Antara Coretan Hari Pertama Raya Haji tahun ni, cadangnya mule² nak bawak amir pergi tengok orang sembelih lembu... tapi ayah pulak mengantuk sebab malam raya tu siapkan assigment.. lepas solat raya ayah sambung tidooo.. ibu pulak pagi raya sibuk dekat dapur tolong embah (nenek) masak....
Sempat lagi nak ambil gambar dulu.. sebelum gerak kerumah mertua .. macam jauh jer rumah mak mertua tu.. padehal satu kg jer kikikikiki.... ;p
Antara hidangan menu dirumah mertua.. meriahkan... nasi ayam akak ipar buat speciaalll ooooo berselera amir makan hihihihihi...... senang susun macam ni.. sape nak makan ambil jer.. dah lepas makan pepandailah basuh pinggan.
Ketupat menu wajib rumah mertua.. walaupun 50 biji cukuplah untuk anak-beranak makan kate pak mertuaku hihihihihi...... sekali makan dengan ayam masak kicap memang mak mertua lalu pun tak perasan lah hihihihihi...... tahun ini mak saya tak sempat buat lontong daun pisang sebab raya haji biasernya masak dekat rumah buyut amir.. nasib baik raya aidilfitri hari tu dah makan puas² huhuhuhu.....
tara... nak menyelit jugak inilah antara juadah air tanganku kek kukus buah sultana dengan agar² roti. sebab derhaka masa buat kek kukus tu taknak pakai gula hangus pepandai letak serbuk coklat sekali gulapp gelita daaa.. buah sultana pun tak nampak.... huhuhuhu... gelap² pun sedapp tau.. habis licin sekali hadapp... ;p
selain tu kite buat juga kek kukus cheese slice tapi tak bawak kerumah mertua.. yang itu untuk kami adk beradik jer makan hihihihihi..... Alaaa... ade lagi satu menu lupelah nak ambil gambar rendang undang...