♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kad Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kad Raya. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Ogos 2013

Kad Raya iSTIMEWA Tahun 2013



Terima kasih pada yang sudi memberi .. alahai .. lama dah rasanya tak dapat kad raya, Tahun ni rasa makin meriah pulak dapat kad raya .. tak banyak tapi sesekali dapat ni terasa macam istimewa pulak hihihihihihi ... lepas dapat kad raya daripada cha memang tak pikir pun akan ada kad raya lain menyusul.. tapi bila ada kawan² bagi tahu sapa berminat nak kad raya boleh emailkan pada mereka laju² lah saya emailkan .. nak join, lagi² kad raya tu macam eh² unik jugak.

Dapat kad raya daripada ina ibu pada 2 anak gadis yang comel alisha & aqilah hihihihihi sangat² unik sebab kad dia bentuk penanda buku .... ina ni antara blogger yang saya kenal awal² masa saya wujudkan blog dulu .. dan kira macam sifu sayalah jugak dalam berblog ni ... blog ina ni ada berkongsikan kisah anak², makanan dan resepi yang ringkas² serta mudah dicuba ... kalau ada yang tak kenal lagi bolehlah pergi ke blog ina  http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/




Ini tahun kedua dapat kad raya daripada eca hihihihihi .. tahun lepas dapat lepas raya, alhamdulillah tahun sampai sebelum raya .. unik pada saya kad ni sebab eca bua sendiri .. siap ada pantun lagi amboi .. pantun siap cincin disarung hati berdebar .. eh² .. dah nak disarung ke cincin tu .. hihihihihi .... blog saya ni dulu eca lah yang tolong editkan .. kalau korang berminat nak edit blog bloglah berunding dan bertanya pada eca lebih lanjut .. insyaallah eca akan layan sebaik mungkin ... jom singgah kat blog beliau http://www.ecadwinkyasha.com/



Dan ... paling istimewa kad raya tahun ni hohohohohoho.. tak hantaR email mintak pun, jauh sekali berharap dihantar kad raya .. tetiba jer .. sampai kat rumah mak kat kg ... tanjat gegirl koooooo dapat kad raya daripada MB padahal tak kerja dengan pejabat MB pun .. jauh sekali orang kuat politik .. tapi .. terkejut dapat kad raya daripada beliau ...... cantik pulak tu .. teristimewa hanya saya kongsikan di blog sahaja, aje gilerrr wehh kongsikan kat fb ade pulak yang kata saya orang kuat pakatan kang .. buat kontroversi jer.. takmooo .. takmoooo .... ;p



Cantikkan .. muka depan gambar MB, kat bahagian dalam sebelah kiri ada gambar ahli keluarga MB sangat² simple merendah diri betul ... sebab saya rasa ruang amik gambar ni macam kat pintu rumah jer... muka sebelah kanan pulak tandatangan MB (^___^)v Koranggg adooo dapat hahahahaha ... jangan jeles dan jangan salah paham pulak yer.. macam mana saya dapat kad raya daripada MB ni saya sendiri pun masih tertanya².. sebab bukan saya jer.. adik saya pun dapat jugak ....



Bicara Hati : Agak² tahun depan ada tak yang sudi bagi kad raya lagi.









Rabu, 7 Ogos 2013

Terima Kasih Semua




Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga, saya mohon maaf sikaranya ada terkasar bahasa semasa komen di blog kawan²..

Semoga hari raya kali ini dan ramadhan tahun ini memberi keberkatan buat kita semua ... amin, masa bercuti jangan lupa jaga kesihatan, jaga makan minum .. jangan lupa diri hihihihi ....

(^_____^)v











Rabu, 31 Julai 2013

10 Yang Bertuah Di Blog Masya



Bismillahirahmannirahimmmmm ...... allahuakbar dah 1 hari berlalu ramadhan kita yer, moga kawan² semua diberi kesihatan yang baik sehingga petang untuk berpuasa ... sehingga ke 30 Ramadhan. Entry ni sepatutnya saya publish semalam.. dah semalam tak sempat pagi ni jerlah baru publish.

Oklah saya dah niat dah dengan kawan² blog yang baik hati .. yang rajin datang, yang rajin komen, yang rajin singgah sini ... dibulan yang baik ini saya nak ucapkan terima kasih sangat².. kerana korang semuanya sudi sokong blog masya ni, maklumlah masya ni kan sukati jer nak menulis.. kadang tu mesti ada yang rasa oberrrr...... itu pun ko nak cerita masya, eh².. tempat ni pergi pun nak bagi tahu .. kan oberrrr namanya tu hahahahaha ...... lepas tu menaip kelangkelibut dah berteraburrr dibuatnya (haihhhh.. yang ni mmg bantai gelak kalau bukak blog baca tetiba taip tak betul hahaha)


10 Blogger yang bertuah yang rajin komen di blog masya sepanjang ½ tahun 2013, saya dah print screen siap² masa 1 julai tu .. saya amik yang komen sampai 30 jun 2013 sahaja.. jadi inilah antara yang bertuah itu.







Okkk dah nampak, sila bukak mata besar².. nama korang masuk senarai tak??? Harap semuanya sudi melaporkan diri pada saya secepat mungkin, hantarkan alamat pada email saya nowzyana@yahoo.com atau tinggalkan alamat kat ruangan komen .. saya takkan publishkan .. cepat² yer.. 






Hadiah Kerongsang rama² Buat Qaseh Rania & Izan Mama Mia






Hadiah Keronsang ni kawan saya buat, bukan saya buat tau.. saya pun takda koleksi macam ni.. saya beli khas untuk kawan² blog yang rajin komen buat Kak Tihara, Fiza, Nafira, Nad MamaZN, Eita, Kak Eija & Nora Karim








Mereka² yang suka komen ini jugak akan dapat sekeping kad raya daripada saya, haruslah saya buat sendiri hihihihi.... kreatif tak kreatif kalau dah sampai kang korang tengoklah sendiri suprise hahahahaha ..... ok hadiah untuk Puan Kutu a.k.a Murni tak sempat snap gambar, tapi rasa dah snap ntah mana hilangnya gambar tu dalam kamera takda.. sehelai shawl tribal harap Murni sudi terima.



Ini jerlah yang saya mampu bagi, kalau boleh nak bagi ramai lagi tapi takda bajet ... pada yang tak tersenarai jangan kecik hati yer.. insyaallah ada rezeki korang dekat blog masya ni lain kali ok.. tau.. tau.. jangan majuk².... ehemmmmm ... insyaallah ada suprise jugak buat blogger² yang rajin intai² blog ni tapi jarang komen .. saya nampak kamu .. hihihihihihi .... (^_____^)








Bicara Hati : Moga dipermudahkan segala urusan dan niat baik saya ni, amin....





P/s : Ni entry melekat hingga semua orang beri alamat ... entry baru scroll bawah yer... 









Selasa, 30 Julai 2013

Kad Raya Quilling Edisi Istimewa Daripada Ch@hijaucantik



Seorang yang sangat teliti, seorang yang sangat² kreatif .. punya kreativiti luar biasa biarpun punya 3 askar yang masih perlukan perhatian yang rapi .. tapi hobinya yang satu ini .. memang cukup suka saya melihat dan megkaguminya hasilnya, ini kali kedua mendapat kad raya quilling daripada cha .. terima kasih cha .. kad raya pertama yang tahun lepas tak tahulah sempat ke tidak nak balas ni .. raya pun dah nak dekat ni dik.


Sudah selamat ku abadikan di cpu opis, saja ku lekatkan fm itu disitu .. memang menjadi perhatian .. bila ada yang menegur .. dan paling tak menahan .. eh daripada blogger ker??? hahahaha.. korang hadooo.. sebab dia orang tak tahu pun saya ada blog tu pasal lah dia orang macam pelik jer tetiba dapat kad raya kan daripada blogger...



Terima kasih yer cha atas tanda ingatan ini, saya mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang komen di blog cha, takmoo sedih² tau... dan jangan rasa rendah diri ... hasil quilling ni cantik sangat .. tahun depan bulehlah amik tempahan .. untung² ada rezeki untuk budak² tu kan.. kan... (^___^)v
Kalau korang belum berkenalan dengan cha .. jomlah singgah kat blog beliau memang peminat tegar hijau, tu pasallah nama blog pun hijau cantik.




Bicara Hati : Bilalah agaknya dapat bersua dengan kamu kan ... 







Sabtu, 15 September 2012

Kad Raya daripada ummi iman dan eca

  
Ape kes dah hujung syawal baru nak tayang dapat kad raya, memang kad raya ni dapat lepas syawal pertama hihihihihihi ..... takpe syawalkan sebulan.. terharu sangat-sabgat sebab tahun dapat banyak kad raya.... walaupun tak banyak macam orang lain.. tapi lebih daripada 1 kad saya dah anggap banyaklah jugak saya dapat kad rayakan..... Sebelum ni saya dapat kad raya jugak klik entry terima kasih kawan dan terima kasih kawan 1.
 
 Kad raya daripada http://ummi-iman.blogspot.com
ade lambang petronas kat sebelah atas kanan kad tu ..... teruja pertama kali dapat kad petronas....

 Bermuhasabah mencari kekuatan iman
Sebulan suntukk membendung nafsu
Bermujahadah dalam mengharungi perjuangan
Zahir dan batin menjadi satu

Bila iman dan amal membentuk jati diri
tibalah masa untuk kita meraikannya.

Baru-baru ni ummi iman tak sihat dan terpaksa kurangkan masa dengan blog, kesian kat dia .. entry akhir-akhir ni pun agak kesayuan bile baca. Demi menjaga kesihatannya sekarang ummi iman dah kurang menulis entry diblognya dan kurang BW. Saya doakan semoga UI pulih macam biaser ..... kawan-kawan pun doakan untuk UI jugak yer.....

 Kad raya daripada http://www.ecadwinkyasha.com

Memukul gendang pelbagai gaya
amat meriah riang gembira
ramai bertandang dihari raya
tersenyum riang dihari raya ......
 
Kad raya eca siap ade 'namecard' lagi, maklumlah eca ni pandai edit-edit blog tau.. kalau korang berminat bolehlah pergi tengok kat blog dia berhubung tanye-tanye ape yang korang berkenan.
 
 
Bicara Hati : Terima kasih semua.. sangat-sangat menghargai tanda ingatan kad raya ini dan kata-kata yang disematkan disitu ....

Selasa, 14 Ogos 2012

Terima kasih kawan 1

  

Alhamdulillah dapat lagi satu kad raya .. suprise ... memang suprise sebab tak tahu pun nak dapat kad raya lagi. Seronok rasanya dapat kad raya ni mengamit memori masa dolu² hihihihi ....

 Terima kasih kek da a.k.a pnstoberi.blogspot.com
sebab bagi kad raya ni .. siap ade key chain terengganu lagi .... 
anak saya sibuk dok tanye sape bagi ibu surat .. nape amir tak dapat pun ...
bile saya jawab peminat ibu yang bagi ... terus merajuk ... takmoo kawan dengan ibu ...
ade² jerlah amir ni (^___^)v


Bicara Hati :
Pada pemenang² kuiz A'Famosa saya pos hadiah sekali dengan kad raya.
Harap² semua dah sampai dengan selamat ... 
Pada yang bagi saya kad raya pun semua saya dah balas semalam
ade sape² lagi nak bagi kad raya ker?? (perasan²...) tak pastilah sempat balas tak huhuhuhuhu ....





Sabtu, 11 Ogos 2012

Terima kasih kawan

 

Terima kasih ch@, sangat² hargai pemberian ini .. sungguh pun kite tak pernah bersua ... tapi saya tahu kamu lalu lalang kesini .. cuma tak tinggalkan komen jer.. kan.. kan.. kan ... hihihihihihihi

Tak sangka dapat kad daripada cha, hasil tangan yang sangat kreatif, halus mulus gambar ketupat .. owhhh rindunya nak makan ketupat .. mak dah lame tak buat .. sebab raya sekarang mak lagi suke buat lontong daun pisang makan dengan kuah daging kacang atau ayam kicap .. nyum².....

Pecah kaca 
Pecah gelas
Kalau sempat 
Saya balas
hihihihihihi .... (^______^)v 


Bicara Hati :
Kali terakhir dapat kad raya masa bertunang dulu hubby bagi .. siap ade duit dalam tu rm5.00 duit baru masa tu... ;p rasanya lepas² tu memang dah tak dapat kad, lagi² dah kerja ni .. ramai yang suke sms malam raya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...