♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 7 April 2014

Home » , , , , , , » Catuan Air Di Zon 4 , Isu Bekas Air

Catuan Air Di Zon 4 , Isu Bekas Air



Hujung minggu yang bebetul mencabar kehidupan seharian kami, jumaat lagi dah dapat tahu takda air kat kampung ... jadinya kami sepakat balik rumah dengan penuh harapan mengunung kat rumah air memang kena catu tapi air tangki ada selalunya dan waktu sebelum subuh kebiasaannya air akan ada sampai 10 pagi.

Tapi .. tapi .. kali ni memang bebetul kena catu uwarrrrrrr ..... balik rumah air tangki pun takda.. jiran² bagi tahu seminggu dah air tak keluar.. memasing tadah air daripada depan, kami pun bernasib baik sebab masa renovate rumah dulu air depan kat 'car porch' memang air terus daripada meter yang ke singki dapur.. jadinya bolehlah tadah air kat depan jugak, kalau ikutkan plan lama air depan tu pakai air tangki jugak huhuhuhu ... rezeki².. ada jugak hikmahnya hubby ubah dulu.

Korang bayangkan baju seminggu tak basuh, baju sekolah amirlah paling kami pentingkan ... gigih hubby angkut air tau dari depan kebelakang nak membasuh baju, mujur jugaklah mesin auto kami tu tak berapa nak auto ok jer.. kalau hubby dok letak air waktu basuh dan keringkan.


Berbekas² air hubby tadah malam tu, semua bekas nak pindah rumah kami gunakan dulu.. mujurlah belum isi barang² .. haru toi .. dan mujur jugaklah amir dah besar.. kalau tak mahu dia berkubang dalam bekas² tu... buat pesta buih... kemain suka dia dapat mandi kat laman tu tau.. anak oiii.. air takda ni.. perlahan jer, tu pun mujurlah perlahan.. kalau setitik pun takda lagi pingsan.. jenuhlah mengangkat air nak basuh baju 2 trip hubby buat... ya allah terima kasih sangat² kat hubby sebab gigih buat semua tu... sampaikan saya dah tidur pun dia tak tidur lagi.. saya bangun dia dah bangun.. hubby² mesti dia kepenatan hari ni... nak mengajar.




Kalau ikutkan kawasan taman rumah kami ni dah 3 bulan, masuk bulan ke 4 dah catuan air ni ... tapi sejak² nazak sangat tahap catuan air ni.. air minum saya beli air mineral besar ni jer.. kalau nak rebus.. memang rebus air ni buat air panas... kalau air yang ada tu keluar untuk basuh baju dengan basuh pinggan itu pun dah rasa syukur .. masak memang jaranglah takda air ni.. tapi demi anak nasi tu masklah jugak.. sebab amir kan suka makan nasi telur dan kicap.



Bila bukak nuffnang pulak lagi haru... orang dok google kat mana nak beli tong air murah, haihh lah.. saya sendiri pun tak tahu kat mana yang murah ... sana sini jual harga tong melambung² kemain mahal ... memang kaut untung betul dia orang ni .. 2 ply je jual murah sikit.. sikit je lah kot kita orang pun bakai bekas kotak tu jer.... tak beli tong, mujur abah pernah bagi tong dulu.. isi kat tong tu je lah... huhuhuhu ..;p




Bicara Hati : Cepat²lah air kembali pulih, 2 hari takda air.. rahmat jugak 2 hari hujan turun .. tapi tak tadah air pun.. takda bekas dah.. mak kat kg tadahlah..








20 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak masya, semoga bersabar banyak dengan dugaan ni. sheila cuma alami air takda 2 hari sekali dekat ofis. jenuh juga nak menahan apa yang patut tu. hehe singgah menabung libresse sini~~~

ieza ashaari berkata...

Kt umh za kn catu gak. Bila agk2 panas hati nak mendobi baju,za hntr je bju sume kt dobi.settle..huhu..

puanstoberi berkata...

kat cokit pun tong air besau tu RM80 akk tgk. tp ada gak yg RM40 camtu. jadi, jawapan kpd persoalan tu - nak murah, bule survey kat cokit. Hihi.

Mmg hazab rasanya takde air ni. 4 bulan dah?? Perghhh.. cannot imagine.. sbb akak mmg renyah dan ilang mood kalau takde air nih.. grrr.... bila la derang nak settle kan isu nih. dah jadi misteri cam MH370 gak :(

nad berkata...

huhu..bertabah k..
sangat simpati pd kawan2 yg alami nasib mcm yana...
moga cepat la masalah air ni selesai...

::EIDA:: berkata...

sekarang kedai jual tong kemain mahal kannnnn!! ida tgok kat care4 hari tu. perghhh rm50! pengsan!

IntaNBerliaN berkata...

a'aa kan, saya pun ada baca staus kat fb org gtau tong air melambung2 mahalnya...

Cho Zila berkata...

sejak der catuan airni hidup kurang terurus sikit ... terkejar2 rasanya.. nak memasak memang malas sikit.. sebab nanti banyak benda nak di basuhkan.. isyh hrp cepatlah selesai .. duk negeri paling maju kot di semenanjungni tapi alahai...

- AZIE - berkata...

tumpang simpati dgn situasi dkt sana..susah jgk kalo xde ari..harap keadaan akan kembali spt asal semula..

Unknown berkata...

bekas air mmg naik harga skrg..kat umh akak kata 2ari xde air tp smpai ari ke4 bru ada air..!camner tu?

Nadhirah berkata...

:) blogwalking sini . . mohon singgah blogshope sy : http://ayraashoppe.blogspot.com/

Nieyla Nadia berkata...

Singgah sini...nasib baik la kawasan umah nieyl x kena catu..klu x..aduhai..xtaw la nak tadah mcner..yela bilik air kecik je pun...

Ujie Othman berkata...

kesiannya yana..
akak ni mujur dah pindah NS. Adik akak kena catuan air, dia ckp mmg tong air jadi mahal. geram je..

kita doa moga krisis air ni cpt berakhir..

Deq's Qienz berkata...

hahaa kelakar la keyword diorg kan..

eija_sweetmama berkata...

itulah terasa betul bila kena catuan air ni,

sama la kali ni kaw perumahan k.eija pun terkena catuan bermula hari ahad, 2 hari sekali kena catu..cepat la masalah air ni berlalu..

Julia Johari berkata...

Wahhh tong murah sekarang jadi pilihan org mencari kan masya...mmg tinggi vote tuh...mesti nak yg murah...fuh sekarang mmg kena amik langkah awal simpan air siap2, malang x berbau...

Fiza Rahman berkata...

Lama tu kena catu. Area umah saya pon 1st time termasuk dalam senarai catuan utk peringkat 4 nih. Start ahad kena catu tapi so far masih ada airnya. Tak tau lah kot air tangki byk lagi ker kan. Bertabahlah yer.

dear anies berkata...

lama tu dah kena catu...kt sini wpn x d catu kami still tadah jg sbb tkt2 tetiba xde air

QasehnyaRania berkata...

huhu.sama lah kita kak
kawasan sy pon termsuk juga peringkat ni..
ni dah masuk hari ketiga x d air ni..
kta catuan 2 hari ada, 2 hari tak da.huahua

Ibu Lala berkata...

Aduhai. Entah bila nak settle catuan air ni kan.

QasehnyaRania berkata...

tak ada air balik hri ni.huahua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...