♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 31 Julai 2012

Juadah berbuka hujung minggu

 

Mendapat perkhabaran keluarga mertua tak sihat, hubby pulak periksa sabtu tu ... mulelah rungsing cian kat hubby semalaman tak tidur .. iyer semalaman mungkin risaukan family .. nak stady lagi .. tapi lepas sahur dia tewas tertidur juga.. sebab exam mula tengahari pukul 10.00 pagi barulah dia keluar rumah.

Hari sabtu tu lepas sahur pulak tibe² hati ni sakit semacam jer.. bukan sakit hati, tapi memang sakit kat kawasan hati .. korang paham ke maksud kite ni .. tak tau nak cakap macam mane.. tapi sakit semacam lah.. nak kate pedih ulu hati tak jugak.. masa makan sahur ok jer.. huhuhuhuhu.. sudahnya amir layan kartun ibu tidur.. nasib baiklah ayah dah basuh baju dan sidaikan tq hubby.

Sudahnya kali kedua aku tewas tak dapat nak masak hujung minggu tu .. kebetulan malam tu nak balik kampung .. ade takde masak jer ayam masak kicap sebab amir nak makan.

Menu beli kat baazar lagi
tom yam campur ayam - rm3.00 (muai lah pulak penuh semangkuk)
paru goreng tepung - rm1.00 (hubby suke, saya baru belajar²makan.. x reti makan pun iyer jugak)
mertabak - rm 2.50 (eh² hari tu ade yg jual rm3.00 mungkin sbb yang ni nipis kot)
Air soya - rm 2.00
jumlah semua tak sampai rm10.00 pun hihihihihi .... (^___^)v

Ayam masak kicap tak semenggah hihihihihihi....
itulah jugak yang saya bawak balik kampung buat sahur kat rumah mertua ...;p


Bicara Hati : Tersetap sekejap bile jiran tanye masak menu ape .. saya jawablah ayam masak kicap jer .. sebab amir suke, tibe² jiran tu jawab apelah amir ni kalau makan ayam masak kicap baik makan ayam goreng dengan kicap jer .. erkkkk... terkedu ibu amir jap (bukan jiran mek sebelah yer) huhuhuhuhu


Jangka hayat alat kosmetik / barang mekap

  

Bile hari raya jer .. semua orang pun sibuk melaram kan.... bergaya sakan ntah macam hape jer.. kalau pakai bedak tu mengalahkan tepung gomak (tu sayalah tu .. masa kecik² dulu.. dah besar dah ade anak ni takde maknenya .. baru nak pakai baju pun anak dah terjerit² nak itu ini huhuhuhuhuhuhu.....)


Pernah tak korang terpikir sebenarnya alat kosmetik dan barang mekap yang kite gunakan tu ade masanya tamat tempoh tau .. cuma tak tertera macam makan jer ..  


Jangka hayat alat kosmetik penting kalau tak tahu barang yang kite gunakan tu dah tamat tempoh boleh memudaratkan kesan buruk kepada kulit kita.

Lipstik
Mampu bertahan sehingga 2 tahun selagi tak berbau atau cair.
Pensel Bibir
Hasil lakaran yang baik dapat diberikan oleh alat ini dalam tempoh 2 tahun.
Bedak Asas
Bedak yang berasaskan air boleh bertahan sehingga setahun, manakala yang berasaskan minyak pula baik digunakan sehingga 1 tahun 6 bulan.
Bedak Debu
Kesan sapuan yang baik serta sempurna boleh diperoleh dari bedak yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh pengeluaran.
 Penyamar noda
Gunakan dalam jangka masa 12 bulan sahaja tetapi kalau strukturnya dah mula padal dan menempel bila disapu dikawasan mata maknanya dah rosaklah tu.
Penggaris Mata / Pembayang Mata
Sebaik-baiknya digunakan dalam tempoh 2 tahun.
Maskara
Maskara yang melebihi 3 bulan pengeluaran sebaik-baiknya tidak digunakan.
 
 





 



Pencuci & pelembab wajah
Sekurang-kurangnya bertahan dalam tempoh setahun. Pastikan anda menjaga kebersihan produk. Jangan sekali-kali memasukkan jari pada tiub atau balangnya. Guna kapas agar kandungannya tidak tercemar.


Berus
Berus yang berkualiti akan bertahan dalam tempoh yang lama. Cuci dengan pencuci wajah yang lembut dan biarkannya kering. Cuci berus solek sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali.
 
Gambar² semua ihsan google sana sini . kecuali pencuci muka dan eyeshadow

 
Bicara Hati :






Ini jer koleksi eyeshadow yang saya ade dapat masa hantaran dulu dah 6 tahun erkkk dah tamat tempoh lah yer.. alaaa... sayang nak buang huhuhuhu...... nak beli baru eeemmm pikir dulu lah sebab jarang guna kan...
 

Isnin, 30 Julai 2012

Aku yang tertewas akhirnya

  

Hari jumaat lepas baru² ni cuaca sangat²lah panas.. dugaan ramadhan kali ni.. pulak tu balik kene drive sendiri huhuhuhuhu .. lagilah penatkan .. kering jer tekak ni ...

Tapi alhamdulillah masih berpuasa penuh .. bendera belum berkibar² cuma bendera serender nak masaklah berkibar² hari jumaat tu.. hadoilah .. dengan jalan jem, cuaca panas, semua orang nak cepat balik .. memang penatnya terasa sangatlah bile sampai kat rumah letak beg terus baring huhuhuhuhu ..... akhirnya aku tertewas.

 Semua menu baazar hubby beli dengan amir
ayam percik, cendawan goreng, otak², keropok dan cucur udang
akhirnya dapat minum air kedondong asam boi tapi rasanya menghampakan huhuhu...

Gagahkan diri jugak masak mee goreng basah tercurah air lebih dah macam mee hailam lah pulak kikikikiki....
tq mek sebelah bagi daging masak kari .. daging kari tu lah buat sahur esok paginya


Bicara Hati : Tewas kali pertama, amir suke betul dapat pergi baazar ... dua beranak tu pergi macam² dibelinya.

Cara menarik perhatian anak supaya berpuasa

  

Alhamdulillah dah 10 Ramadhan hari ni, betapa pantasnya masa berlalu sekarang sekelip mata tanpa sedar .... tukang jahit, tukang buat biskut mesti tengah kelangkelibut menyiapkan tempahan kan.....

Oklah hari ni saya nak kongsikan info sikit cara nak menarik perhatian anak supaya berpuasa, dengan erti kata lain cara mudah nak ajar nak belajar berpuasa ... sebab kebanyakkan ibu bapa suke beri ganjaran kalau anak² berjaya puasa dengan penuh tapi jangan lupe pesan kat anak puasa memang wajib dilakukan kalau dah akhil baliq .. janganlah mengharap untuk dapat ganjaran jer.. sebab ganjaran daripada Allah  s.w.t adalah yang terbaik (^__^)v
  
Cara menarik minat anak bersahur / berpuasa :-
  • Hidangkan juadah yang panas semasa bersahur untuk membuka selera anak bersahur.
  • Masak lebih atau pelbagaikan supaya anak tak jemu.
  • Pastikan makan yang ade kuah, mudan dimakan dan makanan yang anak suke masa bersahur.
  • Tanya anak sebelum tidur, menu yang anak nak makan masa sahur nanti.
  • Elakkan makanan yang dimasak pedas.
  • Elakkan makanan yang terlalu berminyak.
  • Galakan anak makan buah kurma dan minum air semasa bersahur.
  • Elakkan anak yang kecil atau adik beradik yang lain yang bawah umur darinya makan dihadapan mereka.
  • Kurangkan menoton televisyen, atau tukar siaran lain kalau ternampak iklan makanan sebab takut mengugat iman anak yang baru nak berpuasa.
Kalau anak suke makan tempe macam anak saya gorenglah tempe hahahahahaha......
tapi anak saya belum puasa lagi baru 4 tahun kan .....
 
Bicara Hati :
 Sumber majalah harmoni 15 - 31 julai 2012


    Sabtu, 28 Julai 2012

    Pagi² dah layan pororo

     

    Setiap kali bangun pagi jer amir sibuk nak tengok kartun pororo penguin ni ...
    Hadoilah ... bayangkan bangun² tidur mintak susu terus mengadap tv 
    Sabooo jerlah ibu ni kan .....


    Bicara Hati : Mood hujung minggu ayah exam, belum lagi dapat shopping raya .. amir layanlah Disey junior tu jer .... kang lapar mintaklah biskut atau susu.




    Jumaat, 27 Julai 2012

    Menu masakan bersantan

     

    Oleh kerana dah tak tahu nak masak ape semalam, saya masak jerlah menu yang bersantan ... hadoilahhhh berani hubby komplen saya menu tambah lemak/kolestrol..... saya majuk takmoo masak hahahaha ....

    Kalau dah guna santan sekotak tu haruslah dihabiskan segera (walaupun kotak kecik jer...;p) jadi idea mencurah² terpikir hanyalah nak masak lemak tauge dgn masak kari ikan gelama yang mek sebelah bagi hari tu .. hadoilah dah lama rasanya dia bagi pun ....

    1. Ikan gelama masak kari campur bendi sikit 
    2. Tauge campur tempe masak lemak (suke amir makan berulang²) cucu jawa betullah suke tempe ..
    3. Tauhu sumbat isi sardin tq IEDA bagi idea ni pertama kali buat itu pun sardin yang tak habis  semalam tu jerlah sumbat balik hihihihihi takde tambah ape² pun kecuali pasti sedap sikit...


    Bicara Hati : Hari ni nak masak mee goreng basah jer lah .... tu pun kalau hubby tak kesah .. sebab semalam masak tauge ade baki lagi sikit .. sayang nak buang ...




    7 Ramadhan

     


    Alhamdulillah hari ni dah 7 ramadhan, sayu dihati masih dipanjangkan umur dan memohon kesyukuran dapat menyempurnakan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum²nya ....

    Pada 3 Ramadhan dikejutkan dengan perkhabaran kawan sepejabat kemalangan pada 30 syaaban selepas balik kerja, sayu rasa dihati kerana dikabarkan koma dan hatinya hancur serta buah pinggangnya tidak berfungsi ....

    Hari ni 7 Ramadhan dikejutkan dengan pemergiannya kerahmatullah pada pukul 2.00 pagi tadi .. al-fatihah buat beliau yang dikenali Rizal, dan takziah buat keluarganya. Sungguh pun saya tak mengenali rapat beliau tapi beliau seorang yang baik hati .... pagi ni kebetulan memang opis ade nak buat bacaan yassin untuk beliau .. bile dah dikabarkan beliau meninggal dunia .. teruslah buat tahlil sikit dan bacaan yassin beramai² ... Sama²lah kite sedekahkan al-fatihah buat arwah moga rohnya tenang disana ....

    Tak tahu kenapa hati saya sayu dibuatnya masa baca yassin tadi.... beliau masih bujang dan anak sulung daripada keluarga dan menjadi harapan keluarga .... 


    Bicara Hati : Al-Fatihah buat Arwah embah man



    Khamis, 26 Julai 2012

    Selera orang kampung berbuka puasa

      
    Lesu sikit puasa kali ni tak tahu lah kenapa, bile petang jer .. mulelah ting tong ....


     Statistik hari ni .. bukan nak menunjuk².. jauh sekali lah nak berbangga... memang suke tengok bile naik mendadak mulelah pelik kikikikikikiki ... lepas tu tangan pun gatallah nak bukak akaun nuff
    Followers seramai 280 syukur sangat tak pernah berangan nak ramai macam ni ...
    Post 456 (eh² unik pulak nombor tu ....)

    Jarang rasanya ade orang search perkataan kisah hati .. jengg.. jengg.... sape sekodeng agaknya yer....
    Tibe² ade orang seacrh selera org kg berbuka puasa ... gelak saya .. selera org kg macam mane?? tak same dengan orang taman ker?? tibe² teringkatkan ayam kampung masak ungkep mak buat... huhuhuhu....


     
    oooowwwhhhhh baru paham nape tibe² naik mendadak ... ;p


    Hadoilah pada² lesu .. berjela mukadimah .... bile dah petang masing² dok pikir nak masak ape kan... samelah saya pun ... tak tahulah nak masak ape lagi....Kat bawah ni lauk semalam buka kira macam selera kampung jugaklah yer ade telur masin saya buat sendiri hihihihihi.... ;p

    Sardin makan 2 hari tak habis² ade lagi sikit tu .. nampaknya petang ni nak buat tahu sumbat letak isi sardin tulah goreng sedapp kutt.....
    Sup sayur bertelur (memang betul² sempoilah semalam tak larat nak masak)
    Sup tu saya makan dengan bihun, tak lalu nak makan nasi tibe²....
    Telur asin rebus buat sendiri klik sini


    Bicara Hati :Semalam tak sahur elok jer segar bugar ... nape hari ni lesu semacam adekah sebab keluar rumah terlalu awal pagi tadi huhuhuhuhu....eh² menu buka saya semalam takde tempe lah hahahahaha.. dah ade sup amir tak kesah sangat kalau takde tempe pun... ;p


    Cara kejutkan anak masa bersahur

      


    Alhamdulillah dah masuk hari ke enam ramadhan .. esok dah hari ketujuh, cepatnya masa dah seminggu kite berpuasa, pada kawan² yang ade anak² baru nak mule puasa susah tak nak kejutkan mereka bersahur.

    Jom saya kongsikan tips sikit.. saya pun baca di majalah jer.. nanti bolehlah praktikkan untuk kejutkan anak² yang payah nak bangun sahur tu.....
     
    Cara ni jugak bolehlah saya gunakan nanti nak latih anak saya puasa tahun depan ... ni baru hari pertama ajak puasa dah merenggek² pukul 10.00 pagi nak susu achaner tu .. haihhhhhhh......

     

    Antara cara² mudah nak mengejutkan anak masa bersahur ialah :-

    • Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan-lahan.
    • Sentuh bahunya dan goyang perlahan² sambil memanggil namanya.
    • Renjis air dimuka secara perlahan sambil memanggil namanya.
    • Menampar manja dan lembut pipinya sambil memanggil namanya
    • Tutup kipas atau akon ( Kalau tak bangun jugak.. tak tahu lah saya hihihihihi.... )
    Kalau lena macam ni agak² boleh bangun tak huhuhuhuhuhu.....


    Bicara Hati :
     Sumber majalah harmoni 15 - 31 Julai 2012
    Suke tengok anak² awie semua comel², montel², kulit pun gebu² geramnya ....


      Pertama kali ade koleksi macam ni

       

      Suke² .... hubby belanja sebelum puasa


      Bicara Hati : Orang lain mungkin tak heran dan dah ade banyak koleksi.. tapi saya baru inilah ade koleksi nya hihihihihihi ....

      Rabu, 25 Julai 2012

      Cadangan menu yang simple untuk dimasak masa berbuka

       
      Sardin sambal (tak habis boleh makan dengan roti)
      Bendi goreng belacan campur tempe
      tempe goreng permintaan my hero untuk kesian kalinya
      simple kan.. kan... kan.. ;p


      Bicara Hati : Hari ni nak masak sup sayur telur jer kut huhuhuhuhu... ntahlah tak pikir lagi .. dah masuk dapur kang barulah dapat idea hihihihihi... 



      Rindu menjentik

      Tibe² bosan, terus teringat dah lama tak main carom huhuhuhuhuhu.... masing² sibuk, ntah ape yang di sibukkan takde yang nak melayan main carom lagi ......

      Papan carom dan buah nya 


      Bicara Hati : Ade tak sape yang tak tahu mainan kat atas tu??? saya pertama kali main carom bile dah mule kerja kat opis ni lah ... hihihihihi.. mase ni lah orang nak dengar saya gelak .. ntah hape² yang saya jentik masa tu .. memang payah nak masuk lubang.. tapi enjoy... hilang stresss tau ...



      Nasib badan ....

        

      Seronok tengok perlawanan bola malam tadi malaysia lawan arsenal 1-2 oklah tu kan..... tengok berdua dengan amir jer ... ayah tengok kat kedai mamak lepas balik terawih dengan jiran² taman ni juga, masa malaysia gol kemain amir meloncat² depan tv tu hihihihihi...

      Layankan bola tibe² senyap jer.. rupenya amir dah tidur daa.... patutlah senyap tengok jam dah pukul 11 lebih rupenya ... patutlah mata pun dah mengantuk semacam .... 

      Sedappp kemain tidur hadoilah pagi ni terbabas kami tak bersahur huhuhuhuhuhu.... nasib badan lah .. nasib baik dah niat sebulan kan selamatt.... bangun² tengok lauk² terasa sedih macam membazir pulak tak termakan kan .... nasi lebih saya buatkan amir nasi goreng untuk bekal kerumah pengasuh & panaskan tempe goreng berbaki yang tak banyak mane pun ... sedang elok buat semua² tu ... jam dah pukul 6.05 pagi tibe²...

      Ade call masuk kat hs hubby .. dah hubby mandi .. kite pun angkat jerlah sebab tengok nama pengasuh anak. Pengasuh mintak cuti .. tak sihat katanya .. badan sakit² ... saya okkan jer.. iyerlah dah tak sihat .. takkan nak cakap tak boleh cuti pulakkan.... dalam kepala terus pikir hantar amir kekampung jer.. nasib baiklah kampung tak jauh mane.... hadoilah .kelang kelibut dibuatnya.. mengemas beg baju amir, susu siap pek ... bekal semua² .. dah siap barulah saya mandi bersiap pulak....

      Bawak amir pergi opis dulu sebab nak thumprint dan bagi tahu bos dulu barulah hantar amir balik kampung, sepanjang perjalanan tu bukan main suke lagi dia dapat tahu hari ni ibu nak hantar balik kampung ... elok jer duduk tengok lori sampah, kereta, lori kontena pott pett pot pett bercakap ... ibu ni pun berbakul² pesan jangan nakal² kat kampung .. embah puasa .... nasib baiklah kampung dekat kalau tak mau pagi ni cuti EL.

      2 Orang anak akak sepupu yang mak tolong jaga kan siang 
      sejak embah dia orang meninggaldunia
      Sebab tu lah amir suke dok kampung .. ade ramai kawan ..
      Amir dah same besar dengan haizul (baju merah) yang umur 6 tahun, yang baju kelabu haziq (sebaya amir)


      Nasib badanlah pagi ni memang kelangkelibut dibuatnya dari tak bangun sahur, tibe² dapat panggilan dr pengasuh ... Moga dapatlah habiskan pose yang masuk hari ke-5 ni. Kuat².. insyaallah .... Amin.


      Bicara Hati : Nasib baik hubby tak marah .. sebab masing² bunyi jam tapi tidur tak tersedar langsung hihihihi.... termasuklah amir pun nyenyak jer tidur sampai ke pagi.



      Selasa, 24 Julai 2012

      Menu buka puasa bile berdua

       
      Semalam hari pertama kami buka puasa dirumah, maklumlah sabtu dan ahad dah buka puasa kat kampung ... ape lagi balik rumah haruslah masak bersilat, walaupun keluar opis 4.30 ptg tapi sampai rumah satu jam lebih perjalanan tau .. hadoilah .. macam jauhh nooooooooo opis dengan rumah (memang jauh pun lain² daerah kikikikikikiki... ;p)

      Oklah tanye hubby nak makan ape?? ape² jerlah.. hadoi itulah hubby kalau saya goreng keropok keping makan dengan nasi curah kicap pun dia ok jer .. tak pernah komplen jauh sekali masam muke sebab kalau saya masak lauk masin pun hihihihihihi... (terima kasih ayah ... sayang ayah tau...) yang lebih komplen amir jerlah selalu .. sejak dah pandai merasa ni .. dia lah yang selalu jadi pengkritik ibu mengalahkan masterchef hihihihihi ....

      ni lauk semalam ... masak ape jer yang ade dalam peti sejuk tu .. paprik ayam cincang, sambal tempeh ikan bilis, tempe goreng jejari permintaan amir dan buah limau pencuci mulut (buah tu mak mertua yang bawakkan)


      Bicara Hati : Tengah pikir ni bile nak ajak mak abah dengan adik² buka kat rumah pulak.. jarang mereka dapat berbuka kat rumah. Kecuali mak dengan abah datang hantar makan mengunjung (makanan mengunjung/munjung/punjungan ni selalu org jawa buat bile nak dekat² raya .. hantar kat sedara mara.. nnt² saya cerita yer.. banyak memori kalu mak soh hantar makan mengunjung² ni.....)


      Maraton ke rumah kawan²

        

      Alhamdulillah dah masuk hari keempat ramadhan, tengah hari tadi dikejutkan dengan perkhabaran pak cik sebelah mak meninggaldunia sakit tua. Mintak maaf sangat tak dapat nak ziarah kebetulan hubby pulak nak kene pergi U hari ni ... minggu ni hubby exam dengan minggu depan.

      Hati ni rasa semacam dari pagi tadi ... nak menaip entry pun macam malas ... rupenya ade perkhabaran tak baik, al-fatihah buat arwah embah man (panggilan mesranya).... bile dah takde mood nak menaip.. mule lah mood nak berjalan² jer kan.. kan.... sudahnya hari ni saya maraton rumah kawan² blog baca entry jer... lepas tadarus tadi .. padehal keje ade jer nak kene buat ni .. sambil jeling² hihihihihihi.... ade jugak entry yang lame² saya baca hihihihihii ... baca jer .. tak komen pun ..;p

      Oklah take care semua .. bye ... (^___^)


      Bicara Hati : Alhamdulillah semua alamat pemenang kuiz A'Famosa dah ade .. insyaallah saya akan pos kan dengan segera .. hadoilah jenuh nunggu email nak dapat alamat.



      Isnin, 23 Julai 2012

      Menu ala kadar buka puasa


      Alhamdulillah hujung minggu baru² ni dapat berbuka puasa dengan keluarga mertua dan keluarga saya, maklumlah sekampungkan.. tak payah nak gaduh² nak buka mane dulu .. nak raya mane dulu hihihihihi.. hari sabtu kami sekeluarga buka rumah FIL hari ahad barulah rumah mak saya pulak ....

      Hubby dah bagi tahu tak payah masak .. beli kat baazar jer sebab nak balik kampung kan.. kebetulan depan taman rumah kami ade baazar baru bukak. Ramai betul orang tau.. hadoilah berlaga² dibuatnya .. mood nak membeli pun hilang ... mahal pun iye jugak .. tapi .. bile cerita kat kawan² opis rupenya masih murah lagi kat baazar rumah saya tu .. iyer ker?? ermmmm kalau dah rendang, gulai kawah atau lauk² sesenduk RM 3.50 murah ker?? ikan dah siap masak kebanyakkannya RM 2.50 seekor murah erk?? ikan bakar lupe pulak nak tanye.... mertabak RM3.00 murah yer.. baru saya tahu ... murah huhuhuhu... maklumlah tak biaser ke baazar membelikan (huhuhuhuhu... cehh.. yang sebenarnya dah lame tak membeli kat bazaar tu yang tak tahu harga pasaran terkini) tapi.. pada saya mahal .... macam ape jer.. amik keuntungan ke hapa ni.. opss... terbebel sudah kurang pahala hari ni ....

      Ni bukan menu buka puasa hari tu ...
      tapi menu buka puasa 2 minggu sudah masa mak puasa sunat dan kebetulan kami dikampung hihihihihi
      amir yang lebih berselera mengalahkan yang berpuasa hihihihi ....


      Sudahnya dah alang² sampai tu belilah jugakkan kuih muih jer.. sebab tahu adik ipar mesti dah masak punyer ... ade takde saya belilah rendang kerang rm5.00 hadoilah masukk dalam mangkuk pun tak muaii tau .... yang kelakarnya FIL pun beli kerang adik ipar masak sambal .. hahahahaha.. same selera lah pulak ...

      Hari ahad buka puasa rumah mak, haruslah saya yang masak.. dah adik kebetulan buka kat rumah mertua (sejak kawin ni susahnya nak jumpe adikku itu .. huhuhuhuhu... rindunya nak borak² macam dulu). Saya masak ayam masak kicap (permintaan amir .. padehal bukan dia pose pun .. layan...) tom yam sayur campur isi ayam potong kecik², bubur kacang hijau ... alhamdulillah makan hingga menjilat jari .. hubby beli mertabak kat baazar .. sedapp juga... lain kali boleh beli lagi satu RM 2.50 kat kampung huhuhuhuhu....


      Bicara Hati : Tak tahulah nak masak ape hari ni... kalau makan berdua ni.. biasernya masak simple² jer... sekali masak lebih untuk bersahur .. senang jimat masa dan tenaga.




      Rutin bulan ramadhan

       

      Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, hampir 3 hari kite berpuasa hari ni.. cepatnya masa berlalu .... moga ibadah kite semua diberkati amin....

      Kebiasaan dan menjadi rutin tahunan dipejabat bile bulan ramadhan pastinya ade tadarus, insyaallah tahun ni pun saya join lagi ... bersama kumpulan yang sama. 

      Alhamdulillah ni gambar tahun lepas ..... 
      Masa khatam tak ramai yang dapat join sebab ade keje luar memasing huhuhuhuhu ...
       
       
      Bicara Hati : Insyaallah tahun ni ramai ahli baru maklumlah ade yang dah bertukar dan ade yang baru masuk kerja dipejabat (^___^)v.
       
       
       

      Jumaat, 20 Julai 2012

      Niat puasa sebulan

        

      Alhamdulillah 30 syaaban hampir melabuhkan tirainya .. insyaallah esok bermulalah 1 Ramadhan, selamat berpuasa pada sahabat² blog saya .. moga ramadhan kali ni penuh erti .. agar dapat di lalui dengan sempurna dan diberkati Amin ...
       
      Tahun ketujuh berpuasa dan raya bersama suami, tahun kelima tidak dapat berpuasa dan beraya bersama arwah adik tapi dapat beraya bersama Amir (di ambil orang yang kami sayangi .. dan dianugerahkan sesuatu yang indah buat kami sekeluarga). Sayu rasa di hati .. bersyukur kehadrat illahi kerana masih dipanjangkan umur dan diberi peluang menikmati saat indah berpuasa tahun 1433H. Moga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun² yang sebelumnya ....


      Niat puasa sebulan
       Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


       Niat puasa harian semasa sahur
       Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


       Doa buka puasa
      Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
       
       
       
      Insyaallah esok akan bersahur dirumah sendiri bersama hubby buat kali ke 6, ini bererti dah 6 tahun kami duduk dirumah yang hubby beli sekarang tu.. Rasa sangat indah dapat menyediakan hidangan bersama orang yang kite sayang ni (^___^)v. Insyaallah petang sabtu akan berbuka di kampung (kampung dekatkan .. tak payahlah nak terkocoh² balik atau nak elak jem ....

      Bicara Hati :
      Sarapan terakhir pagi tadi sebelum puasa esok, permintaan amir juga spageti goreng takmoo cili .. hadoilah jgn kata cili sos pun saya tak masukkan tau.. memang selera amir ... siap bekalkan bawak pergi rumah pengasuh. huhuhuhuhuhu... kat opis hari ni ade majlis tahlil dan makan² sooo.. takdelah ibu bawak bekalkan ..;p


       


      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...