♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Yuran Tadika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yuran Tadika. Papar semua catatan

Khamis, 31 Januari 2013

Pertama Kali Bergambar Ukuran Pasport


Satu perkembangan yang positif bila hampir sebulan kesekolah... amir dah mula belajar 'art' ok... cikgu bagi tahu pelajar² sekarang dah mula diberi pendedahan pegang gunting, macam manalah agaknya gaya amir tu yer.. kat rumah.. jangan haraplah mak ni nak bagi pegang gunting kan...

Lepas baik demam ni .. amir meragam sikit pagi² nak kesekolah... ntah.. asal pagi hubby kejutkan dia menangis semahu²nya... dah macam orang kene pukul pulak tak mahu mandi... tapi bila dipujuk² alhamdulillah dia ok... tu pun sedu tak habis²...

Pagi ni buatkan sarapan kegemaran dia... baru² ni adalah dah seminggu jugak amir asyik request nak sarapan nasi goreng telur mata... okkk.. saya turutkan jer... singgah kedai mamak beli teh tarik... okk.. sampai sekolah.. makan dulu dalam kereta barulah dia turun nak ketadika. (turutkan jerlah... harap perkembangan macam ni tak berlarutan lagi) istilah mandi² dipagi hari.. di masjid dah takde dah.. sebab sekarang pagi dah okk bangun kat rumah mandi air suam. Bile dikenang² balik rasa macam lucu jer.. tapi tu semua kenangan nanti tau.. bile diceritakan balik kat amir.. mesti amik tak mau ngaku...

Gambar pasport pertama Amir
Muka hadoilah.... susah betul nak bagi kerjasama masa amik gambar, maklumlah kali pertamakan nak amik gambar pasport macam ni sebab tadika mintak sekali dengan salinan surat beranak untuk pendaftaran insurans tadika kalau apa² berlaku ditadika.




Ingatkan dapatlah nak umum pemenang Giveaway Komen Hari Lahir hari ni ... boleh pulak amir tertidur awal malam tadi... saboo jerlah.. patutlah tibe² senyap jer kat depan tv. Maaf yer kawan² kelewatan pengumuman amatlah dikesali .... Harap malam ni amir dapatlah buat cabutan tu... sebab dah bagi tahu kat amir dah...


Bicara Hati : Esok dah masuk bulan Februari yer.. cepatnya masa berlalu... rasanya hilang penat tutup akaun pun tak hilang lagi, naziran sana sini nak datang.. ayuh kawan² siapkan fail apa² yang patut.


Selasa, 8 Januari 2013

Minggu Kedua Ketadika

  
Dah masuk minggu kedua persekolahan... jalan.. jangan dikata.. makin hari .. makin parah jemnya.. hadoilah mahu duduk kemana ni yang sebenarnya baru tak lalu jalan yang jem sarat barat ni.... 

Bila rumah dah jauh ni, anak dah mula sekolah mestilah terkena tempiasnya.. lagi² bila amir ibu hantar di tadika yang berhampiran dengan opis, bangun pagi jangan dikata.. memang agak payahlah juga untuk dikejutkan... apatah lagi tak kala disuruh tidur ada sahaja alasannya.. mata belum mengantuk, mata tak nak tutup.. ibu.. janganlah tutup lampu amir tak boleh bernafas.... habis tu macam mana lagi gayanya nak bagi tidur awal ni...

Bila sesi persekolahan bermula menjadi hari yang paling bersemangat buat amir, keterujaan jelas sangat terpancar kat air mukanya.... tapi biasalah budak²kan... ragam nak ke tadika sesekali pastilah ada.. tak banyak sikit pun mesti adakan... agaknya saya pun dulu macam tu nak ke sekolahkan hihihihihihi .....
Hari kedua - Nyenyak tidur dalam kereta sementara nak sampai opis ibu...
Masa ni sempat mandi kat rumah sebab amir terkucil kat toto pagi tu... terus mandikan sekali, nasib baiklah dia tak moody pagi tu.. sebab dia tau salah dia... 


Alhamdulillah minggu kedua ke tadika ni... dia dah okk, gelihati setiap kali mendengarkan kisah lucu amir di tadika.. ada jer ceritanya.. sekarang dah ramai kawan perempuan dah.. amboi kemain lagi dia.. sikit² cerita pasala zara lah, qaira lah... ada jer.. ceritanya... sebab dulu saya pernah sakat dia... amir takda kawan perempuan ker?? asyik cerita pasal kawan lelaki jer.. hihihihihihi ....

Mula minggu kedua ni banyak aktiviti untuk minda dan fokus untuk keyakinan diri murid dan guru... Semalam amir bagi tahu ada main beku-beku... beku tu macam buat memek muka.. mula² bergoyang lepas tu bila cikgu bagi tahu berhenti dia orang pun kenelah berheni buat memek muka.. tapi tulah .. amir ni dia pandai cerita dan terangkan barulah ibu paham.. biasalah dia baru belajar kan.. tak pandai sangat nak terangkan... apa aktiviti yang dia buat....



Bicara Hati : Tak sabar rasanya nak dengar amir mula pandai membaca.... 





Jumaat, 4 Januari 2013

Anak zaman sekarang

  

Anak zaman sekarang serba mewah?? iye ker??? tak pastilah saya ... apa yang saya buat dengan hubby adalah tanggungjawab kami sebenarnya jauh sekali bermegah².. ataupun menunjuk² iyerlah anak baru sorang (itulah kata² sinis yang seringku dengari)

Tak mahulah komen lebih² pasal bende tu ... biarlah apa pun orang lain nak cakapkan kan.. yang penting kita pun janganlah mudah melenting dan istigfarlah banyak² moga kita bukan tergolong dalam kategori riak ni... Dah kalau bukan ibu dan ayah yang manjakan sapa lagikan .... 

Okkk berbalik pada tajuk anak zaman sekarang ni ... bukan apa sesi persekolahan pun dah bermula tak kiralah anak yang dah mula ketadika (macam amir), ke sekolah rendah, menengah atau pun masuk asrama.. semuanya pun baru bermulakan.. moga² anak² kita diterangi hatinya dalam menuntut ilmu. Tadika sekarang banyak pilihan kalau tak nak pergi KEMAS , boleh pergi Pasti ada juga Tadika swasta pilihlah nak aliran dan kelebihan masing².. memang banyak pilihan berbanding dulu ...

Sejujurnya saya sendiri dulu tak pernah ke tadika, sebab dulu kami bukanlah kategori orang senang atau dengan erti kata lain abah bekerja pagi balik lewat malam.. tadika pulak agak jauh daripada rumah, mak pulak nak jaga adik² yang lain.. dah sapa pulak nak ambil dan hantar saya ketadika.. jadi abah amik kreativiti sendiri buat ABC dan Ejaan A=AYAM B=BOLA sampailah Z abah tambal kat dinding rumah pakai kad manila.. Lepas tu mak sambil masak dan jaga adik² sambillah melayankan saya ni sibuk nak belajar hihihihi... tengahari bila pukul 11 macam tu saya main² kat laman mesti saya nampak kawan² balik tadika lalu depan rumah.. sayu jer hati .. orang lain pergi tadika kita tak merasa pun... mak selalu pujuk nanti kakak sekolah tau.. mula tahun depan abah hantar naik motor ... tak nak nangis²... (owhhh sebak jap buat entry ni)


Seronok sangat tengok amir dah mula kesekolah, Tadika Al-Hufaz... harap sangat amir berdikari dah mula sekolah ni nanti... ibu pun tak merasa dulu macam ni tau.... Selain Tadika sebenarnya kat sini pun ade juga pakej untuk budak² Tahfiz.


Sempat ambil gambar kat dewan aktiviti masa sesisuaikenal semalam....
nampak tak amir kat bahagian mane.... hahahaha.. semua dah nampak macam sebaya jer.. padehal dalam ni ada budak umur 4,5 dan 6 tahun... macam² gelagat siap ada yang menjulurkan kaki ...
Masa sesi pembelajaran barulah mereka dibahagikan mengikut umur kelas masing²..


Yuran Taska Amir :

Pendaftaran masuk setahun sekali RM 200.00
Buku Pelajaran RM 200.00
Makan Pagi RM 100
Alat Tulis dan Buku Tulis RM 100.00
Baju Rasmi+Kopiah RM 45.00
Baju Lengan Panjang dan Seluar Sukan RM 35.00
Hari Sukaneka RM 40.00
Peperiksaan 2x setahun Jun & Sept RM 20.00
Buku Rekod Pelajaran RM 5.00

Semuanya RM 745.00 buntang mata kejap masa nak bayar
Sebenarnya ada lagi yuran tambahan macam untuk Konvokesyen, Lawatan dan Lain² lagi ada yang saya tak bayar lagi.. saya bayar yang penting dulu untuk keperluan dia.. lagipun Pengetua bagi pelepasan boleh bayar secara ansuran lagi pun amir duduk nurseri kat situ .... 
Yuran bulanan Tadika dan Nurseri setiap bulan RM 300.00



Bicara Hati : 

" Jangan anggap perbelanjaan yang kita buat untuk anak-anak adalah satu bebanan kerana anak-anak akan merasakan diri mereka ini menyusahkan ibu bapa...Dan setiap perbelanjaan yang kita keluarkan pasti akan mendapat balasan yang setimpal...Mungkin bukan waktu sekarang tapi fikirkan untuk masa akan datang... "

Dipetik daripada kata-kata semangat Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah



Khamis, 3 Januari 2013

Bila Sesi Persekolahan Bermula .....

  


Sejak sekolah mula ni, jadual bangun pagi pun akan mula berubah.. ditambah pulak amir dah mula kesekolah tadika hari ni.... 


Semalam ok lagi.. walaupun rutin macam biasalah bile mula sekolah hubby akan amik alih buat sarapan hihihihihi... kerjasama itu penting kan ayahhh kan.. kan... jangan nak banyak songeh apa hubby masak untuk sarapan bawak jer bekal tak kiralah pau kukus segera, nugget goreng ataupun roti sapu kaya .... takda maknanya pagi² nak semeja bersarapan... sambil bersiap tangan ni memang mencapai jer.. apa yang ada atas meja tu .... hihihihihihi ... terima kasih ayah .. sangat² menghargainya (itulah satu² azamku setiap tahun yang takkan menjadi kenyataan untuk menyiapkan sarapan awal pagi waktu bekerja sejak dah ada anak ni) Tapi Tapi.. kalau terbangun awal sangat pagi tu saya masaklah lauk siap² hihihihi.. tengahari hubby balik boleh masak nasi.


Okk.. sebab hubby dah buat sarapan, tugas saya pulak akan kejutkan amir.. mandikan dia dan siapkan dia untuk ke tadika, tapi tu lah.. bile mak ni yang mengejutkan mengeliatnya mengalahkan ape jer... kalau dah lambat memang masukkan dalam kereta jer mandikan kat opis (nasib baiklah tadika dekat dengan opis anak oiiii) kalau tak mau lah mak ni jadi hulk pagi² atau tarzan.. allahuakbar.

Payahnya nak suruh possing sebelum masuk tadika...
Malu katanya.. tengoklah tu.. macam² pesenlah dia ... tutup muka ...


Oleh kerana dah hantar amir ke tadika bermula tahun lepas, jadi tahun ni alhamdulillah dah takda masalah sangat.... amir pun ok.. kemain eksyen lagi dengan beg beroda dia tu... semangat berkobar²...
Pesanan ibu macam biasalah ... dalam kereta tu kan... bukan apa, takut jugak kot² amir meragam nanti kan.. jadi kenelah bagi tahu awal² hari ni dah mule sekolah....


Doakan semoga anak² kita diterangi hatinya dan mudah menuntut ilmu ..
Moga Doa anak pandai belajar ...
Amin...





Bicara Hati : Terlalu pantas masa berlalu... Amir dan pun 5 Tahun, macam² ragam dan kerenahnya yang perlu ditangani makin dewasa ni.... 




Jumaat, 16 November 2012

Perkembangan Dua bulan Amir di Tadika

  
   
 
 
Keterbatasan untuk menulis blog, maka lambatlah sikit publish keputusan peperiksaan amir kat tadika, 2 bulan kat tadika alhamdulillah banyak perkembangan yang positif.. dah mule pandai bergaul dan bersosial dengan kawan²..... mungkin sebab dah mule kenal antara satu sama lain.... dah mule sebut cikgu² yang kat tadika, dan amir paling sayang cikgu ujie...

Dua bulan ditadika juga 2 kali amir dah mengikuti rombongan akhir tahun yang tadika anjurkan, kali pertama naik KTM ke pejabat pos malaysia Klang jer.. hihihihi.. tercapai impian amir nak naik tren.. nak tunggu ibu berjangut dia tak dapat² naik.. kali kedua rombongan ke Jabatan Bomba dan ke Jusco Bukit Tinggi.. masa kat jusco ni amir belajar cara membeli makanan mesti ade Lambang halal (sudahnya sekarang asal pergi pasaraya tengok tanda halal mesti tanya ni boleh makan kan ibu.. boleh belikan..) Pernah sekali saya saya duga mainan yang dia nak beli takda tanda halal, mane boleh beli.. amir jawab tanda halal untuk makanan jer lah ibu.. alhamdulillah.... pandai dia jawab.

Dan setiap kali balik rombongan maka ibu kene lah mendengar dengan setia ape jua yang dicerita kan hihihihi.. so sweet okkkk .... dengar amir cerita dengan teruja, dan balik kampung.. habis dengan semua orang dia nak cerita.... yang dia naik tren .. yang dia pergi jusco hihihihihihi ....

Pada 04/11/2012 yang lepas ade sesi perjumpaan ibu bapa kat taska amir.... bukan perjumpaan apepun sesi penyerahan buku rekod pembelajaran.... alhamdulillah.. hasilnya.. bolehlah.. sebab baru 2 bulan belajarkan... tidaklah secemerlang dah setahun disekolah, tapi ibu bersyukur sebab kat sekolah amir dah mampu berdikari dan mudah mendengar arahan.. moga macam tu lah hendaknya berterusan.


Habis semua di kalernya hijau warna kegemaran dia... padehal soalannya kene warnakan sama mengikut bentuk.... tp ibu bangga ada juga yang amir dapat makah penuh mewarna ni... bukan amir tahu baca lagi pun.. mesti dia dok bayangkan jer.. ikut persekitaran sekeliling dia warnakan matahari, epal, daun dan berus gigi tu... cikgu kata amir tak pandai lagi mewarna.. tu habis semua org dikalernya sama warna rambut pun merah juga.
 
 
 
Hasil pertemuan dengan cikgu Tadika, amir masih malu² nak bukak mulut untuk membaca.... nampaknya ibu dengan ayah kenelah lebih perihatin lagi bab yang satu ni... sebab kawan² amir dah mule pandai sebut suku kata.

Rasanya anak² kawan² lagi okk kot, amir ni baru 2 bulan jer... kat tadika tu.. insyaallah.. tahun depan pun ibu dah amik keputusan masukkan kat tadika tu jugak, senang ibu nak pantau ape² hal jadi... takdelah terkejar²... lagipun permohonan untuk masuk prasekolah memng tak diluluskan.... ermmm takde rezeki amir kat situ.

Yuran untuk umur 5 tahun tahun depan RM 1,145.00 (gegegegegege... mengalahkan masuk U tapi mungkin ade yang kami takkan bayar dulu atau akan dipertimbangkan kemudian) Yuran bulanan pulak tadika & taska RM 300.00 .... ramai jugak kawan² blog kata yuran sekolah anak sekarang mahal, nak buat macam mane.. kita yang bekerja ni kalau tak hantar anak kat tadika dan taska nak hanta kemana.. kerumah pengasuh/ rumah orang pun same jer.. lebih kurang harganya.... janji mereka selesa kat situ...






Bicara Hati : Semua ibu mengharapkan yang terbaik buat anak² mereka tapi mengapa ada insan di sekeliling yang sering memandang sinis dan memperlekehkan insan lain .......






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...