♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 20 Jun 2013

Cara Mudah Kenal Huruf Dan Belajar Menulis



Tajuk tak menahankan, skema habis.. kalah cikgu² menulis kat papan putih hihihihihi ..... okk hari ni bukanlah saya nak mengajar sangat pun, ini cuma berdasarkan pengalaman saya .. dan tips yang cikgu tadika amir bagi tahu kat saya macam mana amir kenal huruf, sebab saya bagi tahu kat cikgu tadika masalah amir yang confius ni ....

Jujur saya akui, amirkan dia susah nak kenal huruf, dia macam confius gitu ... tapi nombor dia mudah kenal kami ajar 1 - 10 tanpa confius dia senang paham, dan sekarang kalau baca sampai nombor 50 dia ok.. walaupun kadang² tetiba dia confius 34 jadi 43 di sebutnya hahahahah ..... cuma dia tak percaya nombor sebelum 1 ialah 0, dia akan kata mana ada nombor sebelum tu hahahaha.......



Tipsnya mudahnya sahaja nak mengajar anak kenal huruf dan kene sekali pandai menulis huruf ni .... 

  • Dengarkan lagu² A,B,C sampai Z ... rasanya lagu ABC ni memang popular ada satu versi jer.. oleh ajar dengar lagu ni dengan kerap dari umur setahun lagi.

  • Bila anak dah mula dan biasa dengar huruf mesti dia lebih teruja kalau korang belikan gambar²,dan huruf².. lepas tu korang tampal kat dinding ... bagi dia cam huruf² tu... sambil menyanyi dan sambil tunjuk.

  • Lepas dah pandai 2 langkah kat atas ni... mulakan pulak dengan kertas kosong dan pensil, ajar dia menulis.... anak akan menyanyi sambil menulis.

  • Janganlah buat sekali sahaja.... harap anak nak berjaya yer... buat setiap hari, kalau tak boleh setiap hari .. buat bila ada masa terluang .. janji buat .... insyaallah berkesan.

  • Alhamdulillah memang berkesan kaedah menyanyi sambil menulis tu .. kalau anak saya boleh.. anak korang pun mesti boleh .. sebab anak korang lebih bijak, nak korang pun mesti lebih banyak masa dengan anak²kan.....

Sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja, insyaallah.. usaha tangga kejayaan.. jadi jangan sedih² kalau anak tak kenal huruf lagi, kita sebagai ibu kene usaha cari cara penyelesaiannya..... biar lambat .. janji dia tahu .. janji lepas ni dia lebih rajin kan.



Terima kasih cikgu ain, sebab mengajar amir kenal huruf ....



Sekarang dalam usaha unuk mengajar amir belajar membaca dengan lancar, amir kalau setakat 2 suku kata dia ok.. contoh saya, buku, bola, mata, satu, tiga semua pun dia alhamdulillah dah ok... tapi bila masuk part kene jadikan dam, jam, pam, bot, tong, ting, yang dia confius nak sebut bunyi m dan t kat belakang tu... apatah lagi bunyi tong, ting dan yang tu huhuhuhu .....




Bicara Hati : Moga diterangilah hati amir untuk mudah menerima ilmu .. amin...




 

Rabu, 19 Jun 2013

Peria Goreng Udang Sedap Dan Tak Pahit





Sejak kali pertama masak hubby suka makan, jadi bolehlah masak lagi hihihihi..... kalau ada udang memang sedapp .. kalau dengan telur tak tahulah hubby nak makan tidak ... sebab belum pernah cuba ...

Resepi google jer.... petua kalau tak nak peria rasa pahit sangat masa dimasak, lepas kupas gaulkan dengan sedikit garam kasar.. dan biarkan.. lepas tu barulah basuh ... insyaallah tidaklah peria tu terlalu pahit .. jadi bila masak dengan udang macam ni memang sedap sangatlah ... 

Lain kali nak cuba dengan sotong okk jugak kot kan... Orang kata pahit itu ubat, makanan dalaman untuk kesihatan ... mula² jer rasa pahit, kalau dah selalu okk ...



Bicara Hati : Lamanya tak makan ulam pucuk betik, pokok betik rumah mak pun dah takda achaner tu .. hahahahha.....















Uniform Saya Di Tadika



Ni kisah pagi tadi sebenarnya, hadoilah hari ni .. meeting penuh seharian grrrr redhooo pasrah .. tadah telinga jerlah... Amir hari ni ada rombongan naik komuter yeahaaa... yehaaaaa ... suka kemain lagi anak bujang tu.. dan balik nanti pasrah lah ibu kene dengar cerita amir pulak (^___^)v

Ini kali kedua amir naik komuter ikut rombongan dengan pihak tadika, tahun lepas pun ada join jugak .. walaupun amir lambat masuk .. yang sebenarnya tahun lepas dapat join sebab pihak tadika buat rombongan ni lambat sikit.. dari jadual asal mereka .. itu yang dapat join.. kalau tak jangan haraplah.....

Jom layankan gambar budak bersemangat nak ketadika dan join rombongan hihihihihi ....


Bila ada rombongan kenelah pakai kasut, kalau tak pergi tadika pakai selipar jer haahahaha....




Ala.. jangan lah amik gambar dekat ibu .. gigi amir tak cantik, takpa... gigi tak payahlah senyum besar ibu kata... kan.. rambut dah pendek.. hensemlah anak ibu .. pantang kene puji terus cair hahahaha ....



Malam tadi macam biasalah, kalau beria nak kesatu² tempat mata amir tu payah sangat nak tutup .. semangat nak berjalan lah katakan hihihihihi ..... kadang² buat saya gelihati pulak, siap pesan.. ibu jangan lupa stokin yer.. kasut ... nanti kalau tak pakai amir tak boleh naik komuter cikgu kata..;p

Nak harapkan ibu dan ayah bawak naik komuter sampai ke kali kedua amir dapat naik komuter dengan cikgu tadika ibu tak bawak² eh, amir janganlah majuk .. pergi dengan kawan² lagi seronokkan.. nanti kita pergi sama² naik komuter yer... sayang amir .... 




Bicara Hati : ibu yang lupa hari ni ada sesi fotografi kat opis, balik tengahari tadi tukar baju .. grrrrrr ... terpaksa.. arahan bos .. pasrah.






Men of Steel Kat Kampung Saya



Gelak saya dibuatnya, hujung minggu baru² ni bila.. kami balik kampung dan kebetulan sepupu² amir pun datang rumah mak mertua .... 

Amir yang tak sudah² melaram baju superman dia.. memang menjadi perhatianlah, korang jangan tak tahu .. ni baju daripada pagi kami datang sampailah ke petang nak balik .. jenuh pujuk .. barulah nak mandi tau... dan tukar baju ... saboo jerlah dibuatnya, kalau dah dia suka .. memang macam tu lah.. jadi selagi tak jemu .. dia akan pakai .. habis basuh pun esok pagi dia tanya lagi .. nak pakai balik.

Dialog² spontan yang saya saja karang, bukan mereka yang cakap pun ... tapi adalah sikit² lebih kurang mereka bualkan, mencui hati saya .. dan spontan saya amik gambar ni .. yang kebetulan tengah pegang kamera.
















Sebab nak cepat balik petang tu, nak pergi potong rambut amir, sudahnya baju ni tercicir kat bilik air mak mertua .. lupa bawak balik .. bila semalam amir tanya nak pakai, saya cakap tertinggal kat kampung dah mengamuk².. ajak balik kampung nak amik ... sudahnya pujuk saikooo logi sikit.. barulah dia ok.... pingsan ibu kalau pujuk tak berkesan tau ... ayat paling tak menahan .. 'kan amir kata tak nak mandi .. kan dah tertinggal baju amir' huhuhuhuhu .....



Bicara Hati : Amir kalau suruh possing memang suka, tapi bila mood dia oklah .. kalau tak okk.. korang jangan haraplah ... 






Selasa, 18 Jun 2013

Beruntungnya ada yang sudi memberi





Bila mood aku tengah ke laut utara, tengah dan selatan .. melayang² tak tentu hala hormon redhoo dan pasrah jerlah ... hubby dan amir kat rumah nak makan apa kikikikiki ....

Dan ² mujurnya bila mood tengah tak tentu hala macam ni, ting tong .. ting tong .. bunyi loceng anak buah hubby hantar makanan .. hahahahaha .. memang senyum lebar lah masa tu dibuatnya.

Tu dia .. nasi ayam satu tupperware akak ipar hantar panas lagi, ayam tu .. tak sempatlah nak masuk pinggan memasing dah ratah yer... dan sudahnya apa pulak yang nak ku balas ni nanti, pulangkan bekas sahaja malu .. huhuhuhu .... itu belum lagi pinggan mek sebelah sudah bertimbun dirumah, idea².. juadah apa mahu masak.... nampaknya ramadhan kali ni akan lebih gigih memulangkan pinggan² sedia ada.




Bicara Hati : mengantuknya ... sudah nampak dua segala benda di depan mata huhuhuhu.....






Berjaga ² isu jerebu demi kesihatan diri







PETALING JAYA: Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah teruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang.


Kualiti udara di enam kawasan di semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan hanya tiga kawasan pada Sabtu.


Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka (161), Bukit Rambai (135), Pelabuhan Klang (104), Port Dickson (120), Muar (125) dan Kemaman (108).


Bagaimanapun, kualiti udara di kebanyakan tempat lain di negara ini berada pada tahap baik dan sederhana.
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Di Melaka, bacaan IPU meningkat daripada 68 kepada 161 sejak tiga hari lalu, bacaan tertinggi direkodkan di negara ini.


Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata beberapa titik panas dikesan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean di Sumatra, Indonesia telah meningkat daripada 46 kepada 101 pada Sabtu.


Beliau menjelaskan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung yang bermula pada awal Jun.


"Sekiranya titik panas terus meningkat dan arah angin kekal seperti ini, situasi mungkin menjadi lebih teruk," katanya.
Halimah berkata, jerebu merupakan isu trans-sempadan yang memerlukan kerjasama oleh Malaysia, Brunie, Singapura, Thailand dan Indonesia menerusi Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.


"Kesemua menteri dijadualkan akan bertemu di Kuala Lumpur pada Ogos untuk membincangkan pelan tindakan bagi menangani masalah itu," katanya.


Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin Monsun Barat Daya yang berakhir hingga September dijangka menyebabkan cuaca panas dengan ribut petir sekali sekala pada sebelah petang.


Suhu dijangka meningkat antara 34°C dan 36°C sepanjang tempoh itu dengan beberapa kawasan di bandar menjadi lebih panas kerana kekurangan persekitaran yang hijau.


"Ketika cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihatkan supaya minum lebih banyak air dan mengelak terdedah kepada cahaya matahari," kata jurucakap itu.


Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menasihati rakyat supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah.


"Kami sedang memantau situasi dan akan mengeluarkan nasihat sewajarnya berdasarkan tahap kualiti udara.


"Buat masa ini, orang ramai, terutama yang mempunyai masalah penafasan perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti luaran," katanya.









Bicara Hati : nampaknya area pelabuhan klang dan jalan menghala balik rumah di johan setia memang teruklah .. harap sangat hujan turun, kurang sikit jerebu ni....





Jerebu Makin Teruk



Pagi tadi masa nak pergi kerja, ya allah jerebu teruknya... lagi teruk daripada biasa.. sampaikan amir mengadu .. malam lagi ke ibu .. gelapnya .. awalnya ibu keluar rumah hari ni. Sedangkan jam menunjukkan pukul 6.58 pagi .... dah hampir pukul 7.00 pagi.

Dah 2 hari rasanya dengar berita kat radio kawasan tempat kami adalah antara kawasan yang paling teruk jerebu, kalau boleh elakkan lah anak² main kat luar rumah, pagi tadi amir ngadu sakit tekak, mata kiri dia pulak macam bengkak bangun tidur ni .. tak tahulah kenapa.. bila saya tanya sakit tak?? amir kata tak sakit.. tapi asyik nak nangis jer.. (merujuk air mata keluar)


Tak sempat nak sambungkan link indeks sorry.... kalau tulisan kecik.



Ini gambar pagi tadi sempat amir dan saya ambil huhuhuhu .. seyes macam dah naik cameron highland pulak .. ada jerebu macam ni hihihihi ...



Bicara Hati : Ya allah lindungilah kami daripada bala bencana ....




Disebalik Tabir Sambutan Hari Lahir Amir Di Tadika



  • Malam sebelum tidur dah pesan kat amir dah suruh tidur awal... esok pagi nak sambut besday dengan kawan² kat tadika, amir macam biasalah .. dia kalau teruja ni .. mulalah ayat tak boleh nak tidur dia tu keluar kikikikiki .. tapi nasib baiklah tak lama tu dia lelap.. lepas tutup semua lampu.

  • Hubby malam tu tidur awal, tak sempat nak mintak tolong printkan sticker amir huhuhu.. nasib baiklah ada kawan opis boleh buatkan .. untuk lekat sticker kat godies amir, walaupun gambar spiderman.. jadilah .. janji tema merah biru....



  • Dalam perjalanan nak ketadika amir tetiba muntah, haduhhh.... amir kadang² waktu pagi memang macam ni .. tapi tak sangka pulak .. dia nak muntah pagi tu .. tanpa bagi tahu .. selalunya sempat ibu berhenti .. amir akan muntah kat luar kereta, dah selambak.. penuh kat baju dan kat kerusi... ligat pikir nak buat macam mana... nasib baiklah ada kawan yang anak sama tadika dengan amir, jadi pinjamlah baju anak kawan tu.. sempat lagi bukak name taq huhuhuhu .... Selesai masalah, kalau tak dah pikir nak balik jer... cuti EL lah nampaknya.

  • Sempat mintak tolong cikgu tadika deko / gantungkan kad untuk happy birthday 5th amir hazim, sudahnya dengan kita sekali tolong gantung deko tu kikikiki .... sebab cikgu pun nak sambut kedatangan murid ke tadika. Tapi .. bila datang lagi .. macam nampak rendah sangatlah pulak ayat 5th amir hazim tu .. jatuh agaknya tadi ... sebelum sampai ...

  • Orang yang buat tempahan kek amir dah sampai opis, memang dah janji dia akan hantar kek amir kat opis 9.30 pagi sebab saya akan hantar ke tadika amir pukul 10.00 pagi, jamuan lebih kurang macam tulah waktu budak² sarapan pagi. Teruja nak tengok kek amir .. sekali kek amir renyukk sikit kat bahagian nama .. alahai dugaan betul dibuatnya... akak tu kata takpa bayar ½ harga jer, saya tak menyampai hati lah pulak .. sebab dia pun cari rezeki susah payah hantar ke opis, takpalah saya bayar penuh juga, walaupun hati sedih sikit sebenarnya...



  • Hubby sms kata ada kelas tak boleh datang tadika, alahai sedihnya.. takda sapa .. nak ganti agaknya.. tu kita hangkut kawan kita tu .. sekali hubby sms lagi sekali tanya kat mana?? dia kata dah sampai kat tadika amir .. haru .. saya masa tu tengah bercakap dengan bos .. tak gerak keluar opis pun lagi ... lintang pukang mintak izin bos nak keluar kejap kakakaka .... itulah allah kata kita hanya merancang .. allah jua yang menentukan.

  • Ustaz yang sepatutnya bacakan doa untuk amir hari tu tiba² balik rumah pulak, haihhh nak mandi katanya.. dari pagi tak mandi .. nak tukar baju .. sabar jerlah.. sudahnya.. ustaz lain yang bacakan doa .. alhamdulillah .. majlis selesai .. saya nak balik barulah ustaz yang sepatutnya bacakan doa sampai .. sabo jelah...


Apapun semuanya dah selesai ... alhamdulillah, terima kasih sangat² pihak tadika yang banyak membantu .. maklumlah ini kali pertama buatkan.. memang banyaklah kurangnya .... semuanya pun dari kelemahan diri saya, janji amir gembira ibu.. dah suka (^_____^)v



Bicara Hati : Pagi tu sempat buat spageti goreng dan cekodok jagung, cikgu² kat spageti goreng tu manis sikit.. memang saja masak ikut selera budak² tu yang tak pedas.. tapi takdalah pulak rasanya manis.. hahahaha .. sebab tuan yang masak ni memang manis.. perasan².



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...