♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 3 November 2011

Kami Dihujung Minggu

Semalam saya ada menulis disuatu-pagi-merenung-kemasa-hadapan
nak tahu tak kami kemana.. tak jauh pun.. nun ke Jusco, Bukit Tinggi jer hihihihihi..... 


Dalam perjalanan sempat lagi nak ambil gambar dulu .. ngee~~ hidung sepesen jerkan... ;p





Kalau pergi jusco memang kesini jerlah kami.. berjam² pun xpe amir x kesah huhuhu... 
ibulah pening tak boleh nak ketempat lain nak beli barang....




Cak masuk dalam sini... macam pondok² pulak....




Paling takut naik inilah amir dari dulu sampai sekarang.... gabra tak menentu hala.....




Nampak tak tu.. cepat jer.. nak turunnya hihihihihihihi.....



 Dah penat main amir merenggek² nak susu pulak... dah mengantuklah tu.. nak tidoo sebab tengok jampun dah puluk 1.30 tengah hari.. nampaknya teruslah balik tak dapatlah ibu nak membeli kasut baru.. kebetulan sale hari terakhir ingatkan dapatlah pergi membeli tetangguhlah jawabnya... kasut kerja pun dah nazak tercabut gamnya..







Bile Mata Anak Bujang Kena Ketumbit

Assalamualaikumm semua......

Cian anak bujang ibu dari minggu lepas sampai keminggu ni tak baik² lagi mata sebelah kanannya.. nampak tak sepet sikit tu.. sebab ade ketumbit, sampai ibu pun dah tak tau nak gune petua ape.... kalau kawan² ade petua atau ubat beli dekat farmasi boleh digunakan untuk masalah ketumbit Amir ni bagi tau yer....


Rabu, 2 November 2011

Disuatu Pagi..... Merenung Kemasa Hadapan

Assalamualaikumm semua......

Amir sedang merenung kemasa hadapan hahahaha..... manelah ibu dengan ayah nak bawak amir ni... lame tak pergi jalan² macam ni seronoknya.. mungkin itulah yang amir sedang fikirkan....



Esok ibu cerita yer kami kemana hujung minggu hari tu.....

Selasa, 1 November 2011

Cendawan Goreng SEDAPPP.....

Nak tergelak ibu dibuatnya bile teringatkan petang semalam.. balik kerja ibu gorenglah cendawan untuk amir.. kebetulan ade satu bungkus jer dalam peti sejuk tu... punyerlah amir suke.. habis dihadapnya sendirian.. sedappp... eemmm sedapppnya.... berulang² dia cakap sambil mengunyah... ayah dengan ibu dapatlah jugak merasa sikit hihihihi.. kalau lambat memang kempunanlah....


Kebetulan ade kawan bagi tepung goreng serbaguna ini, pertama kali cuba... ok juga sebab ada serbuk Lada Hitam sekali dalam tu so.. xdelah muak sangat.. garam pun tak payah tambah.. taburkan tepung ni jer.. memang serbaguna betullah.....





So inilah hasilnya.. dan ini jerlah yang sempat ambil gambar.. dah banyak yang masuk mulut amir hihihihi....




eemmmm sedappnya... sempat lagi nak possing si bam bam ibu begitu berselera dibuatnya....

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN AIR ZAM ZAM BERBANDING AIR LAIN


Assalamualaikummmm semua.....


Tinggal lagi beberapa hari akan tiba Hari Raya Haji, penerbangan Ketanah suci juga telah berakhir.. kini semua umat islam mula berkumpul di Mekah untuk menunaikan Haji, moga mereka mendapat Haji yang Mabrur. AMIN. 


Bila ke Mekah pastinya Air Zamzam akan dibawa pulang sebagai buah tangan bagi mereka yang pulang daripada haji, tapi sekarang Air zamzam dah tak perlu nak tunggu mereka balik haji lagi, baru nak terbang air zamzam dah akan dipos kepada mereka yang menempah dan terus dihantar kerumah dengan selamat mengikut tempahan.


AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan sepertisabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.




FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. 
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar). 
  • Menambah kekuatan badan.

Kalau ade yang memberi air zamzam ni.. memang saya suke simpan dirumah dalam botol khas, kemudian akan bagi amir minum kalau dia tak sihat... 

2 Bulan Yang Terakhir Sebelum 2012

Assalamualaikumm semua......

Cepatnya masa berlalukan.... hari ini dah 1 November 2011, lagi 2 bulan dah masuk tahun baru pulak 2012. Sinonim dengan tahun baru mesti azam barukan.. walaupun kt umat islam ni lagi beberapa hari nak sambut Awal Muharram itulah tahun baru kite yang sebenarnya... (^___^)v.

Azam² tahun ini semua dah tercapai ker??? saya?? satu azam jer yang tak tercapai tahun ni.. nampaknya kenelah bawak ke tahun depan.. tapi takpe itu semua kuasa Alah.. kami hanya mampu berusaha dan terus berusaha.. moga akan tercapai.... mesti tertanya-tanyakan azam ape.. azam nak bagi amir adiklah hihihihihi.. amir pun dah 3 tahun, kesian dia dekat rumah main sorang-sorang.. ibu dengan ayahlah kene layan main same-same, kalau dia boring layan kartun jerlah... dah jemu semua² tu.. dia tidur.. ;p


Isnin, 31 Oktober 2011

Murahnye Rezki Hari Ini ... Dapat 'Goodies' Pulak...

Assalamualaikummmm..... Semua....

Alhamdulillahh.... murahnya rezki hari ini.. bile dah ptg dapat 'goodies' pulak... tadi dah makan KFC hihihihihi.....   cantik, menarik, Daboommmm wallahh.... Terima kasih Alina (Si Mak Yong) maklum jerlah tengah sarat mengandung 4 Bulan sekarang ni.. Berseri² muka sekarang, Rezki mereka setelah anak yang sulung 7 tahun, anak yang kedua pulak keguguran.. ini barulah dapat rezki mengandung lagi..... opss.. melalut sudahh.....


Cantikkan.... Suke warne² macam ni sekarang.... 
Sesuai x kalau nak beli warne langsir ala² warne dan corak macam ni.. dengan tema dinding warna biru laut....


Goodies ni dia bagi sebab kami temankan dia beli baju hari jumaat tu.. baju nak pakai pg majlis kawin sepupunya, kebetulan goodies ni ade lebih mase dia pergi kenduri kawin rumah sepupunya .. jadi dia bagilah kami.... 

Lunch KFC

Assalamualaikummmm... semua......

Selamat petang semua... pagi tadi lemau nak mulekan keje.... ptg pulak mengantuk dah lepas makan tengah hari hihihihihi..... alasan jerkan....

Menu ape makan tengah hari tadi.. saya???? kami kebetulan ade kawan nak belanja hari ini... KFC, makan jerlah kan.. rezki kawan naik pangkat.. tapi sedih jugak sebab kene berpindah opis huhuhuhu.....


 Wahhh.. Banyaknyer......




 Chesse Wedges.. yang ini paling suke ni.. kalau makan KFC 




 Hamboiiii.. sakannye.. kawan-kawan nak makan lapar yer.......



 Nak masuk juga interframe....... (^___^)v



Yang ini saya punye.. hahahaha.. penuh sepinggan licin saya habiskan..;p


Terima kasih pada kawan kami yang sudi belanja tu.. tapi dia takde dalam gambar ni.. dia dah makan awal lapar sangat katenye hihihihihi.... semoga En. Alias akan dimurahkan rezki lagi ... nanti bolehlah belanja lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...