Muehehehehehe ..... ni kisah awal bulan hari tu, sayang rasanya kalau tak abadikan dalam blog .. walaupun banyak benda nak cerita ... kita mulakan je lah dulu entry di bulan baru ni dengan kisah cuti 4 hari masa awal bulan mei hari tu. Kira cari moodlah nak mengarang entry lain... sebelum tu nak bagi tau entry ni banyak gambar dan cerita sepanjang 4 hari cuti tu hihihihihi.
Kisahnya memang percutian tu tak kemanalah pun... kan selain kat rumah, kemas rumah, makan, tidur, makan dan tidur dan melayankan movie (dapat jugak keluar rumah) ... huhuhuhu sebab bieeee sibukkkk buat kerja sekolah. Eh² dah tukar panggil bieee pulak .. bahana² aku terjebak tengok cerita akasia 'Hati Perempuan'. Orang lain ober emo tengok cerita ni .. isteri derhaka dengan somi kononnya ermmmm dah nama pun cite .. dah nama pun adaptasi ikut novel dah memasing emo dah kenapa??? aku tengokk okeyy je cerita tu bahahahaha ... pandai dia orang jaga batas lakonan tidaklah tergedik² nak muntah ijo layan.
Macam biasalah cikgu amir ni kalau cuti sekolah memang banyak kerja dia akan bagi baik sekolah pagi mahupun petang, memang awal² lagi ibu akan suruh amir siapkan kerja sekolah dulu .... sebelum dia lupa hinggatan main dan layan kartun. Ibu teruja tengok amir tulis jawi nak melukis .. lagi² kalau subjek bahasa arab .... tak sangka anak ibu pandai melukis .. kemas jugaklah tulisan tu ... selagi ibu boleh baca dan boleh paham maknanya tulisan anak ibu tu takdalah teruk sangat.
Okeyyyy dalam bulan 4 tu hari tak taulah berapa kali .. dah kami makan dan tapau satay kajang Hj Samuri hahahaha ... orang lain gst tak makan luar, yang kami ni .. sibuk makan kat sini .. kang bawak mertua, kang datang dengan ipar² ... sekali jumaat malam sabtu tu amir kata nak tidur rumah embah .... cuti sekolah ni.. haihh kunun sangatkan.. sejak² dok kampung ni .. jangan haraplah nak tidur rumah mak tu .. panas je montot dia nak balik rumah .... alang² amir nak tidur rumah mak .. ajaklah mak dengan abah dan adik² makan satay ni ... keluar kejap.
Tips kalau nak pergi makan satay kajang hj samuri ni kat bukit tinggi digalakkan datang selepas pukul 10 malam hahahaha .. barulah ada banyak tempat kosong ... kalau pukul 8 jangan haraplah.. memang sentiasa ramai orang pftttttt ...;p kita orang makan satay ayam, daging dan kambing malam tu. Adik makan nasi ayam ... amir dah mengantuk kita orang bagi layan youtube hihihihi .... sesekali ajak mak berjalan malam suka dia.. kira ni sambut hari ibu lah ni.. awal seminggu hihihihihi .. (^____^)v
Sepanjang cuti tu jugak barulah berkesempatan tengok kebun kecil sebelah rumah .. muehehehehe .. wahh teruja pokok terung dah berbuah kooooo ... alhamdulilah ada jugak rezeki boleh masak nanti. Pokok cekur pun dah banyak membiak .. jangan tak tau pokok bawang pun ku tanam .. bolehlah daun bawang tu buat cekodok nyum² sedapppp ..... Pokok bendi pun dah mula tumbuh.. nanti bolehlah alihkan ke tanah. Masa cuti panjang ni barulah ada masa nak belek² pokok² bunga depan rumah, yang tak berapa nak berbunga sangat pun hahaha ... cukuplah sekadar penyeri depan rumah.
Okeyyy tekak dah mula mengada² nak makan cheese kek meleleh leleh gitu .. nak beli cuti² dah kat mana .. sudahlah terperap kat rumah ... jadi tak payah nak meroyan sangat .. sebab ada bahan² cuma pergi beli kek je kat kedai 99speedmart pekan depan rumah, marilah kita membuat sendiri di rumah hihihihi ..
klik sini untuk resepi lengkap. Dah siap buat boleh makan depan tivi fefiling bagus je kan dok kat sofa .... itu je lah kerjaannya.
Dah banyak kali tertunggak nak tengok wayang, amir pulak pesen tak suka tengok wayang .. ibu dia meronta² nak pergi muahahahah .. ayah dia kenalah lah layankan .... mujolah pujuk amir ajak tengok avengers ni dia nak .. kemahin ... siap pujuk nak mainan x?? kena pakai kemeja .. balik tengok wayang kita beli ... muahahahaha .. motip sangat .. yang sebenarnya amir nak lego .. tapi lego semua mahal² .. jadi sebagai ibu yang bijaksana jimat berbelanja ni .. kalau takmoo belikan lego .. belikan mainan (hadiah) lain .... tapi yang mencabar minda jugak ala² lego dan amir suka (^____^)v
Taaarrraaaaa inilah mainan tu, hah dah beso² pun nak kereta ada rail camni ... layankan je lah... tapi dah besar ni dia buat sendirilah gigih balik terus buat, sampaikan ibu siap mandi .. dia tak mandi² lagi dok ralit buat benda alah ni .. dah siap baru mandi .. lepas mandi puaslaaaa dia main ... sampai penat tertidur.
Eh² banyak pulak gambar dalam entry kali ni kan ... alaaa korang pun suka tengokk gambarkan daripada baca ape yang aku meraban tulis tu ... okeyyy ni saja nak kongsikan rezeki main kutu tupperware kali ni ... ni tahun kedua main ... meriahkan .. meriahkan .. alhamdulillah .. kalau tak main kutu gini memang kempunanlah nak merasa pakai barang tupperware ni. Jumlah kali ni main RM 400 Siap beli bekas beras baru lagi .. jangan tak tau mak kutu aku tu kali ni kemain berhemah dia kemas barang susun² dalam semua kotak ... jimat ruang dan bijak jugak untuk mudah penghantaran .. yang penting semuaaaanyaaa sampai dengan selamat.
Oklah jumpa lain entry ... tunggu mood bercerita datang ye ... (^____^)v
Bicara Hati : Salam 1 Syabaan, insyaallah tak lama lagi Ramadhan akan menjelang.