♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kelebihan Surah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelebihan Surah. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

Petua Sakit Kepala






Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 

5. Baca Surah An-Nas (1kali) 

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)





NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit, tapi kalau dah berhari-hari tak baik.. pergilah jumpa doktor cek bertanya pada yang pakar.



Bicara Hati : Selalu sakit kat bahagian depan kepala, saya tension rupanya baru tahu huhuhuhu.... lagi-lagi waktu lepas kerja atau panas terik, hubby pulak selalu sakit kat tengkuk orang kata itu tanda nak kene darah tinggi ... mintak dijauhkanlah hendaknya.











Jumaat, 18 Januari 2013

Kelebihan Surah Al- Kautsar

 


Kita selalu menhafal surah² yang mudah, tapi tak pernah terpikir sebenarnya setiap surah mempunyai kelebihan sendiri ..... setiap ayat² al-quran sebenarnya ada kelebihannya sendiri.... 

Suka sangat dengar bile  bawak kereta nak balik rumah mulut amir mula menghafal surah² yang ustazah ajar kat sekolah.... tapi kalau kene hangin tak tentu hala dia... jangan kata menghafal surah.. tibe² disambungnya lirik lagu .. saboo jerlah.... memang agak penat jugaklah nak pantau bab tu .. kadang² bile saya betulkan boleh pulak dia bagi tahu ustazah baca macam tu lah ibu .... @#$%?????




Tadi ada bukak kat FB Rahsia Surah Al-Kautsar:-

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Bicara Hati : Jumaat yang agak layu .. mungkin sebab mood nak cuti esok nak berkobar² membayangkan nak mengemas rumah....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...