♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Raya Pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya Pertama. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Rutin 1 Syawal


Assalamualaikum .... rutin 1 syawal yang sama setiap tahun, kalau orang lain rasa membosankan ... pada aku tak pernah langsung.. malah memudahkan kami ziarah menziarahi sanak saudara.. maklumlah kalau ikut belah mak memang semua duduk sekampung .. rumah pun tak jauh mana .. tapi .. tapi .. adik beradik mak memang ramai termasuk yang tiri² sampaikan hubby memula kawin dulu pun pening nak paham .. jenuh jugaklah terangkan .. sebab kami sepupu² semua jenis yang rapat, walaupun atuk lain².. orang dedulu kan kawin banyak kali ... oleh kerana kami dah duduk rumah sendiri tahun ni pagi² kami sepakat ke rumah mertua tua dulu .. rumah bapak hubby dan kebetulan adik beradik pun dah berkumpul... pesen aku takda hallah rumah sapa dulu pun.. kamikan sekampung, lepas rumah mertua baru kerumah mak abah pulak (^___^)v takda nak gaduh².




Sesi bermaafan dipagi raya, memasing tunggu giliran masa ni ... tema kami pepel pink .. tapi hubby kata maroon (adehhhh takmoo gaduh² ni baju recycle je pun) tahun ni kan dah sepakat .. hubby takmoo buat baju  baru.. jimat bajet katanya.. jadi pasrahlah pakai baju apa yang ada jer... seluar pakai jeans jer pun dah tak selesa katanya seluar tu.. iyelah baju ni dah 7@6 tahun kot masa memula kawin dulu .. tema tahun kedua kami beraya kalau tak silap.. amir pun takda lagi .. masih dalam perut kewujudannya .. itu pun ibu koo tak sedoo nak kikiki .. mujur takda pape.. air gas dengan pulut lemang di tibainya masa raya, yang penting tema ni belum pernah guna lagi dengan amir sepanjang 6 tahun beraya ni ... hihihihi ... jenuh nak cari baju amir tu tau.. sudahnya jumpa kat GM Klang itu pun harga kemahin mahal .. pejam mata ibu nak bayoo tau....


Awal² amir dah bagi tau.. amir tak suka pink macam perempuan, amboi kemahin sepakat 2 beranak tu tau... ayahnya pun tak suka pink awal² kawin dulu lagi dah cakap.. saya tak kisah warna apa baju raya.. tapi jangan ada unsur pink huhuhuhu .. sape nak geng dengan ibu ni .. anak dah geng dengan ayah .... 






Punya panas sepanjang ramadhan tu, pagi² syawal hujan selebatnya lepas sesi bermaafan di rumah mertua.... terpaksalah lambat sikit pergi rumah mak dengan abah dan join baraan keluarga. Hujan rahmat pagi syawal agaknya kan .... amir dah teruja kemahin tak saboo nak pergi beraya.. seronok layan kerenah dia sekarang ni.. dah besar agaknya dah paham .. dah jenis pandai berkawan.. takda dah edisi merenggek² panas atau penat.. energi berganda² sampaikan aku yang risooo kot dia penat... tidur malam ngigau, 





Raya 1 syawal kali ni meriah sikit.. amir dah ada sepupu.. kepochi kooo iqy dah pandai jalan.. memang meriah layan kerenah dia... hebat mengemas budak ni... dengan mulutnya yang becok... suka amir layan gelagat dia.. elok pulak takda gaduh² jeles... sampaikan sibuk nak naik kereta sama dengan adik ipar sebab ada iqy masa baraan keluarga raya pertama tu. Ramai puji amir dah kuyus..kemahin kembanglah anak bujang aku tu.. pulak tu dah pandai melaram.. sampai ayahnya kata ni ikut perangai sapalah ni.... songkok tu elok jer lekat kat kepala.. dah berpeluh² petang baru dia bukak.





Raya tahun ni yang tak bestnya mak tak buat lontong daun pisang huhuhuhu .. mak rebus nasi himpit jer, tapi mak mertua masak lontong daun pisang.. tapi macam tak menyempat nak menikmati sangat .... pagi raya tu... huhuhuhu .. mak kata takda sapa tolong kita pun dah beraya rumah sendiri .... iyelah dah duduk kampung ni amir pulak takmoo tidur rumah mak .. dia nak tidur rumah sendiri ermmmm ... camne nak buat.. pasrah je lah.. ingat jumaat ni nak ajak mak buat jugak.. tak kisahlah dah raya 12 hari sedappnya dapat makan lontong daun pisang dengan ayam masak kicap. Sudahlah kempunan nak makan ketupat daun palas tahun ni.. salunya ada jer mak sedara buat, tahun ni adehh satu rumah pun takda.. memasing dok hidang lemang pulak... :((

Gambar ni masa baraan orang² kampung, orang lelaki sempatlah buat bihun sup, masa baraan family raya pertama tu tak sempat nak snap gambar.. lagipun tak rancang nak naikkan baraan tapi ramai pulak sedara mara nak datang jadinya kita orang goreng nuget jer, bebola dengan puding roti 2 bekas tupperware.. itu jer yang sempat masak .. balik tengahari tu masa rehat.

Sesi baraan 1 syawal tamat pukul 6 petang, penat jangan cakaplah.. malam tu sambung lagi berkumpul rumah mertua dengan adik beradik hubby pulak sebab pagi ada yang tak sempat jumpa... inilah kelebihan sekampung, sana sini bahagi masa... amir elokkk je energi dia.. pukul 10 dah tidur kikikiki esoknya sambung ikut baraan orang lelaki kat kampung pulak dengan hubby dan sepupu² (anak buah hubby).

Cukuplah entry ni dulu, ni baru 1 syawal hihihihi .. ni pun dah cukup panjang, cuba di pendekkkan kot... banyak dah tapis ni.. yang penting ada entry kenangan ... gambar kami sedondon memang takda... tak sempat tahun ni... dengan amir yang sibuk kehulu kehilir.. memang takda gamboo sama².. huhuhu...




Bicara Hati : Dalam kita bergembira .. dalam kita meraihkan kemenangan, sentiasa ingat orang yang tiada .. sentiasa ingat orang yang dalam kesusahan .. jauh disudut hati ini .. mendoakan agar mereka² di gaza sentiasa dilindungi oleh Allah dan tabah menghadapi dugaan hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...