♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 23 September 2014

Fasa Baru Buat Achik


Assalamualaikum .... Sebelum entry menjadi basi baik publish awal hik hik hik .... Dapat  wassup dalam group jemputan achik hantar bertunang, achik???? Bertunang??? Angin tak bertiup ... Pokok tak bergoyang tetiba dapat wassup camtu .... Nak kata aprilfool bukan kot dah september ni. Lokasi???? Hohohoho ... Biar betul ..... Macam biasa je dengan alang lokasi tu, adakah alang tok dalangnya hak hak hak ..... Memang tak lah ... Tapi percayalah bila allah kata kun fayakun siapa kita nak menolak takdir.

Awal2 dah bagi tau hubby nak anto achik 20 september tu, hubby okey jew sebab bagi tau awalkan .... Sekali tup2 hubby kata macam tak boleh anto pulak nak siapkan laporan upsr pftttttttttt ... Sudahlah cuti sekolah tak berjalan mana2, stresss sangat tau ... Mujur amir tak meroyan .... Ibu dia je meroyan lebih2 kihkihkihkih .... hubby soh pergi berdua dengan amir .... Ermmm camne eh, ok kot stakat area klang lagi mesti boleh drive..... Lagipun achik kata nak tumpangkan sister2 dia .... Cam tak menyampai hati pulak tak jadi pergi.




Kununnya pagi tu lepas buat sarapan, masak siap2 kan nak tinggal hubby .. Jadi masaklah siap2 ... Sementara amir tido lagi ... Sekali amir bangun hambikkk mata belah kanan tak boleh bukak ... Dan merah pulak tu .... Alahai cam dah tak jadi nak anto achikkk pagi tu ... Sekali hubby kata takpalah dia hantar ... Takut amir meragam bila kami pergi berdua. Tq hubby .... Mmuuuaahhh mmmuuuaahhhh opss ober pulak nak kiss kat entry.



Hahahaha gelak besoooo aku korang tau sudahlah pagi tu dikejutkan amir tetiba sakit mata sekali sampai rumah achik pukul 10.35 pagi dah takda orang ..... Dah sudah betul ke x achik ni ... Tepon2 tak berjawab .... Sekali kena tinggal daaaaaaaaaaa ... Aku tak tau nak buat reaksi ape ... Nak gelak ke, nak nangis ke, nak marah ke ... Confuse ... Yang pasti dalam hati ... Biar betik achik ni gelojohnya hahahahaha dah gerak awal kata dalam wassup berkumpul 10.30 pagi ... Jangan marah achik... Mujur dekat tau kalau jauh ... Memang taklah nak follow ..... 






Mujurlah sempat jugak kami jumpa kat tempat berkumpul sebelum majlis, iyalah kalau tak mau sampai majlis dah habis .... Sebab pihak perempuan lewatkan sikit majlis ... Alhamdulillahhhhh kami sempat sampai .... Tak masuk dalam pun kitew kat khemah je hihihihi ... Borak2 dengan bini alang dan adeq .... Tu yang gambar memula tadi tu ... Yang aku dukung tu hana anak dara adeq, Bila dah nak menyarung cincin barulah aku masuk nak amik gambar sikit... alang ar kecoh soh masuk, aku dengan adeq baru terkial² nak tengok barang hantaran achik ... dah nak amik gambar dalam bilik alang blok wakakakaka ... ko kan alang .. suka tau ... tak menyempat, bila kita orang nak salam bakal isteri achik boleh pulak alang kata ... dah² jom keluar choiiii betullah alang ni .... tak menyempat aku dengan adeq nak amik gambar    >_____<








Kami2 antara yang memeriahkan majlis .... Siap selfie2 bagai .... Alhamdulillah dipermudahkan semuanya ... Tahniah achik moga hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat. Pandai achik pilih manis orangnya patut lama membujang hihihihi ..... Umur dah makin meningkat ni chik ... Cepat2 kang di sambar orang melopong ... Melolong pun tak guna hihihihihi .... ;p yeahhh kami yang seronok dan teruja .. insyaallah majlis tahun depan .. lepas ni bolehlah kita pergi bercuti² pulak .. semua dah ada pasangan .. lagi enjoy... bbq pun lagi meriah ahli dah bertambah ... apa lagi memasing sila kumpul tenaga untuk majlis rumah achik nanti.







Opssss muka bakal isteri achik biarlah di rahsiakan dulu yer .... Glamour pulak kang masuk blog kita ni hah. Barang2 hantaran aku tak amik gambar pun ... Sebab dah borsk2 langsung lupa amik gambar. Tapi aku suka kek dia cantik sangat.














Bicara Hati :

















Isnin, 22 September 2014

Majlis Resepsi Sepupu


Assalamualaikum ..... Cuti sekolah baru ni ada majlis kenduri sepupu, kami sekampung jer pun ..... Tapi ni kira sepupu yang dapat jodoh paaaalllliiiiinnngggggg jauh terengganu koooooo jenuhlah kang nak mengantonya, hubby awal2 dah bagi tau tak menghanto kot ..... Walaupun majlis dijangka bulan 10. Tapi ... Ada tapinya tak tahulah kot tetiba berubah hati pulak kikikikiki ..... ;p


Dalam majlis ni aku kena tolong masak makan pengantin, yang makan beradap tu .... Aku manelah reti masak sangat ... Tolong hias2 merosak lagi ada huhuhuhu ... Yang masak mak cik hihihihi .... Kitew tolong gitu2 jer .....



Cantikkan, ni nama pengantin ... Kawan sepupu yang buat, Untuk hiasan je ukiran buah ni ... Bukan boleh makan pun huhuhuhu ..... Sekali potong dalam tu dah masam ... Sebab ukir ni salunya buat awal. 





Antara hidangan makanan kat meja pengantin hihihihihi ..... Ayam golek, ikan, udang dan buah2 .... Kek tu pengantin tempah 2 tingkat.





Sejak dah pandai buat kek minyak ni, mak buat permintaan asal ade kenduri rumah sedara mara mak suruh buat ... Aku dah lah buat cam tak semenggah je deko tu kikikikiki ... Janji sedap makk kata ... Kalau tak dulu mak asyik soh buat agar2 marbel. Jadi gigihlah aku buat 2 loyang untuk kenduri sepupu ni ... Ramai kate sedapppp ... Sebab aku letak perisa oren dalam tu hihihihi ...... Alhamdulillahhhh cukup2 lah buat minum letak dalam bekas.






Sepupu kita ni mak dah takda jadi semua urusan adik beradik buat, lagipun ni pengantin last perempuan .... Mak aku dengan mak cik lagi sorang lah yang banyak tolong semua... Mintak pendapat itu ini .... Alhamdulillahhh dipermudahkan .... Iyelah masa ni dia orang yang perlukan pertolongan ... Lepas ni mungkin kita pulak kan.


Kami doakan moga jodoh farah dah pizul hingga ke akhir hayat ... Amin ... Cepat2 dapat baby ... Comel2.




Bicara Hati : Bulan 11 ni rumah mertua pulak huhuhuhu .....




Jumaat, 19 September 2014

Madah Semangat Buat Diri Dan Kekuatan Hati














Indahnya kata2 semangat ini buat diri ..... Moga kita sentiasa bersyukur ....... 

Rabu, 17 September 2014

Penuh Agenda



Assalamualaikum ..... lambat bersiaran menghabiskan bw kawan² sementara ada kelapangan hihihihihi ..... semalam cuti hari malaysia, kunun²nya naklah pergi berjalan² .. kunun je lah .. padahal hari senin tu hari dah cuti pun .. tapi cam biasalah cuti memang tak macam cuti ada je kerjaan nak dibuat .. lagi² kat rumah tu.

Sabtu dan ahad baru ni adik sepupu kawin tu yang saja amik cuti senin sebab tau mesti kepenatan ... lagipun pagi tu kena hantar adik ipar balik kolej, ingatkan balik tu nak sambung tidur .. sudahnya hubby ajak beli racun dan terjebak membeli rak stor ni hahahahaha .. naya².


Sebenarnya dah lama aim nak beli rak ni .. tapi tu lah asal serve yang 70kg tu jarang ada offer murah .. paling² pun rm115 .. cuma pernahlah sekali ada nampak rm 79.90 tapi tak hingat kat mana .. tapi masa tu takda ongkos pulak ... bila ada .. tidaklah pulak ada offer lagi ermmm ..... pendam je lah hasrat hati. Sampailah hubby singgah kedai dekat area GM Klang tu .. ada jual² rak belakang kedai bunga kalau tak silap .. eh ke sama baris kedai ... memang macam² rak ada kat situ .. yang ni muatan 400kg kalau tak silap rm 162.00 pftttttttttt mahalkan .. tapi aku rasa cam berbaloi dengan harganya .... hubby nak beli satu, aku kata amik dua lah ... ok set .. lepas tu daripada petang senin hubby pasang sampai semalam baru siap kikikikiki .. menyumpah² kita orang memang jenuh nak pasang benda alah ni .. sebab tu lah hubby tak suka beli barang ikea .. dia tak suka nak pasang² sendiri .. mencabar tenaga katanya... dah tu dengan aku² sekali tak pernah di bawaknya ke ikea tu tau huhuhuhuhu .... sebab mengenangkan nak susunatur stok tu .. takmoo barang berserabut kat bilik.. kita belilah jugak rak ni. Demi kepuasan dan kesenangan jangka panjang .. entry pasal susunatur stok lain kali lah story eh... masih serabut alam lagi.





Oleh kerana 2 hari dah dirumah dan sepupu amir datang, hubby pun cam letih jer pasang rak tu .. aku lagilah letih dengan dua pupu ni kejap pergi rumah mertua kang kejap balik rumah mengekek² tergelak² .. dengan becaknya main kat luar rumah.. jadi petang semalam sebelum sepupu amir balik rumah dia senidiri kita orang reward diri pergi alam impian .. saja tengok orang main layang², main belon buih .. dan riadah ..... dah petang pun kami sampai .. yang penting enjoy hahahahaha ... budak² pun happy .. amir siap bawak basikal .. tapi nampak belon takmoo main basikal pulak. Satu pencapaian baru amir buat .. dia dah berani panjat dinding batu tu hihihihihi ... 





Bicara Hati : Pasrah .. tak dapat pergi bercuti huhuhuhu ... kena jaga rumah mertua ...




Isnin, 15 September 2014

Sambutan Hari Merdeka Di Tabika Amir


Assalamualaikummmmm .... Selamat bercuti, eh2 yg bercuti ko je masya orang lain cuti esok hihihihihi ..... Rasanya masih belum terlambat nak kongsikan sambutan hari merdeka di tabika amir pada 30 ogos hari tu ..... Lagipun esok kan hari satu malaysia.

Seminggu awal kot amir dah beria2 bagi tahu sambutan merdeka kat tabika ni .... Siap praktis belajar bawak basikal ... Ibu pun dah macam2 idea nak deko basikal dia sebab ade pertandingan .... Tapi tetiba ayah kena pergi kursusssssss uwarrrrrrrr sudahnya basikal pun tak bertongkat bawak jugak pergi sekolah ... Semangat nak mengayuh dengan kawan punya pasal ibu layankan lah jugak.




Meriahhhhhhhh sangat2 tengok basikal kawan2 amir, cam nak nangis di buatnya sebab tak dapat nak deko basikal amir tau huhuhuhu ..... Berlambak2 bendera memasing kreatif deko .... Patutlah bendera dah habis kat kedai kat kg pffffftttttt .... ;p







Antara basikal2 yang cantik dekorasinya di mata aku, tapi aku bukan juri hari tu ... Hubby jadi juri bidang terjun hahaha sebab tak ramai ajk yang hadir .... Hubby terpaksa jadi juri bidang terjun... Memang takda nak berat sebelahnya ... Dan takda can amir nak menang pun.







Sebab basikal amir tersadai, tak bertongkat pun huahuahuahua ..... Mujur amir tak emosi sangat tengok basikal kawan2 kemahin cantik lagi .... Tapi balik tu ... Adalah jugak dia berbunyi ... Amir nak basikal baru .... Tadi amir kayuh basikal lambat sangat sebab basikal amir kecik lah ibu .... Motipppp ... Sangatkan ..... Nak yang baru.






Antara ibu bapa yang hadir memberikan sokongan, pagi2 beratur budak2 tabika menyanyi lagu negaraku, lagu selangor dan lagu tabika ... Serta bacaan doa sikit sebelum majlis bermula untuk mengayuh basikal. Cikgu kata acara ni untuk menaikkan semangat anak2 dan mengingati hari kemerdekaan.







Sekali kena lepassssss korang tengok berdesup memasing tak nampak bayang, tapi seronok jugak tengok acara ni .. Sampai rasa cam nak beli basikal pulak ... Nanti boleh ronda2 keliling kg dengan amir .... Tapi hubby boooo layan ermmmm .... Korang jangan riso sebenarnya acara ni ada ajk dan guru2 yang pantau naik  ... Cuma gambar ni saya amik jauh tu yang tak nampak sangat gamboooo kawan2 amir.








Ni acara penyampaian hadiah, acara yang pallliiingggggg di nantikan, amir dapat saguhati je sebab kayuh basikalkan .... Juara orang lain, tapi pada ibu amir dah juara sebab bolehhh kayuh basikal tanpa roda .... Yeaaaaahhhhhhhh ...... Yang gelihatinya amir siap cakap, ibu tipu je .... Kawan2 amir ada je kayuh basikal dengan roda kecik ibu kata takda .... Takpalah kalau ibu tak cakap macam tu mesti amir tak pandai2 lagi kayuh basikal takda roda kecik tu kan ..... 







Hamper saguhati... Muka tak puashati ... Tak dapat hamper besar kikikikiki ..... 







Inilah juara hias basikal tercantik hari tu .... Bukan basikal jer berhias ... Dengan tuan2 basikal sekali pakai baju bendera malaysia .... Kreatif maknya kan ... Maklumlah maknya tukang jahit ... Ibu amir ni kerja tekan kakulator je ... Tu yang beli bendera ke hias... Tu pun asal hias kikikiki ...;p








Oklah acara hari tu habis dalam kul 12, belanja sekeping gambar tuan tanah ... Sempat possing dengan cikgu ina , cikgu anak2 5 tahun ... Sebelum budak2 kayuh basikal... Nak jugak gambar kenangan kan. Kalau ikutkan nak pakai juma merdeka tapi ... Tak dapat lagi pulak masa ni .. Tak bolehlah nak gayakan.








Bicara Hati : Moga kita menghargai keamanan dan kemerdekaan yang kita miliki sekarang.










Jumaat, 12 September 2014

Potluck - Menu Western



Assalamualaikum .... sinonim kita orang ni asal teringin je nak makan sesuatu yang bukan² jom buat potluck hahahaha ... manalah tak tembum memasing .... kali ni saje buat potluck tema western .. tp tetiba ada wadeyyyyyy hihihihihi ...;p


Kami buat 29 ogos hari tu .. punya lama baru update hahahaha .... dah alang² hari jumaatkan.. waktu pun panjang, sambil makan boleh lepak² layan menu .. dan bergosip .. tak menahan bergosip .. dengan kawan² opis. Teringin nak buat steambot kat opis .. tapi masih tak berkesempatan lagi .... sebab riso kang bau semerbak sangat hahaha... naya ....







Memasing masak sorang satu menu wetern makaroni, lasagna, creampuff, cheesekut .. hihihihi .. alahai yang benonya ada orang ngidam nak makan lasagna .. jadi dah alang² ngidam tu ... meh le buat menu lain jugak kan.. jadi macam potluck kat opis ni ... saya buat yang cheesekut jer... tapi saya panggil marie cheese  ... sebab pakai biskut marie lagi sedappp hahahah poyo sangatkan.








Oleh kerana dah buat potluck , kami sekali lah sambut bestday kawan kat opis ni .. kira cam supriselah jugak sebab dia tak tau pun .. yang dia tau makan² jer ..... beli kek kat king's ... corak spider ni .. harga dalam 60 lebih kalau tak silap .... sedapp jugak keknya .. tapi namanya lupa ...









Dalam dia macam ni .. ala² kek coklat cheese gitu .... oklah tak muak sangat, tapi aku tak hadap kek pun .... aku hadap lasagna tu jer banyak kali .. mengalahkan mak yong hahahaha .. yang mak yongnya takda heran sangat pun .. sebab dia ngidam jer .. jadi makannya tak banyak ..... 








Inilah kawan kita orang tu .. bagi glamour gambar sorang .. gambar ramai² semuanya tak semenggah, muka dah pucat giler kot terperanjat sangat .. sebab ada kek hahahaha .... silalah percaya ... silalah percaya .... selamat hari lahir kak alina semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi ... dapat baby .. dah 3 orang anak dara akak kan .. cam tak caya jer... badan kurus melidi .. umur dah 33 tahun .. jeles aiii tau ..... jom buat baby ... hahaha .. senggal jap.









Bicara Hati : Syukur atas nikmat dan nilai persahabatan ini dah 7 tahun kami kenal.





















Madah Rindu Buat Sahabat Alam Maya


Assalamualaikum ..... saya rasa masa sekarang ni cepat sangat berlalu .... lagi² minggu ni , jadual penuh mengalahkan menteri ... masuk pejabat buat itu buat ini ... tup² dah nak balik .... jadinya memang tak menyempat nak bukak blog.. waktu rehat mata macam di gam² nak mentidooo je kerjanya huhuhuhu ..... harap rakan² alam maya tak kecik hati saya tak tinggalkan komen kat blog sebab ada yang saya bw dan komen .. ada yang saya bw baca jer .. tak komen.

Jadi saya titipkan madah khas ini buat sahabat alam maya ..... sayang rindu korang semua .....






Insyaallah minggu depan dah cuti sekolahkan .... nampaknya mesti ramai yang akan mula bercuti .. lagi² senin .. sebab selasa cuti hari malaysia kan .. kan ... (ke aku je yang cuti senin tu hahahahaha ...) pfffttttt sangat tau .. minggu ni hubby jaga exam upsr ... sekali soalan bocor pulak .. dah tak memasal 30 sept nanti amik exam lagi .. sapalah agaknya yang tak amanah ni .. sampai soalan boleh bocor ... heeeiiiiiiiiiii ko tahu tak ... menyusahkan orang lain ... paling kesian budak² yang amik exam upsr lah .. kesian dia orang tau ... dah bersedia nak menjawab soalan dan dah jawab soalan BI pun tetiba dapat tau soalan bocor ermmmmmm ....... eh² masya ni mulalah nak membebel tu ... oklah nanti kita sambung cerita lagi .. banyak nak cerita ni .... lagi² sambutan kemerdekaan kat tabika amir .. meriah sangat² .... semangat kemerdekaannnnnnn dibuatnya.





Bicara Hati : Selamat bercuti, bersedia nak rewang .. sana sini kenduri ...






Jumaat, 5 September 2014

Pengalaman Hantar Mertua Ke Tabung Haji Kelana Jaya



Assalamualaikum .... tak semua orang berpeluang dan merasai nikmat dan rasa kesayuan ini ... mujurlah kelana jaya bukanlah jauh sangat lokasinya daripada rumah kami (tapi tu pun ketaq lutut bawak kereta)... hahaha .. memang takkkklahhh nak drive kan, shah alam pun sesat barat lagi hik hik hik hik ... >___< ni kan nak ke kelana jaya.

Ok kalau sebelum ni dah cerita kenduri kesyukuran untuk mertua sebelum pergi haji , kali ni nak kongsikan pertama kalinya ke kelana jaya pulak hantar mertua pergi haji. Sebelum ni atuk atau embah pergi ataupun saudara mara yang pergi .. saya memang tak pernah hantar ... salunya kat rumah jer.. orang lain yang pergi .. tapi kali ni fil dengan mil pergi saya pun hantar sekali.


Pengalaman pertama kalinya hantar pergi haji ke kelana jaya.... saya rasa korang pun patut pergi walaupun takda nak menghantar orang tau .. saja cari pengalaman .. tengok orang lalu lalang .. tengok prosedur penghantaran, tengok prosedur macam mana ... nanti ada peluang memang nak pergi dah tau dah ... tidaklah macam kami ni... terkulat² dibuatnya...


 Hubby kan kursus, patutnya terus pergi jumpa kat kelana jaya, tapi hubby balik petang tu kat rumah mak suprise sangat .. hahahaha ... dia kata kelas malam skip pun takpa .. nanti belajar dengan kawan sebab bab tu tak penting .. betul jugak ... hantar mak dengan bapak lagi penting, peluang datang seumur hidup sekali dan bila hantar daripada rumah nak pergi haji ni sayu dia lain macam.. perasaan dia semacam ....




Malam tu memasing adik beradik dah berkumpul daripada petang, sempatlah maghrib jemaah bersama .. sempatlah jugak baca yassin adik beradik ... kemudian ada sedara mara jugak yang datang nak hantar ke kelana jaya, mak dengan abah saya pun hantar jugak .. naik dengan kami .. tapi last minit hubby kena bawak kereta jugak .. cian hubby sebab ada sedara mara lain nak hantar ke kelana jaya tapi takda kereta .. takpalah ... saya, abah, mak dengan amir naik dengan pak cik saya (sebab saya ketaq nak drive).



Ni beg mil dan fil, yang kuning ni memang tabung haji bagi .. yang besar tu beli sendiri ... kain sarung malaysia tu jer tabung haji bagi ... semua pun akak ipar yang siapkan balut² ... saya tak sempat tolong, tau² dah siap nak bermanga huhuhuhu ... sebab yang beg besar tu nanti nak letak kat kargo ... mil dan fil akan turun di madinah dulu buat umrah dala 7@8 hari baru lah ke mekah.





Sebelum gerak sempatlah kami anak beranak bergambar .... kalau tak silap dah 9.30 malam .. kami gerak dalam pukul 10.00 malam .. sebab takut berhimpit ramaikan, maklumlah jemaah yang turun kat kelana jaya pun ramai ... tu pun kami sampai 10.45 dah ramai.. parking sesak ... yang pendaftaran 9 malam baru nak gerak daripada dalam bas ... elokk jer bas bersusun. mil dan fil kalau ikutkan pendaftaran pukul 1 ... korang boleh bayangkan betapa lamanya kami menunggu .. tapi percaya tak.. tak rasa lama pun sebab kami borak² .. tengok suasana keliling macam² kerenah orang ... masuk² jer disambut dengan jualan buih belon dan macam² jualan lagilah ... meriah sangat. Dalam pukul 12.00 lebih dia orang umumkan ... ada kena serahkan borang pengesahan lepas tu amik beg dan taq untuk letak kat beg ... panjang sangat beratur, adik² ipar yang beratur amikkan untuk mil dan fil.




Kami gerak dalam suasana yang cukup sayu .. lagi² masa abang ipar laungkan azan ... ya allah sayup² jer tau sebaknya .... masa kat rumah mil tu, mil dan fil naik van dengan abang ipar ... hubby bawak kereta, saya dengan abah satu kereta, adik² ipar satu kereta , ipar duai ada 2 kereta .... kiranya 6 kenderaan jugaklah gerak malam tu ... sampai sana memasing berpecah cari parking ... sebab terhad sangat² .. dan memang sesak .. kami pun dapat tempat parking yang bayar rm5 hinggit... mujur sekali bayar, kalau sejak harga tu .. naya jer ....




Ni masa dah di umumkan jemaah boleh mula beratur untuk masuk kedewan .. memasing dah berjujai air mata ... bersalam peluk cium, tapi macam biasalah masya dia cool kunun² cover comell takmoo nangis depan mil .. amik candid sana sini .. ermmmmm cayalah sambil amik gambar sambil kesat air mata .. touching sangat .. camnalah lagi 4 tahun nak hantar mak pulak dengan abah nanti ... masa taip ni pun , air mata dah bergenang .... 



Lebih kurang pukul 1 lepas diumumkan masuk kedewan, kami  hantar mil dengan fil masuk kedewan, saya, mak dengan abah balik ... dulu sebab amir dah mengantuk sangat .... esok nak sekolah ... masuk² kereta terus tidur .. hubby tunggu sampai mil dengan fil masuk dewan dengan adik beradik yang lain .... alhamdulillah dipermudahkan semua urusannya ... laluan nak kedewan pun tak susah .. tapi memang sesaklah sebab bukan jemaah jer yang beratur .. anak² yang nak menghantar pun beratur sama ... tu yang jadi sesak .... laungan di corong² pelusuk dewan dah macam kat mekah .. memang terasa sangat panggilan hajinya .. cuma sebab penerbangan ni yang terakhir (penerbangan ketiga) untuk malam tu jadi macam tak berapa nak teratur sangat .. memasing dah kepenatan agaknya urusetia .... sebab akak ipar kata macam berterabur sikit bila jemaah nak masuk dewan dengan nak tarik beg ... kesian kalau tengok orang² tua nak menarik beg .. sebab masa ni anak² tak boleh dah nak ikut.

Apapun semuanya berlaku secara perlahan dan teratur .. hubby kata sampai rumah pukul 2 lebih, kiranya tak jauh bezalah dengan kami sampai pun ... alhamdulillah dipermudahkan semuanya .. moga mil dan fil mendapat haji yang mabrur. 31 Ogos baru ni fil ada call alhamdulillah semuanya sihat kat sana ... kalau ikutkan hari ni dah seminggu lah mereka kat madinah .. insyaallah lepas ni ke mekah pulak.




Bicara Hati : Moga satu hari nanti .. kami juga akan berpeluang kesana ...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...