♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 17 Disember 2011

TiNGGaLKaN JeJAK SeBeLUM PeRGI

Assalamualaikummm Semua.....

Selamat pagi semua.... pagi ke.. matahari pun dah naik tegak berdiri hihihihi, kan best kalau kat sini pun sejuk macam suasana pagi kat CH hihihihi.... masih terasa² lagi kesejukkannya... pagi tu...

Ok semalam dah cerita pasal perjalanan dan akhirnya kami sampai dekat apartment yang dituju.. hari ini nak cerita pulak kami tinggalkan jejak sebelum pergi.. bunyi macam suspen jer kan....

Bangun pagi tu malasnya.... dengan suasana yang sejukk, masih berselubung dalam toto dengan selimut.. nasib baiklah aparment banyak sediakan kemudahan... Amir.. memang jenuhlah ibu nak pujuk soh mandi pagi tu.. sebab sejuk sangatkan.. jangan kata amir yang lain pun same jer... xmooo mandi...

Lebih kurang pukul 10.00 pagi semua pun siap berkemas... dan bersedia untuk keluar berjalan.... barang² semua masuk dalam kereta terus jadi tak payahlah balik apartment memang kami terus balik, tapi sebelum tu mestilah ade sesi bergambar² dulu kan.. hihihihi.... tak sempat nak ambil banyak pun.. mane yang sempat jer.. sebab nak keluar berjalan² nanti bolehlah possing sakan...








Dah macam bercuti kat luar negara jerkan.... padehal dalam malaysia jer lagi.... bile jumpa kamera itulah jadinya masing² possing.. amir suke sangat duduk kat luar tu.. padehal angin kat situ sejukk sangat.. risau ibu dibuatnya..

Turun daripada aparment kami sarapan di Tanah Rata, lepas sarapan pusing² lah kedai dekat² situ jalan kaki jer.. sebab hubby kate nak cari baju... oklah.. amir pun ikut ayah pusing².. ibu pun tgk baju² jugak.. tibe² x nampak kelibat amir.. jeng.. jengg.. jeng.. tanya hubby mane amir??? ntah tak tahu.. tadi ade kat sini... berhenti kejap jantung dibuatnya.. mane pulaklah amir ni... memang takut ibu dibuatnya.. maklumlah tak pernah lagi amir hilang kalau kami bawak pergi shopping... tibe²hubby jerit.. dah jumpe.. ni.. kat sini.. amir lari dekat ibu terus peluk kuat².. air mata amir jangan cakaplah bercucuran mengalahkan air hujan... ibu pun sebak dibuatnya.. nasibbaiklah tak apa².. kalau tak mau ibu meraungg.. membebel kejalah mulut ni kat hubby... geram pulakkan... lepas tu terus kami balik kat parking kereta.. tak jadi membeli huhuhuhu..... masa tu dalam kepala ni mulelah teringatkan kes budak² yang pernah hilang. Nauzubillah mintak dijauhkanlah naknya....

Jumaat, 16 Disember 2011

Perjalanan Ke Cameron HighLand

Assalamualaikumm Semua...

Sorry lambat publish cerita ini... agak kesibukkan sedikit huhuhu... kami memulakan perjalan ke Cameron daripada simpang pulai lebih kurang pukul 6.10ptg. Perjalanan yang sangat² mencabar kami.... menurut kawan saya yang selalu pergi kesana kalau daripada simpang pulai ni lebih kurang satu jam setengah sampailah kami... jalan pun dah ok taklah seteruk daripada tapah.

Mula² masuk jer tak nampak langsung signboard ke cameron, sampai kami ingatkan kami dah salah jalan... maklumlah tak pernah pergikan huhuhuhu... dalam perjalanan memang berselawat jerlah mulut ni.. bayangkan dekat puncak kami lalu jalan yang penuh kabus tebal, memang dugaan dan mengerikan... pengajarannya janganlah naik kepuncak cameron dah lewat petang, kami terpaksa dan tawakal jerlah dalam perjalanan.. sebab dah takde pilihan lain, kalau tempat tido kat ipoh tu cantik memang nak tido situ jer.. sebab tak cantik dan tak selesa tu yang kami ambil keputusan naik cameron petang tu jugak....

Lepas melalui kabus yang tebal barulah kami nampak perkataan selamat datang ke cameron kat sebelah kiri memang legalah rasanya akhirnya sampai jugak.. ingatkan dah dekat rupanya jauh lagi.. jalan pulak semakin pusing² tibe² saya dikejutkan dengan jeritan ditempat duduk belakang.. amir muntah.. amir muntah.. huhuhuhu... amir mabuk kot, dia baru minum susu lepas tu ulak jalan pusing² tu yang muntah agaknya... dugaan²....


masing² muka ceria jer dapat tempat selesa atas tilam tu.. tgk tu amir siap pegang remote tv sibuk nak tgk kartun 
kami masa ni tengah sibuk panskan lauk² nak makan sebab kelaparan (^^,)


Alhamdulillah memang rezki kami agaknya hubby call memang ade apartment kosong banyak kawasan cameron dan harga pun berpatutan dalam RM200.00 oklah tu kan dekat Brinchang. Apartment tu lebih kurang dan hampir sama macam kat sini memang puashati sesangat.. dan berbaloi² 3 family boleh tidur dekat apartment tu... lupelah apa nama penuh aparment tu.. sebab masing² dah penat kan.. cume terbayangkan tilam yang empukk jer....


 muka ceria+kelegaan akhirnya sampai kepuncak aparment... alhamdulillah syukur sangat²




hahaha.. Big boss lega dapat baring kat sofa empukk... suasana pun sejukk.. nak mandi semua menggigil



Akhirnya selesai satu part dah dapat rumah yang selesa.. memang kami tidur nyenyak sesangat malam tu.... memang terasa kesejukkan yang teramat sangatlah kat cameron highland tu.. sampaikan jenuh pujuk amir soh mandi, amir tak nak mandi.. nasib baiklah ade air panas.. barulah lega dah mandi baru selesa nak tidur....

Anak² buah pulak sambung turun pergi pasar kat bawah apartment tu jer.. memang besar sesangat² pasar tu.. macam pasar malam.. dia bukak daripada tengahari sampailah kemalam.... 

Ok nanti sambung cerita lagi tau.. ada part yang mendebarkan sesangat² esoknya masa kami berjalan untuk shopping sebelum balik huhuhuhu.. satu pengalaman, pengajaran yang sememangnya takkan dilupakan sampai bile².... sandarkan pada kenangan ;p


Semalam Dalam Sejarah

Gambar ihsan google jer......

Assalamualaikummm Semua....

Nampak tak gambar kunci tu.. huhuhu... semalam memang dalam sejarah dibuatnya.. kunci rumah tertinggal kat dalam rumah... Inilah akibatnya kalau kunci rumah memang jarang bawak sebab selalu balik keje memang hubby dah ade dekat rumah, nak pg kerja pulak memang saya yang keluar dulu.. dah memang sah² lah hubby yang akan kunci rumah....

Kan semalam ade buat entry hubby ade exam.. dan kebetulan exam pulak petang, nasib baiklah semalam balik lambat siapkan keje.. nak masuk kereta barulah perasan.. ALAMAK!!! Kunci rumah tetringgal.. terus sms hubby.. sms tak berbalas.. maka tahulah saya hubby masih tak keluar lagi dari Dewan exam... tak lama lepas tu hubby balas... tanya kat mana... nasib baiklah ade anak buah yang duduk dekat² kawasan rumah tu ade kunci simpan rumah kami.. tu pun cuma boleh bukak pintu pagar jer.. sebab ade satu lagi kunci dekat grill dia takde simpanan....

Sudahnya kami dua beranak pun melepaklah kat luar borak² dengan jiran tetangga sampailah tibe² hujan lebat.. kami masih lagi tunggu ayah kat luar rumah.. nasib baiklah kat luar rumah tu ade tempat berteduh sekarang ni.. kalau tak mau kesejukkan kami dua beranak.... amir pun dah mule merengek² asyik tanya.. mane ayah ni lambatnya.. napa ibu tak bawak kunci... jenuh ibu kene terangkan... sadisnya rasa... dekat pukul 7.00ptg barulah ayah sampai.. dan barulah kami masuk rumah.. nasib baiklah... hubby tak membebel hihihihihi....

Hari ni pagi² dah ambil kunci rumah siap² masukkan dalam handbeg, padehal hari ni hubby ade jer dekat rumah dah tak exam pun hihihihi... pengajarannya.. pastikan sebelum keluar rumah kunci rumah dah masukkan siap dalam handbeg (^__^)v

Khamis, 15 Disember 2011

GooD LucK BuaT AyaH

Assalamualaikum..... Semua....

Lambat sikit update cerita hari ini, pagi² dah kene masuk mesyuarat sampailah dah nak ke tengahari ni... 2 mesyuarat pulak tu.. memang tadah telinga jerlah dengar bebelan hihihihi.....

Oklah keje memang kene buat macam biaserkan.. inikan sumber rezki.. jadi nak taknak kenelah jugak buat macam biasa.... yang penting habis mesyuarat dapat makan percuma.. jadi tak payahlah nak pening² pikir nak makan apa tengahari ni.. nak makan kat mane... layankan jer menu yang dah tersedia tu....

Hari ni.. hari kedua hubby exam.. semalam pun sama jugak exam katanya susah.. biaserlah dah tambah semester mestilah lagi susahkan... moga hubby dapat jawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang amin... Bukan apa sebenarnya bile hubby belajar ni memanglah masa kami bertiga akan terhad.. jadi kalau dapat masa bersama memang kite orang akan gunakan sebaik mungkin sebab tu selalu cakap dekat amir.. amir pun mesti belajar kat sekolah rajin² macam ayah.. nanti barulah pandai.... memang selalu bagi inspirasi kat dia... 

Keluarga kecil kami... harap daripada kecil ini akan membesarlah nanti 
-Amin-

Rabu, 14 Disember 2011

Mandi Manda Di Lostworld Tambun (^__^)v

Assalamualaikummm Semua....

Ok sambung cerita.. lepas hentian Rawang kami pun meneruskan perjalanan ke Lostworld Tambun sebab budak² pun dah tak sabar nak terjun mandi... perjalanan lebih kurang 2 jam, maklumlah tak pernah sampai lagikan.. elok lepas tol amir pulak buang air besar jadi kenelah singgah hentian lepas tol tu dulu... dah basuh barulah selesa terus sambung perjalanan tak jauh pun memang nampak signboard tu kalau lalu highway...

Bile sampai jer terus parking kereta. maklumlah hujung minggu pukul 11.00pagi kami sampai kereta pun dah penuh tau... budak² tukar baju siap² senang nani kat dalam tak payahlah nak tukar baju lagi... bagi makan, minum semua.. maklum jerlah makanan kat dalam tu semuanya mahal... kami siap seludup makanan dengan jajan² kat dalam handbeg, sebab handbeg dia tak cek.. dia cek beg yg ade isi baju jer....


 Possing dulu sebelum masukkk... besarnya kucing tu..  amir pun dah tukar baju, siap sedia untu terus terjun....... 



 Amir dengan ayah beratur nak membeli tiket opss.... tiket ker??? harga tiket jangan terkejut yer tengokk mmg mahal.. tapi main kat dalam tu memang puashati... lagipun sebelum balik boleh tebus RM10.00 Jadi harga tiket macam ada diskaunlah kiranya....

Dewasa RM 55.00
Kanak² RM 48.00

Amir pun dah kene bayar tau sebab dah melebihi ketinggian untuk PERCUMA... 
Kalau kanak² yang masih bawah 2 tahun kebanyakkannya PERCUMA.....



 Mula² beratur dengan ayah konon nak beli tiket.. sebab lama sanagt menunggu amir tengok plan pulak.. macam paham jerlah kan baca plan tu hihihihihi......



Akhirnya dapat jugak gelang ni.... jangan hilangkan tau.. orang kaunter tu siap pesan, nanti nak balik pulang dulu boleh tebus RM10.00 setiap satu.... kalau hilang bayar RM 50.00 tak berbaloiii oooooo mahal tu.....



Sakan mandi-manda.. sampai lupa nak ambil sangat gambar kat dalam tu.. tapi memang bestlah puashati sangat dapat mandi, lagipun badan basah pun boleh main indoor game tau... cume kene tukar token dulu satu oken RM2.00 token tu untuk main game yang dapat hadiah macam bear ker... ape² jerlah cenderhati...

Sakan amir mandi sampai tak nak naik dah dekat pukul 3.00petang pun masih nak mandi lagi.... bile dah ibu ni bising barulah dia nak naik makan. sebab tengok dia dah mengigil kesejukkan tapi masih jugak nak berendam lagi.... mmenu tengahari tu beli jugaklah kat dalam tu.. walaupun mahal.. dah laparkan sedapp jugak.. semua pun habis licin daripada nasi ayam, mee goreng, rmee rojak dll.. air mineral jer....

Lepas tu sambung balik berendam dah penat barulah dia nak tukar baju.. lepas tu minum susu terus tidur.... tak dapatlah nak join sesi fotografi dengan family huhuhuhu.... sebab ayah terus bawak amir ke kereta.. tak larat dah nak dokong... jadi kami tunggu jerlah family yang lain datang.. kami pun tido dulu dalam kereta hihihihihi......

Lebih kurang pukul 4.30ptg barulah kami keluar bergerak nak ke homestay... kununnya dekat ipoh.. hati macam tak sedapp jer.. nak tido kat homestay kawasan ipoh ni... patutlah hati tak senang memang rumah yang dia bagi tak best pun.... sudahnya memang kami tak tdur kat ipoh.. kami sambung perjalanan terus Ke Cameron Highland petang tu jugak.. nasib baiklah homestay tu tak bayar lagi..... nanti kite sambung cerita perjalanan kami ke Cameron Highland yer.. tungguuuuuuuuuuuuuuu


sempat possing singgah di kedai limau bali dekat simpang pulai sebelum naik ke Cameron.....
dulu kedai² ni papan jer tau.. atap nipah lagi.. sekarang dah banyak berubah.. banyak kemajuan....
baru jer berhenti kereta dah berduyun amoi² berdiri kat pintu kedai masing² sambut kite orang hihihihi......


DuLu KaWaN BAiK KiNi ADiK iPAR

Assalamualaikummm Semua.....

Selamat petang, minum apa petang ni.... kami makan pelam cicah dengan kicap nyum².. memang sedappnya hingga menilat jari.... yang sebenarnya teringin sangat nak makan nenas cicah kicap dengan cili padi letak gula sikit.. tak dapat nanas dapat pelam pun ok kot.. janji masam² hihihihihi... (^___^)v

Oklah berbalik pada tajuk tu.. hari ini hari yang istimewa buat adik ipar saya sebab ulang tahun kelahirannya. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini.. semoga dipanjang umur, dimurahkan rezki dan dikurniakan jodoh yang baik amin...

Adik ipar saya ni merangkap sahabat, kawan baik daripada kecik sampailah sekolah rendah dan sekarang ni dah jadi adik ipar pun.... cume sekolah menengah jer kami tak sama.. sebab dia sekolah agama, saya pulak sekolah menegah biasa jer.... tak sangka pulak dulu kawan kini jadi adik ipar.. jodoh pertemuan ditangan Allah kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan... ;p



Gambar ini ambil masa raya hari tu... so sweetkan.. amir dan mak cik zura.....

Kenapa blog kamu ni saya nak baca dari dashboard tak boleh... saya pun tak tahu ape masalahnya... huhuhuhu sedangkan saya dah follow kamu.. sejak tukar alamat blog ni.. memang tak boleh nak baca daripada dashboard tu... terpaksalah saya tengok daripada alamat yang ade ni hihihihi.. selamat berblog.. dunia baru yang indah untuk diceburi.. segala² boleh diluahkan disitu... (^___^)v. 




PERCUTIAN 2 HARi 1 MALAM

Assalamualaikummm Semua.....

Alhamdulillah dipanjang usia dan berdoa semoga sentiasa dimurahkan rezki amin.... cuti sekolah yang panjang bulan disember ni kemana agak²nya tempat yang sesuai bercuti.... anak pun x sekolah lagi saya ni sibuk pulak cuti sekolah nak bercuti, anak mmg x sekolah lagi.. tp suami mengajar kat sekolah hihihihi..... kire cuti sekolah barulah dia cuti panjang.... cume bulan disember ni pulak saya yang sibuk tutup akaun hujung tahunkan.. cuti memang dibekukan... huhuhuhuhu......

Isnin minggu lepas saya cuti sebab pengasuh amir pun mintak cuti ade urusan nak diselesaikan.... Lama tak bawak amir jalan² mandi², oleh kerana akak² ipar semua nak bawak anak² ke Lost World, Tambun sebab dah jemu mandi kat Wetworld, Shah Alam kami pun ikutlah sekali, amirlah paling suka dapat mandi-manda.... jumpe sepupu² semua....

Awal pagi dalam pukul 6.30pagi kami dah keluar rumah, masing² muka pun masih mengantuk... kite, hubby, amir, 2 adk ipar dengan anak buah suami satu kereta dengan kami. kite 5.30pagi dah bangun, goreng naget, panaskan kuah spagethi.... bekalan memang wajib bawak perjalanan jauhkan... 2 kereta bergerak dari rumah dan berhenti dihentian Rawang untuk tunggu 1 lagi kereta akak ipar.. jadi semuanya ada 3 kereta....


sampai dekat hentian Rawang ramai sangat orang, amir dah nampak playground terus jer nak main... tengok tu.. pakai baju tido lagi hihihi.....


Ok nanti sambung cerita lagi yer... kami dah sampai dan mandi-manda di LostWorld, Tambun pulak. 


Selasa, 13 Disember 2011

Berkhatan Ramai² Secara Percuma

Assalamualaikumm Semua....

Hujung minggu baru ni dekat kampung saya ada sesi berkhatan beramai² secara percuma.... meriahkan tgk budak² macam ni... selalunya aktiviti ni masa musim cuti sekolah jer....

Dalam ramai² tu anak buah suami pun ade yang berkhatan, percumakan sapa xnak.. majlis ni sekali dengan pengedaran borang bantuan yang dapat rm 500 tu... jadi tak payahlah penduduk susah² nak beratur pergi LHDN hihihihihi... boleh ambil masa tu jer.....

 Bdk² beramai² sedang bersiram sebelum berkhatan...



Siap ade kereta bomba lagi datang siram mereka.... jadi tak payahlah nak berendam dalam sungaikan macam dulu² hihihihihihi.... ;p


Mane amir?? amirlah yang sibuk nak tengok kereta bomba ni.. tapi lepas dah sampai asyik pegang kain ibu jer takut, sebab ibu sakat dia.. soh khatan sekali .. marah betul dia masa ni.. memang xnak jalan sendri.. jalan pun asyik nak pegang seluar ibu jer... ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...