Bile hujung minggu aktiviti penuh dengan macam² agenda.. hari ni mulelah datang keje.. badan pun jadi lesu... hati pun melayang² jer.. mahu sambung tidur....
Amir ohhh amirr... daripada seawal usia sehari ibu rasa bersyukur kerana dikurniakan anak yang tak banyak ragam macam kamu.. dalam pantang.. tidur nyenyak.. hanya merenggek bile mahukan susu.. malam pun macam tu... bangun hanya nak susu.. banyak masa terhabis waktu tidur.... jadi ibu pun takdelah istilah tak cukup tidur hihihihi....
Sehari kesehari tanpa sedar amir makin membesar.. bile dah besar ragam lain pulak.. keletahnya tak menahan kami... banyak bercakap... banyak bertanya.. banyak yang nak diterokaii.... tapi... percayalah itu semua hanya bile bersama kami² sekeluarga dan orang² yang rapat sahaja....
Amir sebenarnya lebih pada pemalu.... bile bertemu dengan orang yang dia tak kenal.. dia takkan jawab bile ditanya.. dia akan pegang buju baju saya.. tapii.. tapi... tapi.. bile orang yang dia kenal walaupun kat pasar malam dari jauh amir dah panggil² kawan² atau pun orang yang dia kenal tuu... huhuhuhu....
Adekala saya risau sangat dengan sikap amir ni.. iyerlah bile sekolah nanti boleh ker.. dia berkawan.. sebab dia jenis lambat panas nak berkawan dengan orang.. dah kenal pulak.. tak mahu berenggang haihhhhh... harap sangat dia tak meragam bile mule sekolah tahun depan.... kami dah daftarkan dia untuk masuk pra-sekolah.. api tak pasti lagi dapat tak.. sebab saingan kuat² sekarang.. kabel mestilah kuat... bukan dasar laut jer... harap adelah rezeki amir nanti...
Kalau diluar rumah kat taman dengan semua kawan² amir ok jer.. elok jer main.. sebab dah kenalkan... tapi kalau kawan² dia datang rumah.. mulelah dia akan jadi ketua.. sesuai sangatlah dengan nama dia amir tu... sampai pernah sekali kawan² dia makan biskut kat rumah sambil main.. dia cakap.. makan duduklah.. nanti biskut berteraburr kat lantai.. gaya dia bercakap masa tu.. macam ketua kelas jer.. saya pulak yang dengar malu huhuhuhuhuhu.... (macam nak tutup muka) sebab terserlah sangat sikap tegas dia mewarisi sifat ayahnya okkkkk.....
Tapi kalau kat luar rumah korang jangan tak percaya silap² dia yang menangis orang tegur dia macam tu...... eeemmm..... saya sekarang lebih banyak juga bagi amir bercambur dengan orang luar.. termasuklah anak² kawan hubby .. hubby pun dah mule bawak dia kesekolah kalau ade aktiviti petang.. sebab nak bagi dia biaserkan diri mengenali kawan² baru.. dan dunia luar....
Senyum bukan main lebar lagi.. padehal gigi dah mule rosak tu....