♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Mesin Basuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesin Basuh. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2016

Melepasi Tahap 10 Tahun Yang Penuh Ujian



Entry yang patut di publish 1 Ramadhan tapi kelupaan untuk letak autopublish, jadinya hari ini sahajalah kita publish mihmihmih...... Rindunya zaman ligat berblogging dulu ... kalau boleh sehari sampai 3 entry, sekarang hadoilah .. sebulan sekali pun payah nak ada entry baru.


Tapi takpalah ramadhan ni rasanya rajin sikit selit² mengarang entry hihihihi ..... kat opis macam biasalah bila ramadhan mesti ada tadarus .... rajin dengan rajin je lah nak joinkan. Petang pun takdalah balik awal .. balik cam biasa jugak pukul 5, lepas tu balik memang melintang pukanglah... masak.


Oklah tu intro rindu²an sikit, sebab dah lama menyepikan... korang rindu tak masya membebel kat blog, sebenarnya satu ramadhan kali sangat istimewa buat kami 06.06.2016 adalah anniversary kami yang ke 10 tahun. Alhamdulillah dah 10 tahun rupanya melayari kehidupan berumah tangga. Rasa bersyukur sangat² dengan apa yang diaturkan... alhamdulillah punya suami yang tidak punya banyak kerenah.. dan dikurniakan anak yang sangat cerdik dan soleh. Sambutan takda yang istimewa pun.. macam biasa sahaja lagi² ramadhan ibu masak makan jelah 3 beranak kat rumah. Tapi.. ni nak kongsi sikitlah kisah sebelum ramadhan ritu.... dah pergi aeon mall shah alam yang baru .. saje jalan² amirkan cuti sekolah dengan hubby, ibu pun cutilah kemas apa yang patut kat rumah sebelum ramadhan dan saja luangkan masa dengan dia orang tu cuti tu.
Moh ler layan gambar kami .... (^_____^)v




Asam pedas laksa .... giler bau kuah ikan dia kuat sungguh.. mengodaN tekak nak merasa mujo sedap...







Amir layan makan roti sosej ..... sukalah dia ibu dia cuti dapat jalan².








Alhamdulillah 10 tahun bersama, sama² membesar kita yer mihmihmih... moga suamiku sayang tak pernah jemu melayan kerenah isteri ini mihmihmih .... semoga kami semakin matang dalam melayari kehidupan berumahtangga, merajuk  .. marah itu biasa asam garam dalam kehidupan ... kerana disitulah manisnya perhubungan.















Orang kata bila dah sampai tahap 10 tahun ni .. dah lepas semua dugaan dan ujian dalam berumahtangga .... itu orang kata, pada aku pulak selagi hayat bergelar suami isteri selagi itulah ada ujiannya ... moga kami sentiasa kuat menghadapi apa jua ujian.

Hadiah tahu ni ... hadiah gunasama namanya ... muahahaha .. dah kenapa semua barang letrik nak jahanam ni :-


v



v




v




v



v





Mesin basuh baru ... masih setia dengan panasonic, yang lama dah jahanam ... melingkup dah tak boleh repair ... motor dia dah tercabut .. senget dah mesin basuh dalam tu tak boleh berpusing huhuhuhuhu ..... mengeletorrr ler hubby keluarkan duit nak bayo mesin baru (^___^)v Harap² yang ni bertahan lah sampai 10 tahun lagi mihmihmihmih ......




Bicara Hati : Syukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan. Amin.









Selasa, 8 Oktober 2013

Mesin Basuh Dah Servis Baik Pulih




Ni lah mesin basuh yang 6 tahun usianya tu...... Yeahhhhh hubby dah betulkan, jimat duit tak payah beli baru.... ( selamat duit nak beli novel kikikiki) Masalah pam jer  pun, dia kate tu yang tak berfungsi nak bilas... Kita pun tak bape paham sangat..... Dah ok ni syukur sangatlah tapi... Sekali cas betulkan rm 120.00... Petang semalam orang tu amik betulkan malam tadi dah siap tu yang mahal tu kot.... Sebab nak cepat.....

Lepas orang tu balik hubby terus basuh baju kikikiki.... Sayang isteri katanyakan (ade ke suami tak sayang isteri gegegegege) terus betulkan mesin basuh... Nak beli baru hubby kata semuanya mahallll .. Tu yang hubby betulkan jer jimat duit... Masa beli dulu pun mesin basuh ni kalau tak silap rm750 tunai tu pun jenuh mintak tawar kat kedai dekat dengan rumah ni. 

Hari ni cuti kecemasan tidaklah cemas mane cuma amir kan semlm tak sihat .. Hari ni pun masih tak bera sihat sangat... Tambah tetiba saya pulak sakit perut... Payahlah nak drive takut jalan jem kang haru mane nak berhenti.... Ke toilet.... Lebih baik cuti... Dah memasing melepek jer kat rumah. Sempat jugaklah buat sarapan nasi lemak sardin permintaan amir, pada2 demam ada jugak selera nask nak makan... Mek bagi donut 4 ketul semua kami makan sepakat kikiki .....

Sedar-sedar dah petang rupanya, cepatnya masa berlalu duduk kat rumah ... Nama jer cuti tapi keje rumah tak cuti pun huhuhuhu.....







Ahad, 6 Oktober 2013

Bila Orang Gaji Buat Perangai


Fuhhhhhh .... Terasa kebas tapak tangan, hilang kelembutan dibuatnya huhuhuhu... Bila orang gaji buat perangai.... Ni bukan orang gaji yang indon tu... Jauh sekali aceh ... Gaji pun tak sampai 3k mane mampu nak ada orangggg gaji, Ni kes mesin basuhhh buat halllll grrrrrrrr....... Mentang2 dah 6 tahun guna tetiba dia buat hal pagi tadi tau.... Tak pasal2 malam ni basuh baju amir guna tangan... Baju kita orang tak basuh lagi.. Utamakan baju amir sebab seluar dia nak bawak ke tadika.

Sakit mata tengok baju sebakul mengunung ... Maklumlah kat rumah ni jadual membasuh ade harinya, bila sabtu sepatutnya membasuh tetapi saya tak membasuh jadinya pagi tadi nak membasuhlah.. Dah elok memula basuh cadar ... Sekali bilas dia dokkkklaaaaa tersangkut2 air takmoo keluar... Sampai kemalam... Dah kenapa pulaklah.... Jangan macam2. Hubby kata nak barulah tu agaknya dah tak bergerak macam ni... Bergenang air matoooooo tau.. Waaa tak sanggup.... Waaaa tak sanggupppp nak basuh pakai tangan huhuhuhu.....

Kalau kat rumah takda blender... Sanggup jer tumbuk cili nak masak, takda periuk nasi masak kat dapur gas okkk jer... Tapi kalau takda mesin basuh a.k.a orang gaji ni alahaiiiiiii tak sanggup nak basuh baju berendam.... Kembang tangan, kebas oooooooo silap-silap amir pun pakat join.

Buat muka simpati dah kat hubby harap dibelikanlah mesin basuh... Mesin basuh ni dulu saya yang beli.... Kalau beli baru kenelah ubah perjanjian basuh sama-sama (padahal mmg basuh bersama pun) cuma hubby lagi banyak kali basuh kikikikiki.... ;p

Sorryyyy gambar takda.... Ni taip kat hp jer.... Takk kosa upload gambar... Tuan tanah tengah berduka lara.. Tak pasal keluar entryyy hot memalam.


Bicara Hati : Selagi daya basuhlah guna tangan, baju kami kot tak larat pos dobi depan jer.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...