... walhal sebagai kenangan diri ku di blog.



Satu pencapaian yang ibu sendiri tidak mampu lakukan pada usia ibu seusianya sekarang .... ibu terharu .. ibu bersyukur .. ibu sebak .. moga satu permulaan ini akan menjadi permulaan yang terbaik .. dan berjaya hadapi cabaran yang lebih besar di masa akan, cabaran yang lebih besar bakal ditempuhi bermula tahun depan.



Salam Jumaat , selamat bercuti .. hargai masa² hujung minggu bersama keluarga ...





Bicara Hati : Entry penuh minggu depanlah yer... ni baru intro .. kemain intro kan ..... kuikuikuikui ....









Jumaat, 19 September 2014

Madah Semangat Buat Diri Dan Kekuatan Hati














Indahnya kata2 semangat ini buat diri ..... Moga kita sentiasa bersyukur ....... 

Jumaat, 12 September 2014

Madah Rindu Buat Sahabat Alam Maya


Assalamualaikum ..... saya rasa masa sekarang ni cepat sangat berlalu .... lagi² minggu ni , jadual penuh mengalahkan menteri ... masuk pejabat buat itu buat ini ... tup² dah nak balik .... jadinya memang tak menyempat nak bukak blog.. waktu rehat mata macam di gam² nak mentidooo je kerjanya huhuhuhu ..... harap rakan² alam maya tak kecik hati saya tak tinggalkan komen kat blog sebab ada yang saya bw dan komen .. ada yang saya bw baca jer .. tak komen.

Jadi saya titipkan madah khas ini buat sahabat alam maya ..... sayang rindu korang semua .....






Insyaallah minggu depan dah cuti sekolahkan .... nampaknya mesti ramai yang akan mula bercuti .. lagi² senin .. sebab selasa cuti hari malaysia kan .. kan ... (ke aku je yang cuti senin tu hahahahaha ...) pfffttttt sangat tau .. minggu ni hubby jaga exam upsr ... sekali soalan bocor pulak .. dah tak memasal 30 sept nanti amik exam lagi .. sapalah agaknya yang tak amanah ni .. sampai soalan boleh bocor ... heeeiiiiiiiiiii ko tahu tak ... menyusahkan orang lain ... paling kesian budak² yang amik exam upsr lah .. kesian dia orang tau ... dah bersedia nak menjawab soalan dan dah jawab soalan BI pun tetiba dapat tau soalan bocor ermmmmmm ....... eh² masya ni mulalah nak membebel tu ... oklah nanti kita sambung cerita lagi .. banyak nak cerita ni .... lagi² sambutan kemerdekaan kat tabika amir .. meriah sangat² .... semangat kemerdekaannnnnnn dibuatnya.





Bicara Hati : Selamat bercuti, bersedia nak rewang .. sana sini kenduri ...






Jumaat, 22 Ogos 2014

Istilah Bertafakur


Assalamualaikum .... istilah bertafakur muhasabah diri, berdoa, berdiam diri seketika dan menghormati yang telah pergi. Bermula daripada pagi tadi terasa sayuuuu sangat² dihati .. sehinggalah entry ini ku karang dan beberapa kali ku taip ku padam .... ku taip ku padam dengan iringan air mata. Sungguh kepulangan jenazah mh17 walaupun tiada sedara mara yang terlibat tapi terasa kesedihannya dihati ... apatah lagi ahli keluarga sendiri yang meratapi pemergian mereka dengan cara begitu.

Satu yang aku belajar daripada apa yang berlaku ... maut tidak kira di mana pun kita berada, berapa pun usia kita ... sejauh mana kita mengelak.. semuanya allah dah tentukan ... jadi hargailah insan² yang masih berada di sekeliling kita.

Rancangan tv pun banyak mengaji, radio² kedengaran lagu² kerohanian.. terasa sangat ketenangannya di situ ... cuaca mendung di kawasan klang ni... 

Kat opis ni kami rata² pakai warna hitam memang berkabung, kami sama² menonton live di tv3, mula² rasa okey.. lama² air mata mula mengalir .. dah sorang² tanpa sedar kesat air mata yang mengalir ... kat fb, kat blog pun rata² update perkembangan terkini ... antara gambar² yang menyentuh hati penerimaan ahli keluarga kepulangan mereka ... dan kereta² yang berhenti di tepi jalan yang menghormati serta bertafakur seketika .... 

Moga roh mereka semua tenang bersemadi di sana ... al-fatihah.




Rabu, 4 Jun 2014

Ganjaran





********************************************************************************************


Tapi janganlah masak sahaja kan, kalau boleh temanlah sekali suami dan anak² makan semeja, jangan pulak kita ni sibukkkk duk sambung buat kerja lain .. sebab masa kat meja makan ni selalunya kita boleh manfaatkan untuk berkongsi cerita, bukanlah nak menggalakkan makan sambil berbual atau bercakap .. tapi rasa lebih nikmat dan muafakat kalau dapat makan bersama²kan.


Lagi satu .. waktu memask tu rajin²kanlah sambil berzikir, jangan pulak membebel .. dah macam tak ikhlas jadinya bila nak memasak .. sebab keberkatan dalam masakkan kita akan rasai bersama.


Renung²kanlah .... Hargailah masa bila bersama² .. amiklah peluang dan ruang yang ada lakukan dan kongsikan bersama².




Bicara Hati : Mudahnya mengumpul ganjaran, yang penting ikhlas....



















Jumaat, 16 Mei 2014

Guruku Imamku


11 CIRI²  ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suaminya adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain


Sumber :  FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



*********************************************************************************




Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya belajar untuk menjadi yang terbaik ... moga kelebihan kekurangan diri diterima seadanya selamanya dunia akhirat insyaallah ..... Aamin ....



Keluarga kecil kami .. moga saya menjadi isteri yang terbaik dimata suami dan sentiasa diberkati didalam kehidupan suami isteri. Selamat hari guru buat suamiku, terima kasih menjadi guruku .. imamku ... dan menegur kesilapan ini .. comel tak kami lama tak amil gambar betiga, cubaan amir menggunakan monopod dimalam hari ... 






Jumaat, 25 April 2014

Jangan Suka Berhutang



Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, saya percaya keberkatannya ada juga rezeki orang lain di dalam rezeki kita .. kongsikan rezeki kita tak salah .. yang salah bila kita berhutang, kalau boleh elak²kanlah.




SAYA SEKADAR KONGSIKAN INFO NI, MASA TERJUMPA DI FB, BILA KITA BERHUTANG KITA KENALAH BAYAR .. WALAUPUN ORANG YANG KITA HUTANG TAK PERNAH MENUNTUT DARIPADA KITA ... TAPI KITA SENDIRI KENALAH BERINGAT YANG KITA BERHUTANG...  (^___^)V




Salam Jumaa Semua 





















Jumaat, 11 April 2014

Bahaya Mengumpat - Tafakur Di Pagi Jumaat



Merenung di pagi jumaat, indahnya .. sayunya .. sunyinya.. kemeriahannya semuanya bergabung .. penghulu segala hari katanya. Bagi anak² yang bersekolah inilah hari yang dinantikan ... kerana esok akan bercuti.

Bahaya mengumpat dan marilah kita bertafakur .. merenung diri .. muhasabah diri .. janganlah sesekali amalan yang kita lakukan hilang pahala hanya kerana tanpa sedar sikap kita yang suka mengumpat .. kerana mulut badan binasa.

Sejak akhir² ni amir selalu bercerita tentang hari akhirat (selit cerita amir sikit yer) baru belajar bab baru agaknya, andaian aku amir sekarang mula belajar erti² dan maksud rukun² iman .. kerana bila bab akhirat dia macam takutt sangat².. lagi² asyik bertanya... nanti amir boleh jumpa ibu tak?? boleh jumpa ayah tak?? macam mana dah mati nak berkumpul ... kenapa mesti mati??? kenapa mesti duduk dalam tanah .. banyak lagi persoalannya yang akan timbul .. perlahan² kami perjelaskan... hikmahnya.. amir sekarang mula ikut atuk solat walaupun kami takda (kami kerja) bila dengar azan cepat² nak ambil air sembahyang ... dan akan ikut atuk solat.. walaupun bacaannya masih banyak yang belum hafal .. muhasabah ayah dan ibu melihatnya.

Salam Jumaat Semua ... Mari tingkat Ibadah .. Elakkan Mengumpat.









Rabu, 26 Mac 2014

Kuatkan Semangat



Percayalah apa jua yang tertulis adalah ketentuan, walau apa jua sebabnya.. kalau bukan kerana ketentuan Allah sesuatu itu takkan berlaku ... kun fa ya kun ... Percayalah mohonlah pada yang esa... rendahkanlah diri padanya ... mohonlah apa sahaja yang kita mahukan.. yakinlah Allah maha mendengar segalanya.

Sujudkanlah dahimu padanya, bertelekulah lututmu ... tadahlah tanganmu ... mengalirkanlah air matamu .. mengadulah padanya ... menangislah padanya .. moga semangat²mu akan kembali .. percayalah ada hikmahnya.

Moga ahli keluarga mangsa MH370 dikuatkan semangat dalam menghadapi ujian ini .







Rabu, 12 Mac 2014

5 Hari Berlalu Masih Tiada Perkembangan Terkini MH370

























Jumaat, 7 Mac 2014

Hadiah Istimewa Buat Yang Kita Sayang



Kebizian melanda, dah tetiba tajuk hadiah istimewa pulak kan, mau tak sibuk pagi tadi alhamdulillah ada solat berjemaah dhuha dan solat hajat ... kat opis ni, moga semuanya di bawah lindungan yang maha esa... dalam kesibukkan masih berpeluang untuk mengikuti program² macam ni di hari jumaat rasa macam nikmat sangat².

Pening pikirkan hadiah yang sesuai sempena hari lahir, anniversary atau apa² hari yang istimewa ... bagilah hadia doa .. sebab doa tiada hari yang istimewa setiap hari pun boleh dilakukan dengan ikhlas... Jadi mari kita rengungkan gambar dan kata² hikmah ini ...




Amin .. moga orang² yang kita sayang juga mendoakan kita.




Selagi boleh biarlah ia menjadi rahsia kita dengan allah .. kerana allah sentiasa memerhatikan apa jua yang kita lakukan .... >_____<











Isnin, 3 Mac 2014

Madah Buat suami


Semua orang dah gajikan.. hari ni pun dah masuk 3 mac 2014, see cepatkan masa.. februari pun dah melabuhkan tirainya.. tirai lah sangat.. bak kata mawi gebooo hahahaha geboo tu adik beradik macam selimut agaknya. opsss.. cerita pasal selimut pulak pagi² krikkk .. krikk ... krikkk ....

Ntah apalah yang orang doh seacrh madah buat suami .. dah dua tiga kali .. berkali² jugaklah link u nampak kat nuffnang .. cuma baru ni kemain mendadak² tingginya .. haihhhh .... meh apa madah yang sesuai meh saya kongsikan .. sebab saya pun heran .. madah apa yang saya kongsikan pasal suami .. rasanya takdapun.




Print screen daripada nuffnang minggu lepas ....



Inilah madah yang paling sesuai buat suami .. lagi² lepas gaji ... buat kad comel sisipkan bagi kat suami .. jangan suami korang bertukar air muka sudahhh ......


Bicara Hati : Cuti hujung minggu menyiapkan kerja rumah dulu .. sementara air tengah ada.. almaklumlah sejak air kena catu ni 4 pagi sampai tengahari jer laju ada air.. lepas tu takda dah... jadi pepandailah tadah air sob ... sob .. sob ...



Jumaat, 28 Februari 2014

Berhati ² Dengan Apa Yang Keluar Daripada Mulut



Salam pagi jumaat ... sekadar mahu berkongsi kata² semangat .... moga ada hikmah yang tersembunyi .. kata² yang cukup meninggalkan kesan .... 








Moga apa jua yang keluar daripada mulut kita biarlah bertapis .. jangan sesekali berkata sesedap rasa .. kerana mulut badan binasa ... Renung²kan lah..














Khamis, 20 Februari 2014

Mood Malam Jumaat - Mohon Dan Berdoalah Allah Sentiasa Mendengar






Tiba² mood jadi jiwa² bila baca kata² ni.. menusuk ke kalbu rasanya ... maafkan ibu amir .. kadang² ibu selalu memarahi amir, hakikatnya ibu tahu amir mahukan perhatian .. ibu percaya suatu hari nanti bila amir dah membesar . amir dah matang .. amir akan paham apa yang ibu sedang lakukan... apa yang ibu nak sampaikan ... 

Selamat Malam Semua .... jangan pikir yang bukan² asal tajuk malam jumaat yer.. berpikirlah dari sudut positif .. insyaallah positiflah jadinya (^______^)v

















Rabu, 19 Februari 2014

Sikap Yang Sangat Mulia




RENUNG²KAN.. DAN SELAMAT BERAMAL .... SEMUA (^____^)v


Salam Hari Rabu









Isnin, 17 Februari 2014

Ringankanlah Mulut Dengan Berzikir Daripada Membebel
























Isnin, 13 Januari 2014

Doa Mohon Rezeki Halal Dan Diberkati




Salam .. Selamat pagi semua .. alhamdulillah dah bermulanya hari baru hari isnin, biasanya hari baru mood barulah tercari² .. semangat barulah nak bermula untuk memulakan kerja ...

Alhamdulillah rasa bersyukur dan sangat² berterima kasih kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, marilah kita bermohon agar rezeki yang kita perolehi halal dan sentiasa diberkati .. agar keberkatannya dirasai bersama² keluarga dan insan² disayangi disekeliling.

Amalan solat dhuha di pagi hari juga akan memudahkan kita memperolehi rezeki yang tanpa disangka².. dan rezeki sentiasa ada tidak pernah putus².. yang penting usaha.

Amin ....










Jumaat, 10 Januari 2014

Jatuh Kalah Dan Gagal




Satu saatnya nanti .. satu harinya nanti kita jua akan kembali .. jadi hargailah mereka² disekeliling kita yang masih menyayangi kita .. hargailah mereka ... moga suatu hari nanti kita tidak menyesal bila dia telah tiada.....

Jatuh bangunnya sesorang itu atas kekuatan dirinya .. atas kekuatannya pada yang esa .. susah senangnya mengadulah pada yang esa ... mengalirkan lah air matamu dihadapannya .. kerana kekuatan itu akan datang dengan semangat darinya .. atas keredhaan diri ... 

Jika kita meratapi kegagalan hari ini .. pastinya ada hikmah yang akan menanti suatu hari nanti .. hikmah yang hanya yang esa sahaja yang maha mengetahui .. yaki dan percayalah kuasa yang esa tiada tandingannya .. jangan sesekali kita ingkari.

Kata² semangat di hari jumaat ini buat diri ... buat hati .. moga tidak mudah melupakan diri atas apa jua yang di kecapi .. atau apa jua yang belum dikecapi .. kerana yakin .. kegagalan itu lebih manis .... setelah kita memperolehi kejayaan nanti ...

Amin ...

Bicara Hati : Sebak tengok ustaz ridhuan tee abdullah buat persembahan malam td.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...