♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Sabtu, 31 Ogos 2013
Merdeka Di hati Kanak - Kanak
Kelebihan Dan Khasiat Serai
Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.
Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan.
Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.
Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.
Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Bicara Hati : Serai wajib masukkan dalam masakkan saya tak kira sup, tom yam, ayam masak kicap pun saya letak kadang ....
Jumaat, 30 Ogos 2013
Resepi Sos Carbonara Sedap Dan Mudah
Bahan² penting ... Sos Prego Carbonara (kalau nak jimat beli yang dalam tin selalunya RM 3.90 dan sos campbells ayam (kalau nak perisa lain boleh boleh ikut suka) (kalau nak jimat tak buat banyak beli dalam peket)
okkk sediakan periuk masukkan air dalam satu cawan kemudian masukkan ½ tin sos campbells .. panaskan sampai mendidih kemudian baru masukkan sos carbonara pregoo pulak dalam 3 sudu besar.
okkk sediakan periuk masukkan air dalam satu cawan kemudian masukkan ½ tin sos campbells .. panaskan sampai mendidih kemudian baru masukkan sos carbonara pregoo pulak dalam 3 sudu besar.
Tara inilah hasilnya .... nampak sos tu macam cairkan.. tapi sebenarnya likat melekat okkk .. nyum².. sedapppppp di makan dengan roti prancis yang dibakar dengan mentega bawang putih .. tapi sebab takda kat rumah .. makan dengan roti bakar dengan mentega pun sedapppppppp (^___^) Sos ni boleh guna untuk dimakan dengan spagetti jugak. Selamat mencuba ...
Bicara Hati : Penuhnya jemputan hujung minggu ni huhuhuhu .. bermula dari malam ini sampai esok, esok malam, ahad ... fuhhh pening² nak bahagi² ... ahad tu pulak jiran depan rumah .. bebetul depan rumah buat open house.
Majlis Kesyukuran Dan AQIQAH Rizqi
Matangkan muka dia .. kalau orang cakap 5 bulan pun percaya 3 bulan ni berat dia dah 6.3kg perrrggggghhh memang tak laratlah mak long nak dukung.
Majlis berlangsung dengan riang gembira, alhamdulillah dipermudahkan .. menu semuanya katering.... kat kawasan rumah adik ni takda nak merewang² macam kat kampung rumah saya tu .. sebab adik ipar dok kat tamankan... tapi terasa jugak kemeriahan dengan kehadiran merhaban dan tetamu. menu nasi, kari daging, sup tulang daging dan banyak lagilah ... hihihihihi .. gambar takda sebab mod nak makan membuak².. takda mood nak amik gambar hahahahaha ... ;p
Saya sempat buat jeli kelapa jer.. dah jemu warna putih .. kali ni saja buat warna hijau pulak.. kelapa di import daripada kampung hihihihihi ...
Kami sempat bergambar buat kenangan .. jadilah dari takda kan .. tak bersedia lagi ni .. nasib baiklah amir bagi kerjasama .. kat sana asyiklah melayankan tab adik ipar .. sampai anak akak sepupu datang barulah dia nak main .. dah macam anti sosial pulak .. sebenarnya dia bukan anti sosial .. dia pemalu sikit nak berkawan . kalau tak kenal orang.
Majlis merhaban mula 10.30 pagi, kalau ikutkan patutnya saya pergi dengan abah sekali .. dah kereta abah tetiba bocor kat rumah saya .. jadinya sayalah bawak kereta saya .. hubby kerja sabtu tu .. ada sekolah ganti. Takut jugak tau .. mujurlah selawat bebanyak okk jer drive.. saya tak pernah drive tanpa hubby ... ni kira kali pertamalah saya bawak mak, abah, buyut dan amir pergi kenduri tau .. tanpa hubby ...
Masa merhaban tu kemain kuat rizqi menangis .. terkeju agaknya nak kene cukur rambut dia ... huhuhuhuhu .. cian dia .. terkejut tengah lena tidur pun iyer jugak.
Bicara Hati : Dah 2 orang cucu lelaki mak .. hihihihihi ....
Khamis, 29 Ogos 2013
Suprise Pagi Hari - Selamat Hari Lahir Hubby & Ayah Amir
Kek cokla jer pun hihihihihi ... kek lain tak reti nak buat, sebab mixer xdekan.. hentak² kaki .. bilalh dapat beli mixer ni glupppp... nak buat kek karemel, nak buat kek red velvet haihhh.. berangan jerlah.
Tak berapa nak pandai sapu ganache tu .. dah menjejes .. nampak comot....
Selamat hari lahir ayah, tengoklah tu .. dia yang lebih teruja .. sanggup bangun awal pagi tau .. nak ayah potong kek pagi ni jugak.. siap bawak bekal nak bagi cikgu dia makan.
Okkkk habis dah suprise pagi tadi, saya tak sempat rasa lagi .. ntah apalah rasa kek tu .. hubby siap bawak ke sekolah, amir pun .. saya masih puasa lagi .. harap² sedapplah .. hubby kata ok .. tak manis sangat, pertama kali buat dengan resepi ni ... sebab nampak mudah saya cubalah .. ganache ni pun pertama kali buat .. alhamdulillah .. harap oklah..
Malam tadi pun sempatlah masak² sikit hihihihihi .. alang² nak berbukakan, masaklah sekali meraikan hubby .. tak special mana pun, hubby ajak keluar rasa macam .. emmm hujan² ni kosaaaa lah haihh nak keluar .. baik buka rumah, lepas buka solat .. boleh cuit² senggol² kat rumah .. lagi best. (^_____^)v
Menu berbuka merangkap meraikkan bestday hubby yang ke 37 tahun.
Kari ketam comel², sambal tempeh ikan bilis jawa, air logan cincau .......
Satay ayam eeemmm terbaikkkkk .. hubby beli banyak sampai pagi ni makan tak habis² kikikikiki ...
Oklah panjangnya entry kali ni yer... oklah tu .. entry specialkan .... bukan selalu pun .. harap korang pun doakan kebahagian kami dunia akhirat yer .. Amin.
Bicara Hati : Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.
Simbolik - Misi Malam Tadi
Gigihnya seorang isteri, semangatnya seorang ibu .. menunaikan permintaan anak bujang .. hihihihi .. bagi intro dulu lah yer.. spontan khamis ni .. nanti sambung balik .....
Korang rasa saya buat apa?? hihihihi .. kalau rajin tekalah .. takda hadiah pun ...
Bicara Hati : Sejuknya pagi ni, mood hujan malam tadi sampai ke pagi ni di dalam opis.
Rabu, 28 Ogos 2013
Roti Bakar Dan Sos Carbonara
Sesekali layan sedapp tau .. baik makan masa sarapan pagi, minum petang atau makan malam .. bila malassss nak memasak hihihihihihi ...
Simple janji kenyang dan tekak boleh layan.
Cara nak buat pun senang jer .... esok saya kongsikan yer...
Selasa, 27 Ogos 2013
Jatuh Cinta Banyak Kali
Dulu kan .. dulu² ... sebut jer kambing, buat muka pelik .. lagi² orang ajak makan kambing golek .. apatah lagi 'lamb chop' kan ... cepat² geleng kepala .. sebab mitos dalam kepala makan kambing pening, tapi .. itu dulu lah yer.. duluuuu.. 10 tahun dulu kot.
Sekarang?? ko cakap kambing, hah!!! mau muka ni beratur dulu hahahaha .. lagi² kambing golek seyes .. jatuh cinta okkkkkk .. jatuh cinta hihihihihihi .... ni semua gara² dah kerja kat opis ni asal jamuan asyikkklah dok hidang kambing kari, kambing kurma, kambing golek .. jadi mitos kalau makan kambing nanti pening tu macam hilang gituuuu jer. Tapi saya pun makan tidaklah hadappp.. sampai lupa diri kan .... makan sepingan dah cukup .. hahahaha .. sepingan tu ... kongsi² (sila percaya saya tak tipu)
Gambar kat atas ni kunun² buat 'lamb chop' kat rumah .. tapi saya beli yang dah siap² perap kat giant tu .. seyeslah jatuh cinta ... banyak kali........... sedapppppnya ramuan campuran yang kat giant tu.. patutlah kengkawan saya kata sedapppp ... nak beli lagi .. nak beli lagi, bestday hubby khamis ni. Makanan sampingan kat tepi² tu saya letak kentang goreng dengan coslow jer.. hubby makan coslow tu sampai licin .. sedapp ler tu .. tapi takmoo puji. Kambing ni sebab baru nak cuba .. saya beli 2 keping jer.. hahahahaha .. dah berebut² nak makan padahal sorang sekeping patutnya. Amir layan kentang.
Sos tu saya guna kaedah sama masa buat resepi chicken chop.. tapi kali ni saya pakai cendawan liar .. sedapp jugak .. nyum² .. senang masak, jimat tenaga .. yang penting sedapppppp (^___^).
Bicara Hati : Tengah hari ni lunch apa??? mohh tidur .. kalau posa .. hihihihihihi ....
Family Potret Raya
Tetiba nak join contest pulak hihihihihi .. sebab macam menarik, hadiah pun lumayan boleh dapat duit hihihihihihi .... manalah tahu kot² kalau ada rezeki kan.. kan .. kan...
Ini antara Potret Raya kami yang menarik tahun ni .. kami 3 beranak jerlah hihihihihi .... harap adalah rezeki menang.
Kalau ada kawan² yang berminat nak join bolehlah pergi ke blog Mama Arissa a.k.a notadyatie.blogspot.com tempoh penyertaan sampai habis syawal.
Bicara Hati : Dah jarang dapat kesempatan join contens .. bz .. bz .. bz ...
Baru Niat Dalam Hati
Cenderahati tadarus lagi ... yang ni ada orang sponsor kot, dapat baru ni lepas raya .. sekali jamuan raya dengan rakan² yang join tadarus ... tak sangka dapat balang air comel 5 litter tu ..... siap ada cawan .. baru dokk tengok kat jusco .. mujur tak jadi beli ... baru niat nak beli tapi macam berbelah bagi .... bekas air ni senang sebab dia comelkan.. letak kat meja makan jepun tu .. amir pun mudah nak amik air sendiri.
Dan akhir sekali paling saya tak sangka tau .. sebab kat rumah mak mertua ada benda ni, pergi rumah akak ipar pun ada .. pergi rumah akak ipar sorang lagi pun ada .. dah sudahhhhhh kemain sehati sejiwa dia orang ni .. yang herannya pasal apa saya tak perasan bekas ni ada terjual hahahahaha .. memang trend tahun ni ke hapa hahahahaha ... sebab pergi beraya rumah kawan saya pun ada jugak hahahaha ... sekali sesaje lah tanya akak ipar dia kata beli kat jusco ... yang akak ipar sorang lagi kat giant .. hah!!! ko mata kemana .. kenapa kooo tak nampak pulak kan .. sekali dalam hati baru terniat bagus jugak bekas ni .. nanti nak belilah .. boleh gunakan bila buat makan² (padahal tahun ni tak buat open house atau open jiran2 datang.. sapa nak datang bagilah tahu awal insyaallahhh... saya masaklah sikit.. walaupun tak pandai sangat) bekas ni sesuai untuk menu macam soto ke, laksa ke, pecal ke ... bihun sup ke ... mee kari pun okk kot kan.
Okkklah jeng ... jeng .. jeng .. moh tengok apakah bendenya tu .. scroll ke bawah...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Cantik tak?? rumah korang ada??? hahahahaha .... kalau dah ada rumah sendiri ni kadang nak tak nak kenelah beli bende-bende macam ni, kot orang datang ramai senang guna bekas macam ni. Dulu tak pernah pikir pun .. apatah lagi nak beli set cawan ke, pinggan ke .. sekarang ni kenelah pikir ... kan .... bukan beli setiap tahun .. janji hadooo sudahhhhhh .....
Sekarang ni dah mula minat nak membeli barangan tupperware khas kalau ada tetamu datang, tapi bila dapat bekas ni kensel .. saya beli yang lain kikikikikiki ... orang lain dah berpuluh .. saya baru hegeh-hege, biar lambat janji hadooo sudahkan kan.. beli sesikit .. lelama nanti .. membukitlah.
Bicara Hati : Dalam hati ni baru niat nak beli pasu bunga, takda sapa nak hadiahkan pasu bunga ker??? hahahahahahaha .....
Isnin, 26 Ogos 2013
Losong
Ahad, 25 Ogos 2013
Hari ini 25 Ogos
Jumaat, 23 Ogos 2013
Mood Pagi Hari - Jamuan Di Tadika Amir
Bangun awal, malam tadi gosokkan baju lain atas permintaan sudahnya pagi .. nak pakai baju lain pulak grrrrr .. anak².. memang begitulah, ditambah pulak hujan lebat pagi tadi .. memang kesabaran ibulah melayankan kerenahnya, menyiapkannya ... sudahnya sampin yang memang tidak dibeli raya kali ni menjadi isu huhuhuhuhu .... kununya tak cantik tanpa sampin haihhhh ....
Sesi pujuk memujuk pagi hari, hubby pun amik alih jugak ... mujurlah termakan juga akhirnya ... dan sempatlah kami possing² dalam kereta sebelum amir pergi tadika pagi tadi, fuhhhh .... ni lah bahana kalau ibu terlupa belikan amir sampin raya tahun ni .. sebab nak mencari size susah sangat nak kurus pinggang ni.
Sorrylah gambar² masa jamuan kat tadika ibu tak pergi, jadinya ibu tak dapatlah nak kongsikan keseronokkan amir tu .. sebab memang takda jemputan kan .... cikgu buat untuk budak² kelas jer.
Bicara Hati : ibu amik mood pakai seledang nikah kikikiki ..;p
Khamis, 22 Ogos 2013
Hilang Semangat - Seminggu Kene Tinggal
Ni bukan kes ken tinggal dengan hubby ke hapa .. ni cuma luahan perasan jer kikikikikiki .. jangan salah paham pulak baca tajuk entry.
Kemeriahan Anak - Anak Berhari Raya
Amir macam biasalah memula di akan alim² miyawwww sikit ... poyo² sikit kunun²lah kan ....
Baju coklat ni mak buatkan untuk amir, cucu baru sorangkan .. sama tema dengan mak .. jadi saya pakaikanlah kat amir masa dia kata nak ikut baraan .. lupa nak belikan baju melayu lebih .. sebab baju raya tahun lepas masih muat amir pakai... tapi .. dia tak moo pakai pulak...
Tu dia ... dah mula dah suam² kuku mai dah .... possing² manja (baju purple abang apis 9 tahun, baju merah abang rifael 7 tahnu dan amir hujung sekali baju coklat .. iyer yang baju coklat tu baru 5 tahun sila percaya .. anak sapalah ni .. kemain besar hahahahaha ...... )
Amir comeyyyyyyyy tak .... kalah mak ton huhuhuhuhuhu ...;p
mereka ni semua memang akrab, sampaikan amir selalu buli ... amir jer nak menang amir kan adik ... abang² kenelah mengalah hadoilah .. kesian saya tengok kadang² .... suka nooo sangat amir cakap macam tu .. kadang² kalau dah melebih memang sedaslah saya bagi kat peha tu kan.
Langgan:
Catatan (Atom)