♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Cheese Kek Sedap Dan Mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cheese Kek Sedap Dan Mudah. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

Resepi Mudah Cheese Leleh Yang Sedap Lagi Meletopppp



Apa menu berkeju lagi??? apa cheese ... eeeee ... masamlah .. eeee muaklah, ok .. dah korang yang tak suka mesti cakap macam tu .. tapi tekak jawanies ni .. tetiba meluap² asyik nak makan cheese .. memang bagi hadap dia lupa istilah diet kikikikiki ...;p


Sebelum saya kongsikan resepi nak ucap terima kasih banyak² kat mak kutu ting tong a.k.a murni mak aiman dan afia, pada tengah tekak ni teringin nak makan menu ada cheese dia kongsikan resepi super duper senang ni ... memang teruslah buatkan .. hihihi ... tak tahulah pasal apa baik demam hari tu asyik makan cheese .. ni saya buat bulan lepas hihihi.. sorry kek pun dah habis baru nak update.




Bahan² yang super duper mudah :

Kek oren yang dah siap beli kat pasaraya (ikut citarasa koranglah nak perisa apapun)
Susu Penuh krim
Cheese krim
Susu Pekat Manis
Cheese Mozarilla / Cheese Cedar yang dah berparut




Sebab saya suka cheese kek yang ada layer .. (2 lapisan) jadi saya potong kek tu hihihihihi ....) saya suka oren sebab ada rasa masam² sikit.. jadi tak muaklah kalau makan nantikan ... sebab cheese kan tak berapa masam sangat kalau dah campur dengan susu .. 




Satukan cheese semuanya sebuku (kalau korang pakai tartura yang kecik tu .. semuakan yer) campurkan susu manis suku sahaja (terpulang ikut citarasa masing².. saya tak suka manis sangat jadi saya letak sikit jer), susu penuh krim sebotol tu saya semuakan .. pukul sampailah sebati tau .. tau ... kalau nak masam dan tak muak boleh perahkan lemon ataupun 2 sudu sunquick itu pun dah sedapp ....




Kemudian letak kek selapis dalam tuperware dan letakkan cheese yang dah di pukul sebati tadi .. letak atas tu ... sampai penuh.. kemudian letak kek yang lagi satu .. letak cheese yang dah dipukul sebati tadi .. kemudian taburkan cheese mozarilla bagi mengiurkan.. saya ni sebab nak habiskan stok mozarilla yang dah lama tu .. saya taburkan ikut suka suki senang hati .. goyang kaki .. sambil telan air liur dibuatnya tau.. sebab masa ni kan.. saya dok bayangkan sedappnya.. tak sabar nak makan.




Perghh sangat² mengiurkan .. kan .. kan.. puashati rasanya dapat buat sendiri .. beli kemahin mahal sangat²kan.. mungkin sebab harga cheese kan mahal .. jadi tak bolehlah salahkan penjual .. mereka pun nak unung, tapi sejak dah pandai buat pakai kek beli ni.. senang pun senang.. takda beli dah hahahaha ...;p




Alhamdulillah dapatlah 2 bekas tupperware... jadilah kan... beli kek satu ketul dapat dua bekas .. siap layer² lagi cheese kek leleh ai tau .. hahahaha .....




Opsss.. nak jugak tayangkan macam mana layer tu.. tapi sorry tak berapa nak nampak pulak .. jangan lupa dah siap kek tu masukkan dalam peti sejuk dulu .. 2 jam pun takpa dah boleh makan .. tapi nak lagi bagus .. bua malam terus simpan esok pagi atau tengahrai dah boleh makan weeeeeeeeeeee ..... (^____^)v








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...