♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Amir Darjah 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amir Darjah 2. Papar semua catatan

Selasa, 12 Januari 2016

Tahun Kedua : Sesi Persekolahan Di Sekolah Dan Pengalaman Baru Buat Amir Hazim



Alhamdulillah tahun ni dah tahun kedua amir hazim sekolah rendah, ini maknanya dah darjah 2 ... ibu tengah biasakan diri dengan jadual sekolah amir yang bertukar sesi sekolah agama waktu pagi dan sekolah rendah kebangsaan waktu petang ... confuse jugaklah 4 hari ni asal nak bagi baju pakai waktu pagi mihmihmihmih .... 


Oleh kerana jadual sekolah agama amir pagi, jadi sekarang ibu lah amik alih untuk menghantar amir pulak .. kalau tahun lepas amir pergi sekolah dengan hubby jer .... waktu keluar rumah masih sama.. cuma bezanya kenalah amir ikut ibu pergi rumah embah dulu hantar barang² untuk sekolah nanti dengan baju kemudian barulah ibu hantar amir pergi sekolah.


Bila dah tahun kedua ni dah takdalah masalah sangat dah ada pengalamankan berbanding tahun lepas.. cuma sekarang sekolah agama tak boleh bayaran yuran waktu pembelajaran hari pertama kena bayar waktu 11 pagi hingga pukul 2.00 petang iaitu sesi balik dan sebelum waktu belajar bagi pelajar petang masuk pfttt pasrahlah mak kooo mir kena bayar kul 11 tu mujo sorang kalau 4 orang, mau 4 kali beratur mihmihmih ... ;p



Putera yang tegas, cermat, bijak dan teliti itulah satu²nya putera ibu .. maksud disebalik namanya. Dah takda nak berdrama pagi hari buat masa ni masih bersemangat lagi ... sebab dah lama tak sekolah rindu kengkawan lah tu .. tu semangat lebih.


Balik² daripada sekolah amir pagi tahu sekolah kebangsaan dia kena jadi ketua kelas .. mulalah aku pasrah kena dengar dia bercerita takmoo jadi ketua kelas ... masih lagi kedengaran jugak keluhan² dia minggu ni kena angkat buku cikgu .. kena suruh kawan dia .. amir penat sangat ... hahaha.. macam² lagilah dia membebel aku layankan je lah.. sebab amir memang rapat dengan aku pun kalau ada masalah berbanding ayahnya.


Sesi pembelajaran pun dah bermula .. maklumlah jadual waktu dah terima .. boleh dikatakan seminggu lebih sekolah ni .. lepas dapat buku aktiviti .. memang banyak je kerja sekolah dia setiap malam .. sebab tu masa cuti hari tu hubby bagi dia kebebasan sikit tak mendesak sangat cuti sekolah baca buku. Kemain kan.. cuti sakan ... mendapatlah dah sekolah ni memang balik penat, malam ngaji .. lepas siap kerja sekolah .. pukul 10.00 malam paling lewat tidur.



Bicara Hati : Mujo buku teks semua dah siap balut, tinggal buku aktiviti je belum balut lagi .... Dah mula sekolah ni, mulalah jadual masak aku semula di pagi hari hihihihi 























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...