♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label kebakaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebakaran. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Jun 2013

Kebakaran di sana sini



Allahuakbar .. mengucap panjang dibuatnya pagi tadi .. jalan nak keluar rumah daripada sijangkang ke johan setia tu .. memang putih habis.. ramai pasang lampu.. tak nampak jalan huhuhuhuhu .... jerebu makin teruk, sudahlah beberapa hari ni tak hujan².. memang bahangnya terasa.


Ini kejadian pagi tadi yang sempat saya rakamkan, ini pun sebab berhenti kat trafiic light ... geleng kepala dibuatnya, manalah hilangnya rasa tangungjawab terhadap alam sekitar ... kalau kebakaran ni makin berleluasa nampaknya ... makin bertambah teruklah jerebu.


Gambar kebakaran makin teruklah jerebu di tempat saya .....





Pagi ni amir dah moody takmoo pergi tadika, dia tak sihat .. dia ngadu nak duduk kat taska sahaja sakit tekak.... pujuk².. alhamdulillah ok.. jangan kata amir, ibu sendiri pun tak selesa sekarang ni .. iyerlah keluar rumah awal pagi ditambah cuaca macam ni badan pun lesu dibuatnya.. kalau boleh macam nak baring sahaja.






Sedikit Tips masa Jerebu ni .. harap membantu sangat :- 

  • Kurangkan aktiviti luar
  • Jangan Merokok/ Jangan membakar sampah sesukahati
  • Banyakkan minum air masak
  • Membasuh tangan dan muka lepas keluar dari rumah
  • Pergi klinik kalau demam teruk
  • Pastikan persekitaran rumah bersih 
  • Pakai penutup hidung keluar rumah, itu langkah selamat juga.







Bicara Hati : Bila nak ada hujan tiruan ni... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...