♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Burung Puyuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Burung Puyuh. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Ogos 2013

Burung Puyuh Goreng Berempah


Asal makan kat kedai jer.. dah macam menu wajib, tak dapat tempeh goreng .. amir mesti nak burung puyuh goreng, selalu goreng kunyit jer pun....

Kali ni sajalah ibu masak kat rumah.. sesaja sesekali tukar selerakan.. goreng burung puyuh berempah .. seyeslah sedappp.... 6 ekor satu pek RM 16.00 bleh tahan jugaklah regenya .. takpalah janji dapat makan, nak cari yang segar kat mana.. tak tahu huhuhuhu .. ni beli kat pasaraya jer...

Bahan² nak mengoreng :

Burung puyuh 3 ekor (lagi 3 ekor simpan)
Jintan manis
Jintan Putih
Ketumbar
Bawang Putih
Serbuk Kunyit
Tepung Gandum/ Tepung Beras
Garam
Air
Minyak nak goreng


Cara nak Buat :

 Jintan manis, jintan putih, ketumbar dan bawang putih basuh bersih dan satukan.. tumbuk dengan lumat .. saya ala² lumat .. tak lumat sangat.





Gaulkan bahan dah tumbuk tadi dengan burung puyuh, tepung gandum/tepung beras pun boleh (campur keduanya pun boleh sikit²) dan kunyit serta masukkan garam sikit.
Bila dah gaul biarkan sekejap ... kemudian panaskan minyak dan goreng.




Hasilnya.. taraaaaaaaaa super duper mengiurkan di makan masa berbuka hihihihihihi ...




Bicara Hati : Tempe pun saya suka goreng versi macam ni .. makan gitu jer, tak pun cicah dengan cili kicap.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...