♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kereta Idaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kereta Idaman. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2013

Ronda - Ronda Petang Raya


Cite balik daripada kampung lalu highway baru tak cerita lagi... nanti cerita eh, macam jauh nooo kampung koo tu eh masya... tapi suka² lalu highway free daripada pulau indah.. yeahhh jangan tak caya pulau indah ade highway sekarang sampai SKVE hohoho sape tak terujakan.. sementara free tu rendah jer.. tak bayar lagi... jalan pun cantik.. tapi serammmm jambatan kat nak seberang laut tu kemain tinggi yang lepas tol tu gegegegege ....

Ok ni kisah bila balik kampung jumpe abang sepupu.. amir mesti aimm dah nak naik kereta dia, kereta abang zani... jalan² boleh keluar kat bumbung... bestt ibu .. 10x dia akan certa.. berulang² kali dia akan tanya bila pulak nak buat kat kereta ibu dan ayah huhuhuhuhu .... jenuhh ibu pikir jawapan yang sesuai...



Amir dan abang fail jalan²... naik kereta, banyak gambar.. tapi yang ini jer okk sikit.. yang lain gegar habis.. sebab kamera ibu tak berapa nak canggih kikikikiki.....





Sementara anak² pergi meronda.. ibu ayah pakat kenduri rambutan, terbaikk baru petik daripada pokok.. kaitlahhh.. kot hubby pajat ... nanti jatuh isteri ni jugak susah tau... 


Yeahh esokk dah cuti... mood cuti dah mari.. bestnya kerja minggu ni 3 hari jer.. ;p







Jumaat, 27 September 2013

Dia Buat Perangai Lagi



Tiba² sahaja .. minggu lepas .. lepas hantar amir gear kereta buat hal balik.. dia takmoo bergerak kat P tu.. dah sudahh... terus sms hubby .... sebelum tu dah pernah jadi dah ... apa kene ntah tetiba jer... seyes cuak tau.. cuak huhuhuhuhu .... habis takkan nak menangis, bukan boleh selesai masalah pun.
Sudahlah pagi tu ada audit, call kawan kat opis tak berangkat².. bizi agaknya susun dokumen nak audit ... tu yang nak tak nak kene jugak sms hubby bagi tahu... ingatkan nak mintak tolong kawan opis. Kejadian ni pulak masa lepas parking hantar amir kat tadika ... ermmmmm ... 


Mujurlah hubby ada mesyuarat, hubby singah opis kejap amik kereta.. tu pun saya pasrah tolak kuat² gear tu... barulah dia boleh gerak daripada P. hubby bawak servis .... tak tahulah apa masalahnya hubby tinggalkan kereta .. terus pergi mesyuarat .. nasib baiklah mesyuarat tak jauh daripada tempat servis kereta .. jalan kaki jerlah.
Habis mesyuarat barulah hubby amik, bila saya tanya apa dia buat dengan kereta .. hubby kata .. ntah .. dia cuci kot ... tak payah bayar pun... :((



Bicara Hati : Hari ni ada audit ... baru teringat nak publish entry ni kikikiki .. jangan marah.. dah seminggu lebih pun berlalu...











Rabu, 11 September 2013

Tempat Parking Yang Tidak Sesuai


ishhhlah .. ni nak tengok tv ke.. nak tengok koleksi kereta hahahahaha ..... macam tulah kan ... minat hubby ni dari dulu .. sukalah beli kereta² mainan kontrol macam ni .. buat koleksi, bosan² dia layan .. amir lah rajin melayan .. dah bukan ayah layan anak.. anak melayankan ayah hihihihihihi ... dan jangan tak tahu .. kalau balik kampung pun kadang di bawak ... main kat kampung, tidaklah semua dia hangkut .. satu jer pun kadang².. iu pun amir yang pilih.



Kalau tahun lepas beraya dengan kereta baru, tahun ni pun sama jugak .. tu.. yang berteggek, bertonggek² tu .. (dah macam lagu wahi pulak) yang merah tu .. antara koleksi yang baru huhuhuhuhu .... di apit oleh b-idaman (nama mainan budak² sekarang... ibu baru tahu hihihihi... ) amir. 

Nampaknya koleksi makin bertambah .. kene beli almari baru ni .. yang lebih sesuai .. dulu² masa kecik amir pantang letak kereta² macam ni tau ... mesti dia amik main, kalau tak pun .. pergi rumah orang mesti dia akan tengok .. dok tenung.. nak amik takutlah tu.. kat rumah orangkan, memang dia takkan bergerak .. dia tengokk jer.. sampai dia puashati.

Tapi kalau beli almari .. sudut mana pulak nak letak, rumah pun rasa dah sarat sangat ni huhuhuhu ... tak sesuai letak almari banyak², tapi kat sini.. memang tak sesuai ... tau tempat parking, korang tahu tak.. raya hari tu.. asal bebudak datang jer.. mesti dihangkutnya buat main ... main takpa ... kalau nak amik bawak balik .. hubbyyyyy pandailah²lah yer jawab... jangan kata saya pulak yang nak sedekah... ayah yang serah diri tayang kat situ.


Bicara Hati : Sebab tak mampu nak beli yang realiti .. beli yang mainan pun .. janji original .. dah jadi sau kepuasan hubby kata.


Jumaat, 6 September 2013

Cuak !!!



Korang pagi² nak cepat, tiba² jadi sesuatu yang tak di duga, korang rasa cuak tak?? cuak apa eh?? dia rasa macam nak kata panik .. nak kata blur .. macam tulah .. pastu buat muka macam elik eh².. napa ni .. napa ni... hah!! macam tu lah.

Cuak !!! berdebar² ... tetiba bila lepas hantar amir kereta tiba² tak boleh masukkan gear, jangan buat pasal pagi² wehhhh .... baru berusia 4 tahun ... takkan dah buat hal kot kan ... pingsan kang, jangan macam² hal.

Dua kali jugaklah matikan enjin dan start kereta balik .. masih sama gear tak boleh masuk .. tak boleh gerak² mengeras semacam kat tempat P, langsung tak boleh digerakkan huhuhuhuhu .... Amir pulak dah melambai² ... babai kat pintu masuk tadika, mesti dia pun pelik asl lah saya tak jalan² kereta lain pun nak masuk. Selawatttttttt panjang, istigfar jap dalam kereta sambil senyum dekat amir kat luar.



Akhirnya dia boleh jugak bergerak balik, tak tahulah kenapa yer jadi macam tu??? maklumlah tak tahu sangat pasal kereta ni .. main bawak jer.... jangan macam² hal kereta ni masa saya tengah bawak sudahlahkan...



Bicara Hati : Hari ni hari terakhir syawal .... 






Rabu, 21 Ogos 2013

Kereta Idaman Amir



Raya kali ni (wehhh banyaknya entry raya kooooo hahahaha.. pedulik .. selagi ada idea, selagi ada cerita semua nak kongsikan .. raya kan sebulan)

okkk... raya kali ni .. amir kemain teruja lah sesangat dapat tahu abang sepupu dia tukar cat kereta dan buat kereta yang boleh bukak bumbung tu .... sebelum ni kat kereta adik ipar, memang dia admire betullah .... kalau dapat  tahu adik ipar saya datang mestilah dia nak balik kampung jugak semata² nak naik kereta tu... pusing satu kampung.

Ni masa raya baru ni dah tak heran dah kat ibu dengan ayah dia .. dah kia orang ni macam pengantin baru bedua naik motor.. sebab amir sibuk naik kereta sepupu dia, dia beraya dengan sepupu² dia masa raya kedua tu lepas baraan lelaki, dia naik kereta pulak .. bagus jugak .. sejak dah sekolah ni pandai dia berdikari .. walaupun nak susu masih cari ibu, nak tidur .. pandai mintak ibu peluk haihhh anak²... tapi masa gembira / dengan sepupu² lupa kan ibu jer ... sampaikan suruh makan pun takmooooo .. tapi abang sepupu makan dia ikut, adik ipar suap .. nganga jer mulut tu.


Inilah kereta idaman amir tu .. korang jangan tak tau .. asal naik kereta kita orang jer, mestia dia tanya .. bila ayah nak buat kereta macam abag zani (merujuk abang sepupu dia) .. bestlah kereta tu .. macam²lah dia dok puji pasal kereta tu.



Penuh dalam kereta tu dengan akak ipar dan mak mertua, di tambah lagi dengan budak² ni .. kalau keluar kepala jer dah macam sebaya hihihihihi .. padahal memasing jauh beza umur.




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu jumaat sabtu cuti .. yeahhh nak sambung beraya .. jadual dah penuh sampai 1 september.








Rabu, 3 Julai 2013

Kene Sondol




Tak tahu nak mula dari mana, yang pasti jari masih lagi mengeletar .. fuhh nasib baiklah takda apa² yang terlalu serius atau kemek....

Terperanjat sangat pagi tadi tau, lepas laluan kesas nak ke klang tu ramai break mengejut ... tapi tidaklah mengejut sangat sebab nak mengelakkan tayar sapa ntah terjatuh kat tepi jalan tu, daha ramai yang mengelak .. kita pun berhentilah jugak nak mengelak siap dah bagi signal dan break nak masuk kiri... tiba² bukkk .... kereta yang tengah dibrek bergerak sendiri ...

Dah kenapa pulak ni .. tengok cermin belakang, allahuakbar .. sapa pulak sondol kereta ni huhuhuhuhu .... panik, panik, sabar².. kepala ligat pikir .. terus bagi signal berhenti tepi jalan tu jugak, bukan tepi jalan.. kat tapi jalan kat laluan laju tu jugak ... adehhh ... keluar kereta tengok .. nasib baik kereta tak apa².. tengok kereta lagi satu .. kereta saga lelaki yang keluar .. mamat tu macam panik jer... kak sorry kak.. break saya tak makan.. saya dah tekan habis kak ... sorry sangat, ni tayar kereta sapa yang tertanggal ni akak ker???? kita ni dah lah tengah mengeletar .... 

Bila dah takda apa² kita pun cakap, sebab tayar tu lah saya nak elak awak... bukan tayar sapa .. ntahlah sapa punya tayar spare cicir huhuhuhu .. sudahlah kat tengah jalan .. budak tu pun dah alihkan.. takut kene kat orang lain pulak .. dan selama jugak kami .. sebab takda kereta lain yang lalu lepas kita orang lalu tu.. adalah jugak kereta tapi tak ramai lagi .. sebab masih awal pagikan. 

Alhamdulillah terus sambung perjalanan, tak sempat pun nak tanya nama mamat u .. dia siap cakap nak bagi kad kalau ada apa², dia pun panik jugak rasanya tu ... macam blurr pun iyer... takpalah dah selamat pun semuanya yang penting saya selamat, amir selamat kereta pun takda yang kemek, rasanya basuh hilang kot ... calar kereta yang melekat nombor flat kereta mamat tu.



Bicara Hati : Dah berhati² .. malang itu tak berbau kan ...



















Isnin, 29 April 2013

Putus Selera



Pagi ni memang rasa semacam jer nak pergi kerja, mungkin kepenatan hari sabtu amir sukan tak hilang lagi.. amir yang sukan .. ibu pulak yang terlebih penat.. menyorak kikikikiki .. (maklumlah baru pertama kali)

Amir pun macam moody jer pagi ni... tahap² monday blues lah tu... macam tak puas jer berehat... nak dijadikan cerita pagi ni pada takda mood dia tu.. bila ibu tanya nak nasi lemak tak?? dia nak jer.. siap mintak  suap.. dalam kereta walaupun 2 suapan jer...

Tapi .... lepas beli nasi lemak tu.. undur kereta nak keluar tetiba² boooookkkk grrr... bunyi apa tu??? rasa macam takda pape... alamak!!! ......



Kereta ku huhuhuhuhu ....



Seyes panik jap, macam mana tak dengar bunyi warning ni grrr.... hadoilah, mesti hubby membebel nanti .. tapi pak cik yang jual surat kabar tu kata.. jalan jer terus nak... orangnya takda pun.. seyes saya serba salah... pak cik tu kata .. jalan jer.. nanti lagi panjang cerita.. orangnya pun takda.. parking sukati ... (eh² orang tu parking sukati ker?? kereta aku yang panjang sangat ni huhuhuhuhu )

Putus selera nak makan tau.. dah lah amir pun makan nasi lemak tak habis, saya beli laksam.. pun macam dah tak selera nak makan dibuatnya... sampai sekaranglah asyik dok terkenang² apa yang berlaku .. pagi tadi ...



Bicara Hati : Mujur bercalar gitu jer.. kereta orang tu pun tak pape... 




Khamis, 30 Ogos 2012

Beraya dengan kereta baru

  

Kemain gempak lagi tajuk tu .. tak menahan dibuatnya .... kereta baru??? hadoilah ... baru yang 3 tahun lepas punyer pun baru lepas renew roadtax .. kalau beli yang baru lagi parah hihihihihihi ....

Orang lain raya sakan shopping baju, kuih muih ni .. hubby berkali² masuk tesco kereta kontrol dia aimnya nak beli .. sekali ade promosi dua terus di belinya .. satu untuk amir satu untuk ayah ngee~~~~ saboo jerlah kan...

 BMW kereta ayah ....
tapi amir yang lebih main sebab kereta ni ade lampu bile jalan tu yang amir suke ....

Audi Q5 patutnya kereta amir.. tapi bile amir main takde lampu terus dia takmoo main asyik dok main kereta BMW ayah hihihihihi ....
 
 
Nak beli yang betul² tak mampu ayah kata, dapat yang betul² design macam kereta asal pun dah okkk kate ayah hihihihihi ... Masa promosi ni kalau tak salah harga sebuah RM 20.00 jer .. tak perasanlah harganya berapa .. tapi nampaklah tanda promosi tu .. tak tahulah ade lagi tak kat tesco.


Bicara Hati : Ini lah lelaki kan .. kalau dah minat punyer pasal sanggup beli .. siap di sokong oleh anak lagi. Ibu .. ibu pakat toleh arah lain jer ... pejam mata .. sebab ayah yang bayar kikikikiki ....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...