♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 9 September 2013

Raya Dah habis ..



Raya dah habis dah .. tapi minggu ni jadual kami masih penuh lagi huhuhuhuhu .. kenduri kendara .. sana sini, baik majlis kawin, kenduri kesyukuran nak pergi haji dan aqiqah ... semua pun dah bermula .. minggu depan pulak sepupu bertunang .. kebetulan kan isnin 16 Sept cuti . Fuhhhh jadual penuhhh .. kalah menteri ... gegegegegege .. poyo jerkan. Lepas tu kengkawan tanya bila nak open house.. takda maknanya nak open² house.. kalau ada nak datang bagi tahu jer.. saya rogerrr jer.... ;p


Gambar takda kaitan, anak bertuah - haihhhhh anak bertuah ... ini kerjaannya pantang jumpe kotak yang dia muat masuk ... pingsan ibu........ kalau ada 5 orang macam ni.



Bicara Hati : Tiada istilah monday blues, audit nak masuk seminggu lagi gegegegegege ... 










Jumaat, 6 September 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita





Takda lagi koleksi buku ni, tapi kata² semangat pada tajuk tu ... begitu mendalam maksudnya ... allah sentiasa menguji hambanya .. terpulanglah pada hambanya mampu atau tidak menghadapi .. tapi janganlah sampai mengeluh .. percayalah Allah takkan menguji hambanya .. jika hambanya tidak mampu menghadapi ujian itu.


Salam Akhir Syawal .. Salam Hari Jumaat .... Selamat Bercuti Di Hujung Minggu


(^______^)v










Cuak !!!



Korang pagi² nak cepat, tiba² jadi sesuatu yang tak di duga, korang rasa cuak tak?? cuak apa eh?? dia rasa macam nak kata panik .. nak kata blur .. macam tulah .. pastu buat muka macam elik eh².. napa ni .. napa ni... hah!! macam tu lah.

Cuak !!! berdebar² ... tetiba bila lepas hantar amir kereta tiba² tak boleh masukkan gear, jangan buat pasal pagi² wehhhh .... baru berusia 4 tahun ... takkan dah buat hal kot kan ... pingsan kang, jangan macam² hal.

Dua kali jugaklah matikan enjin dan start kereta balik .. masih sama gear tak boleh masuk .. tak boleh gerak² mengeras semacam kat tempat P, langsung tak boleh digerakkan huhuhuhuhu .... Amir pulak dah melambai² ... babai kat pintu masuk tadika, mesti dia pun pelik asl lah saya tak jalan² kereta lain pun nak masuk. Selawatttttttt panjang, istigfar jap dalam kereta sambil senyum dekat amir kat luar.



Akhirnya dia boleh jugak bergerak balik, tak tahulah kenapa yer jadi macam tu??? maklumlah tak tahu sangat pasal kereta ni .. main bawak jer.... jangan macam² hal kereta ni masa saya tengah bawak sudahlahkan...



Bicara Hati : Hari ni hari terakhir syawal .... 






Khamis, 5 September 2013

Cara Masak Mertabak Maggie



Pepagi dah bagi resepi, poyooo jerkan ..... yang sebenarnya cpu rosakkkkk huhuhuhuhu .. ni entry yang dah siap draft ... buat kerja pun tumpang meja sebelah.. sambil² tu bukak blog jap ... kata blogger tegar hihihihihihi.. sehari haruslah ada satu entry kan... takda entry macam tak bestt jer...

Resepi mertabak maggie , simple ikut citarasa tekak masing².. macam saya ni .. saya ikut bahan² yang ada kat rumah jer.. hihihihihihi .... 

Sebab tajuk dia cara-cara masak mertabak maggie .. jadi saya tunjukkan satu persatu eh, walaupun ada skipnya jugak .. tak sempat nak amik gambar hahahaha ... tak biasa buat haihh nak masak amik gambar gini.. tapi demi kawan² yang nak mencuba saya gigihkan diri tau .. jadi .. nanti jangan lupa cuba.. tau .. tau.... okkk fine ada yang tak makan maggie... jadi tak semestinya pakai maggie kari yang ni boleh pakai maggi tanpa perasa / yee mee jugak dan serbuk kari ikan. Senangkan ... jangan rumitkan sesuatu .. kalau teringin nak makan ikut citarasa tekak sendiri. wiwiwiwiwi (^__^)v

Bahan² yang saya gunakan :

Maggie kari
1 Keping Daging Burger
1 Bawang besar
1 Bawang Putih 
2 Batang Cili Padi
3 Biji Telur , Kalau nak kurang / Lebih pun boleh ikut sukati
Mayonis (takda dalam gambar, tak letak pun takpa)


Cincangkan daging burger, potong dadu bawang merah, bawang putih dan cili



Masukkan telur .. pukul gunakan sudu garpu bagi sebati



Akhir sekali masukkan maggie (pastikan maggie direndam dulu dengan air panas ... dan toskan dia bila dah kembang) dan akhir sekali masukkan serbuk perencanh maggie kari.. ikut citarasa nak banyak atau sikit.. saya masukkan semua.. kemudia tak letak garam atau gula pun.. sebab pada tekak saya perencah tu dah memadai. Akhir sekali masukkan mayonis sesudu .. supaya mertabak akan lebih gebuu dan sedapppp ....



Taraaaaaaaaaaaa inilah hasilnya saya buat besar dapatlah 2 keping. Potong siap².. senang nak makan ... masa ramadhan baru ni saya buat kat rumah, amir ingatkan ayah beli kat pasar .. dia kata tak sedappp (padahal tak makan lagi) sekali dah rasa.. barulah dia cakap sedap kikikikikiki .... sedapplah ibu buat, kan....  buat sendiri lagi puas hati.



Gebuuuuu bila di potong, sorry kamera tak berapa nak cantik gambarnya.. bila zoooommmm dah macam telur dadar pulak kikikikiki ...;p


SELAMAT MENCUBA, SEKALI CUBA .. MESTI NAK BUAT LAGI .. DAN LAGI .. DAN LAGI...



Bicara Hati : Senang Dimasak .. Sedapp dimakan hahahaha ....

Rabu, 4 September 2013

Kologen EPHYRA





1. Kolagen Ikan Laut Dalam
Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
Mengembalikan keremajaan kulit anda
Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
Mengandungi banyak vitamin A dan C
Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.


Bicara Hati : Jatuh cinta dengan produk ni dah mula minum.. hari ni masuk 6 hari .. seyes nampak perubahannya.... nanti saya kongsikan yer, ada ke yang nak tahu .. ishhh malu pulak nak kongsikan sebab baru lagi cuba ... tapi seyes terbaikkkkkkkkkkkkkkkk (^______^)v







Selasa, 3 September 2013

Cara Menasihati Anak



Cara menasihati anak², sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa.. tapi suka baca kata² di fb ibubapa cemerlang ni .. sebenarnya ni kata² semangat dan inspirsai buat diri saya jugak .. jadi saya kongsikan di blog ... saya tahu ramai kawan² blog yang baca blog saya pun sudah punya anak²kan.. dan ramai buntu cara sesuai bila kita menghadapi situasi anak² seperti kata² di bawah.



Setuju sangat² dengan kata² kat atas ni, dalam zaman yang moden macam sekarang ni nak.. membesarkan anak² memang banyaklah peranan saikologi kita perlu terapkan... anak² perlukan penerangan daripada kita kalau sesuatu yang di mahukan kita tak boleh tunaikan. Tapi dulu ... kalau koooo orang mintak sesuatu dgn mak abah korang .. dia tak bagi .. jangan kata nak menangis .. nak hentak² kaki pun takut.. silap² air mata jer mengalir tau .. tak berani nak seduuu .. memang takutkan. Tapi kita pun paham ... dulu mak abah susah, tapi bila dengan anak² sekarang lain .. kita kene terangkan satu persatu .. alhamdulillah .. AMIR anak yang baik kalau saya dah bagi tahu awal².. dia jarang protes... kecuali kita tak bagi tahu awal².. atau bercakap marah dengan dia depan orang ramai .. dia memang akan protes .. sebab anak² pun ada maruah dan tahu malukan.




Tunjukkan sikap yang positif pada anak² .. saya akui, saya pun manusia biasa sahaja .. punya kelemahan, bukanlah nak hipokrik dengan anak².. tapi sejujurnya bila kita buat baik depan anak².. anak² pun akan ikut peragai yang baik jugak .. sebab anak² alah cermin diri ibu bapanya .. jangan sampai kita tersilap didik .. persekitaran sekeliling itu penting .... lagi² bila saya bekerja .. tumpuan pada anak hanya selepas waktu kerja dan waktu hujung minggu sedangkan 5 hari 8 jam sehari waktu amir banyak di tadika dan taska .. sebab tu saya pilih tadika dan taska amir yang ada ciri² islamik .. saya harap sangat persekitaran yang baik buat dia.. akan memberi tumbesaran yang baik juga buat dia.


Sumber : FB Ibubapa Cemerlang






Colgate Pilihan Kami - Segar , Putih & Menyegarkan



Aktiviti wajib bangun tidur dan sebelum tidur .. apatah lagi waktu nak solat ... rasa tak selesa kalau tak buat (^^,) 

Rasa sangat segar kalau dapat lakukannya hihihihihihi .... 


 Pilihan terbaru saya dan hubby sekarang, gigi nampak lebih putih selain rasanya yang tidak terlalu pedas dan menyegarkan... harga di speedmart lebih murah berbanding harga di tempat lain.



Kodomo Pilihan amir, daripada dia mula belajar berus gigi lagi .. masa umur 2 tahun rasanya .. dia suka jenama kodomo berbanding jenama yang lain ... dan perisa pilihan mestilah strawbery hihihihihihi .. rasa masam manis dia pakej .. sesuailah untuk umur baya amir ni.



Bicara Hati : Apalah ertinya muka putih, tapi bila senyum gigi hitam dan kuning gegegegege .. putus selera nak makan.






Isnin, 2 September 2013

2 Malam 2 Hari Jadual Penuh


Rasanya hujung minggu baru ni bersamaan dengan hari merdeka dan 1 Sept bulan baru jadual palingggggg penuhhh dalam kemeriahan raya tahun ni, memandangkan ini minggu terakhir.. memang banyaklah jemputan sana sini ... walaupun tak semua jemputan tak dapat di hadiri .. tapi kenelah hadiri jugak kalau kawan yang terdekat kan ... 

Bermula pada hari jumaat petang malam sabtu.. balik daripada kerja terus bersiap² nak pergi kerumah kawan hubby beraya (open house rumah baru) terus kami solat maghrib disitu ... terkeduuu masuk rumah kawan hubby besarrr sangat tau .. lot kat kampung, seyes jatuh hati .. cantiknnyaaaaaaaa...

Kami sedondon merah hihihihihi .. amir majuk baju merah dia takdak .. dia nak pakai .. bahan dah belikan .. tak sempat nak pergi tempah lagi.






Inilah rumah kawan hubby yang besarrr tu ... rm 300k gegegegege .. pingsan, amir suka sangat nak merasa naik buaian ni .. tahulah kat rumah takda.


Lepas pergi rumah kawan hubby, siap solat .. lepas maghrib kami sambung beraya ke Bukit Kapar pulak .. rumah kawan masa sekolah dulu²... dulu kami sekampung, tapi sekarang mak ateh dah pindah .. jadi kami pun beraya lah kat rumah mak ateh .. tapi sayang gambar dengan ateh tak dak .. uwarrrrrrrrr ...... sudahlah jarang jumpe borak² sakan sampai lupa nak amik gambar dengan tuan rumah, jalan jem gile² nak pergi sana sebab kebetulan malam merdeka kan .. balik pun sama ... sampai rumah pukul 12.30 malam gara² jem teruk roadblock kat setia alam .... takpa yang penting dapat jumpa kawan² terubat rindu .. hilang penat.
 


Ajaq, adik, zura, achik dan along ... ateh .. takda dalam gambar .. jadi tuan tanah kisah hatilah interframe.
Tuan rumah bizi layan tetamu .. dah bila kami berborak .. takkan nak amik gambar pulak, amir layan tab tak sudah²... masuk kereta terus tidur.


Hari sabtu pagi² dah digemparkan dengan ketiadaan air, mujurlah kawasan rumah kami masih ada air cumanya perlahan sahaja .... korang bayangkan basuh baju pagi .. nak tengahari baru siap boleh sidai huhuhuhuhuhu ... sudahlah jadual kami ni 11.30 pagi patutnya dah keluar rumah, lepas jemur baju terus bersiap nak gerak kerumah² jemputan pulak ada 4 buah rumah yang harus di tuju.. pagi tu mertua sempatlah datang rumah amik air... sebab kat kampung langsung takda air daripada petang jumaat.


Sempat possing² kat rumah alang, alahai .. lamanya tak jumpa angah .. kali terakhir jumpa.. masa tengok baby damia lahir.. damia dah besar pun .. 4 bulan sekarang makin bulat dan tembam .... abang aiman (anak angah yang sulung baya amir) alang buat kenduri aqiqah baby dia .. sekali open house... saya pernah ceritakan pasal alang masa pergi berbuka puasa ramadhan baru ni, sorry gambar baby alang tak sempat amik.. tapi sempat jumpa.. baby pakai baju pink² like auntie okkkk hahahahaha ... ;p


Sabtu malam ahad pulak nak pergi jemputan kawin, kakak pada kawan baik saya .. tapi.. tak sempat jumpa pun kawan saya.. tuam rumah bizi huhuhuhuhu .. si bujang saya sibuklah nak melaram pakai baju melayu siap bersampin.. dah macam dia pulak pengantin kikikikiki .. amir² layankan jerlah .. sebab masih raya pun kan.. jadinya ... akdalah rasa janggal kalau kemajlis kawin memalam pakai baju melayu hihihihihihi... 







Seyes malam tu rasa macam nak pingsan, kepenatan tau ... dan kebetulan malam tu tidur rumah mertua .. esok paginya bangun lewat hahaha mujurlah bendera merah berkibaran ... seyes.. penat sampaikan tidur nyenyak tak sedar hapaaa pun ... ;p amir lagilah cuit pun tidak sedar, memang bebetul kepenatan tu .. saya pakaikan stokin sesiap kot takut terkucil kang .. tak memasal jer ....




Ahad pagi, bangun penuh semangat mahu sambung beraya lagi .. sakan kami .. pulun jangan tak pulun .... hari ni 5 rumah kene pergi tau .. gagahkan diri .... ahad tu .. last sekali jiran depan rumah hahahahaha .. penutup.. lepas tu balik terlentang tak larat nak buat apa dah .. sakit kepala .. kena hujan lagi.






Sempat beraya rumah achik jer semalam, sorry sesangat kawan² baraan sekolah tahun ni tak dapat nak menjoinkan diri merasai kemeriahan .... agenda banyak .. jadinya jumpa kat sini jerlah .. lepas tu kamera habis bateri kong, memang buat hal betullah jadi bahan² gelak hahahahaha ... ini jerlah yang sempat di rakam.. yaaaa ampun.. seiap tahun ada jerlah halnya kamera ku itu menjadi bahan gelak.


Fuhhhhh jadual 2 malam 2 hari yang penuh, mujurlah sekarang minum air yang ada tenaga .. jadinya bangun pagi ni memang tak lesu ... (^____^)v


Bicara Hati : Tuan tanah bizi.. bizi .. 70 komen tak sempat nak jejak balik, nanti saya publish eh... nak bw pun sempat baca jer, rabu ni meeitng .. nak siapkan reprt awal².


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...