♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 10 Jun 2014

Giveaway Beads & Pearls June 2014



Macam menarik jer .. macam best jer.. lama dah tak join GA ni .. rasa tetiba macam nak join pulak .... 
Jom ramai² memeriahkan .. manalah tahu ada rezeki menang bolehlah gayakan shawl raya nanti.... klik kat link yang saya kongsikan yer kalau nak join.



http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/2014/06/giveaway-shawls-lace-beads-pearls-june.html

http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/2014/06/giveaway-shawls-lace-beads-pearls-june.html














Kenangan Sukan Tahunan Tabika Kemas Amir Di Kampung




Sebenarnya sukan ni pada 18 mei 2014 hari ahad, gitulah... hari sebelum tu ada gotong royong ... kami ni pertama kali nak join kot .. teruja lah sikit... korang bayangkan .. mana nak pergi gotong royong tabika, mana nak tolong mak masak kat rumah sebab adik buat jamuan.. mujurlah kami ½ hari sahaj gotong royong tak sampai petang pun.





Dulu² hubby pun tabika kat sini gitulah kekdahnya mak amir tak da masuk tabika ni hahahaha ... mak amir kan pandai .. iyolah tu.. kalau pandai dah jadi pegawai atasan dah .. ni pagar dawai bolehlah ... opsss ;p



Oklah nak dijadikan cerita pagi tu kami sampai lambat, majlis nak mula 8.30 pagi kot tapi kami pukul 8 baru sampai ... amir dengan tak dapat bajunya lagi .. dengan hubby pun tak dapat baju ajk lagi .. pagi tu dapat terus tukar ... jam² tu kat dalam tabika, ishhlah pengurusan dia lambat dapat baju tu.. patutnya boleh dapat hari sebelum tu.. kami pulak balik awal.. takpalah .. janji dapatkan.



Dah biasa dah kalau sukan ni selalunya join dengan orang² kemas kampung jugak dok gotong royong .. hari tu siap ada rawatan percuma bagi penduduk untuk ujian kesihatan cek darah, kencing manis, darah tinggi dan gigi .... budak² yang cek gigi siap dapat buku mewarna lagi .. amir habis sukan terus pergi jugak dengan kawan².. terkedu saya tau² dia dah tunjuk buku mewarna tu... saya barulah nak mengajak dia.. risoo kan dia takut .. berani dia pergi sendiri .. bila saya tanya doctor kata apa.. dia kata takda apa gigi amir ok jer... ibu @#$% iye ke budak ni?? maklumlah gigi amir tu ada lubang².




Ayahkan ajk jadi kenalah jadi pengadil .. mujur ibu bukan ajk jadi bolehlah ibu snap gambar sana sini hahahaha .... banyak perubahan yang amir alami bila bersekolah kat tadika kemas ni ... sukan pun takda kat dewan kat lapangan sepak takraw kat dewan orang kampung kikikiki . saya gelihati sebenarnya bila amir bagi tahu nak sukan .. mesti seronokkan ibu macam kat al-hufaz dulu .. cikgu kata kat dewan.. dia dah dokk membayangkan macam kat tadika lama tu siap ada tikar .. takda maknya mir nak macam tu.. kat sinilah best nanti tahu depan lagi best tau kat padang rumput.. barulah mencabar kikikiki ....;p





Ni sebelum mula acara sempat lagi suruh amir possing ... amir rumah pepel .. eh² pepel lagi .. tapi baju biru tua pfttt apa pun tak boleh tau .. gelihati bila nak sokong amir bukan panggil warna rumah sukan .. panggil nama jer...




Dalam banyak² acara rasanya tarik tali paling mencabar sekali .. dan paling riuh suasananya .... jangan kata yang menarik tali.. ni yang menonton pun pakat jerit sampai sakit tekak... amir paling besar duduk depan dengan harapan boleh tarik kuat membantu yg lain.. dapat nombor dua jadilah ... 

Banyak jugak acara hari tu saya masuk kikir kelapa gunakan sudu garpu .. mencabar hokeyy... tak menang pun tapi saya suka cabaran tu .. tak pernah buatkan kikiki... hubby pulak masuk acara bawah ajk baling kelapa dekat botol ala² macam bowling kampung gitu ... gambar kat tab tak download hihihihihi ....




Ala .. nombor dua jer .. jadilah mir senyum sikit .. yang penting kita enjoyyyyy kan.. habis sukan sampailah sekarang amir asyiklah cakap seronok sukan kat tadika ... dia teruja dalam banyak² acara tu .... memang semuanya acara yang dia ak pernah tengok jauh sekali nak buat.. tu yang teruja lebih.




Gambar kenangan dengan ajk dan anak² tadika .. meriahkan.... sampai tak muat nak amik gambar .. mana yang masuk je lah yer... hahahaha ... habis sukan lebih kurang pukul 1 tengahari ... amir pun dah penat sangat² sampai suruh amik gambar lepas u takmoo bagi kerjasama tau ....




Yeahhh nak jugak letak gabar yang dah berpeluh² ni ... amir memang tak bagi kerjasama dah ... murah rezeki kami hari tu memasing dapat hadiah .. saya pun bertuah dapat nombor dua menang teka biji betik hahahaha .. tak pernah²nya saja masuk suka² dapat hampir tepat pulak .. itulah rezekikan.... hubby dapat hamper kat sebelah tu ... syukur sangat² bolehlah buat kudap² kat rumah baru .. ada pun lagi tak habis² kami makan 3 beranak.




Bicara Hati : Akhir bulan ni ada rombongan pulak pergi pusat sains... alahai camne ni nak join ke tidak, hubby dah tentu² tak dapat join sebab cikgu buat masa hari sekolah.. ermmmm










Isnin, 9 Jun 2014

Turn 6 For My Son





Assalamualaikummmmm ..... isnin macam biasalah agak lambat bersiaran, menyiapkan semua kerjaan di pejabat setelah 2 hari bercuti .. sementara nak mengambil cuti panjang bermula rabu ni hihihihi .... perlulah ku siapkan semua laporan dahulu .. takut menjengkelkan bila kembali bekerja ada yang mencari pasal.


Turn 6 for my son, aloh² tajukkkk masya kemahin bahasa inggeris ko .. lepas tu cerita takda nak bahasa inggeris sangat hahahaha ...;p


Syukur sangat² kerana diberikan peluang merasai nikmat untuk melahirkan seorang anakanda tercinta pada ketika itu .. saat² ini kurasakan hazabnya merasai kesakitan untuk melahirkan mu ... puas ibu teran nak oiiiii ketingkap jugak kamu mahu lonjat yer ... takpa ibu percaya kalau itu ketentuannya ibu syukur .. yang penting kamu lahir² kuat suara tangisanmu ... cukup sifatmu .. ya allah menitis berjujuran air mata ni marasai nikmat itu .. nikmat yang belum tentu orang lain merasainya .. dan belum tentu ibu berpeluang merasainya lagi .. tapi ibu syukur sangat².


Tahun ni insyaallah ada rezeki kita sambut besaran² sikit yer (kata sambut 2 tahun sekali kan)... tak banyak sikit jadilah sekadar memeriahkan sempena cuti sekolahkan.. kita sambutlah sekali dengan sepupu².






Hadiah advance ayah bagi .. kemahin teruja amir .. beli kat bata tesco setia alam jer pun.. tu pun sebab ada offer .. dan last size hahahaha ... suka betul amir, ibu lagi berganda² suka sebab amir dah mula minat nak pakai kasut sarung .. kalau tak kehulu .. kehilir dok pakai selipar tau ...







Tak menahan ... terus pakai tau .. tak menyempat² nak simpan dalam box .. teruja punya pasal dapat kasut ni .. orang lain dah berzaman pakai .. amir baru pakai sebab baru nak berminat pakai kasut sarung, ni kira kasut raya sekalilah yer mir ... ayah dia tak berkisah pun.. tapi ibu dia bab duit memang banyak catu sikit hahahaha .... utamakan keperluan berbanding kehendak nafsu naga tu.


Terima kasih ayah belikan amir hadiah ni ... walapun bukan ini dalam perancangan utama .. yang tak dirancang itulah yang terbeli ngeh .. ngeh .. ngeh .. takpa hadiah yang kita nak beli tu kita simpan dulu yer ....





Ibu doakan dan ibu harap kawan² ibu yang baca pun doakan yang baik² buat anak ibu ... sayangg amir dunia akhirat .. satu²nya amanah dan harta dunia akhirat yang ibu dan ayah ada buat masa ni. Moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang serta menjadi anak yang soleh.







Bicara Hati : Tengah pikir bila masa sesuai nak sambut kat tadika pulak .. sebab cui sekolahkan., goodies dah beli .. harap dipermudahkan.

















Jumaat, 6 Jun 2014

10 Tahun Bersamamu


Assalamualaikum semua .... hari yang sangat indah hari ini kalau boleh mahu senyum sahaja .... dan kebetulan pulak jatuh hari jumaat penghulu segala hari, 10 tahun bersamamu ... 8 tahun tidur sebantal denganmu .. hik hik hik sampaikan kadang lari daripada bantal yer ....



Alhamdulillahhhh .... 10 tahun tempoh kenal hubby termasuk bertunang, maklumlah tarikh bertunang dengan nikah sama weeeeeeeeeeee ... (^____^)v senang nak hinggatkan .... istimewanya pada tarikh 06.06.2006 satu tempoh masa yang cukup panjang buat orang lain .. tapi pada kami masa yang terlalu pantas singkat berlalu ... masih sentiasa ingin mengenali .. masih setiasa ingin melengkapi antara satu sama lain ... mood² honey² .. sweet² sahaja ... tapi .. no no no honey lebih okeyyyyy..




Dah asal anniversary nak tepek gambar kawin, asal anniversary nak tepek gambar kawin dah kenapa .... haruslah kan.. kenangan gitu ... malu² auwwwmmmm.. dengan kayunya tak reti possing .. jadilah tepek gambar hitam putih sudah .... memorinya saat kita kenal .. memori dan indahnya allah ciptakan jodoh kita bersama .... memorinya itu sehingga sukar untuk diungkapkan .. tapi cukup melengkapi antara satu sama lain ... kerana perbezaan itulah buat kita lebih dekat dan kuat dalam usaha untuk hidup lebih harmoni.





Gambar spontan daripada kameraman ... aloh² kameraman masa kita kawin dulu memang sporting habis dan sungguh tak sangka rupanya suami pada akak tempat saya praktikal dulu .. kantoii nak kawin kat akak k tau hahahaha .... gatai, macam² gaya kita orang possing baik dalam bilik, luar laman .. in door dan out door lah... masa tu out door tak glamourr lagi ... tapi adalah jugak kita orang amik gabar sekitar rumah mak tu ... nak pergi keluar jauh dah tak larat .. penat sungguh, lepas² tu nyesal tengok gambar orang kawin cantik² kat out door.




Asyik layan hitam putih jer kan .. meh sekeping dua gambar berwarna pulak hihihihihi ... barulah comeyyyy kan .... inilah tema kita orang dulu pepel jer ... Doakan moga jodoh kami kekal hingga jannah... saya sentiasa bersyukur apa yang ada dan saya perolehi sekarang .. moga allah berkati ikatan ini .. moga kami bahagia hingga hujung nyawa.. hingga ke jannah .. doakan moga kami dimurahkan lagi rezeki dan diberikan kesihatan yang baik ... hanya itulah hadiah yang saya inginkan tak lebih tak kurang.


Pengapit saya yang comel tu lah kawan baik saya daripada kecik hihihi.. sampai sekarang kita orang masih berkongsi cerita macam dulu .. susah senang sama².. cuma dah jarang jumpa jer ... banyak berhubung dekat fb, sms atau wassup ... 




Bicara Hati : 9 Jun bestday boboi lah pulak hihihihi .... bulan jun yang penuh dengan saat indah, insyaallah amin...














Rabu, 4 Jun 2014

Ganjaran





********************************************************************************************


Tapi janganlah masak sahaja kan, kalau boleh temanlah sekali suami dan anak² makan semeja, jangan pulak kita ni sibukkkk duk sambung buat kerja lain .. sebab masa kat meja makan ni selalunya kita boleh manfaatkan untuk berkongsi cerita, bukanlah nak menggalakkan makan sambil berbual atau bercakap .. tapi rasa lebih nikmat dan muafakat kalau dapat makan bersama²kan.


Lagi satu .. waktu memask tu rajin²kanlah sambil berzikir, jangan pulak membebel .. dah macam tak ikhlas jadinya bila nak memasak .. sebab keberkatan dalam masakkan kita akan rasai bersama.


Renung²kanlah .... Hargailah masa bila bersama² .. amiklah peluang dan ruang yang ada lakukan dan kongsikan bersama².




Bicara Hati : Mudahnya mengumpul ganjaran, yang penting ikhlas....



















Selasa, 3 Jun 2014

Menu Pelam Kegemaran


Sekarang ni kan .. rasanya .. sana sini musim buah pelam ni, kat rumah mak saya sampai tak termakan ..... kali ni dapat buah sulung daripada akak ipar pulak.

Buah sulung katanya memang super duper dara tau hak hak hak ... sebab takda langsung ulat dalam tu .. yes .. yes .. puas makan sebiji besar ni, sebab banyak sangat akak ipar bagi jadinya saya bawak pergi opis, kengkawan semua pun suka ..... dah tu pelam pun tak masam, ranggup pun ranggup .. seyes ... tengah taip pun terliur kalau ingat balik ..;p



Adalah dalam 5 biji saya bawak makan dengan kengkawan, moga murah lagi rezeki pelam kat rumah akak ipar tu berbuah lebat .. heran .. kalau kat rumah tak heran, ni makan ramai² dah macam tak cukup .. makan sambil borak².




Saya kalau pelam ni suka makan cicah macam ni je dengan petis, ini pun dah cukup nikmat rasanya .... tapi kalau rajin masak buatlah menu kerabu mangga sedapkan, siakap stim ke taburkan mangga mesti kecurkan .. tak pun masak siakap letak kerabu mangga atas tu (sebab ada terbaca kat blogger nana mia sedapnya) wallah wallah ... wallah .. mau makan berpinggan² .... orang tua pesan kalau pelam sulung ni elakkan buat sambal belacan letak dia, iyelah petua katanya takut² buah tu nanti berulat ... tak tahulah betul ke tidak.

Tapi kalau dah teringin apa salahnya buat sambal belacan letak pelam .. lepas tu letak isi ikan sikit.. mesti mantapkan .. kalau saya kata dengan ikan bilis tumbuk pun sedap.. oitt kecur air liur dah ni ... dah sudah takmoo cite bab makan, masya kalau bab makan dia memang banyak je idea brillion dia nak menulis ngehh.. ngehh .. ngeh .... (^_____^)v




Bicara Hati : Awal bulan yang super duper bizi ... dah tengah tahun rupanya kan.







Isnin, 2 Jun 2014

Tart Telur King's





Mengiurkan nampak tart telur ni, dulu² tak reti makan .. dah reti makan .. hambikkk ko satu tak cukup kikikikiki ...... Tak hingatlah sejak bila terjebak makan tat telur ni .. sejak kfc kenalkan kot .. masa tu ada promosi beli enam ke apa.. camtulah.. terus jatuh cinta nak makan.. silap² dok ngappp nguuupp ngapppp 6 ketoii habis.. dasar nafsu naga sungguh .. ke nafsu gajah ni hahahaha .. yang pasti bukan membela yer.



Kali ni sajalah nak cuba tart telur king's pulak, kebetulan baru ni ada offer 2 ketul rm 3.50 kalau tak silap .. ya allah terus jatuh cinta tau .. sedappnya.. tambah² masa kita beli ni dia orang baru je letak kat tray tart telur tu .. memang mengoda betul baunya. Nasib lah korang jiran² kat opis ni.. 2 ni saya ngap sorang hahaha.... sorry .. tak cukup.. lain kali beli lain eh.



Korang suka tak makan tart telur ni, ya allah resepi dia punyalah senang kalau beli pai dah siap tu.. tak pun pakai roti canai punyai doh yang dah siap tu .. tapi sampai kesudah saya tak buat².. ada kawan saya dah buat pakai prata kawan.. sedapp jugak katanya .. hihihihi .. nanti² mood baru nak baik demam ni, mood nak makan jer.. takmoo buat sendiri.






Bicara Hati : Ni dah kenapa .. baik demam asyik nak jamah cheese je ni hahahaha haru toi lah.












Aktiviti Hujung Minggu Sepanjang Bulan Mei



Pfttt dah masuk bulan jun masya oiittt dah kenapa nak mengarang entry masih bulan mei kui kui kui kui ... sajalah nak abadikan kat sini, kalau korang nak tahu rasanya hujung minggu sepanjang bulan mei ni memang tak berehat langsung dibuatnya .. itu yang demam baik .. demam baik .. sampaikan mood nak mengarang entry pun kelaut... 

Dengan kerja kat opis yang memang tak pernahnya nak habis, asal tengahari dapat peluang memang mentidurlah jawabnya ... nak rehatkan mata dan kepala ni.

Mulakan masa awal mei daripada cuti 1 mei lagi sampailah hujung minggu tu anak buah suami kawin, cucu sulung mak mertua kawin.. yeahhh ayong dah kawin dah selamat dah ... alhamdulillah dengan pilihan hatinya sendiri.. moga berkekalan hingga ke hujung nyawa.. aloh² tomeyy² .. gambar² kami memang takdalah weiiiiii .... kehulu kehilir.. ini pun colek daripada gambar fb ayong, kira halal lah eh yong.





Lepas majlis rumah abang ipar, hujung minggu kedua pulak pergi kerumah pengantin lelaki, kami?? tak dapat join .. sibuk mengemas rumah lama .. dah ada penyewa nak masuk.. ishhhlah.. nak tolak rezeki, kalau ikutkan hati memang sayang nak sewakan rumah tu ... banyak sangat kenangannya ... mengimbau sangat² memori berdua²an ngeh .. ngeh .. ngeehhhh ...;p tapi baru 4 bulan kena tinggalkan dah ade anai² camne .. mak kata takda bau orang macam tulah kalau rumah ni .. tu yang hubby kata nak sewakan jugak .. dah kebetulan ada kenalan yang nak menyewa.. memang dia nak sangat rumah .. sewalah.. jangan kata nak beli sudah.







Setel bab rumah, siap kemas... malam tu jumpa bakal penyewa bagi kunci .... setel bab rumah sambung cuti nak ke terengganu ... memang penat mengemas tak hilang lagi .. dah nak berjalan jauh.. sudahnya balik bercuti demam ..... sakit² badan ... bisa².. mata gatal², sampai saya naik cuak kot² suspek denggi ... nanti sambung balik stori mori tu.







Balik daripada terengganu .. penat tak hilang, adik nak buat majlis kesyukuran sikit ... terus setelkan majlis adik pulak .... maklumlah masak adik beradik jer .. kengkunun nak buat sikit².. takda maknanya .. kalau dah dijemputnya kengkawan sekolah achaner tu .. mestilah ramaikan. takpa yang penting menu semuanya habis hahahaha ... (^___^)v







Hahahahaha .. entry sukan ni masih tertangguh lagi .. gambar² dah upload... ni esok paginya hari ahad 18 mei, gigih tak gigihlah nak pergi sukan tadika amir ni ... pertama kali nak jugak merasa kemeriahannya ... amir kata seronok sangat sukan tabika kemas ibu ... lagi best daripada al-hufaz, pulak.. nanti stori mori eh.. kalau ada yang nak baca. tak baca pun takpa ibu amir memang suka nak dedikasikan cerita amir dekat blog.







Ni gambar hujung minggu 24 mei, semua dok pakat pergi stadium .. kami melayankan amir nak makan kfc, kununya nak pujuk hatilah tu tak pergi stadium .. kot pergi pun haru .. selangor kalah .. berbaloi² kita tengok kat tivi je nak oii.... ;p masa ni demam saya baru nak kebah .. itu pun sebab 2 hari berturut² makan sup ketam .. alhamdulillah dah ok.







Ni minggu terakhir bulan mei, teman amir berendam .. haih air masih keruh.. jenuhlah tunggu air nak jernih.. rasanya dah sebulan kot duduk rumah .. air masih keruh .. seyes kami nak rebus air pakai air mineral yang beli jer .... tak lalu kot.. ni pun pasrah basuh hall depan belakang gunakan air ni.. risoookan amir je mandi air keruh takut gatal² badan .... Alhamdulillah .... semalam 1 jun air dah jernih.. akhirnya ... syukur sangat².





Pfttt rasanya inilah bulan yang penuh cabaran dan dugaan di tahun 2014, hari ni dah masuk hari baru, minggu baru, bulan baru ... moga semangat pun baru .. biasanya Jun adalah bulan yang ditunggu² dan detik yang mengembirakan bagi kami sekeluarga.








Bicara Hati : Hari ni ada majlis APC kat ibu pejabat, tahniah buat kawan² yang dapat.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...