♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Januari 2014

Majalah Sampingan Sesuai Bagi Anak Usia 7 Tahun Ke Bawah



Banyak pilihan sumber bacaan di luar baik komek kartun atau pun majalah, macam zaman saya membesar dulu² tahun 90an gitu memang tak banyak bahan bacaan .. tapi yang paling popular kuntum rasanya.. sampai sekarang pun masih jual. Kalau kat sekolah pulak majalah yang pusat sumber keluarkan kat sekolah dijual dalam rm 0.50 sen kalau tak silap .. ntah lupe kikikikiki .. sebab dah lama sangat.

Tapi sekarang majalah aulad dan majalah sayang muslim ni paling ramai yang suke beli.. saya pun suka jugak.. amir?? lagilah berganda² sukanya ... sebab dalam majalah tu ada macam² aktiviti boleh buat... Kiranya tak membazirlah buat pelaburan membeli majalah tu.




Majalah aulad januari 2014 .. warna warni ceria betul.




Ade buat orogami ikan.. amir suka sangat .. dia kata macam roket pun iyer hahahahaa .. ape² jerlah sayang.. janji kamu boleh bua sendiri.




Doa yang baik... walaupun amir tak pandai lagi baca jawi, tapi bila saya baca dia ikut.. dia boleh hafal.




Majalah sayang muslim, yang ni baru pertama kali saya beli.. bagus jugak dalam majalah ni ada ruangan homework .. jadi anak saya memang sukalah.. lagi² ada cara belajar tulisan jawikan.. sekarang susah nak jumpe buku² yang ada tulisan jawi.. kalau tak mula belajar daripada sekarang susahlah nanti .. harap nanti darjah 1 amir dah mule senang belajar menulis.





Keterujaan seorang anak ... amir kalau benda baru dia memang teruja .. sikit .. cuma ibu kenalah bagi semangat kat dia lebih sikit .. kalau tak mulalah drama dia .. nak baringlah.. laparlah .. nak tidurlah.. ada jer...



Bicara Hati : Cuti mau bersantai dirumah .. sahaja.. wahhh empuknya tidoo tilam...








Isnin, 30 September 2013

Majalah Aulad menarik bagi pelajar prasekolah macam amir



Terfikir tak nak bagi anak baca majalah??? majalah tapi sambil belajar .. majalah yang tak bosan .. sambil belajar membaca dia terhibur ... 

Dulu selalu terpikir nak bagi amir baca sesuatu yang tak membosankan dia .. maksudnya bukan buku cerita .. tapi bacaan macam majalah.. tapi tak tahu .. apa yang sesuai.. sampailah terjumpa majalah aulad kat kedai dekat dengan opis ni hihihihi .. rasa macam trtarik dengan kandungan dalam tu...

Majalah aulad oktober 2013



Ada banyak pilihan majalah mengikut usia, ni saya tengok belakang majalah aulad tu... majalah aulad yang pertama.. sesuai untuk usia amir 5 tahun. (haihh cepatnya masa berlalu .. amir dah 6 tahun.. tahun depan)


Antara kandungan pembelajaran dalam majalah ni ....

Bahagian matematik, yang inilah amir selak dulu .. memang mina mengira ibu tak boleh kata apa.. memang ikut ayah ni.. anak ayah katanya...



English pun ada .. kalau suai kenal macam ni amir memang sukaaalah sangat.. cuba suruh baca, ngeja .. mulalah bua muka bohsan dia ....




Baca dan tulis ... ni ruangan bahasa malaysia kalau tak silap .... macam²lah ada dalam ni.. tapi puashati sangat.. 



Ruagan jawi pun ada .... termasuklah bahasa arab.



Dengan hanya bayaran majalah ni sebulan rm 3.00 saya rasa saya berpuashati sangat, janji amir pun suka.. dalam tu pun ada macam² lagi sebenarnya aktiviti .. ada lirik lagu jugak, cerita pendek .. berbaloi²lah kiranya.. jimat pun jimat dengan satu majalah macam² boleh di kongsikan.. kalau beli satu buku jer.. satu aktiviti sahaja .. amir mudah jemu ... kalau macam ni .. warna warni .. dia pun suka.

Keputusan peperiksaan amir dah keluar, dah amik pun kad kemajuan kat tadika.. ada kesempatan saya kongsikan .. banyak yang perlu di perbaiki dan di tambah baik tahun depan ... untuk usia 5 tahun pada saya ok sangatlah tu .. walaupun sejak dah pandai berkawan ni .. cikgu cakap amir suka main.. kadang hilang tumpuan ... bab yang ni tak boleh nak kata apalah.. memang pesen dia.. kalau tak kenal orang dia diam jer.. dah kenal.. banyaklah ceritanya.



Bicara Hati : Tak tahu lagi amir sekolah mana tahun depan, ibu masih buntu buat keputusan.








Khamis, 26 September 2013

Sikap Majikan Pengaruhi Rumah Tangga




Sebab tajuk itulah saya beli majalah ni. hihihihi.. bukan sebab tajuk pun memang suka beli majalah ni pun ... ada benarnya tajuk tu.. tapi sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu .. kita kene profesional tau.. jangan jadikan emosi terbawa² sampai kerumah .... majikan pun macam tu jugak... jangan ingat pekerja kamu itu kuli kamu.. yang tiada perasaan hingga kamu memberi kerahan tenaganya .. memberi arahan kepadanya tanpa menjaga perasaannya... kerana pekerja kamu pun manusia juga... ingat tu wiwiwiwiwi .....

Khamis.. mulakan sesuatu yang baik untuk hari ini di dalam perkajaan masing²... tak kiralah suri rumah pun ada kerja jugakkan.. kan.. (^____^)v










Rabu, 25 September 2013

aulad - Majalah Pertama AMIR


Majalah pertama saya belikan untuk amir, ibu ada majalah kegemaran .. hubby pun ada.. amir pun mestilah nak jugak... macam bagus jer pengisian dalam majalah ni.. ada kesempatan saya kongsikan yer...




Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Buku Selangor 2013

Kalau fiesta buku kat PWTC dah lama berlalu .. kali ni ada fiesta buku kat selangor pulak, dekat jer.. kat shah alam pun .. saya nak pergi .. saya nak pergi ... tapi hujung minggu ni bz.... nasib baiklah seminggu harap sangat dapat pergi, nak tengok apa yang menarik.


Jadual dan Aktiviti Semasa Fiesta Buku Selangor 2013



Bicara Hati : Entry auto publish .. tuan tanah kedaung dah balik kampung ...









Isnin, 13 Mei 2013

Anjung Seri dan follower ke 414




Hubby baru beli majalah ni.. awal bulan hari tu rasayan sebab keluaran mei 2013kan, memang majalah kegemaran dia pun, kalau tak majalah ni impian .... tak pun majalah dapur, tapi rumah kami tidaklah berhias sakan macam dalam majalah ni pun... kami hias sekadar mampu sahaja.... tertarik sangat tengok keluaran yang ni .. nampak konsep meja makan yang sangatlah eksklusif.... suka sangat tengok kabinet² dapur 3D dan 4D... cantikknya.. berangan jerlah kejap.... dan .. dan paling teruja tengok rumah seorang blogger ni .. fuhh tak kelip mata tengok tau .. cantiknya langsir, cantiknya sofa, cantik ruang makan, cantiknya dapur .. siap ada interframe muka blogger tu .. lepas tu kita terpikir² .. macam pernah tengok .. macam pernah tengok.. macam pernah masuk blog dia.. tapi tak pasti dah follow belum ... cari balik kat mana jumpa.. dan akhirnya follow....




Dann .. dann .. terima kasih sebab sudi follow saya balik, blog ni tulis kisah hati jer.. sukati tuan tanah ... jer nak menulis apa² pun ikut mood tuan tanah .. terima kasih nadia farahida sebab sudi follow blog ni. Suka baca blog nadia, pertama kali baca ... jatuh cinta cara penulisan yang jujur, berjela entry nadia .. tekun baca.. dah habis baca.. siap baca entry lain hihihihi ... itulah yang boleh digambarkan setakat awal perkenalan ni ... dan yang pasti usia nadia jauh lebih muda daripada akak ni ... tapi persamaan kami .. kami anak sulung perempuan (^___^)v












Rabu, 10 April 2013

Fakta atau Auta Ni



Wanita Nampak Tua Setiap Rabu 
gegegegege .. gigit jari...








Selasa, 9 April 2013

Majalah Kegemaran



Koleksi Majalah Harmoni 2013 yang saya berjaya beli setakat ni.. tak semua pun berjaya beli.. 
ini sahaja yang ada......


Lain orang lain kegemaran bacaannya, lain orang lain juga citarasa atau majalah kesukaannya .. terpulanglah pada masing² punya citarasa... yang penting biarlah bahan bacaan itu yang memberi faedah dan manfaat buat dirikan...

Sejujurnya lepas kahwin selalu tercari² majalah apalah yang sesuai untuk dibaca, takkan nak beli majalah remaja owhh tak sesuai dah rasanya... saya ni pulak kategori dari muda (eh² macam dah tua nooo yer..) memang akan berubah² citarasa bacaan.

Masa sekolah menengah saya memang suka beli majalah remaja, walaupun bukan setiap keluaran tapi kalau ada keluaran yang bagus mesti saya beli buat koleksi, lepas tu beralih arah pada nur dah meningkat dewasa sikit.. tu pun sekejap jer kot... sebab lepas bertunang saya lebih suka beli buku pengantin hihihihi.. kunun² cari idea nak buat hantaran dan konsep kahwin.. sudahnya konsep kampung jua yang di dambakan campuran jawa perak (belah abah) jawa selangor (belah mak) korang bayangkan jerlah tema apa yang jadi kikikikikiki ..... ops... cerita pasal kawin pulak.

Akhirnya lepas kawin majalah harmoni adalah majalah inspirasi saya lepas kawin .... pada saya info² dan tips² dalam ini banyak membantu saya .. cara penyampaian pun mudah difahami dan kurang iklan masa mula² saya beli dulu.. berbanding sekarang macam dah banyak iklan pula.. dan harganya rm 4.50 kira mampu milik lah.. walaupun sebulan 2 kali keluaran.... 

Masa mengandung skip sekejap beli majalah harmoni saya beli majalah pa & ma hihihihihi .... kunun² nak mencari info dan tips² bakal ibu lah masa tu.. sambil baca kisah orang lain dan pengalaman mereka bersalin.

Korang ada majalah kegemaran tak?? ke.. korang tak minat baca majalah .... minat baca novel eh.. ke buku² ilmiah.. saya ni semua pun baca.. janji bukan yang majlah prono huhuhuhuhu ..;p



Bicara Hati : Lamanya tak baca novel baru.. eh²kan.. hubby bila nak bagi elaun tambahan ni nak beli novel baru kikikikiki .... 




Rabu, 3 April 2013

Maskulin - Edisi Si Raja Lawak Lelaki & Humor



Pertama Kali hubby beli koleksi Majalah macam ni, tanya² juga dihati ... mungkin kerana minatnya pada Johan, atau minta pada majalah ini.. atau minat pada isi kandungan keluran April ni.... Kesimpulannya oleh kerana ini koleksi pertama.. ku andaikan hubby minat pada apa yang johan luahan di dalam majalah ni ...


 Sangat lain dari yang lain.... Johan rupanya.. dengan gaya rambut yang berbeza ... sangat terkini


 Saya Bukan Pelawak Murahan - membaca luahan hati johan seyes sangat² berbeza karakter sebenar dirinya diluar waktu bekerja... 


 Diselitkan juga Pelopor Pelawak Malaysia yang dikagumi ...


Selebriti Pelawak Terkaya - siapa kata melawak tiada pendapat ... sideliklah yer... sampai mereka boleh jadi kaya...


Kalau nak tahu apa lagi yang menarik dalam tu kenelah beli sendiri ... tapi memang berbaloi².. tak pasti harganya berapa kalau tak silap tak melebihi rm 10.00



Bicara Hati : Tumpang baca jer... hihihihihi ...


Jumaat, 12 Oktober 2012

Fenomena hujan lebat luar biasa bakal berlaku di Klang

 
 
 
 Gambar daripada FB
 
 
 
KLANG: Penduduk Klang dan Pelabuhan Klang dinasihatkan bersedia berikutan kedatangan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang membawa hujan lebat luar biasa yang dijangka melanda kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena yang menyebabkan perubahan cuaca itu dijangka berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

“Fenomena ini dijangka mengakibatkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah hingga 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,” katanya.

Beliau berkata, kawasan bandar Klang berada di kawasan rendah dan berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan melakukan pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena berkenaan.

Beliau berkata, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga sudah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

“Penduduk juga perlu memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang secara sistematik supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat 
sampah,” katanya. 

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044, 03-33714404 jika berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10
Sumber : myMetro.com.my



Bicara Hati : Minggu depanlah yer .... Ya Allah lindungilah kami ...



 


 

Sabtu, 22 September 2012

Rawan hati ibu

 

Cuti pada hari isnin, tapi di paksa dan terpaksa bekerja di hari sabtu .. kesimpulannya.. kerja 5 hari jugak minggu ni huhuhuhuhu... dah big boss bagi arahan.. jadi kuli ni ikut jerlah.... tapi macam ting tong sikitlah sebab hari² cuti selalu berguling dan bergomol dengan amir .. ;p

Pagi² dah kejutkan amir, malam tadi dah bagi tau ibu kene kerja hari ni.. amir mulelah drama takmoo pergi taska, sebab?? sebab nak layan kartunnn.... tapi oklah saya keluar lewat siap mandikan dia dulu.. siap buat sarapan.. tapi dia tak nak sarapan lah pulak.. ermmmmm ..... 

Dalam kereta amir dah merenggek² tak nak ketaska, tibe² dia bagi tahu nak kerumah mak saya lah pulak (dengan erti kata lain balik kampung) nasib baiklah dekat.. sempat pusing hantar kampung.... tersenyum lebar dia....

Separuh jalan amir bagi tahu nak muntah?? alamak!!!! ... serta merta cari tempat parking tepi jalan.. turun terus muntah.... masuk kali ni dah 3 hari berturut² dia muntah pagi?? nape yer.. risau saya.. muntah pun semua keluar susu.. tapi macam susu basi berketul.. sape ade pengalaman macam ni.. boleh bagi tahu saya tak sebab ape... (mulelah ibu ni google sana sini.. nak tau sebab ape)

Sudahlah hati rawan kene datang kerja, amir pulak tibe² muntah.. tapi bile saya tanye lepas muntah dia ok jer.. tanya sakit perut tak.. dia kata x.... malam tadi makan bubur nasi saya masak okk jer.... saya makan pun okk jer.... saya bukan ape risau sebab doktor pernah bagi tau dia sintom nak kene resdung.. ke.. dia nak ade asma.. tapi kalau asama doktor kata dia batuk tak berhenti.. ni tak batuk pun.. naper?? yer...
 
Korang rasa sebab ape yer??? susu dah tak sesuai dengan dia ker?? atau cuaca awal pagi sejuk.. maklumlah kami keluar rumah kan awal pagi .. matahari belum nak keluar lagi .... atau angin.... tolongggggggggggg ...... saya dah buntu pikir...
 
Inilah bubur yang saya masak & kegemaran amir akhir² ni.....
makan sekali dengan sawi tumis air campur telur + tempeh goreng sambal kicap
 
 
Bicara Hati : Harap sangat² kalau kawan² pernah alami masalah yang sama pade anak² sudi kongsikan dengan saya kat ruangan komen...
 
 


Jumaat, 3 Ogos 2012

Majalah Harmoni Hari Raya 2012

  

Semalam balik singgah petronas, bukan nak isi minyak pun ... hihihihi .. nak pergi keluarkan duit.. hadoilahh lajunya duit keluar macam air mengalir jer .... bayar itu ini, beli itu ini .... dah habis.

Ramai oranglah pulak .. mata ni mule lah kalau ramai orang kene beratur melilau sane sini .. pupppp .. nampak majalah harmoni baru keluaran khas hari raya pulak tu .. haruslah saya rembatkan kan.... peminat setia lah katekan lagi² ade gambar tok ti hihihihihi ...;p (sekarang dah kurang sikit fanatiknya berbanding sebelum saya kawin dulu ... pantang nampak gamboo siti kat majalah tahan nafsu jer kalau nak membeli)

 Majalah Harmoni Hari Raya 2012
Cover dia cantik semua berhijab .. 
 
Suke² ade resepi ...
kali ni dari tokey² tudung pulak ....

 Hijabstar

Sesuailah dengan konsep hijab .. ade cara nak pakai tudung ...
tapi saya memang tak reti nak pakai gaya gini ...
selalu pakai bawal jer .. 
tak pun tudung yang ade awning tu .. senang.
 
 
Macam² cerita lagi ade lagi dalam tu.. best² jugak berbaloilah RM 8.90 jer ...


Bicara Hati : Tudung raya pun tak beli lagi .. tak tau lah ade tak tudung sesuai dengan baju dah siap tu .. kalau tak sempat beli pakai jerlah ape yang ade dalam almari tu .. jangan terlupe bawak balik kampung sudah hihihihihihi ... memang alasan kene beli tudung jugaklah.


Isnin, 30 Julai 2012

Cara menarik perhatian anak supaya berpuasa

  

Alhamdulillah dah 10 Ramadhan hari ni, betapa pantasnya masa berlalu sekarang sekelip mata tanpa sedar .... tukang jahit, tukang buat biskut mesti tengah kelangkelibut menyiapkan tempahan kan.....

Oklah hari ni saya nak kongsikan info sikit cara nak menarik perhatian anak supaya berpuasa, dengan erti kata lain cara mudah nak ajar nak belajar berpuasa ... sebab kebanyakkan ibu bapa suke beri ganjaran kalau anak² berjaya puasa dengan penuh tapi jangan lupe pesan kat anak puasa memang wajib dilakukan kalau dah akhil baliq .. janganlah mengharap untuk dapat ganjaran jer.. sebab ganjaran daripada Allah  s.w.t adalah yang terbaik (^__^)v
  
Cara menarik minat anak bersahur / berpuasa :-
  • Hidangkan juadah yang panas semasa bersahur untuk membuka selera anak bersahur.
  • Masak lebih atau pelbagaikan supaya anak tak jemu.
  • Pastikan makan yang ade kuah, mudan dimakan dan makanan yang anak suke masa bersahur.
  • Tanya anak sebelum tidur, menu yang anak nak makan masa sahur nanti.
  • Elakkan makanan yang dimasak pedas.
  • Elakkan makanan yang terlalu berminyak.
  • Galakan anak makan buah kurma dan minum air semasa bersahur.
  • Elakkan anak yang kecil atau adik beradik yang lain yang bawah umur darinya makan dihadapan mereka.
  • Kurangkan menoton televisyen, atau tukar siaran lain kalau ternampak iklan makanan sebab takut mengugat iman anak yang baru nak berpuasa.
Kalau anak suke makan tempe macam anak saya gorenglah tempe hahahahahaha......
tapi anak saya belum puasa lagi baru 4 tahun kan .....
 
Bicara Hati :
 Sumber majalah harmoni 15 - 31 julai 2012


    Khamis, 26 Julai 2012

    Cara kejutkan anak masa bersahur

      


    Alhamdulillah dah masuk hari ke enam ramadhan .. esok dah hari ketujuh, cepatnya masa dah seminggu kite berpuasa, pada kawan² yang ade anak² baru nak mule puasa susah tak nak kejutkan mereka bersahur.

    Jom saya kongsikan tips sikit.. saya pun baca di majalah jer.. nanti bolehlah praktikkan untuk kejutkan anak² yang payah nak bangun sahur tu.....
     
    Cara ni jugak bolehlah saya gunakan nanti nak latih anak saya puasa tahun depan ... ni baru hari pertama ajak puasa dah merenggek² pukul 10.00 pagi nak susu achaner tu .. haihhhhhhh......

     

    Antara cara² mudah nak mengejutkan anak masa bersahur ialah :-

    • Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan-lahan.
    • Sentuh bahunya dan goyang perlahan² sambil memanggil namanya.
    • Renjis air dimuka secara perlahan sambil memanggil namanya.
    • Menampar manja dan lembut pipinya sambil memanggil namanya
    • Tutup kipas atau akon ( Kalau tak bangun jugak.. tak tahu lah saya hihihihihi.... )
    Kalau lena macam ni agak² boleh bangun tak huhuhuhuhuhu.....


    Bicara Hati :
     Sumber majalah harmoni 15 - 31 Julai 2012
    Suke tengok anak² awie semua comel², montel², kulit pun gebu² geramnya ....


      Jumaat, 6 Julai 2012

      Kebaikan coklat untuk kanak-kanak

       
      Berehat sebentar bersama kit kat ..... gambar lame ayah belikan untuk amir
      coklat amir lagi mahal dari harga surat khabar yang ayah beli kat kedai tu kikikikikiki...


      Antara kebaikan coklat yang dapat diperolehi untuk sikecil apabila menikmatinya adalah :-
      • colat mengandungi antioksida, antioksida ni mampu baiki dan kuatkan sistem imun badan, jadi bile kite makan boleh mengelakkan kite diserang strok, sakit jantung, mengawal tekanan darah dan kanser serta dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular..
      • coklat mengandungi kurang kafein berbanding secawan kopi.
      • mempunyai magnesium yang mampu membina otot dan kebaikan untuk kekuatan tulang.
      • bile anak suke minum coklat sebenarnya baik untuk menambah stamina bile bersukan atau bersenam kerana coklat mempunyai glukos dan protein.
      • coklat dapat merangsang emosi anak, bile adenya pengeluaran kalenjer endorfin.
      • Minum secawan coklat panas boleh meningkatkan selera makan anak... jadi jangan ragu² bagi anak minum coklat sebelum makan hihihihihihi.....
      • coklat mengandungi vitamin A, B1, C, D dan E untuk pertumbuhan badan yang sempurna.
      • Sesetengah jenis coklat ade kandungan gula dan susu yang tinggi untuk menyalurkan tenaga, jadi bile kite tak lalu makan.. bolehlah makan coklat dulu hihihihihi.... ;p
      • Fosforus pada coklat juga memberi kekuatan pada gigi kanak-kanak.  
        
      Sumber majalah harmoni 1-31 Mei 2012


      Bicara Hati : sebagai ibu bapa.. kite cuma kene pantau ape yang anak² gemarkan betul tak... selagi masih tak memudaratkan dan tak memberi impak kesihatan yang melampau dah kire baiklah tu... (^___^)v


       

      Selasa, 19 Jun 2012

      Dengan teknik berjalan boleh hindari penyakit

        


      Oleh kerana kesibukkan masa di pejabat.. nak siapkan kerja itu.. kerja ini... banyak draft² untuk entry majalah tak dapat nak kongsi dengan kawan² semua huhuhuhu.. sudahnya banyak yang tepu dalam draft tu... tepu jer.. tak basi lagi.. kikikiki... tapi kalau dah lame terperam mau bau tapai kan.. kan.... 
      Saya bukanlah duta majalah harmoni pun.. jauh sekali promosi ini berbayar.. tapi saya sekadar berkongsi dengan kawan² ape yang saya baca dan sebagai panduan saya juga yang sebenarnya .. iyerlah kang majlah ni saya letak merata² memang takde manenyalah nak mencari.... (^______^)v

      Menurut kajian berjalan kaki mampu menghindarkan diri daripada serangan penyakit berbahaya seperti kencing manis, kanser, obesiti, strok dan jantung kalau diamalkan secara rutin harian.

      Kebaikan berjalan kaki
      1. Membakar Kalori
      2. Meningkatkan Peredaran cecair tubuh
      3. Meningkatkan kesihatan organ dalaman.
      4. Meningkatkan kemampuan otak.

      Posisi jalan yang betul.
      1. Kepala dan bahu - dalam keadaan tegakdengan pandangan mata fokus ke hadapan. (jangan bongkok)
      2. Otot perut - membantu menyangga postur tubuh dan tulang belakang sewaktu bejalan kaki.
      3. Pangkal paha - Secara umum gerakan kehadapan haruslah dimulakan  dari pangkal paha dan melankah secara semulajadi dengan langkah yang tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
      4. Tangan - dirapatkan ke tubuh. manakala siku perlu berada dalam sudut 90 darjah. pastikan masa berjalan lengan bergerak serentak dengan kaki dalam posisi terkawal.
      5. Kaki - Pastikan kaki mendarat di tumit lalu bahagian tengah kaki kemudian barulah jari jemari kaki.

      Jangan paksa diri kalau tak mampu yer... saya ni memang takdelah tekun nak pergi kepadang depan rumah tu nak berjalan.. jauh sekali nak joging, tapi.. tapi.. kat opis pun dah berjalan² juga.. turun naik tangga.. janjikan postur badan tu betul.. jangan bongkok.

      Sumber majalah harmoni 1 - 31 mei 2012


      Bicara Hati : Ade tak sape² yang tengok rancangan 9 soalan baru² ni.... sangat²lah menarik isunya... kalau tak silap bersama Prof iR Dr Fatimah daripada UM (kalau silap betulkan yer) tajuknya mengenai solat yang dilakukan dengan sempurna boleh menyembuhkan banyak penyakit (menurut kajian sains), kajian prof yang terbaru kalau tak silap boleh menyembuhkan penyakit mati pucuk. saya tengok sikit jer.. memang bestlah topik tu.. mane nak tengok lagi yer.. kat tonton ade x??




      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...