♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kek Limau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Limau. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Februari 2014

Resepi Kek Oren Paling Mudah Dan Sedap







Raya Cina baru ni sana sini dah dok jual buah limau .. sana sini dok bagi buah limau baik kat rumah mahupun kat opis kawwww, memang meriahlah orang kata raya cina kali ni.. tapi ang paw jer tak dapat .... penampau mau hahahahaha ....

Jadi kalau banyak sangat dah dapat limau tu janganlah buang yer .... mohlah kita buat kek oren yang senang ni, seyes senang ... bahan² pun tak susah .... pakai blender sudah.. tapi kalau gigih pukul pakai senduk kayu pun okkkeyyyy hihihihi .... (macam aku ler tue.. masa kali pertama buat)








Bahan :

2 Cawan tepung

1 Cawan mentega

1 Cawan gula

3 Biji telur

1 Biji Limau

1 Sudu kecil baking powder

½ Cawan Susu Full Cream (Tak nak pun takpa .. tapi kalau letak lagi sedap)

1 Sudu kecil esen vanila





Cara2 :

1. Pukul Mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukan telur dan esen vanila. Pukul lagi.

Langkah 1 dan 2 ni saya buat kat blender.. lepas tu curah kat bekas barulah masukkan tepung.

3. Masukan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Gaul sebati.


Kalau nak buat kaler oren/ pewarna kuning pun boleh bagi nampak menyerlah sikit, tapi saya cuma gunakan sebiji oren sahaja .. sila percaya.. kulit oren tu saya parutkan... kemudian lepas parut barulah potong dia perah jusnya.. letak sekali dalam adunan.. jangan korang piii boh bijik oren/ limau sekali sudah.. kalau ada bijik buang yer ... 
Akhir Sekali barulah masukan susu 




Lepas tu bakar aje.. saya guna pemanggang ajaib ni.. curah aje dalam pemanggang ni. lepas tu letak atas api perlahan. kene tengok selalu takut hangus.. macam saya ni tak sampai 15 ke 20 minit dah masak dah.. kalau nak garing lama sikit.. jangan hanggit sudah hahahaha ...



Senangkan .. Selamat Mencuba .... (^__^)v





Psstt ... kalau dah teringin sangat, takda limau .. sunquick pun okeyy tau.. gunalah apa jer bahan yang ada di rumah tu .. janji menjimatkan.. tak payah pening²... yang penting senang dan sedap...





Bicara Hati : Lama dapurku tak berasap sekarang ni hihihi.. sorry up pasal masak² pun dah jarang.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...