♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 25 Oktober 2013

Terasa Diri Dihargai Menulis Blog .. Bukan Omong Kosong



Bila hari isnin saya ke KL, atas urusan kerja... ditambah pagi hari hujan.. kelang kelibut beb.. kelangkelibut huhuhuhu ... sudahnya sampai sana.. jadi orang terakhir.. mujurlah berdua tidaklah malu sangatkan... jujurnya macam nak kansel takmoo pergi dah sebab amir tetiba demam balik hujung minggu tu.. hubby pulak ada kursus jugak.

Mujurlah kursus saya cuma setengahari jadinya petang terus balik... alhamdulillah .. amir okk jer.. ketadika dan taska... Entry pagi tu pun autopublish sesiap... sebab dah tau memang takkan sempat bukak blog.

Selasa pulak pergi shah alam fuhhh ... meligat minggu ni tak cukup kaki tangan nak pergi keluar opis, mujurlah hari rabu patutnya saya ke terengganu .. saya bagi kawan saya pergi kot tak haru .. haru .. itulah hikmahnya bila hati tak senang kene pergi kursus jauh² .... rupanya ada bende akan berlaku.
Okkk .. mukadimah dah melalut kejap, edisi meluahkan rasa jer.. tu... sebenarnya tak sangka bila saya menyepi bukak blog saya terasa diri dihargai sangat² dalam menulis, walaupun saya ni menulis kan ikut sukahati saya sahaja .. tapi idaklah sampai oberrrrrr semua nak bagi tahu kan.. kan... sekadar menulis ruangan kisah hati saya sahaja bukan omomng kosong, yang mana boleh kongsi saya kongsi kan.. 

Sebenarnya rasa terharu sangat, sebab suka membaca dan menulis serta komen di blog kawan².. saya dapat penghargaan ... lagi² blog kesayangan daripada kebun stoberi ... memang saya suka baca blog beliau.. lepas tu saya komen bagi pendapat .. kadang saya baca... tapi tak tahu nak komen apa.. takut salah paham pulak, sudahnya saya baca jer tak komen ... sebab saya bukan kategori nak ikut sukati jer komen.. selalunya saya mesti baca dulu isi entry blog yang saya bw ... sebab tu kalau blog ada banyak entry sehari.. saya jenis akan baca maraton kat blog tu... sebab saya nak mengenali blogger yang saya follow.. dan saya nak tahu apa yang dituliskan. (^____^)v termasuklah yang rajin komen di blog saya.


Terima kasih sangat² kekda.. dalam hati saya tengah serabut ... saya dapat penghargaan ini... saya terharu, saya terkelu .. saya terkedu ... sebak kejap tau .. moga satu hari nanti kita jumpe yer...



DUNIA PUANSTOBERI
http://pnstoberi.blogspot.com/2013/10/edisi-menghargai-follower-pengkomen-5.html




Dalam saya tak sempat nak bw, saya wengg sikit rabu saya el sebab migraine malam tak cukup tidur layan amir demam .. saya tak sangka ada jugak yang sudi singgah blog saya komen...





Paling terharu dapat uv lebih 500 jugak pada tak sempat buat entry .. waaa terharunya.. pada yang sudi singgah... dan bertanya kan saya kemana.. tapi yang dah follow instagram tahulah kan... apa sebabnya, kat fb memang saya tak update ape².. sorry...





Dapat cpuv baru, walaupun dah seminggu baru tahu huhuhuhuhuhu .... alhamdulillah masih bersyukur sangat² dengan rezeki ini.... janji masyukkk ...;p





Amaun lain banyak dah kredit .. yahooo.. melepasi 3 angka... tengah pikir tak tahulah mahu cash out atau tidak hujung bulan ni.. rezeki²... opss.. sorry tertunjukk amaun pulak, jangan jeles eh .. bukan nak bangga diri pun.. saya tahu orang lain lagi banyak ada tu dah riban lagi tau.. apa nak heran.. itu usaha masing²...





Bukan omong kosong bila kita rajin menulis ni, sebab lain blog lain isi yang ingin di sampaikan.. lain yang mahu dikongsikan... apapun... terpulang pada masing²...


Saya tak bukak iklan kat blog saya, sebab saya rasa saya tak mampu nak urus lagi ... saya rasa saya masih baru lagi.. dan takut kalau saya bukak nanti tak laku .. jadi kalau nak join ruangan iklan carilah blogger yang femes emes.. dah tentulah² ramai pembaca tegarnya ... barulah iklan masyuk...















Rabu, 23 Oktober 2013

Kenapa Menyepi Tanpa Entry Baru




Hari tanpa kata ... Layan gambar intro dulu... Nanti bila saya ada kesempatan saya kongsikan diblog.






Isnin, 21 Oktober 2013

Tegarkah Dalam 14 hari



Timbang berat badan buat kesekian kalinya... Ok fine tak turun2 naik lagi adalah ... Nampaknya tak boleh di biarkan melarat ni takut virus virus lemakkk tepu lagi susah nak hilang nanti.

Misi harus bermula ... Serve sane sini, mane harus mulakan dulu... Yang pasti taknak terlalu drastik.... Cuma kene usaha berterusan harap berjayalah.. Chaiyok2.



Sarapan untuk 2 hari telah bermula, bukan sarapan jer malam pun makan ni... Sedappp sebab ada rasa buah kering dan kismis, tapi semalam lunch dah terbabas makan nasi kat tempat kenduri lauk masak lemak ikan masin nanas dan ikan cencaru bakar sumbat kelapa huhuhhuhu.... Tak tahan....



Tak banyak dapat turunkan sikit jadilah, hubby sokong jer sebab hubby pun punya misi yang sama hihihihi..... Masak kenelah masak macam biasa sebab untuk amir makan kan... Nanti pelik pulak dia...



Bicara Hati : niat untuk kesihatan, bukan untuk nampak kurus... Sekarang ni orang kurus pun banyak penyakit huhuhuhuhu.....







Sabtu, 19 Oktober 2013

Tom Yam Ketam Dihujung Minggu


Korang suka tak makan sesuatu, lepas dah beli... Baru terpikir nak buat ape??? Contohnya macam sayalah... Suke makan ketammm... Lepas tu dah jemu asyik masak lemak, ketam bercili letak telur, telur masin, paprik pun saya dah cuba.... Tetiba dapat idea... Wahhh masa tom yam sedappp agaknya kan... Hahahaha... Dah tu bahan2 guna jerlah apa yang adoooooo..... Yang penting aura tom yam tu ada.

Mula2 ingat nak buat sup jer sebab sejuk2 cuaca kat sini dengan amir tetiba demam... Makan sup barulahhh sedappp, tapi amir kata nak tom yam.ibu jugak tu... Macam tau2 jer kesukaan ibukan.




Taraaaaa hasilnya.. Tom yam ketam kosong saja, betul2 sayur yang ada cuma lobakkkk jadilah... Barulahhh terasa nikmat tom yam ketamnyakan sebab tak banyak sayur.


Resepinya bahan macam biasa nak masak tom yam cuma saya gunakan ketam jer... Dan saya rebus tak tumis, semua rebus masuk dalam air lepas saya tumbuk lumat cili, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai... Saya gunakan pes tom yam maggie sedappp jugakkk tapi kene tambah asam keping/ perahan limau nak lagi masam dan letak daun limau purut jangan lupa.

Nak tahu sedap atau tak kenelah cuba hihihihihi













Hiasan Di Meja Makan



Mencari kelainan dalam menghias, lainlah kununnya... Dah jemu.. Asyik letak bunga.... Padahal tak reti nak menghias bunga... Tak kreatif... Jadinya dapatlah idea brillion macam kat bawah ni...




Hihihihi brillion tak pasu kaca bulat hias batu.. Ikan 2 ekor dalam tu warna oren.... Sejukkk mata memandang sesuai sangat rasanya dengan meja jepun besar tu.... Harap kali ni berjayalah membela ikan ni.. Siap ada daun lagi tau... Supaya ikan tu serasi.


Amirlah paling teruja bila dapat tahu saya nak bela ikan.... Suka betul dia... Siap bagi tahu lepas ni nak bela arnab pulak... Nak ikut pergi kedai... Hadoilah anakku sayang.... Ikan ni pun tak tahu hayatnya sampai bila.. Nak bela arnab pulak.


Kos keseluruhan ni murah jer



Pasu kaca rm5
Batu warna warni rm 2
Batu besar kat rumah dah ade
Ikan 2 ekor rm 2
Daun pokok tu amik kat opis jer....
Makanan ikan rm3



Semuanya rm12 sahaja.




Kalau boleh nak hias macam2 kat rumah, tapi tulah tak tahu konsep macam mana yang sesuai. Jadi saya ubahsuai ikut sukati dan kemampuan sahaja.

















Jumaat, 18 Oktober 2013

Tips Mengajar Anak Solat






Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat....

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.




*********************************************************************************


Okkk sejujurnya daripada kecik saya nak didik amir supaya jangan tinggal solat, moga dipermudahkan niat saya ni .. amin ... kerana solat tiang agama.. jadi biarlah dia pandai solat.. pendedahan awal daripada umur 3 tahun dia dah ikut kami solat berjemaah... sebelum tu pun ikut tapi dia jenis tak istiqamah.. maksudnya sukati dia jer.. kadang dia baring, kadang dia dok toleh² main² pandai saya dengan hubby lepas tu gelak²... sampaikan kita orang pulak nak gelak tau.. 

Alhamdulillah bila dah 3 tahun tu dia macam dah matang sikit... elok jer ikut kami solat sama² ... dah tak kacau.. dah pandai hormat orang solat, dah tak duduk belakang kami bila kami sujud, akhir umur dia 3 tahun saya dah mula bagi pendedahan baca muqadam lepas solat berjemaah.. harap sangat amir menjadi anak yang soleh, dan sentiasa mengingati kami dalam apa jua yang dilakukan.

Yupss.. lain orang lain cara didikkan nya, lain permulaannya ... lain pendedahannya tumbesarannya terpulang pada masing² punya cara... sekarang ni dah 5 tahun amir dah mula saya dedahkan sebelum solat jemaah mesti dia kene iqamat dulu .. mula² dia malu... tapi lama kelamaan ni dah okk sikit bila saya cakap.. napa nak malu.. bukan ada orang pun.. kita sekeluarga jerkan.. kalau menyanyi boleh kuat... okk dia terpana buat muka .. lepas tu alhamdulillah dia okk.. cuma azan sampai sekarang masih tak berapa nak okk lagi suara dia.

Kata² psikologi batang mancis tu nanti saya nak bagi pendedahan dekat amir pulak, bukan apa.. waktu solat berjemaah kami ni bukan selalu pun dapat peluang.. biasalah anak baya amir ni kadang masa maghrib tu lah dia nak makan, nak mandi.. tu belum lagi tetiba alasan dia penat sakit kaki .. saya mesti saikoo dia sikit.. kalau sakitlah kene solat doa dengan allah nanti allah bagi sembuh, tak semstinya berdiri.. solat pun boleh duduk jugak, dah dia kata.. duduk pun susah ni ibu .. nak baring boleh.. anak².. ade jer menjawabnya, jadi saya kenelah tegas sikit bab ni... melainkan dia demam barulah saya tak galakkan dia berdiri lama.



Bicara Hati : Moga usaha saya ini mendapat sokongan hubby, diberkati dunia akhirat.. kerana ini adalah ilmu dunia akhirat.. sya manusia yang tidak sempurna







Ronda - Ronda Petang Raya


Cite balik daripada kampung lalu highway baru tak cerita lagi... nanti cerita eh, macam jauh nooo kampung koo tu eh masya... tapi suka² lalu highway free daripada pulau indah.. yeahhh jangan tak caya pulau indah ade highway sekarang sampai SKVE hohoho sape tak terujakan.. sementara free tu rendah jer.. tak bayar lagi... jalan pun cantik.. tapi serammmm jambatan kat nak seberang laut tu kemain tinggi yang lepas tol tu gegegegege ....

Ok ni kisah bila balik kampung jumpe abang sepupu.. amir mesti aimm dah nak naik kereta dia, kereta abang zani... jalan² boleh keluar kat bumbung... bestt ibu .. 10x dia akan certa.. berulang² kali dia akan tanya bila pulak nak buat kat kereta ibu dan ayah huhuhuhuhu .... jenuhh ibu pikir jawapan yang sesuai...



Amir dan abang fail jalan²... naik kereta, banyak gambar.. tapi yang ini jer okk sikit.. yang lain gegar habis.. sebab kamera ibu tak berapa nak canggih kikikikiki.....





Sementara anak² pergi meronda.. ibu ayah pakat kenduri rambutan, terbaikk baru petik daripada pokok.. kaitlahhh.. kot hubby pajat ... nanti jatuh isteri ni jugak susah tau... 


Yeahh esokk dah cuti... mood cuti dah mari.. bestnya kerja minggu ni 3 hari jer.. ;p







Inner Magic Buat Muka Saya Magic Jadi Tembam Dan Sepet

Sekarang rasanya popular sangat² inner magic ni .. lagi² yang suka pakai shawl, kita pun terjebaklah jugak kikiki.. lagi² kalau kawan opis yang jual hihihihi .. sehelai rm 10.00 sahaja haruslah rembatkan.. nak tengok magic x kat muka saya masa pakai.



Macam nilah bentuk dia.. kat bahagian belakang...



Saya pilih warna ini.. sebab senang nak padankan dengan koleksi shawl yang ada .. sebab baru percubaan kan.. haruslah pilih warna yang senang digayakan sengan banyak shawl jimat².... kalau tak sesuai tidaklah membazir beli banyak²...

Bahagian belakang dia ada getah sikit dan bila dia pakai memang menutupilah ruang pipi ... comeyy gitu...



Tapi asal saya pakai .. nampak lagi booolaaattttt hohohohoo.. sebab tak biasa pakai ker?? lagipun kalau pakai shawl ni lagi selesa pakai anak tudung biasa... rasa macam tembam pulak pakai macam ni...




Tu dia.. dah terserlah sepetnya, tak dapat nak tolong 360 kemain gebusss mulus kulit.. tapi sepet macam bangun tidur hahahaha.. jangan gelak saya yer.. interframe sikit.


Bicara Hati : Tengah rambang shawl halfmoon semua warna nak dibeli jadi koleksi.. haihh nafsu²... camnerlah nak berjimat ni ... 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...