♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 11 April 2014

Bahaya Mengumpat - Tafakur Di Pagi Jumaat



Merenung di pagi jumaat, indahnya .. sayunya .. sunyinya.. kemeriahannya semuanya bergabung .. penghulu segala hari katanya. Bagi anak² yang bersekolah inilah hari yang dinantikan ... kerana esok akan bercuti.

Bahaya mengumpat dan marilah kita bertafakur .. merenung diri .. muhasabah diri .. janganlah sesekali amalan yang kita lakukan hilang pahala hanya kerana tanpa sedar sikap kita yang suka mengumpat .. kerana mulut badan binasa.

Sejak akhir² ni amir selalu bercerita tentang hari akhirat (selit cerita amir sikit yer) baru belajar bab baru agaknya, andaian aku amir sekarang mula belajar erti² dan maksud rukun² iman .. kerana bila bab akhirat dia macam takutt sangat².. lagi² asyik bertanya... nanti amir boleh jumpa ibu tak?? boleh jumpa ayah tak?? macam mana dah mati nak berkumpul ... kenapa mesti mati??? kenapa mesti duduk dalam tanah .. banyak lagi persoalannya yang akan timbul .. perlahan² kami perjelaskan... hikmahnya.. amir sekarang mula ikut atuk solat walaupun kami takda (kami kerja) bila dengar azan cepat² nak ambil air sembahyang ... dan akan ikut atuk solat.. walaupun bacaannya masih banyak yang belum hafal .. muhasabah ayah dan ibu melihatnya.

Salam Jumaat Semua ... Mari tingkat Ibadah .. Elakkan Mengumpat.









Khamis, 10 April 2014

Menjahit Manik Kat Apron Amir



Bahana bila air takda, baju berbuntil² tak di tapis ... sebuntil bukak.. semua terus masuk mesin basuh.. sebuntil bukak dan semua terus masuk mesin basuh .. apatah lagi hubby yang amik alih tugasan tu ... baik dari mengakat air ... membasuh .. membilas dan mencuci .. sehinggalah ibu amik alih bahagian jemuran dan melipat .. ohhh maiiiii..... rasa syukur di dalam hati sebab hubby dah meringgan sedikit beban kerja ibu.

Sehelai-sehelai sidai sambil ditemani bebelan anak ... sampailah kebahagian baju² amir, apron amir .. buntang sekejapan mata ibu .... amir pun terpandang situasi yang sama ... ibu .. apron amir dah rosak ... macam mana ni .. nanti mesti kawan amir ejek .. apron amir koyak².. (walhal yang koyak hanyalah bahagian nama sahaja)




Tak tahu nak cakap apa, tapi memang salah ibu pun ... semua di ikat sabuntil ... dan jahit pun tak pandai .. tak berapa nak kemas .. tu yang mudah tertetas macam tu. Mulalah adegan sesi pujuk memujuk .. tapi amir nak jugak ibu jahit lagi .. hadoilah .. mak ni tangan tak kreatif .. tambah² pulak .. nak jahit gaya mana ni.. dah koyak rupa itu ... tetiba dalam dok tengah pikir, tangan tengah meligat kemas ruang almari mekap.. terjumpalah labuci².. manik² ibu zaman kemaruk menjahit dulu²... 4 5 tahun sudah kot ... hahahaha .. terus dapat idea bernas ... nak jahit kat apron amir ... 




Dan hasilnya tidaklah sekemas mana, tapi cukuplah buat amir teruja dan gembira.. sebab apron dah cantik semula ... siap tunggu ibu jahit .. gigih dia bercerita ... tak sabar nak pakai katanya ... cantiklah ibu.. cantiklah ... bersinar²... anak²... terus peluk dia dan cium...


Korang tahu tak, gigih tak gigihlah saya jahir ahad malam isnin tu sebab hari isnin amir dah nak bawak pg tadika ... tu yang jahit jugak tu dari pukul 8 sampailah pukul 10 fuhhhhhhhh ...




Lepas ni kalau rabak balik .. tak tahulah gigih ke tak ibu nak jahit lagi huhuhuhuhu ... >_____<









Rabu, 9 April 2014

Gedik Santai



Bila masya gedik santai, bila masya berangan pengantin baru sentiasa hahahaha ... jari sibuk nak berinai ... orang lain pulak yang geli .. sudah²lah nak rasa jadi pengantin masya oiiii  :))

Ok.. kisahnya bila gedik santai ni datang, tetiba rasa nak cuba pakai inai ni, kawan kata murah .. beli kat NT Shop jer.. kalau tak silap ada 2 pilihan ros dan bunga raya ... jenama Suzana. Saya pilih yang bunga raya .. sebab kawan saya kata lagi merah.. koranggg nampak tak pengaruh kawan² bukan zaman sekolah jer.. zaman kerja lagi kuat pengaruh oooooo ...

Gambar kat bawah ni kotak inai yang saya beli, hambar bunga raya tu ada kat sebelah kanan.


Dia ade 2 pilihan jugak jenis tiup macam ni.. dan tiup yang panjang tu.. yang panjang selalu kena gunting hujung dia.. kalau rajin nak melakar kat tangan oklah.. saya suka pakai kat kuku jer.. tak suka corak² kat tangan. Yang penting harga sama rm 1.90 sahaja.




Ni sempat saya pakai kat opis, sekejap jer pun tak sampai 10 minit hahahahah.. memang merah.. kalau lagi lama.. mau hitam agaknya... cantikkan (perasan)... sorry pada yang tak suka tengok orang jari berinai ni.. saya tutup muka opssss.... jangan marah >___<


Sape kata pakai inai ni gedik, masya jer pepandai letak tajuk gedik santai ... sebenarnya jari kita kalau pakai inai ni lagi elok kuku .. tak taulah betul tak.. tapi orang² zaman dulu kata macam tulah.. lagi² kalau kuku kaki ... saya pun tak tahu apa yang eloknya.. tapi mungkin ada maksud tersirat dari segi kesihatan kalau pakai inai daun.. ni inai tiup saya tak tahulah pulak kikikiki ...


Murah .. yang penting merah, nanti nak syorkan adik ipar pakai inai ni lah masa kawin jimat masa dan tenaga.. tak payah petik daun inai nak tumbuk .. pengantin pun takdalah mengelat buat kerja hantaran kikikikiki ...;p






Isnin, 7 April 2014

Catuan Air Di Zon 4 , Isu Bekas Air



Hujung minggu yang bebetul mencabar kehidupan seharian kami, jumaat lagi dah dapat tahu takda air kat kampung ... jadinya kami sepakat balik rumah dengan penuh harapan mengunung kat rumah air memang kena catu tapi air tangki ada selalunya dan waktu sebelum subuh kebiasaannya air akan ada sampai 10 pagi.

Tapi .. tapi .. kali ni memang bebetul kena catu uwarrrrrrr ..... balik rumah air tangki pun takda.. jiran² bagi tahu seminggu dah air tak keluar.. memasing tadah air daripada depan, kami pun bernasib baik sebab masa renovate rumah dulu air depan kat 'car porch' memang air terus daripada meter yang ke singki dapur.. jadinya bolehlah tadah air kat depan jugak, kalau ikutkan plan lama air depan tu pakai air tangki jugak huhuhuhu ... rezeki².. ada jugak hikmahnya hubby ubah dulu.

Korang bayangkan baju seminggu tak basuh, baju sekolah amirlah paling kami pentingkan ... gigih hubby angkut air tau dari depan kebelakang nak membasuh baju, mujur jugaklah mesin auto kami tu tak berapa nak auto ok jer.. kalau hubby dok letak air waktu basuh dan keringkan.


Berbekas² air hubby tadah malam tu, semua bekas nak pindah rumah kami gunakan dulu.. mujurlah belum isi barang² .. haru toi .. dan mujur jugaklah amir dah besar.. kalau tak mahu dia berkubang dalam bekas² tu... buat pesta buih... kemain suka dia dapat mandi kat laman tu tau.. anak oiii.. air takda ni.. perlahan jer, tu pun mujurlah perlahan.. kalau setitik pun takda lagi pingsan.. jenuhlah mengangkat air nak basuh baju 2 trip hubby buat... ya allah terima kasih sangat² kat hubby sebab gigih buat semua tu... sampaikan saya dah tidur pun dia tak tidur lagi.. saya bangun dia dah bangun.. hubby² mesti dia kepenatan hari ni... nak mengajar.




Kalau ikutkan kawasan taman rumah kami ni dah 3 bulan, masuk bulan ke 4 dah catuan air ni ... tapi sejak² nazak sangat tahap catuan air ni.. air minum saya beli air mineral besar ni jer.. kalau nak rebus.. memang rebus air ni buat air panas... kalau air yang ada tu keluar untuk basuh baju dengan basuh pinggan itu pun dah rasa syukur .. masak memang jaranglah takda air ni.. tapi demi anak nasi tu masklah jugak.. sebab amir kan suka makan nasi telur dan kicap.



Bila bukak nuffnang pulak lagi haru... orang dok google kat mana nak beli tong air murah, haihh lah.. saya sendiri pun tak tahu kat mana yang murah ... sana sini jual harga tong melambung² kemain mahal ... memang kaut untung betul dia orang ni .. 2 ply je jual murah sikit.. sikit je lah kot kita orang pun bakai bekas kotak tu jer.... tak beli tong, mujur abah pernah bagi tong dulu.. isi kat tong tu je lah... huhuhuhu ..;p




Bicara Hati : Cepat²lah air kembali pulih, 2 hari takda air.. rahmat jugak 2 hari hujan turun .. tapi tak tadah air pun.. takda bekas dah.. mak kat kg tadahlah..








Jumaat, 4 April 2014

Amir Dan Kerja Sekolah Di Hari Cuti



Dulu 5 tahun mungkin banyak kelonggaran saya bagi, sampaikan mewarna pun saya tolong .. tapi 6 tahun ni banyak bagi amir berdikari ... tak boleh manja² sangat ... tapi tu pun kadang kalau datang hamukkan dia kenalah layankan jugak.

Kunun² reward last cuti sekolah nak ajak pergi fun fair .. dah kenapa fun fair ni amir nak datang dia assyyyikkkkkkk lah tutup huh!! bertabahlah amir yer.. takda rezeki kita lagi.




Bila hari jumaat mesti wajib periksa beg dia, hari lain pun saya tengok jugak.. tapi jumaat ni luar biasa sikit.. kerja sekolah tadika amir memang banyak .. kadang cikgu siap bagi buku bacaan ... nampaknya bermula sekarang amir kena biasakan diri .. takut² tahun depan dia tak biasa nanti sebab dah sekolah pagi petang, malam mesti nak tidur awal kalau tak siap kerja camne kan .. kan ... :((

Anak korang pun sama tak macam tadika amir ni, ke tadika amir jer.. rasanya semua tadika kemas sama kot ... kawan saya kata dulu² sekolah cikgu tak bagi bawak balik .. kerja pun tak banyak .. tu saya pelik.. bila amir ni banyak kerja.. tapi bagus jugak .. terangsang minda dia... kalau tak mainnnn je ingatnya.



Bicara Hati : Air takda kat kampung huhuhuhu .... kesiannya ada rumah yang buat kenduri.











Special Reward Buat Diri Di Secret Recipe



Bila kawan² opis jadi mak buyung, bila tekak kawan² opis mula mengidam yang bukan²... takmoo nasi katanya .. nak menu yang berlainan dan luar biasa .. amboi .. jangan anak lahir luar biasa nafsu sudah yer kikikikiki ... pitam kang asyik nak layankan.

Mujur mengandungkan amir dulu tekak ni ok jer... asal ada depan mata ngap, yang pelik² tak pernah pulak nak teringin makan.. western paaallliiinggggg tak boleh masuk kot .. nasi ok jer.. kalau boleh nasi lauk ikan bilis jer nak dihadap dengan kicap huhuhuhu ....

Amboi mukadimah kemainkan.. macam ko yang mengidam eh masya, oklah sebanarnya saja nak cerita ni kisah jumaat lepas ... memasing baru lepas gaji kan ... tu nafsu lain macam ... reward buat diri katanya  .. kalau dengan hubby memang takkk di layannya nak makan kat SR ni maklumlah tekak kampung katanya, poyo jer... padahal kalau isteri masak hubby ngap jer ... berani tak makan siaaappppp.

Jadi mak buyung kat opis ni cadang nak makan kat SR, kunun²nya lah .. yang sebenarnya nak makan benda lain.. tapi sebab dah sesat barat .. kosa nak cari tempat tu .. kami pilih makan kat SR sahaja.

Moh ler jamu mata yer ...



Ni menu kawan saya spagetti carbonara .. terbaik.. sedapp jugak, tak pernah saya makan kat SR




Yang ni pilihan mak yong .. amboi kemain penuh cheese melimpah ruah .... lasagna ... terbaikk koo sampai tak habis yer mak yong senak masuk perut.




Opssss.. yang ni tuan tanah blog yang punya, sebab saya tak reti masak spagetti olio ni, jadi saya pilih lah spagetti olio seefood kalau tak silap ... ok lah.. rasanya .. tak terlalu muak sebab ada serbuk cili .. tapi tulah.. kemain besar² sotong tu tau...


Air yang kami pilih epal asam boi kalau tak silap.. perghhh mantapppp seyes air tu .. sedapp sangat² .... tak tipu.. kena dengan tekak saya .. tak tahulah orang lain.. tapi pada saya kena sangat dengan masa apple dan jeruk tu ... tapi jeruk tu tak mampu saya nak makan .. mau pejam mata ... sebab kawan saya kata mashammm dan ohsemmmm sangat.

Sesekali bolehlah makan kat SR ni, kalau selalu pingsan oooo harga dia kan mahal .... jumlah semua yang kami makan ni RM 74.00 kalau tak silap, kami makan kat Tesco extra Bukit Tinggi jer, sekarang dah baru.. deko pun lain sikit.. tapi tulah macam terkurung pulak.. korang kalau bawak anak.. silalah bertabah yer.. depan SR ni  Toys r Us hohohohohoho >___<





Bicara Hati : Sedapnya makanan kat SR ni, tak berani nak order yang makanan dalam mangkuk besar.. kemain besar mangkuk .. kang tak habis membazir ...














Khamis, 3 April 2014

Cinta Pertama Sukar Di Lupakan



Ramai kata cinta pandang pertama sukar dilupakan, cinta pertama itu umpama nyawa .. maklumlah itulah bermulanya detik dan bibit² mengenal erti cinta betul tak??? betul tak??? masa ni barulah tahu istilah rindu ... terngiang² apa yang diperkatakan.


Amir?? yups amir... cintanya pada sekolah lamanya memang sukar dilupakan... dah macam cinta pertamalah kiranya, 3 bulan perkembangan disekolah baru ni .. mulutnya masih tak lepas mengukapkan.. ibu ... ibu ingat tak kawan amir nama dia rahman ... ibu ingat tak torek... habis semua nama kawan² disekolah lama akan disebut. Bulan pertama di sekolah baru.. hampir setiap hari dia protes.. ada jer yang tak kena .. ada jer yang di adukan di telinga ini .. sampailah saya dapat tahu dia dilantik menjadi ketua kelas .. yupsss.. ketua .. korang bayangkan sikap dia yang manja tu .. tetiba kena jadi ketua... nak suruh kawan buat itu ini .. jangan bising, jangan gaduh.. sedangkan hatinya juga melonjak² mahu buat perkara yang sama.




Anak yang manja, yang suka makan nasi goreng ayam dan yee mee sizzling kalau makan kat luar ...



Orang kata cinta pertama memang sukar dilupakan.. sekarang saya percaya, cinta amir pada tadika lamanya.. pada kawan² lamanya.. suasana di sekolah .. persekitaran seharian di sekolah memang banyak membantu perkembangan dia.. itu aku tak nafikan... yupsss.. memang aku akui sangat²... hati dan jiwanya .. kerana kat situlah dia mula bijak bersosial, kat situlah dia mula kenal erti tidur berkelompok.. berkongsi permainan dan buku² bacaan, kat situlah dia tahu batas² aurat.. lelaki dan perempuan tidak boleh idur bersama (dan selalu dia pertikai kenapa ayah boleh tidur sebelah ibu)

Lepas cuti sekolah ni dah jarang dengar amir merungut atau mengadu tak suka kesekolah... sebab amir bagi tahu sekarang pagi² ada belajar baca doa solat dhuha, baca nama² allah ... pakai baju sukan ada cara amik air sembahyang .... nanti cikgu bagi tahu nak belajar solat, sebenarnya itulah jiwa amir .. sebab setahun kat tadika lama dulu dia dah terbiasa pagi² ada baca zikir².. dia macam pelik bila kat tadika baru ni takda tu semua. Allahhuakbar ... terharu ibu dibuatnya .. walaupun kadangkala suuh solat ada je alasan ciptaan nak melambat²kannya.

Satu je harapan ibu, ibu buat yang terbaik buat amir ... ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak ibu .. moga suatu hari nanti menjadi insan yang berguna.

Mesti ada yang ingat saya nak kongsikan cinta pertama saya .. ishh.. issshhhh .. kisah lama jangan dikenang² kat blog ni bahaya .. bahaya .. cari nahas namanya .... cerita yang sekarang sahaja sudah baik (bajet kooo pernah bercinta ke dulu masya ooooiiii jeng .. jeng.. jeng.... )



Bicara Hati : Hari ni meeting kat luar, yahoooo keluar opis ... lihatlah dunia luar..









Rabu, 2 April 2014

Oat Krunch



Tak tahu nak makan apa tengahari .. mehlah layan kudap².. tak sudah² dengan kudap² masyakan.. daripada pagi tadi dok layan kudap², memang stok kudap² ada je dalam laci senang.. dah kalah poket doraemon... tapi kali ni oat tau.. sedappp.. dulu²kan asal sebut oat ohmaaaiiiiiii dah buat muka sebab tak sedap.. tapi sekarang dah banyak pilihan rasa oat.. biskut macam ni siap ada coklat sapa tak nak.. sedappppp tu hihihihihihi ...

Biskut pun biskutlah janji boleh makan (^____^)v





  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...