♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Memaparkan catatan dengan label Besday Boy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Besday Boy. Papar semua catatan
Selasa, 24 September 2013
Hati Seorang Abah - Kasihnya Jarang Ditunjukkan
Selasa, 18 Jun 2013
Disebalik Tabir Sambutan Hari Lahir Amir Di Tadika
- Malam sebelum tidur dah pesan kat amir dah suruh tidur awal... esok pagi nak sambut besday dengan kawan² kat tadika, amir macam biasalah .. dia kalau teruja ni .. mulalah ayat tak boleh nak tidur dia tu keluar kikikikiki .. tapi nasib baiklah tak lama tu dia lelap.. lepas tutup semua lampu.
- Hubby malam tu tidur awal, tak sempat nak mintak tolong printkan sticker amir huhuhu.. nasib baiklah ada kawan opis boleh buatkan .. untuk lekat sticker kat godies amir, walaupun gambar spiderman.. jadilah .. janji tema merah biru....
- Dalam perjalanan nak ketadika amir tetiba muntah, haduhhh.... amir kadang² waktu pagi memang macam ni .. tapi tak sangka pulak .. dia nak muntah pagi tu .. tanpa bagi tahu .. selalunya sempat ibu berhenti .. amir akan muntah kat luar kereta, dah selambak.. penuh kat baju dan kat kerusi... ligat pikir nak buat macam mana... nasib baiklah ada kawan yang anak sama tadika dengan amir, jadi pinjamlah baju anak kawan tu.. sempat lagi bukak name taq huhuhuhu .... Selesai masalah, kalau tak dah pikir nak balik jer... cuti EL lah nampaknya.
- Sempat mintak tolong cikgu tadika deko / gantungkan kad untuk happy birthday 5th amir hazim, sudahnya dengan kita sekali tolong gantung deko tu kikikiki .... sebab cikgu pun nak sambut kedatangan murid ke tadika. Tapi .. bila datang lagi .. macam nampak rendah sangatlah pulak ayat 5th amir hazim tu .. jatuh agaknya tadi ... sebelum sampai ...
- Orang yang buat tempahan kek amir dah sampai opis, memang dah janji dia akan hantar kek amir kat opis 9.30 pagi sebab saya akan hantar ke tadika amir pukul 10.00 pagi, jamuan lebih kurang macam tulah waktu budak² sarapan pagi. Teruja nak tengok kek amir .. sekali kek amir renyukk sikit kat bahagian nama .. alahai dugaan betul dibuatnya... akak tu kata takpa bayar ½ harga jer, saya tak menyampai hati lah pulak .. sebab dia pun cari rezeki susah payah hantar ke opis, takpalah saya bayar penuh juga, walaupun hati sedih sikit sebenarnya...
- Hubby sms kata ada kelas tak boleh datang tadika, alahai sedihnya.. takda sapa .. nak ganti agaknya.. tu kita hangkut kawan kita tu .. sekali hubby sms lagi sekali tanya kat mana?? dia kata dah sampai kat tadika amir .. haru .. saya masa tu tengah bercakap dengan bos .. tak gerak keluar opis pun lagi ... lintang pukang mintak izin bos nak keluar kejap kakakaka .... itulah allah kata kita hanya merancang .. allah jua yang menentukan.
- Ustaz yang sepatutnya bacakan doa untuk amir hari tu tiba² balik rumah pulak, haihhh nak mandi katanya.. dari pagi tak mandi .. nak tukar baju .. sabar jerlah.. sudahnya.. ustaz lain yang bacakan doa .. alhamdulillah .. majlis selesai .. saya nak balik barulah ustaz yang sepatutnya bacakan doa sampai .. sabo jelah...
Apapun semuanya dah selesai ... alhamdulillah, terima kasih sangat² pihak tadika yang banyak membantu .. maklumlah ini kali pertama buatkan.. memang banyaklah kurangnya .... semuanya pun dari kelemahan diri saya, janji amir gembira ibu.. dah suka (^_____^)v
Bicara Hati : Pagi tu sempat buat spageti goreng dan cekodok jagung, cikgu² kat spageti goreng tu manis sikit.. memang saja masak ikut selera budak² tu yang tak pedas.. tapi takdalah pulak rasanya manis.. hahahaha .. sebab tuan yang masak ni memang manis.. perasan².
Isnin, 17 Jun 2013
Sambutan Hari Lahir Amir Kat Tadika
Kek idaman superhero man of steel, khas buat superherooo ibu hahahaha .. tema biru dan merah macam tema blog ibu pulak.. habis kalau ikut tema amir nak hijau ape kes... gambar hulk bolehlah hijau kan ...;p
Amir dengan cikgu kelas kesayangan amir, cikgu ain .. terima kasih cikgu .. kerana melayankan kerenah amir ... dan terima kasih mengajar anak saya dengan ikhlas .. moga amir di terangkan hati mudah menerima ilmu yang cikgu berikan.
Amir dengan antara kawan² kelas amir, yang lain malu nak interframe.. yang ini pun jenuh cikgu² suruh senyum beku hahahaha ... korang tengok bebudak ni .. kemain lagi bajet popular tau... muka interframe. kat gambar.
Kenangan bergambar dengan cikgu² tadika amir dari kiri cikgu ain (guru kelas amir), pengetua mualimah, saya dan ana (ibu adam) tolong temankan ... sebab dia ada hal nak jumpa pengetua kita hangkut dia sekali.... cikgu ujie (cikgu taska) bercuti takdalah dalam gambar ... tukang amik gambar hubby hihihihi ...
Amir patutnya sambut jamuan hari lahir sekali dengan amir, tapi zara punya tunda hari ni .. hari isnin. Jadinya hari jumaat tu sambut bestday amir sorang² jerlah kat tadika.
Kami sekeluarga, penat tau deko² belakang tu.. terima kasih pada kawan opis yang tolong buatkan, tq auntie nadia amir kata hihihihihi .... tulis 5thn amir hazim jatuh sikit .. terkebawah lah pulak .. huhuhuhu .. jadi tak berapa nak nampak sangatlah.
Goodies buat kawan² tadika dan taska amir, harap dia orang suka. (^___^)v
Terima kasih sangat² pada pihak tadika, sebab memberi kerjasama yang baik .. amir kemain teruja sangat, jangan cakap .. habis kat kampung semua orang dia nak bagi tahu dia dah sambut bestday dengan kawan² tadika hahahahaa .... yang lemah datangnya daripada saya dan hubby moga yang baik² semua atas perkenan allah, alhamdulillah majlis pun dipermudahkan dan bacaan doa oleh ustaz daripada tahfiz, saya tak amik gambar.. tapi saya rakamkan videonya.
Bicara Hati : Ada cerita disebalik tabir sebelum majlis diadakan ... memang betul² dugaan buat kami, nanti up story kemudia eh...
Jumaat, 14 Jun 2013
Hadiah Hari Lahir Buat Amir Tahun Ke - 5
Ayah belikan tab baru, padahal tahun lepas baru belikan tab ... tapi dah rosak tab tu huhuhu... ni bukan jer amir yang main, ayahnya pun sama lebih main tab ni dari amir kadang².. macam manalah tab tu tak cepat rosak.
Khamis, 13 Jun 2013
Bila Kami Beraya Sedondon Mengikut Tema
Akhirnya jumpa gambar ni kikikiki, Alhamdulillah raya pertama sebagai seorang ibu, kalau tak silap amir 4 bulan masa ni, allahuakbar tembamnya muka aku masa ni bagai di pam .. pam... ramadhan tu hubby dan aku kemalangan betul² lagi seminggu nak raya, nasib baiklah takda kecederaan yang teruk .. hubby patah tangan .. aku pulak melecet sikit jer.. nasib baiklah tak pape baru lepas pantang masa ni, pertama kali beb.. pertama kali aku kemalangan naik motor dengan hubby, bukan dengan hubby jer.. rasanya ini pertama kali jatuh motor lepas dapat lesen lepas tu hubby fobia nak bawak aku naik motor kakakaka ..;p
Baju amir susah nak cari .. jadi amir pakai warna lain dari kami, kami pun pakai baju bukan tempah untuk raya pun... pakai baju apa yang hadooo jerlah.. pasrah, tak sempat nak membeli.
Pertama kali bawak amir pergi opis, kebetulan ada jamuan hari raya, amboii kemain lebar ibu senyumm yer.. tapi sebenarnya mengah dukung amir ... kikikiki ... amir teruja tak reti duduk diam, semua dok pakat nak dukung dia.. lagilah dia suka.
Yang ini tak hinggat raya dah berapa hari, yang pasti kami nak pergi beraya ... kumpul duit, kumpul duit .. sakan beraya dengan orang baru .. padahal hubby bukan boleh drive sangat .. aku?? lagilah tak boleh diharap .. harap ada lesen jer masa ni .. tapiiii penakut yaaarrrraaaabbbiiiiiii nak bawak kereta, hubby pasrah jerlah ... kalau ada yang ajak kami ikut jerlah masa ni.
Tahun kedua beraya dengan amir, kebetulan hari raya pertama hari lahir bapak mertua jadinya ... hubby bagi hadiah kat bapak amir yang lebih terujanya, masa ni amir dah pandai dah nak teroka sana sini ... main dengan sepupu².
Tema melinium ni paling seronok rasanya, sebab amir pakai sedondon siap dengan kasut.. comel sangat tau .. geram dibuatnya. Lepas tu dapat duit raya .. merata² dia letak, ibu dengan ayahlah tukang kutipnya. Mula hubby macam tak suka tema ni, sekarang baju ni jugaklah ang asyik di pakai buat ke masjid solat jumat grrr sabooo jerlah.
Gambar akhir, tapi bukan yang terakhir yer... dalam entry ni ni jer.. yang ini raya 2011 rasanya, banyak sangat gambar raya dalam entry ni .. muntah hijau pulak korang layan kikikikiki .... tahun ni tema lain sikit, kunun² ibu pun nak melaram jugak .. sudahnya baju ni sekarang dah tak muat yer... gantung jerlah buat perhiasan sob.. sob.. sob... sebelum ni pernah jugak kongsikan gambar beraya kami sedondon dalam entry warna-warni di aidilfitri dalam tu memang sampai ema 2012, tahun tak taulah kami tema apa... kalau ikut selera amir tak sudah² warna hijau .. mahu lah hijau pokok tahun ni ... pulak erkkkkk ...
Bicara Hati : Dalam suasana gembira, pastinya tak dilupakan pada insan yang tiada .. al-fatihah buat arwah adik, kelahiran amir membuang duka lara kami sekeluarga atas kehilangan arwah adik.
Rabu, 12 Jun 2013
Tumbesaran Amir Dari Tiga Tahun Hingga Lima Tahun
Sorry nak tayang jugak ni gambar hadiah pertama hari lahir amir, ayah belikan amir lori hahahaha .. memang sesuai sangatlah dengan size amir tu .. yang debab dan gebusss masa ni... tak boleh belikan yang kecik².. nanti dia bawak .. mengundur habis tergolek² kebelakang terlentang.
Ni hadiah daripada atuk masa amir nak masuk umur 3 tahun kalau tak silap, lagi beberapa bulan atuk dah belikan basikal .. tapi amir takut nak kayuh .. dia naik jer.. umur 3 tahun lebih barulah dia pandai kayuh dengan jayanya penuh pusingan kat kaki tu.. kalau tak asyiklah disorong² sahaja dengan kaki.
Pertama kali amir jejakkan kaki kepantai ... muka teruja, takut semua pun ada hihihihi ... tapi mula² jerlah.. lepas tu takmoo balik pulak.... balik terus demam² tau huhuhuhu .....
Ayah belikan amir hadiah basikal baru masa umur 4 tahun, amir ngadu basikal atuk belikan susah nak kayuh .. saboo jerlah.. habis di canang kat semua orang ayah belikan basikal baru kat nilai kakakakaka .. memang tak boleh simpan rahsia betul ini budak.
Sekarang pulak dah 5 tahun ni, amir ngadu .. amir tak pandai lagi kayuh basikal tanpa roda kecik .. iyerlah sekarang dah jarang main basikal petang² cian amir ... kawan² semua dah pandai kayuh tanpa roda katanya, dia malu .. tak pandai lagi .. pulakk dah.. rasa macam bersalah pulak, nanti kita belajar yer mir .. cian amir .. selalu saya pujuk dia.
Alhamdulillah dah 5 tahun, amir akhirnya dah mula ke tadika .. teruja sangat dia dapat ke tadika .. dapat kawan².. suka betul dia.... dan tadi ibu dan ayah baru jer pulang daripada tadika amir untuk perjumpaan hari ibu bapa amibil report kad, ibu tak terlalu mengharap yang besar².. tapi amir dah pandai membaca dan menunjukkan minat belajar itu dah buat ibu terharu .. satu perkembangan yang baik buat amir dari segi tumbesaran amir sekarang.
Selasa, 11 Jun 2013
Tumbesaran Hingga 3 Tahun
Suka buat muka manja macam ni seawal umur 4 bulan, lepas pandai meniarap ...
puting tak pernah lekang .. huhuhuhuhu ...
Isnin, 10 Jun 2013
Seorang putera yang fanatik pada mainannya
inilah kerjaannya kalau dikampung bangun seawal pagi tahu ....
janganlah sesekali dilarang selagi dia belum puas main, walau nyamuk sudah hinggap penuh dimuka dan peha.. sudah tergaru² disana sini .. dia masih lagi leka bermain .. siap bersama bunyi mulut.
Ahad, 9 Jun 2013
Ulangtahun ke 5 Buat Putera Masya
Satu² gambar dah sarat sangat ni baru keluar hospital dah 9 bulan tunggu hari jer nak bersalin, masa ni singgah jusco nak makan sizling.. tembamkan aku?? berat masa ni 64kg fuhhhhhhh .... hebat tak hebatlah ... dah nak sama besar dengan hubby kakakaka ...
Alhamdulillah ... amir selamat dilahirkan ...
Hari isnin
Berat baby 3.1++kg
Masa 4.50 petang
Kaedah bersalin pembedahan
Dannn .. hubby kata sambut bestday amir besar² selang setahun, maksudnya kali pertama sambut besar, tahun kedua kami bertiga, kali ketiga sambut besar, kali ke empat macam biasa kami beriga .. macam tu lah... takmoo membazir sambut setiap tahun, yang penting saling mengingati...
Pertama kali sambut hari lahir amir ...
Amir dah setahun masa ni .. tapi tak pandai jalan sangat, baru belajar berjalan ... sikit²...
Tahun kedua kami bawak amir pergi mandi manda kat wetworld sahaja....
Kali ketiga kami buat besar sikit, hubby dapat rezeki lebih .. alhamdulillah jemput saudara mara dan rakan² yang terdekat... amir pun teruja sangat .. tapi bila nak tiup lilin moddylah pulak... sebab baru bangun tidur.
Tahun ke empat bawak amir jalan² .. main bowling dan makan² kat kfc sahaja.
Isnin, 24 September 2012
Semoga panjang umur abah
Hari ini hari isnin 24.09.2012, ape istimewanya hari ni?? semua orang dok bluess tak habis² sana sini.. lagi² kat selangor ni hujan malam tadi.. dah tengahari pun masih terasa kesejukkannya.
Hari ini ialah hari kelahiran abah yang ke-58 tahun, alhamdulillah abah masih lagi dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik.. dan memang itulah doaku setiap hari moga abah baik² aje..... moga abah sentiasa dimurahkan rezeki.
Moga suatu hari nanti abah diberi peluang menjejakkan kaki ketanah suci macam² kawan² lain seusianya, kerana yang satu itu .. adelah ketentuannya.. dapat dilakukan seumur hidup sekali pun sudah memadai ...
Tahun ni tak taulah nak sambut gaya mane.. kalau dah jatuh hari isnin gini .. semalam abah pergi kenduri .. kami pun tak balik kampung .. memang takdelah sambut menyambut lagi.. jadi akak doakan daripada jauh jerlah...
Ini gambar suprisee.. masa 2010 rasanya ...
awatlah muka ku putih macam tepung gomak ngee~~~
Insyaallah kalau ade kesempatan nak raikkan hujung minggu ni .. tapi dah kalau amir tak sabar mau malam ni kami balik kampung jap hihihihihi .. keinginan nak makan kek red velvet tak tertunai lagi macam mane ni ....
Bicara Hati : Hari lahir bapak mertua pun bulan september jugak 20 september hari tu ... (^___^)v
Rabu, 19 September 2012
Aku bukan bidadari
Gambar² ekslusif (sebab tak upload kat fb lagi... intagram memang takde hihihihi ...) suprise bestday hubby sekali dengan baraan bersama-sama rakan suke-suke pada 31 ogos 2012.... pertama kali buat kek tiramisu sendiri .. alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan (^_____^)v
Amir yang teruja ...
ayah yang terkejut hihihihihihi ....
Eh².. dia pun nak potong same jugak .. layankan...
Mulut sempat bebel² lagi tak tahulah ape. yang dicakapkan...
Cepatlah potong ....
yang lain tak sabar nak merasa jugak.....
Silalah abaikan hiasan² tu .. koboi jer....
hubby kata sedapppp.....
Resepinya simple jer saya amik kat sini
Terbaikkkkkk ibu ....
ok x, amir boleh simpan rahsia hihihihihi ....
Bicara hati :
Aku bukan bidadari, tapi aku sentiasa bersyukur atas kurniaan ini ....
Langgan:
Catatan (Atom)