Kami tema pink hihihihihi.. sukelah kitew tahun ni somi kita nak melaram warna pink ... alhamdulillah sampai² kami di jamu nasi lemak. Yang sebenarnya .. kami ni nak pergi ziarah mak cik ni sebab anak dia tak sihat, kiranya dugaanlah buat mak cik somi tahun ni 2 orang anaknya masuk hospital daripada mula ramadhan sampailah raya hari tu .... raya mereka pun tak berapa nak meriah .... tapi biasanya belah sini raya aidilfitri memang tak berapa nak meriah sangat... berbanding raya haji.
Sebab dah tahu jalan balik akan jem teruk, masa kami pergi hospital temerloh .. balik hubby lalu jalan kampung sampailah karak ... nak masuk tol kat highway bentong tu barulah keluar ... kat pekan karak tu.. area masjid tu meriah kemahin orang jual durian .. lepas pekan tu pun meriah .. tapi susur belah kanan lah ... kami borong masa kat pekan tu jer.. tu pun dah penuh bonet kereta.. sudahlah kami kali ni naik kereta comel jer ... pasrahlah bau durian tu ...
Sakan memilih durian ... kalau tak silap sekilo 3 hinggit kot .. lupelah dah lama sangat ... tapi seyes cakap puashati sangat dengan rasa durian tu ... sudahnya lepas makan .. 2 minggu anak beranak demam .. somi paling teruk sampai batuk dan hilang suara .... berlarutan ... sebab dia belasah makan lagi banyak daripada kami ni .. kami yang makan sikit ni pun demam perit tekak huhuhuhuhu ...
Sesekali beraya ke pantai timur redah jem ni ... merasa jugaklah keluahan orang lain balik beraya tempuh jem.. jujur cakap tak kuat iman hohoi... kot nak memulas sakit perut memang hazablah ... alhamdulillah pukul 10 malam sampai rumah sebab singgah rumah akak ipar dulu kat batu belah ..... makan² lepas tu barulah balik tidur.. esoknya sambung beraya rumah embah saya pulak kat sekinchan .... pfttt penuh kan jadual kami ... raya pertama baraan kat kampung, raya kedua baraan orang² kampung lelaki .. yang ketiga ni ke pahang, ke empat pergi sekinchan ... raya kelima kemas rumah .. berehat kununnya sebab esok nak kerja dan sekolah memasing .. tapi memang taklah .. ada jugak kami keluar beraya sekejap petang tu (^_____^)v
Bicara Hati : Seronok tengok amir membesar dapat jugak beraya jumpa sedara mara atuk dia dengan embah dia ... sakan dia berjalan, mujo raya kali ni demam dia tak melarat sangat .. kami² je yang teruk ...