♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 15 Jun 2016

Melepasi Tahap 10 Tahun Yang Penuh Ujian



Entry yang patut di publish 1 Ramadhan tapi kelupaan untuk letak autopublish, jadinya hari ini sahajalah kita publish mihmihmih...... Rindunya zaman ligat berblogging dulu ... kalau boleh sehari sampai 3 entry, sekarang hadoilah .. sebulan sekali pun payah nak ada entry baru.


Tapi takpalah ramadhan ni rasanya rajin sikit selit² mengarang entry hihihihi ..... kat opis macam biasalah bila ramadhan mesti ada tadarus .... rajin dengan rajin je lah nak joinkan. Petang pun takdalah balik awal .. balik cam biasa jugak pukul 5, lepas tu balik memang melintang pukanglah... masak.


Oklah tu intro rindu²an sikit, sebab dah lama menyepikan... korang rindu tak masya membebel kat blog, sebenarnya satu ramadhan kali sangat istimewa buat kami 06.06.2016 adalah anniversary kami yang ke 10 tahun. Alhamdulillah dah 10 tahun rupanya melayari kehidupan berumah tangga. Rasa bersyukur sangat² dengan apa yang diaturkan... alhamdulillah punya suami yang tidak punya banyak kerenah.. dan dikurniakan anak yang sangat cerdik dan soleh. Sambutan takda yang istimewa pun.. macam biasa sahaja lagi² ramadhan ibu masak makan jelah 3 beranak kat rumah. Tapi.. ni nak kongsi sikitlah kisah sebelum ramadhan ritu.... dah pergi aeon mall shah alam yang baru .. saje jalan² amirkan cuti sekolah dengan hubby, ibu pun cutilah kemas apa yang patut kat rumah sebelum ramadhan dan saja luangkan masa dengan dia orang tu cuti tu.
Moh ler layan gambar kami .... (^_____^)v




Asam pedas laksa .... giler bau kuah ikan dia kuat sungguh.. mengodaN tekak nak merasa mujo sedap...







Amir layan makan roti sosej ..... sukalah dia ibu dia cuti dapat jalan².








Alhamdulillah 10 tahun bersama, sama² membesar kita yer mihmihmih... moga suamiku sayang tak pernah jemu melayan kerenah isteri ini mihmihmih .... semoga kami semakin matang dalam melayari kehidupan berumahtangga, merajuk  .. marah itu biasa asam garam dalam kehidupan ... kerana disitulah manisnya perhubungan.















Orang kata bila dah sampai tahap 10 tahun ni .. dah lepas semua dugaan dan ujian dalam berumahtangga .... itu orang kata, pada aku pulak selagi hayat bergelar suami isteri selagi itulah ada ujiannya ... moga kami sentiasa kuat menghadapi apa jua ujian.

Hadiah tahu ni ... hadiah gunasama namanya ... muahahaha .. dah kenapa semua barang letrik nak jahanam ni :-


v



v




v




v



v





Mesin basuh baru ... masih setia dengan panasonic, yang lama dah jahanam ... melingkup dah tak boleh repair ... motor dia dah tercabut .. senget dah mesin basuh dalam tu tak boleh berpusing huhuhuhuhu ..... mengeletorrr ler hubby keluarkan duit nak bayo mesin baru (^___^)v Harap² yang ni bertahan lah sampai 10 tahun lagi mihmihmihmih ......




Bicara Hati : Syukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan. Amin.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...