♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Sahabat Baik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sahabat Baik. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2014

Satu Dalam Beribu .. Terima Kasih Sahabat


Ada rombakkan besar² dalam kelas, memasing muka toyekkkk .. cikgu ni kenapa suka buat macam ni tak sukalah.. tak sukalah.. nanti tak boleh borak dengan geng, amboi kemain ko kan ada geng yer kat sekolah .... padahal masa tu baru darjah 6. Sinonim sangat cikgu sekolah dulu² zaman saya.. tak tahulah sekolah lain, tapi sekolah saya tu cikgu suka tukar²kan tempat duduk kalau yang suka bersembang ni .. kalau perempuan dok sebelah lelaki.. kalau lelaki duduk sebelah perempuan ... motipnya nak kurangkan bersembang dalam kelas... hahaha berjaya jugak objektif tu tapi selalunya 3 hari jer.. lepas tu ok jer.. baik lelaki baik perempuan ... boleh aja borak.

Tapi syukur sangat² dalam part ni barisan kami 3 perempuan 1 je lelaki .. ada 4 meja .. yang lelaki tu pulak sebelah kanan saya .. memula tu cam eeeee.. kenapa cikgu bagi dia duduk sini ni .. dah lah dia nakal suka buli orang .. tak sukanya .. mujurlah hanya sekolah kebangsaan sahaja ... tapi paling best kawan yang cikgu tukarkan sebelah kiri ... yupsss.. yang sebelah kiri tu... percaya tak hikmahnya sampai sekarang kami jadi kawan baik .. iye .. kawan baik .. walaupun dah beranak pinak.

Fuhh kemain panjang mukadimah koo yer masya .... satu²nya sahabat saya daripada dulu, kini dan selamanya ... kamu sangat² memahami jiwa ini, pandanganmu, nasihatmu .. sentiasa menjadi pendengar yang setia ... apa jua yang kita kongsikan bersama susah senang dulu² sampailah sekarang punya haluan sendiri.. punya keluarga sendiri, tapi masih berhubung .. tambah² punya pelbagai cara untuk memudahkan kami berkomunikasi .... kamulah yang banyak menjadi pendengar setiaku .. apa jua masalah yang ku hadapi .. terima kasih kawan kerana sampai sekarang sudi mendengar keluhan hati ini ...




Baru belajar² print screen, memorinya gambar masa kat klcc tu kan, pergi naik putra .. ko lah penunjukk arah ... sakan bergambar .. lepas tu nak cuci jenuh tengok filem mana satu gambar yang cantik.





Kalau nak cerita pasal ko kat blog ni rasanya 4 hari 4 malam 4 page pun tak katam kot, sebab banyakkkk sangat nak ceritakan ... ko pun tahukan zaman² kita lepas spm dulu nak cari kerja.. kerja poyo² jer kat hotel bajet jadi pembantu tukang masak, kunun² nak mintak pembantu kemas bilik .. jadi pembantu tukang masak pun okey... yang penting dapat gaji .. ko lah yang banyak bagi nasihat masa kita nak kawin dulu, kata² ko.. buat kita bersemangat tq jie .. tq sangat² ... bila kita redha dengan hati insyaallah allah akan berkati setiap yang kita lakukan.




Selamat hari lahir sahabatku jie pada 1 April moga dipanjangkan umur... diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki ... terima kasih kerana menjadi sahabat yang cukup memahami diri ini, rindunya nak jumpa.. nak peluk sakan.. nak borak sakan ... isu semasa pun bleh jadi bahan .. nasi lemak pun boleh buat gosip kikikikiki ...>_____<






Bicara Hati : Tiada istilah april fool ....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...