♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label ART. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ART. Papar semua catatan

Khamis, 13 Mac 2014

Mana Nak Order Quilling Art Yang Cantik









Simple tapi sangat² cantik dan kreatif .. itulah yang boleh ku gambarkan, aku?? nak buat .. ermmmm alamatnya terseliuhlah jari tangan nak ku quill kikikikiki .... ;p




Alasan² ... nak menjahit pun tak terjahit²... apatah lagi potong kain, ntah tak tahu mana hilangnya skill tu semua .. sejak asyik pegang kalkulator kot ... tu yang tetiba minat ni hilang ... hilang gitu jer ...... bukan tak minat, tapi tak di mulakan .. lepas tu pulak ... sibuk .. sibuk .. sibuk ... sudahnya .. langsung tak menjadi. Bila nak mulakan balik .. takda pulak yang nak bagi semangat .... tu kelauttt jer ... ehem.. ehem.. tapi baru ni dah potong kain buat shawl hik hik hik ... nanti story mory lain kali eh.




Cantikkan corak bunga ni, ni kawan saya buat .. dulu dia satu opis sekarang dah kerja tempat lain ... jujurnya saya minat sangat² quilling² macam ni ... sebab tu lah saya order super duper FM Comel² khas buat pembaca blog saya ... pada yang dah dapat tu tahniah yer... pada yang belum dapat lagi.. insyaallah adalah rezeki tu.. saya tempah khas memang untuk 2014 sahaja.











Alhamdulillah ini yang saya tempah .. khas untuk pembaca blog saya (cam ramai no yang baca blog suam² neslo ni), tapi saya order daripada rakan alam maya .... sebab rakan alam nyata saya tu bizi huhuhuhu .... takmoo layan ... cantik tak?? cantik tak???? ni semua khassss untuk pembaca blog saya.. sepanjang 2014 saya akan berikan.. setakat ni dah bagi 3 orang ... 




Mana saya order quilling fm yang cantik² ni?? hah!! korang mesti teruja kalau tengok blog art dia.. super duper cantik².. korang request lah nak macam mana pun.. mesti di layan punya .. tapi harga berbaloi²lah dengan apa yang korang nak kan.... tuan yang yang tangan kreatif punya 3 askar ni ialah cha si hijau cantik atau pun blog art dia orencantik.blogspot.com












Isnin, 22 Julai 2013

Tulisan Jawi Pertama Amir Disekolah



Suke tengok perkembangan terbaru amir di tadika, sekarang ni dah mula belajar bahasa jawi sikit² .. menulis jawi .. tapi itulah banyaknya perubahan ejaan jawi sekarang yer.. sampaikan ejaan ini saya tengok cikgu amir tulia 'alif ya nun' saya asyik baca .. ayan, ain sampailah amir kata .. 'ini' lah ibu ... apa ke jauh nooo bezanya mir ejaan ni .. betulke??? kalau 'alif ya nun ya' boleh lagi ibu terima ini ... macam² dah berubah .. hubby senyum simpul jer.. dengar amir terangkan balik kat ibu ... kebetulan ada kerja sekolah tulisan jawi masa tu.

Dan sebelum tu .. amir ada bawak balik tulisan khat guna warna air .. amboi .. patutlah teruja benar yer.. nak gunakan 'water colour' ni.. lagi² lepas balik daripada kompleks kraft tempoh hari .. memang dia asyiklah dok mintak 'water colour' rupanya ada belajar kat tadika, tapi saya belikan yang kecik jer.. 5 warna hihihihi.. nak amik hati dia...

Jom layankan gambar² tulisn khat amir


Alif


Ba



Ta




Teruja sangat tengok tulisan amir ni, tapi kalau tengok dia bua kerja rumah kat buku.. tulisan jawi dia tak kemas lagi ... suka dengar dia mengeja jawi ' alif ya ba wau' - ibu ' alif ya ha' - ayah ... alahai² .. di ulang² baca ... lepas tu dia eja 'alif wau lam ro' - ular ... siap soh saya eja .. balik.. amboi kemain mengajuk² cikgu tu soh dia eja .. dia soh ibu pulak mengeja.



Bicara Hati : Dah pandai jugak tulis nama sendiri .. itulah suka sangat tulis amir hazim jer.. muhammad dia tak masukkan, panjang katanya.... sukati jer.. 




Rabu, 13 Februari 2013

Belajar Mengunting Dan Art



4 hari bercuti, penuh aktiviti dikampung sahaja... aktiviti sendiri tergendala..... mood datang kerja hari ni agak layu² huhuhuhuhuhu....

Perkembangan yang positif bila disekolah diberi peluang memegang gunting.. hasilnya seperti dibawah... mahu tergelak dibuatnya.... hasil diluar jangkaan. Tapi.. rupa apakah itu.. robot kah??? 


1st art katanya ....


Bicara Hati : Nasib baik mood amir okk pagi ni... takut jugak dah 4 hari cuti tak mahu kesekolah...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...