♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 31 Disember 2013

Azam tahun 2014




Selamat tahun baru semua , masa pantas berlalu .. hari berganti hari .. waktu kian memuncak .. segalanya terlalu pantas .. semalam adalah sesuatu yang indah untuk dikenang dan hanya tinggal memori ... moga ape jua yang mendatang lalui liku² dengan penuh kematangan dan keceriaan (^___^)v










Jadual Penuh Dengan Aktiviti Hujung Minggu Terakhir Tahun 2013



Bos hari jumaat dah tanya sabtu datang kerja ke tidak, okk fine .. saya datang .. dan kebetulan hubby pulak ade mesyuarat kat sekolah ... dan kebetulan jugak hari sabtu tu ada majlis kesyukuran di rumah akak ipar ... amir?? kami dah pos awal² ikut adik ipar untuk rewang kikikikiki ... budak bertuah tu .. akhir² ni memang saya banyak bagi pelepasan dan pendedahan sosial sikit .. supaya dia kurang sikit rasa takut, pemalu bila bertemu orang .. jadi wujudkan keyakinan diri pada dia.. walaupun hakikatnya jauh disudut hati ibu was² juga.


Saya dan hubby datang petang lepas zohor, majlis tahlil petang lepas asar, ade majlis turun tanah lepas majlis tahlil dan majlis khatam al-quran lepas isyak ... majlis ni sekali majlis kesyukuran anak buah hubby yang khatan baru² ni, jemputan pun boleh tahan ramainya dah macam majlis kawin ... hihihihihi ...




Memula jauh sikit, eh² pindah tempat pulak anak ibu duduk lagi dekat yer ... jangan tetiba dia yang duduk atas pentas tu sudah .. sebab memula abang² ni nak baca terus keluar drama dia .. macam amir mengaji hari konvo kat hotel hari tu kan ibu .. huhuhuhuhu .... korang tengok, memori kanak² ni .. memang sukar dia nak lupekan ... sambil dengar abang² tu khatam dia pun ikut sama jugak .... 

Tak pasti majlis bebul habis pukul berapa, kami pukul 10.30 malam dah beransur .. amir dah kepenatan mahu tidur huhuhuhu .. masuk kereta erus tidur.

Esoknya kami sambung berjalan cuci² mata window shopping hihihiihihi .. orang lain pakat nak membeli baju anak² nak kesekolah, ko masya pergi jakel eh .. cuci mata hahahahaa ... saya tak bersalah .. ade yang bawak saya okeyyy sajoooooo ... sudahlah tak pernah jejak pun jakel tu, seyes keterujaaaaannnnnn ... walaupun hakikatnya jual kain jer pun .. itu pun nak teruja kikikiki ..;p



Okkk memasing pakat nak warne ape?? nak tema aper??? nak ape² jerlah ... saya dokkklah mata ni melilau²... oic sini ada jual kain tudunglah .. oic biar betul kain opel ni offer rm 50 sekali kain lining dalam tu ... (lepas tu nak menempah lagi mahal daripada kain ni dibeli) .. kain gliter semeter rm 25 (@@) .. waaaaaaa seyes rambang ... waaa rambang .. tu belum lagi baju 3 helai rm 100 siap ade batu² koooo .. batu bata jer takda kohkohkohkoh.... tak larat pakai mau bongkok.




Hasil rembatan , hihihihihi .... sehelai adik ipar belanja .. sehelai beli kongsi² ... jadilah ... kot ikut nafsu semua nak dibeli .. takut kene jeling dengan hubby pendam jerlah hasrat hati tu huhuhuhu ...



Ini jerlah aktiviti kami hujung minggu baru ni ... sudahnya semalam rasa macam confuse dah hari khamis ker, atau hari isnin.. sebab semalam amir dah orentasi kat tadika .. nanti kita up story tu eh ...
(^___^)v



Bicara Hati : Macam tak percaya hari ni 31.12.2013, masya sila percaya lagi 23 hari usia mu akan bertambah.






Isnin, 30 Disember 2013

Bekas Vitagen Baru Sempena Tahun Baru




Yeahhhhhh ... dapat bekas baru beli 3 vitagen hihihihihi .. manyak syoklah vitagen ni, asal beli jer dapat bekas free .. asal orang vitagen datang jer.. dah tanya awal² ade bekas free tak hahahahha .... sinonim betul .. asal muka masya muke vitagen kan².. 

Tuan tanah banyak bizi .. nak melawat kawan² pun tak sempat hari ni huhuhuhuhu ..... esok kalau sempat kita singgah eh ... layannnnnn .....







Amalan Yang Disukai



Sedikit kata² motivasi dihari isnin, hari ni tuan tanah masuk lambat ke pejabat sebab hantar anak tuan tanah orentasi di tadika ... yeahhhhhh dah besar anak ibu dah 6 tahun yer ... alhamdulillah ... nanti kita story mori panjang lagi yer dekat blog .. pengalaman kali pertama amir di tadika baru (^____^)v 

Ibu pun oberrr semangat ni tau hihihihihi ...







Sabtu, 28 Disember 2013

Jangan Sesekali Cuai



Sana sini asyik wassappp, sampaikan kredit hp tamat tempoh tak perasan masya²... korang tahu tak masa bila saya perasan .. bile dapat sms nak balas .. eh² dah kenapa tak boleh dihantar hahaha .. rupenya dah tamat tempoh apelahhh.... haru toi tau.

Ligat pikir beli kat 99 top up lah kebetulan nak membeli kapur kasut sekolah amir, jadi confidentlah masuk pusing² kat 99 belakang opis ni .. cari² barang lain ermm macam takda jer.. yang berkenan jadinya saya beli kapur kasut dengan top up maxis rm 30, top up rm 30 .. senang guna sebulan .. walaupun sebulan belum tentu habis hihihihi .... 

Dan dengan confidentnya juga saya hulurkan duit rm 40 tanpa melihat jumlah top up yang saya terima .. terus amik sebab nak cepatkan, baki yang saya terima jumlah dia betul rm 8.80, masuk kereta berdesuppp balik opis .. sekali nak top up .. hoiiiiiii dah sudahhh kenapa top up ni rm 10 gegegegege .... cuak, seyes cuak .. cek resit mestilah dia scan harga 10 hinggit ... yang herannya baki dia bagi betul .. resit dia scan saya bayar rm 20 ape halllll .... dah sudahh ... camne ni, camne ni???

Kawan opis kata .. pergilah balik 99 kak, bagi tahu ... korang tahu tak seyes saya cuak .. cuainya .. tak pernah tau jadi macam ni ... sebab memang saya yakin saya bagi duit betul saya pergi 99 tu balik .. cashier kata dia terima duit betul .. satu 10, satu 20 .. masalahnya kalau saya bagi rm 30 takkan baki saya rm 8.80 pulak, mujurlah supervisor dia okkk sikit .. dia kata takkpe saya bagi akak top up rm 30 dan saya pun dengan yakinnya bagi nombor telefon saya .. kalau baki awak tak betul nanti call saya, budak cashier tu macam dah cuak jer tengok saya macam confident sangat tau ... huhuhuhu ... lagipun mujur rm 10 hinggit tu saya tak masukkan lagi kat hp. Jujurnya saya pun takut jugak kalau saya yang silap .. sebab tu saya bagi nombor hp saya supaya dia boleh call saya .. kalau saya yang salah ... 

Pengajarannya sampai hari ni ... saya akan lebih berhati²... jangan cuai² lagi, mujur 99 belakang opis .. kalau kat tempat lain lagi haru ... kawan saya kata cashier kadang confuse kalau rm 20 denga rm 10 ni lagi² kalau nak cepat huhuhuhu .... 






Jumaat, 27 Disember 2013

Budak Yang Baik Mestilah Dapat Upah




Tak payah nak buat muka sedih² yer, sebab nanti kalau ibu jerit .. ibu cakap ... amir mesti takmoo dengar .. jadi dah dapat macam ni .. satu pengajaranlah kan hihihihihi ...


Anak² bertuah macam ni lah, tak sempat ibu nak melarang ... bagus jugak kene macam ni ... mulanya elok jer duduk kat kerusi malas ... sambil tengok tivi kat rumah atok, bile iklan jer cerita tu .. tangan gatai dokkk main adjust² kerusi malas tu ... kan dah tersepit ... mas tu jugak darah mengalir laju tau ... air mata?? jangan cakaplah lagi laju berjujuran sering dengan laju keluarnya darah.


Dan pertama kalinya hubby lagi panik daripada ibu, terus peluk amir .. dukung pujuk² nanti sapu ubat .. amir dah meraung ayahnya ... saya pun panik jugak, siap nyakat amir lagi .. nanti pergi klinik bagi doktor cek nak kene cucuk ni kat montot .. hahaha lagi kuat dia meraung ... hubby pujuk² lama dia diam.. saya tahu mesti jari amir kebas, hubby lekat 'handsaplast' barulah dia diam sikit ... tu pun jenuh pujuk tau .. 


Hari pengesahan pendaftaran kat tadika amir, mujurlah ayah masih cuti .. jadi ayahlah yang uruskan hal² amir hari ni .. ibu kerja .. tak boleh cuti .. tapi 2.1.2014 nanti insyaallah ibu pulak cuti hantar amir pergi tadika .. harap amir oklah masa tu nanti.. takmoo sedih² lagi dah besar dah 6 tahunkan.



























Khamis, 26 Disember 2013

Jalan - Jalan Meluangkan Masa Demi Anak



Tahun ni memang cuti bulan 12 kami tak kemana², perancangan Allah adelah yang sebaik²nya .. jadi pasrah jerlah .. mujurlah amir tak kesah sangat kott cuti sekolah ni dengan ayah kat rumah.

Walaupun hakikatnya tiada istilah bercuti sakan dihujung tahun, pandai²lah cari masa luangkan sedikit demi orang² yang kita sayang kan. Dah biasa dah cuti dibekukan .. serabut kepala macam mana pun semua kene siapkan huhuhuhuhu ... 



Jadi minggu lepas, sebab cuti ni tak berjalan kemana .. jadinya kami bawak amir naik komuter hihihihi .. tak jauh mana pun, sebab saja nak bagi amir peluang merasa naik.. kami tak pernah bawak.. tapi dia memang teruja sebab pernah naik dengan kawan²... lagipun dah banyak kali dia mengajak kami, kunun² lepas naik komuter nak tengok wayang itu yang pilih destinasi dekat jer klang ke pelabuhan klang dan pelabuhan klang balik klang... tapi kita merancang kalau lain komuter ni mana boleh set masa sendiri .. mereka kan ada masa.. dah lambat pulak .. jadi tak dapatlah tengok wayang huhuhuhu ....



Keterujaan dapat naik komuter memang jelas terpancar kat mata tu .. sambil ngap roti .. sambil bercerita ... kat sinilah amir naik dulu dengan kawan² .. kalau bercerita hal kawan² dia memang tak lekang daripada bibir ada jer ceritanya.




sempat possing² dalam tu tak ramai orang awal pagikan, dalam pukul 10.30 kot kami naik ni .. tambang dewasa klang ke pelabuhan  rm 1.00 sahaja.. wahh lagi jimat daripada naik bas, kanak² rm 0.50 lagilah jimat .. dapat elak jem pulak .. seyes berbaloi² .. cuma nak sambung naik bas jauh sikitlah nak pergi stesen bas.








Hero² ibu yang suke kemain dapat naik komuter ni, kalau ada peluang teringin nak naik keretapi jauh² siap tidur² bestnya .... mesti manka syokk kan .... dapat naik sekejap pun amir dah syok .. masa naik ni amir siap cakap lajunya ibu .. tapi kenapa yang kita nampak tu macam tak laju ...



Musim cuaca tak menentu hala ni pun salah satu sebab kenapa cuti kali ni tak pergi berjalan, maklumlah memasing baru nak sihatkan huhuhuhu .. risau jugak takut demam balik nanti, alhamdulillah amir sejak amik omega guard ni dah kurang sikit selsema pagi hari atau bersin² ... badan pun makin ok.. tak sanggup omakk ni bagi minum meal shake lagi menjadi² seleranya poning omak .. sebab tu tukar dengan omega guard shaklee.. saya gunting masukkan dalam susu dia waktu bangun pagi .. maknanya dia tak telan omega guard tu .. amir mana pandai lagi makan gitu jer ibat macam tu kan...




Bicara Hati : jelesssnya tengok kawan² update entry percutian, bertabahlah wahai hati.. moh shopping .. moh shopping .. kikikiki ...



Buku Mini - Mudahnya Menjemput Rezeki



Baru² ni saya ada beli barang, barangan kesihatan ... boleh dikatakan banyaklah jugak saya beli barang .. tak sangka pulak tuan penjual tu nak bagi saya buku mini ni, seyes .. saya memang nak beli .... sangat² buku ni, tapi masa tengok hari tu .. tak bawak duit lebih jadinya tak jadilah saya membeli .... orang kata kalau dah rezeki tak kemana² .. alhamdulillah syukur sangat dapat hadiah ni .. tak kisahlah walaupun mini yang penting manfaatnya ...

Sesungguhnya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya.
Jadi berusahalah untuk memperolehi rezeki itu .. amin .. mga rezeki yang diperolehi sentiasa di berkati.




Antara isi kandungan di dalam buku mini ni, tapi saya punyer mini jadi tak semua isi kandungan ada .. tapi saya suke sangat sebab isi kandungan dalam ni yang saya miliki ni .. bagus jugak bermula daripada bab 4- Kaitan Antara Usaha dan Rezeki. Bab 12 - Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat.




Kalau baca keseluruhan isi kandungan ni memang menarik sangat² ... walaupun buku saya ni mini tapi ada banyak jugak bab yang terkandung kat dalamnya selain 2 bab tadi saya juga dapat bab 22, bab 33, bab 37, selain iu jugak ada info tambahan huraian mengenai mengapa rezeki saya sempit, strategi melunaskan hutang, melunaskan hutang dengan strategi sedekah, bagaimana menjemput rezeki dengan surah al-fatihah dan banyak lagi .....


Tak berani nak janji akan kongsikan info lain dalam buku ni, sebab ada jugak buku yang saya dapat daripada kawan² blog saya tak sempat² nak mengarang reviewnya huhuhuhu ... tapi saya dah baca buku² tu ... seronok sangat dapat tambah baca koleksi baca macam ni ... 

Kalau ada rezeki .. insyaallah nak beli jugak buku ni satu .. yang penuh isi kandungannya, sebab yang ni mini jer.












Selasa, 24 Disember 2013

Asal Petang Nak Cari Kudapan , Asal Petang Mengantuk



Baik kat rumah, baik kat tempat kerja .. sinonim betul mata ni .. mengantuk huhuhuhu ... kalau kat rumah memang lepas zohor tidur .. tak lepas zohor .. lepas masak.. tak tahulah pasal ape ntah memang macam tu lah ... mata tu macam automatikk jer ... dah kang orang orang tegurr kooo gebus.. koo sentapp eh masya, padahal terlebih tidur .. dan makan hahahaha ..;p

Sana sini musim buah, baik kat opis.. baik kat rumah ... kat opis ade jer yang membawanya .. kat rumah pulak .. mak bagi, kadang mertua bagi .. paling baru akak ipar bagi buah salak .. seyes .. takut nak makan .. tekak baru nak baik oiiiii .. jangan cari nahasss ... elok jer ku peram buah salak tu dalam peti sejuk kot²lah tak masam jadi maniskan huhuhuhu ...



Sementara mata ngantuk ni .. mohlah kerumah jiran² kita bertandang, ni korangggggg jamu mata yer .. rambutan dah siap berkupas... hahahaha .. seyes sedapp tinggal ngap sejuk².. kawan opis bawak jugak ... alahai teringin punyer pasal ku bedal 4 biji dah sudahh kegatan tekak ku ... 

































Kerepek Sengkuang Cina



Fenomena fenomena ... dia kembali lagi, kenal buah ngaku??? pernah makan buah ni??? rasa sejak aktif dunia blog lah baru saya kenal buah ni kikikiki .. dan percayalah setiap kali tahun baru cina mesti nak cari buah ' ngaku ' ni ataupun orang melayu panggil sengkuang cina .. cari sebab nak buat kerepek hahahahaha .. masa macam ni jerlah pun senang jumpe sengkuang cina .. sebab memang musimnya kan ...

Pada kawan² yang tak pernah rasa lagi buah ni, seyes cubalah .. tak salah cuba makan sesuatu yang baru .. seyes memula dengar ape kerepek sengkuang?? gegegege .. gigit jari .. sengkuang cina ni selalunga letak kat dalam kuih tepung pelita jer pun .. koooo tetiba nak buat kerepek memang pelik sangatlah memula tu ... tapi dah lepas sekali koranggggg makan .. percayalah ... gigih tak gigih jerlah nak sagat buat kerepekkan hahahaha ...;p (anak bujang sayalah tu .. dok pottt petttt pottt pettt menananya macam tak percaya)



inilah buah ngaku, sorry gambar gelap sikit .. kuali pengcahayaan di dapur kurang hihihihi ...
beli tak banyak mana pun ... adelah dalam 10 biji kot, sebab baru² ni dia masih mahal .. kot dah dekat raya cina kang murahlah sikit ....




Gigih saya mengupas 10 biji tu ditemani amir bercerita, macam biasa bercerita hal kawan² di taska ... kan best kalau boleh bagi kawan amir rasa kerepek ni ibu .. mesti dia orang suka ... cikgu kata kalau ibu susah kita kene tolong .. alahai anak².. dia pun gigih nak sagat jugak .. saya bagilah dia buat ... janji dia dapat buat dia dah seronok .. x banyak mana dia sagat pun selebihnya saya yang buat .. amir baru nak mencuba jer.





Taraaaaaaaaaaaaa inilah hasilnya, dan percayalah.. sekali goreng terus ngappp .. sekali gorengg terus ngapppp asal angkat jer tak sempat lah minyak tu nak toosss habis tau... amir dah kehulu ke hilir makan .. memang tak masuk balanglah jawabnya dah habis huhuhuhu .... ;p



Selamat mencuba yer ... pada tekak saya rasanya sedapp sangat nak goreng pun tak payah letak garam dia dah sedia rasa lemak original sedappp sangat kerepek ni .. sebab tulah amir pun suke sampai tak sempat masuk balang ...








Isnin, 23 Disember 2013

Rindu Semakin Menebal



Berat hati nak buat entry ni, macam sebak pun iyer jugak bile mengenangkannya ..... apa jua yang amir buat sepanjang 20 hari ni dengan ayah di rumah mahupun berdua dengan saya mesti dia akan sebut nama kawan² dia kat taska.

Memang dia betul² rindu kawan² dia tau ... saya rasa 4 tahun dia duduk rumah ibu pengasuh, siap ada kawan² kat situ .. tapi tidaklah macam ni pun .. walhal dia baru setahun sekolah dan duduk kat taska .. tapi dia punya rasa sayang .. dan rindu dengan kawan² dan cikgu sukar saya nak gambarkan... memang setiap hari ada jer cerita.

Mengaji macam biasa lepas maghrib, menghafal surah² pendek .. tiba² .. ibu yang mana surah al-qadr, hari tu wafi baca surah ni kan kat pentas .. ibu ingat tak, ya allah masa mengaji pun dia ingat kat kawan² dia ... apatah lagi waktu makan, asal makan jer .. ada jer nak cerita ini makanan kegemaran kawan ni .. kawan amir suka makan ini .. ibu tahu tak ... iyer ibu tahu .. jauh disudut hati amir rindu sangat² dekat kawan² dia ... tapi dia tak pandai nak cakap.. atau nak ucap rindu.. jadi dengan cara ini ibu paham amir meluahkan rasa hati dia... bergenang air mata tau kalau amir sebut nama kawan² dia.. rasa macam berdosa jer... berhentikan dia kat taska tu . tapi dia jugak yang tak moo dok taska alahai anak²...



Sebagai melepaskan kerinduan dengan kawan² nak menunaikan permintaan anak bujang ni hubby dan saya sepakat bawak naik komuter, dari klang ke pelabuhan klang .. pergi balik naik komuter yang sama .. hahahahah .. (kooo mampu ... pergi tak jauh mana pun) seyes teruja dia .. walaupun dalam komuter tu bercerita dulu amir naik dengan kawan² kat kerusi ni lah ibu .. kerusi panjang macam ni ....

Alahai anak² ... luhurnya hati kamu, berkali² dia ucap terima kasih .. berulang kali dia ucap seronokkkknya dapat naik komuter hari ni ... seronokkan jadi kanak² ni .. hatinya suci tak perlu nak berserabut memikirkan hal² yang tidak².. dunianya sentiasa indah.

Layan gambar ni dulu .. nanti story mori lagi gambar² naik komuter eh. (^___^)v








Amir Dan Atuk Disuatu Petang




Kalau kat kampung petang² kita orang ni selalu kat laman, ade jer aktiviti nak buat.. paling² layankan amir ... hihihihi .. bapak mertua paling suka kalau amir tanya itu ini .. melayankan dia borak .. memang takda penghujungnya setiap pertanyaan .. orang kata lagi banyak bertanya .. lagi banyaklah dia nak tahu... lagi banyak kenapa nya .. lagi peninglah nak mencari jawapannya ... kenapa mesti macam ini, kenapa mesti macam itu .... 

Kenapa hujan turun??? hah!!!! jadi sebagai ibu mestilah kene bijak jugak menjawab tak boleh main hentammmm jer .. kang bile dengan sepupu dia pun akan cakap apa yang kita jawab tu ... macam bila dia tanya hujan tu .. saya jawab allah yang turunkan, selitkan jugak unsur sains awan berat air banyak bertakung ... dah dia tanya camne air boleh naik kat awan tu .. sudahnya saya jawab begitu begini .. dan akhirnya hujan turun sebab pokok pun haus .. nak minum air .. kesian dia dah beberapa hari tak hujan ... takda orang siram... dan percayalah .. korang tahu tak ... sekarang ni asal saya jerit amir hujan .. pakai payung, hujan tu rahmatkan ibu ... pokok nak minum air ... saya anggukkan jer ... Tak kiralah dengan siapa pun itulah jawapan dia ... sebab tu saya cakap tak boleh main hentam jer nak jawab .. apatah lagi nak berbohong.




Korang rasa ape atuk dengan amir tengah borakkan ni .. huhuhuhu ... beria² amir menenggoknya ..... atuk baru balik kebun, terus amir tanya ...




Dan kalau boleh buat dialog memang panjanglah ayat² pertanyaannya huhuhuhu ..... amboi siap terkangkang² ... nak pastikan rasionalnya jawapan atuk.




Hahahahaha .. korang tahu tak ceritanya cuma macamana ulat boleh wujud dalam daun pokok jer pun hahahahaha ... sampai macam tu sekali ... amir bertanyakan atuk, gelihati saya dibuatnya.



Kat bandar dah tak jumpe banyak pokok² macam ni, harapkan laman sekangkang kera .. pokok bunga pun tak berapa nak ada dalam pasu tu ... jadi kat kampung inilah kerjaannya waktu petang hihihihi ....




Bicara Hati : Pokok Garuda dah kering, macam nak mati gegegegege ...













Ahad, 22 Disember 2013

Ubi Sambal




Tengok gambar pun teruja... Apetah lagi nak merasa hahahaha... Seyes sedappppp.... Ubi rebus bersambal macam ni tak payah nak cicah2 ....

Ni kawan saya yang bawak jumaat hari tu, seyes... Mak mak ni air tangannya luar niasa sikit ... Sangat-sangat sedappppp... Bukan tak pernah makan, dah pernah makan... Tapi
 yang ni makan seketul .. Seyes nak lagi berketul-ketul tq kak laili, kak laili ni kawan opis saya pstttt... Psttttt dia anak jamali shadat pelawak yang terkenal tu.

Saya tak mau tanya resepi sebab ... Sebab tak mau masak hahahaha.... Nak rasa air tangan kak laili lagi.... Terbaikkkk.... 



Dah kenapa pepagi hujung minggu ni teringat balik ubi ni uwarrrrrrrr...... 






Jumaat, 20 Disember 2013

Tempat Sarapan Paling Popular Dan Sedap Di Klang



Pening pikir nak sarapan ape?? .. nak sarapan kat mane .... kalau kami .. memang kami pilih Dewan Melayu Klang ni.. ni kalau kat area klang lah, sebenarnya banyak pilihan ... cuma dekat sini unik sikit pagi² dah ade sup hihihihi .. kalau tempat lain cuma sinonim dengan nasi lemak jer.. kat sini lontong ada, nasi lemak dan sup² .. kalau tak silap mee kari pun ade .. tapi saya tak pernah makan... roti canai?? roti canai takda ... 

Cuti sekolah ni kalau ada kesempatan, hubby hantar .. pagi² selalunya sarapan dulu ... senang .. lepas tu tak payah nak pening² nak pikir sarapan ape .. amir pun dah tentu²lah dah bersarapan jugak sekalikan... masa macam ni jerlah pun dapat sarapan bersama .. kalau memasing dah mula sekolah nanti tidaklah jawabnya.



Lokasinya tak jauh daripada masjid istana klang, kalau daripada klang sebelah kanan... sebelum masjid istana berhadapan dengan kedai² apa ntah tak hinggat .. kalau daripada kampung jawa, teluk menegun dia sebelah kiri selepas masjid istana/ kolej islam klang.




Nasi lemak pilihan amir siap ade tempe hihihi .. telur mata pun dia nak jugak pinggan lain, saya kongsi jer dengan amir ... pada tekak saya sedap.. sambal dia pun tak berapa nak pedas .. jadi amir sukelah ... dan ini kali pertama bawak dia sarapan kat sini .. kemain suka dia....





Hubby tak berapa nak sihat sejak akhir² ni .. jadi hubby pilih bihun sup ... letak ayam, seyes sedap.. tapi citarasa orang lain².. macam kami ni okk jer .. sayur pun ok.. sebab bihun sup dia ade tauge ... kikikiki.. jadi bukan pengemar sayur tak ku jamin kamu suka hahahahaha .... 




Letak muka budak teruja dapat sarapan nasi lemak tempe hahahahahaha .. kemain lagi dia bercerita ... saya dengan hubby gelak jerlah, suap sesudu .. banyak ceritanya, suap lagi .. ada jer ceritanya .. sampai tak sedar nasi lemak tu habis sepinggan.



Sebenarnya banyak jer pilihan makanan kalau kat klang ni, cuma tak berkesempatan nak review .. atas kekangan masa.. dan kalau pergi makan pulak .. kadang tak amik gambar .. tu yang tak boleh nak review ... nanti ada kesempatan saya kongsikan lagi .. kedai makanan kelantan pun ada jugak yang best tau kat area sini .. tak jauh lepas kolej islam tu jer.. sebelah kanan .. betul² depan petonas tu .. ada kesempatan saya kongsikan , selain tu kotlah yer.. kotlah korang dah sesat barat ..... sampai ke kampung delek .. ade satu kedai nasi lemak sedap depan tadika intan bistari kat jalan yadi tu .. seyes sedapp... roti canai dia pun sedapppp (^___^)v


oklah bye .. selamat bersarapan semua .... salam jumaat dan selamat berhujung minggu.











Rabu, 18 Disember 2013

Kene Tembak Berdas ² Banyaknya






Semalam ..... 










Hari ni ...









Mereka jarang komen, tapi url mereka selalu yang tertinggi dan pasti ada setiap hari dan minggu .... suke².. sayang korang .... (^___^)v insyaallah url tertinggi bulan ini atau bulan depan saya akan bagi hadiah .. tunggu .... 















GET COMFORTABLE TODAY




Bata sentiasa dihati, walaupun banyak sahaja pilihan yang ada sekarang ..... lebih selesa, lebih berbaloi².. dan tahan lasak ... (^____^)v




auccchhhh lama dah tak mengayakan ala² gini, dah macam bebudak² nak pergi kelas belajar jer hahahaha .. lebih praktikal kot gaya macam ni selesa kemana² .. senang nak berlari kejar amir pun iyer jugak ... yang penting hubby suke .. sedondong dengan handbeg kununnya.







Selasa, 17 Disember 2013

Belajar Untuk Menyesuaikan Diri



Dah petang rupenya, baru sempat publish entry ... wahhh macam tak cukup masa jer.. kerja 8 jam ni gegegege .....

Sana sini dok update bakal berlaku gelombang besar²an air tiada, alhamdulillah .. port klang dan klang mungkin tiada masalah serius .. sebab kami dah hadapi hari tu bulan mei kalau tak silap.. ke jun ... tapi.. tapi kuala langat tak berapa nak pasti pulak.. dah sudah.... hari tu ada kene jugak tempias²nya.. walaupun yang ni dia tak bagi tahu kene .. tapi jiran belakang mungkin kene bukit kemuning dan bukit rimau .. achaner tu???? siap sedia jer lah eh...

Apelah masya dok intro ni .. membebel .. membebel .... mesti korang pusing bacakan, oklah².. cite lain ... belajar menyesuaikan diri katanya, insyaallah bulan depan .. kami akan bermula jadual baru, bulan depan yer .. kot kalau minggu depan memang dah pingsan tak bersedia lagi. Harap moga dipermudahkan, tak semudah seperti yang dibayangkan .. dah biasa duduk bertiga .. nak terbongkang ke .. nak makan ape ke .. 3 beranak jerlah pun kat rumah tu ... ni kalau dah lebih daripada bertiga jadi berlima dan mungkin berlapan .. owwwwwhhhhh bolehhh kah?? boleh kah???? mesti boleh .. moga dipermudahkan .. amin... aminnn ... sebenarnya lebih bersyukur menjadi lebih ramai .. cuma takut tak dapat nak kawal situasi tu .. emosi tu ... itu sahaja.



Macam biasa selepas solat maghrib, pastinya ada budak mengaji .. insyaallah tahun depan amir pulak mula belajar mengaji dengan atok... tengok gambar atas kemain alim, hah!! sekali gambar bawah.. hambikk kemain dia interview abang² mengaji tu .. geleng kepala saya .... sampaikan abang tu dah sunat pun dia tanya nya .. ishh lah anak².




Bekal sarapan pagi ni, mak mertua masak nasi goreng kampung.. terbaikkk sedapp.. licin saya makan. owwhh menantu bertuah ini .. mampukah kamu, setiap hari dibawakkan bekal .. tak malukah kamu??? gegegege .. gigit jari .. kalau kat rumah pun hubby yang rajin buat sarapan ni.. tak gigih waktu kerja nak buat .. tapi akan diusahakan jadual ini .. akan diusaha kan.. mesti boleh .. mesti ... cuba.. cuba .. chaiyok², cuba untuk memasak dipagi hari .. bukan cuba tadah bekal sahaja.. hahaha haruuuuuu ..;p




Akhir sekali tuan tanah nak interframe sikit ... membebel² jer ... hahahaha ... ada kawan opis saya kata nampak muda pakai bawal kohkohkohkoh ... ini semua poyooooo umo dah 30 tahun muda ker??? ermmmmm .. orang yang tengokkan .. saya pun tak tahu.. saya bersyukur jer allah kurniakan yang baik² buat saya amin.



Bicara Hati : Hubby demam, batuk, selsema pulak .. kami di kg .. tapi saya kerja macam biasa ... moga hubby cepat sembuh . amin....

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...