♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Cuti Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Cuti Sekolah. Papar semua catatan

Isnin, 27 Januari 2014

Master Chef Cilik Tabika Kemas


Alalalalalaaaa.. comeyyynya anak ibu ni .. geram tengok dia orang ni pakai apron so sweeeettttt sangat² tau hahahaha ... lagi² bila duduk berjemaah makan. Kan ibu dah janji nak letak gambar amir pakai apron hari tu.. sekarang dah dapat apronnya... tapi ibu pulak takda idea nak jahit nama amir macam mana kat apron tu... kenelah ibu cari idea ni...

Warna biru bagi yang lelaki ... yang perempuan warna pink, lagi comel tau.. tapi tu lah.. lupe pulak nak amik gambar.. maklumlah anak saya kan lelaki ... masa makan tu kelompok lelaki.. jadi amik gambar budak² lelaki jerlah.



Bicara Hati : Alamak!! entry sambutan maulidurasull tak publish lagi .. hahaahah .. kita tengok amir pakai apron dulu yer.. nanti kita up entry sambutan maulidurasul kat tabika amir.







Khamis, 26 Disember 2013

Jalan - Jalan Meluangkan Masa Demi Anak



Tahun ni memang cuti bulan 12 kami tak kemana², perancangan Allah adelah yang sebaik²nya .. jadi pasrah jerlah .. mujurlah amir tak kesah sangat kott cuti sekolah ni dengan ayah kat rumah.

Walaupun hakikatnya tiada istilah bercuti sakan dihujung tahun, pandai²lah cari masa luangkan sedikit demi orang² yang kita sayang kan. Dah biasa dah cuti dibekukan .. serabut kepala macam mana pun semua kene siapkan huhuhuhuhu ... 



Jadi minggu lepas, sebab cuti ni tak berjalan kemana .. jadinya kami bawak amir naik komuter hihihihi .. tak jauh mana pun, sebab saja nak bagi amir peluang merasa naik.. kami tak pernah bawak.. tapi dia memang teruja sebab pernah naik dengan kawan²... lagipun dah banyak kali dia mengajak kami, kunun² lepas naik komuter nak tengok wayang itu yang pilih destinasi dekat jer klang ke pelabuhan klang dan pelabuhan klang balik klang... tapi kita merancang kalau lain komuter ni mana boleh set masa sendiri .. mereka kan ada masa.. dah lambat pulak .. jadi tak dapatlah tengok wayang huhuhuhu ....



Keterujaan dapat naik komuter memang jelas terpancar kat mata tu .. sambil ngap roti .. sambil bercerita ... kat sinilah amir naik dulu dengan kawan² .. kalau bercerita hal kawan² dia memang tak lekang daripada bibir ada jer ceritanya.




sempat possing² dalam tu tak ramai orang awal pagikan, dalam pukul 10.30 kot kami naik ni .. tambang dewasa klang ke pelabuhan  rm 1.00 sahaja.. wahh lagi jimat daripada naik bas, kanak² rm 0.50 lagilah jimat .. dapat elak jem pulak .. seyes berbaloi² .. cuma nak sambung naik bas jauh sikitlah nak pergi stesen bas.








Hero² ibu yang suke kemain dapat naik komuter ni, kalau ada peluang teringin nak naik keretapi jauh² siap tidur² bestnya .... mesti manka syokk kan .... dapat naik sekejap pun amir dah syok .. masa naik ni amir siap cakap lajunya ibu .. tapi kenapa yang kita nampak tu macam tak laju ...



Musim cuaca tak menentu hala ni pun salah satu sebab kenapa cuti kali ni tak pergi berjalan, maklumlah memasing baru nak sihatkan huhuhuhu .. risau jugak takut demam balik nanti, alhamdulillah amir sejak amik omega guard ni dah kurang sikit selsema pagi hari atau bersin² ... badan pun makin ok.. tak sanggup omakk ni bagi minum meal shake lagi menjadi² seleranya poning omak .. sebab tu tukar dengan omega guard shaklee.. saya gunting masukkan dalam susu dia waktu bangun pagi .. maknanya dia tak telan omega guard tu .. amir mana pandai lagi makan gitu jer ibat macam tu kan...




Bicara Hati : jelesssnya tengok kawan² update entry percutian, bertabahlah wahai hati.. moh shopping .. moh shopping .. kikikiki ...



Khamis, 5 Disember 2013

Aktiviti Di Rumah Bila Cuti Sekolah



3 Hari dengan ayah dirumah amboiii kemain anak ibu ni tau... balik² kerja jer terus peluk.. amir rindu ibu, sedapplah ibu masak.. penat² balik kerja dengar anak cakap macam tu terus hilang penat tau... dah macam lama sangat tak berjumpanya, paling terharu bila balik rumah.. rumah dah berkemas bersih dan cantik mata ni memandang.. alahai .... kiss hubby lebih hahahaha ....

Dalam kepala ibu ni dah macam² pikirkan aktiviti untuk amir bila dia kat rumah dengan hubby sepanjang cuti sekolah ni belikan puzzle, majalah aulad, pensil mewarna baru .. bagi semangat mewarna... dan yang terkini lego.. lego lori tak menahan tu.. kecik jer pun.. tapi mahal kemain.. tak sempat lagi nak amik gambar lego tu...

Pensil warna baru pilihan amir sendiri.. beli kat mydin jer pun murah sikit... kali ni beli yang besar untuk gunakan kat rumah.. bagi semangat sikit kat dia mewarna kemas²...




Buat aktiviti dengan majalah aulad, mewarna... tak sudah² meriah mewarnanya... kalau boleh semua warna nak digunakan.. tapi suka tengok amir mewarna sekarang.. dah kemas.. bila saya puji.. dia cakap iyerlah .. kawan² amir warna lagi kemas ibu.. cantikkkkkk tak keluar² pun.. amir tiru kawan... hah!! saikooo kan.. kalau ibu yang cakap takmoo dengar.. tengok kawan buat dia pun terpengaruh.. nak mewarna kemas dan cantik.



Puzzle yang beli kat mydin tu pun dah berkali² amir buat sendiri ... memula saya bantu sikit² jer.. lama² dia buat sendiri... memula macam pelik tau dia mintak puzzle tu.. sebab dah lama dia tak buat.. last awal umur 4 tahun kot.. ke.. nak masuk 5 tahun.. dia dah boring.. ni datang balik mood tu...

Semalam dia dah suarakan balik hasrat, ibu.. lama amir tak naik basikal.. amir nak naik basikal tanpa rodaaa.. kecik.. basikal amir bocor takde angin.. alahai ku sayang ... nanti kita betulkan eh... takmoo sedih... kadang².. keterbatasan naik basikal ni buat saya rasa sentapp sikit tau... lagi² amir siap buat muka syahdu lagi... 

Oklah banyak lagi aktiviti amir kat rumah tu.. nanti ada kesempatan saya kongsikan satu persatu...




Bicara Hati : Makin Teruk Bajir yer... moga mereka bersabar hadapi dugaan ini...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...